Hukum bacaan dalam solat tanpa tajwid yang betul..?



SAYA seorang yang buta al-Quran tetapi boleh menghafal surah-surah tertentu untuk dibaca dalam solat. Apa hukumnya membaca surah berkenaan tanpa mengetahui ketepatan bacaannya? Adakah solat tersebut diterima Allah?


JAWAPAN:

HUKUM orang yang solat dan hanya menghafal surah tetapi tidak tahu membaca al-Quran, sah solatnya. Cuma dikhuatiri sama ada tepat atau tidak bacaannya.

Hukum membaca surah lain selepas membaca surah al-Fatihah adalah sunat. Jika pun tersalah membaca surah berkenaan, ia tidak membatalkan solat tetapi perbuatan itu boleh jadi berdosa kerana haram membaca al-Quran tanpa tajwid yang betul.

Anda disyorkan mempelajari al-Quran secara berguru agar bacaan anda betul dan tepat.

Namun, sementara itu, teruskan membaca surah-surah yang telah dihafal serta berusaha untuk membacanya dengan betul.

Imam Ibnu Al-Jazari ada menyebut: "Sesiapa yang tidak bertajwid (dalam membaca al-Quran) berdosa".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts