Kilang Kondom Terbesar Di Dunia Terletak Di Johor..


Siapa sangka di sebuah bandar kecil dan bekas penempatan kampung nelayan seperti Pontian mampu menjadi pusat pengeluar kondom terbesar di dunia!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, syarikatnya mengeluarkan tiga billion kondom setahun iaitu lebih banyak daripada mana-mana syarikat pengeluar yang ada di seluruh dunia.

“Kami sangat teruja dengan permintaan kondom yang semakin naik di pasaran,” kata Goh.

Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan warna kondom yang boleh diperolehi menerusi Karex serta tahap keselamatan kondom yang bakal dijual itu juga diuji terlebih untuk mengelakkan sebarang kebocoran alat itu di kemudian hari.

Di kilang Karex yang beroperasi selama 24 jam, pekerja mengendalikan proses penghasilan kondom dengan dibantu mesin berteknologi tinggi selain ujian kebocoran turut dilakukan untuk mengelakkan sebarang kebocoran pada kondom keluaran mereka.

Selain mengeluarkan kondom yang biasa terdapat di pasaran, Karex turut menerima tempahan khas daripada pelanggannya dan pernah satu ketika seorang pelanggan dari Eropah menempah kondom yang boleh bercahaya dalam keadaan gelap yang seakan-akan menyerupai pedang bercahaya Star Wars Light Sabre.

Lain-lain jenama kondom yang popular seperti Durex yang dipasarkan oleh syarikat dari Britain, Reckitt Benckiser dan Trojan yang dimiliki oleh syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Church & Dwight hanya memegang 25 peratus pasaran jualan kondom sedunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts