Sambutan Tahun Baru di Putrajaya bukan Dataran Merdeka

Konsert Ambang 2014 sasar 500,000 pengunjung

OLEH: Tarikh: December 19, 2013

KUMPULAN Ambank menyasarkan 500,000 pengunjung akan memenuhi Dataran Putrajaya, Presint 3 untuk Konsert Ambang 2014 Putrajaya pada 31 Disember.

Konsert yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baharu ini turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).

Orang ramai berpeluang menyaksikan konsert itu mulai 8.30 malam pada 31 Dis dan akan disiarkan secara langsung di NTV7 dari 10.30 malam sehingga 1 pagi pada malam yang sama.

Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim berkata penganjuran konsert kali ini merupakan kali kesembilan dalam siri konsert tahunan Ambang sejak 2003 dan tahun lepas konsert itu turut diadakan di lokasi sama.

"Konsert pada tahun ini juga lebih menarik kerana kami akan memasang 13 skrin besar berbanding hanya lima pada tahun lepas dan ia akan turut disokong dengan sistem bunyi yang canggih bagi memenuhi kepuasan penonton," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Azman berkata, penganjuran konsert ini juga merupakan satu daripada sumbangan Kumpulan Ambank menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan mereka di atas segala sokongan yang diberikan sebelum ini.

Barisan artis yang akan menjayakan konsert berkenaan Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, Ella, Soo Wincci, Rabbit Mac, Mista G, Kumpulan Sweet Charity, Amy Search dan Hujan.

Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata konsert Ambang ini boleh dianggap sebagai acara penutup kepada semua program yang dianjurkan di Putrajaya sepanjang tahun ini.

"Kami menggalakkan orang ramai terutama dari kawasan Lembah Klang untuk memeriahkan acara ini dan pihak PPj turut menyediakan lebih 50 gerai jualan di sekitar Dataran Putrajaya," katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts