Berita Mr Bean masuk Islam hanya bahan lawak

October 07, 2013

Berita pelawak terkenal, Rowan Atkinson (gambar) memeluk Islam nampaknya hanya menjadi bahan lawak sahaja apabila jurucakapnya, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan komedi bersiri Mr Bean itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam.

"Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk Islam," kata Lucy seperti dilapor Yahoo Entertainment hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai pelawak terkenal dunia Mr Bean yang dikatakan memeluk Islam tersebar merata laman web dan juga media sosial.

Ia dikongsikan dalam Facebook selepas laman anti Israel, Salbadi.com dan media dari Indonesia, Islampos.com melaporkan pengucapan syahadah oleh Mr Bean.

Rowan dikatakan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem "Innocence of Muslim", iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad.

Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi menjadi pembimbing dan individu bertanggungjawab mengajar Atkinson tentang Islam. - 7 Oktober, 2013.

Rumah RM7.2juta!, hadiah Nadim untuk Nora Danish?

Rumah RM7.2juta!, hadiah Nadim untuk Nora Danish?
"SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish mengenai laporan beberapa media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri membeli rumah RM7.2juta untuknya.

Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.

Pelakon itu mengaku Nadim adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta.

"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.

Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya.

"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.

Pelakon berstatus ibu tunggal itu juga menjelaskan mengapa dia memilih Nadim sedangkan terdapat khabar kurang enak sebelum ini mengenai lelaki itu, Nora mengatakan beliau sudah mengenali lelaki itu.

"Saya tahu sebelum ini dia dikenali dengan kisah peribadi, tetapi selama saya kenal dia sudah tujuh tahun, Nadim sebenarnya seorang lelaki yang baik dan suka menderma.

"Malah dia sebenarnya amat mengutamakan keluarga serta pandai melayan anaknya dan anak saya," ujar Nora.

Biarpun bersikap terbuka dengan hubungannya kali ini, Nora berkata, dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka, meskipun Nadim dilihat sudah mengakui bahawa Nora cukup istimewa buat dirinya.

"Saya tak mahu bercerita lebih lanjut, melainkan apabila sudah berkahwin. Tetapi itu tidak bermaksud saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Jika dia (Nadim) mahu mengaku, itu terpulang pada dia kerana itu haknya. Tetapi bagi saya, bila sudah berkahwin barulah saya boleh bercerita segalanya," katanya mengenai tulisan Nadim yang kerap memanggilnya 'My Boo' dan 'My Love'.

Keluarga & kerjaya

Status ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, tidak menghalang Nora untuk terus aktif dalam bidang seni apatah lagi ia menjadi sumber pendapatannya selama ini.

Nora berkata, dia benar-benar bersyukur kerana syarikat pengurusan,  Metrowealth International Group (MIG) banyak membantunya menguruskan jadual dengan baik.

"Biasanya kalau saya terlibat dengan penggambaran selama 20 hari, MIG akan beri saya cuti selama dua minggu untuk bersama keluarga.

"Saya akui menjadi ibu tunggal agak susah juga untuk saya membahagi masa antara keluarga dan kerjaya tetapi Alhamdulillah kerana MIG banyak mempermudah jadual saya.

"Malah jika saya sibuk, ibu saya juga banyak tolong menjaga Rayqal dan adakalanya bekas suami dan bekas keluarga mertua juga bantu menjaganya," katanya.

Bukan sahaja sukses dalam kerjaya seni, aktres itu juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan hidup dalam tempoh lima tahun akan datang dengan berhasrat memperluas perniagaan bedak sejuk ‘Tanaka’ selain berharap sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sempurna.

"Buat masa ini perniagaan bedak sejuk itu saya jalankan secara kecil-kecilan melalui laman sosial Instagram dan Alhamdulillah sambutan memang bagus.

"Jadi saya rancang untuk melancarkannya tidak lama lagi secara besar-besaran dan pada saya bila produk itu bagus, tidak salah untuk saya kongsi dengan semua orang.

"Selain itu, tentu sekali saya berharap untuk membina sebuah keluarga sempurna apatah lagi lima tahun akan datang, usia saya dah 35 tahun, jadi saya berharap mempunyai anak lagi," katanya.

Anak emas MIG?

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Nora memberitahu, dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pengantin Malam, sebuah filem seram arahan Eyra Rahman.

Katanya, filem tersebut memperlihat gandingan ketiganya bersama aktor kacak, Farid Kamil.

"Sudah seminggu saya jalani penggambaran filem ini dan sebagai pelakon apa yang boleh saya katakan, filem ini amat seram dan ia akan ditayangkan tahun depan," katanya.

Melihat kepada limpahan tawaran dari syarikat pengurusannya, ada yang berbisik mengatakan Nora kini menjadi anak emas MIG kerana sering menjadi pilihan untuk membintangi filem terbitan syarikat itu.

"Eh tidaklah! Tidak adil mengatakan saya anak emas MIG sedangkan artis lain seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam turut mendapat peluang sama rata dan David Teo sendiri tidak pernah bersikap pilih kasih.

"Biasanya MIG akan lihat pada kemampuan artis, jadi jika sesuai dia akan tawarkan pada artis tersebut itu dulu, cuma bezanya adalah dari segi liputan diterima," jelas Nora.

Duta Fruitale

Sementara itu, Nora ketika ditemui pada pertandingan pencarian Bintang Fruitale Pertama di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya, kelmarin menjelaskan dilantik menjadi duta Fruitale selama setahun.

Selain mempromosi produk tersebut, dia juga menjadi mentor bagi peserta serta bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan itu.

"Saya buat keputusan memilih Fatin Atiqah sebagai pemenang kerana sejak awal lagi dia paling menyerlah dan memiliki  gaya persembahan yang baik.

"Selain itu dia juga amat berbakat dan kami sebulat suara menobatkan dia sebagai juara," jelasnya.

Nora berkata, Fruitale kini sudah memperbaiki produk mereka dengan lebih wangi dan berkualiti.

“Saya suka pertandingan Transformasi Bintang Fruitale ini kerana ia beri peluang kepada semua gadis memperbaiki penampilan dan keyakinan diri, sekalgius menerima nasihat profesional mengenai apa yang sesuai untuk mereka.

"Saya gembira dapat berkongsi tips dan nasihat berguna kepada mereka, terutamanya mengenai Fruitale dan manfaatnya," katanya yang juga menjadi duta Mamee dan Uniqlo.

Nasi kangkang bukan dongeng

RAIHAM MOHD SANUSI

Nasi kangkang bukan dongeng  
Shamsuri (berdiri tengah) bersama perawat dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi merawat 150 pesakit sempena rawatan perdana di Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili Paya di Kemaman, kelmarin.
 
KEMAMAN - Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di Dungun.

Shamsuri berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat songsang mereka.

“Seperti pasangan suami isteri dari Dungun yang saya rawat hari ini, mereka terkena nasi kangkang yang diberikan seseorang sehingga pasangan ini jadi saling membenci dan apa yang kita boleh lihat, matlamat penyihir mungkin untuk merampas suami atau harta atau mahu melihat keluarga ini hancur akibat hasad dengki dengan kebahagiaan keluarga ini,” katanya.

Shamsuri berkata, berdasarkan pengakuan mangsa  yang kedua-duanya bekerja sebagai polis, bukan sahaja mereka sekeluarga terkena sihir itu, malah seluruh penghuni di blok sama dengan rumah mereka turut mengalami nasib sama apabila kesemuanya saling berbalah.

Menyedari sesuatu yang aneh, pasangan terbabit masing-masing berumur 43 dan 41 tahun membuat keputusan berpindah dari kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu sebelum mendapatkan rawatan secara Islam sempena Rawatan Perdana Pusat Rawatan Islam At-Tobibi di Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin.

Katanya, perasaan hasad dengki sangat bahaya, justeru masyarakat Islam diingatkan supaya berhati-hati daripada menerima apa-apa termasuk makanan daripada individu mencurigakan, di samping mengamalkan membaca ayat suci al-Quran dan doa pelindung sebelum menjamah makanan.

Bagaimanapun, sepanjang pengalaman beliau merawat ramai pesakit, Shamsuri berkata, tidak ramai yang terkena sihir nasi kangkang berikutan amalan itu hanya dipelajari daripada keturunan dan mempunyai jampi atau mantera khusus.

Shamsuri berkata, ada antara pengamal nasi kangkang sudah insaf seperti yang berlaku pada seorang warga emas di Johor yang bertaubat pada usia 63 tahun selepas dia diuji dengan kematian suami dan enam anaknya silih berganti.

“Kes ini terjadi pada 2005, nenek ini mula menjadi bomoh nasi kangkang sejak berusia 32 tahun dan ketika itu, ramai wanita datang berjumpanya bagi mendapatkan nasi kangkang hingga yang paling dahsyat, ada isteri sanggup meletakkan darah haid ke dalam nasi.

“Suami nenek ini turut terkena sehingga menjadi bodoh dan disepak terajang olehnya, namun selepas diuji dengan kemiskinan dan kematian suami serta anak-anak, nenek ini berfikir selama tiga tahun untuk meninggalkan perbuatan syiriknya dan akhirnya dia bertaubat,” katanya.

Pada program rawatan perdana itu, kira-kira 150 pesakit dari seluruh Terengganu termasuk dari Kuantan, Pahang hadir untuk mendapatkan rawatan dan ramai antaranya mengalami masalah sakit misteri.

Pengerusi Surau As-Soliheen, Mohd Kamal Shafie berkata, program rawatan perdana itu adalah yang kedua diadakan dan dijadikan sebagai aktiviti surau setiap bulan.

Program seterusnya akan diadakan pada 2 November depan bermula jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang dan sehari sebelumnya iaitu pada Jumaat rawatan akan diadakan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Kerteh 6 bermula jam 2.30 hingga 6.30 petang.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian 013-2898296 untuk maklumat lanjut.

Kurang tidur punca nyanyuk

  • Kurang tidur punca nyanyuk 
  • Gambar hiasan

NYANYUK atau alzheimer, penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang dari usia warga emas itu.

Pada kebiasaannya, kesan nyanyuk sinonim dengan memori kerana penghidap akan mengalami keadaan di mana seseorang itu tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara yang baru.

Seterusnya, penyakit ini juga dapat dikesan apabila seseorang itu yang pada keadaan biasa, suka bergaul, secara tiba-tiba lebih gemar menyendiri, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada orang di sekelilingnya.

Alzheimer juga boleh membawa kepada satu tahap yang agresif seperti bercakap secara berulang-ulang, cepat naik angin sehingga kadang-kadang menjerit dan lebih teruk bertindak menendang apa sahaja yang ada berhampirannya.

Penyakit ini juga boleh terjadi disebabkan kurang tidur dan mereka sering melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud (halusinasi). Pada tahap ini, sel-sel otak tidak lagi berfungsi sepenuhnya.

Bagaimanapun, kes yang biasa berlaku adalah tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu diletakkan.

Sekiranya ia sangat kerap berlaku dalam sesuatu masa (sehari), itu adalah tanda-tanda awal pengidap alzheimer.

Setakat ini, menu pemakanan bukanlah antara penyebab penyakit alzheimer berlaku dan ia juga bukan penyakit keturunan.

Tetapi, sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai pesakit ini, peratusan risiko untuk ahli keluarga lain mendapat nasib sama, ada.

Pun begitu, percaya atau tidak, penyakit alzheimer juga boleh terjadi disebabkan seseorang itu mengidap strok yang menyerang saraf otak biarpun berusia kurang dari 65 tahun yang dikategorikan sebagai Vaskular Dimentia.

Namun harus diingat, seseorang yang menghadapi alzheimer ini tidak akan perasan dengan perubahan mereka, tetapi orang di sekeliling perlu mengambil tindakan segera supaya ia tidak berlarutan kerana boleh menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.

Jalani kaunseling

Pesakit alzheimer tidak akan menyebabkan kematian secara langsung, tetapi boleh berlaku secara tidak langsung apabila mereka ini merayau-rayau dan tidak cukup tidur serta tidak makan, dan dijangkiti kuman sehingga mengakibatkan kematian.

Bagi alzheimer, rawatan yang dapat dijalankan adalah melalui kaedah memberi ubat-ubatan dan menjalani sesi kaunseling, namun sokongan daripada keluarga amat penting selain pesakit itu sendiri.

Kebiasaannya, sesi kaunseling akan berlangsung secara berperingkat dan dalam waktu sama, kumpulan itu akan mengajar semula asas kehidupan secara beransuransur kepada pesakit untuk mengembalikan semula ingatannya dan dapat menguruskan diri sendiri.

Untuk rekod, pesakit alzheimer tidak akan pulih sepenuhnya biarpun melalui sesi kaunseling secara berperingkat, tetapi setidaknya dapat mengurangkan lima peratus daripada masalah yang dihadapi
kepada yang lebih baik.

Antara jenis alzheimer yang biasa berlaku kepada pesakit ialah:
- Alzheimer's Disease
- Vaskular Dementia
- Lewy Body Disease
- Frontal Lobe Dementia

Aeril, Wawa sudah berkahwin?


  • Wawa Zainal rancak atur karier 
  • Wawa Zainal

KONTROVERSI mengenai  dua pelakon popular Wawa Zainal dan aktor  drama bersiri Cinta Jannah, Aeril Zafrel berhubung  tentang pernikahan mereka masih menjadi tanda tanya.

Walaupun khabar angin sudah bertiup kencang di dalam laman sosial dan portal berita hiburan, Aeril hari ini cuba menafikan perkara tersebut.

Menerusi laman Twitter, Aeril berkata, jika mahu mendapat kepastian mengenai perkara tersebut perlu menghubungi penulis artikel berkenaan kontroversi perkahwinan itu.

"Yang rasa mahu mendapatkan kepastian atau tidak, rasanya boleh hubungi penulis artikel berkenaan rajamawar@bh.com.my. Terima Kasih kak Raja. Sayang akak.

  • "Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu. Hasbunallah Wani'malwaqil," tulisnya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pennjelasan daripada empunya badan melalui panggilan telefon tidak berjaya, apabila Aeril tidak menyambut panggilan tersebut.

Sebelum ini, pasangan tersebut  pernah menafikan hubungan cinta mereka dan hanya mengeluarkan kenyataan "kami hanya berkawan sejak 2011".

Isu ini menjadi panas apabila, pasangan ini dikatakan telah mempunyai cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 minggu seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Mereka juga, dikatakan telah mendaftar pernikahan di Pejabat Agama Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.

Lelaki masih nafi mereka berisiko hidap barah payudara


Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 6 Oktober – Kesedaran dalam kalangan kaum lelaki mengenai bahaya barah payudara masih lagi pada tahap yang rendah dan kumpulan berkenaan seolah-olah menafikan bahawa mereka juga berisiko untuk mengidap penyakit berkenaan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Barah Payudara (BCWA) Prof. Madya Dr. Zahara Aiyub berkata, setiap tahun seramai 5,000 orang berisiko menghidap barah payudara dengan 1 peratus daraipadanya adalah lelaki.

“Pada tahun 2008 keseluruhan yang mengidap penyakit ini adalah 32,000 orang dan dijangka akan meningkat sehingga 40,000 orang pada 2016. Ia sangat serius. Pusat Perubatan Universiti Malaya mengesan daripada 300 kes penyakit barahpayu 3 daripadanya adalah lelaki,” kata Dr. Zaharah.

Beliau ditemui pada majlis Kempen Kesedaran Barah Payudara yang dianjurkan bersama oleh BCWA, Harley Owners Group-Malaysian Chapter (HOG) dan Hap Seng Consolidated Berhad.

Kempen itu melibatkan kira-kira 100 buah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang berkonvoi daripada ibu negara menuju ke Seremban dengan mensasarkan kempen kepada kaum lelaki bahawa mereka juga berisiko mengidap kanser.

Dr. Zaharah yang juga mangsa yang selamat daripada barah payudara menegaskan risiko lelaki mengidap penyakit berkenaan lebih tinggi kerana kumpulan gender berkenaan tidak memeriksa payudara mereka.

“Apabila dia tampil ke hospital dia sudah pada tahap yang merbahaya dan sukar untuk survive. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.,” kata beliau.

Sementara itu, penganjur kempen Leo Melvin berkata, penunggang motosikal berkuasa tinggi digunakan agar mesej kempen kesedaran berkenaan sampai kepada kumpulan sasar.

“Ramai lelaki kita tahulah sebab macholah, malu, mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka juga berisiko untuk menghidap barah payudara. Ia bunyi agak kelakar jadi kita mahu mengubah pandangan itu.

“Sebab itu dalam kempen ini kita bawa penunggang motosikal berkuasa tinggi yang ‘macho’ untuk memberi kesedaran bahawa mereka (lelaki yang macho) juga dalam kumpulan yang berisiko untuk mendapat barah payudara,” kata Leo.- UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts