Sudah-sudahlah tu Erma Fatima...!

Rupanya masih belum habis 'perang' diantara dua selebriti ini. Baru-baru ini Erma Fatima boleh dianggap seperti 'mencucuh api' ke sumbu pelita yang masih menyala apabila membayar wang tuntutan yang dimenangi Rabecca Nur Al-Islam (Becca) sebanyak RM11,200 dengan wang syiling 5 sen. Entah atas sebab apa pengarah wanita itu berbuat demikian, Aida juga bingung.

Adakah rasa tidak puas hati Erma terus mendorongnya dia melakukan perbuatan yang disifatkan banyak orang sebagai keanak-anakan ini? Atau mungkin cabaran menjadi seorang yang kreatif turut menyebabkan dia melakukan sesuatu yang berbeza seperti itu? Aida tidak tahu.

Pada Aida perbuatan Erma ini hanya mengundang perspektif negatif di kalangan peminat, malah sampai ada yang kata Erma agak tidak matang dalam tindakan sebegitu. Sebagai pengarah yang disegani, ada nama dan hebat, banyak pihak mengharap supaya Erma lebih ‘cool’ dan terima keputusan dengan reda, bukan dengan cara sebegini.

Lagi satu tidakkah tindakan Erma ini boleh dianggap menghina Mahkamah? Sebabnya mahkamah yang membuat keputusan supaya dia membayar sejumlah wang tersebut kepada Rebecca.

Selain berpuluh peket syiling 5 sen Erma turut menghantar senaskah al-Quran kepada Becca selain mesej ‘menghiris perasaan’ buat pelakon itu .

Al-Quran itu junjungan kita, usah dipermain-mainkan sebegitu rupa. Kalau hendak ‘menyindir’ ke apa ke, al-Quran bukan bahannya, tidak ada kompromi dalam saol ini.

Ini adalah keputusan mahkamah, jadi sudah sampai masanya buat Erma menutup kisah ini. Pasrah dan lupakan dendam.

Aida juga percaya wang yang diberikan Erma itu tidak akan mengubah apa-apa dalam hidup Rabecca yang sedia mewah. Itu hanya keputusan mahkamah yang perlu dipatuhi Erma.

Pada Becca pula, jangan dihantar balik wang tersebut kepada Erma dan derma sahaja wang tuntutan itu buat mangsa banjir mahupun anak yatim.

Mungkin 5 sen itu lebih bermakna buat mereka yang memerlukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts