Gardenia : 30% Syed Mokhtar, 70% Sykt Asing dari Indonesia

Syed Mokhtar tidak perlu dikaitkan tindakan Gardenia

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Tokoh korporat bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tidak seharusnya dilibat dan dibebankan dengan tindakan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. (Gardenia) memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang dipunyai Syed Mokhtar hanya memiliki 30 peratus saham dalam Gardenia menyebabkan pengurusan dipegang pihak lain.

Sebaliknya, beliau menuntut penjelasan daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimana syarikat asing dari Indonesia boleh memiliki sehingga 70 peratus pegangan saham dalam industri pembuatan roti tempatan.

"Dengan ekuiti sebanyak itu, Bernas hanya menduduki satu sahaja kerusi lembaga pengarah. TIBAI difahamkan 70 peratus lagi ekuiti dipegang keluarga keturunan Cina dari Indonesia dan dengan pegangan sekecil itu, TIBAI yakin pihak Syed Mokhtar tidak terlibat dalam pengurusan.

"Tapi kami menuntut penjelasan bagaimana kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri boleh membenarkan syarikat asing memiliki 70 peratus pegangan dalam industri roti negara? Siapa dia keluarga Cina dari Indonesia itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid yang menuntut pengurusan Gardenia memberi penjelasan kepada umum mengenai tindakan syarikat pengeluar roti itu memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin bertindak menyalurkan sumbangan kepada portal itu bagi menjayakan kempen memungut derma untuk pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Muhammad Zahid berkata, Mustapa perlu memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan TIBAI kepada perwakilan UMNO memandangkan ketika ini Perhimpunan Agung UMNO 2013 berlangsung.

"Sepatutnya Bernas memiliki 70 peratus pegangan dalam Gardenia. TIBAI berpendapat langkah membenar pemilikan asing sehingga 70 peratus adalah tidak munasabah dan merupakan satu pengkhianatan kepada perjuangan memartabatkan syarikat tempatan," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts