Bekas setiausaha akhbar Dr Mahathir bantu selesai kes penculikan kanak-kanak di Bangsar


November 09, 2013


Kejadian penculikan kanak-kanak, Freddie Joseph berakhir dengan selamat.Kejadian penculikan kanak-kanak, Freddie Joseph berakhir dengan selamat.

Seorang bekas setiausaha akhbar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad telah memainkan peranan penting dalam menyelamatkan bayi berusia 20 bulan, Freddie Joseph yang diculik di hadapan ibunya di Bangsar semalam.

Datuk Zakaria Abdul Wahab sedang berjoging di Tasik Titiwangsa pagi ini apabila terlihat kekecohan berhampiran tandas kira-kira jam 12:40 petang.

"Saya pergi ke sana dan melihat dua lelaki dan seorang wanita dengan seorang bayi Caucasian. Mereka memberitahu saya mereka menjumpai bayi berkenaan di tepi jalan di taman dan mendukung untuk memujuknya," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Zakaria, yang kini adalah Timbalan Ketua Editor Bernama berkata, ketika itu ada satu majlis sedang berlangsung di taman dan cuba mencari ibu bapa kanak-kanak itu tanpa menyedari bahawa ia adalah Freddie yang telah diambil dari rumahnya di Bangsar semalam.

Kedua-dua lelaki, seorang pemandu lori dan pemandu bas memutuskan untuk menghubungi polis selepas gagal mencari ibu bapa kanak-kanak berkenaan di taman.

Mereka kemudian meminta wanita berkenaan menjaga kanak-kanak itu sementara meminta bantuan daripada pihak polis.

Sambil melihat dengan lebih dekat wajah kanak-kanak itu, naluri Zakaria memberitahu bahawa itu berkemungkinan kanak-kanak yang diculik di Bangsar.

"Pada ketika ini, saya menelefon pejabat dan menghantar mereka gambar kanak-kanak itu. Mereka kemudian mengesahkan bahawa kanak-kanak itu adalah Freddie," katanya sambil menambah bahawa Bernama kemudian menghubungi polis.

Zakaria berkata polis tiba dengan cepat kerana mereka sentiasa mempunyai dua anggota polis yang bertugas di taman.

Kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang semalam apabila Freddie diculik di hadapan rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata bahawa ibu Freddie, Sarah Joseph, 38, masuk ke rumah setelah mendengar bunyi bising dan meninggalkan anaknya di anjung depan.

Malangnya sebaik sahaja keluar, dia melihat seorang lelaki mengambil anaknya dan terus menjerit meminta pertolongan. Dalam kejadian pergelutan, Sarah telah cedera di pergelangan tangan kanannya.

Satu sumber polis memberitahu bahawa seorang jiran cuba untuk membantu tetapi terpaksa berundur apabila seorang suspek lelaki tiba-tiba menghunus sebilah pisau.

Kedua-dua suspek melarikan diri dalam Toyota Camry putih bersama-sama dengan Freddie.

Polis pagi ini mencari petunjuk dalam kejadian itu. Mereka melihat kemungkinan bahawa butang hitam ditemui di mana kereta penculik diletakkan berhampiran rumah adalah milik penculik itu .

Difahamkan bahawa Sarah mengajar Bahasa Inggeris di sebuah kolej swasta di Taman Tun Dr Ismail. Teman lelakinya yang juga bapa Freddie, seorang warga Filipina sedang bekerja di luar negara.

Dia tinggal bersendirian di rumahnya di Jalan Terasek 7 bersama Freddie dan seorang pembantu rumah Filipina.

Polis sedang menyiasat kemungkinan bahawa penculikan mungkin kerana masalah peribadi Sarah dan mungkin mengenali suspek berkenaan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. - 9 November, 2013.

Lelaki China saman si isteri sebab anak mereka hodoh-hodoh semua..

Chinese man sues wife over ugly child


A wonderful article from Russia Today came to my attention yesterday, Chinese man sues wife over ugly child – and wins $120,000, and good on him.  Expect many more of these lawsuits in the future.  It has always bugged me the way women commoditise their bodies: slathering on cosmetics, changing their hair colour, getting boob jobs, injecting botox into their faces and the list goes on and on.  Apart from the fact we’re told we men should not objectify women when women clearly are the biggest sexual objectifiers of their bodies, I found myself worried that such women have no honour.  A big part about honour is honesty and a woman with a fake body is not being honest about herself.  For me as a man, I look at a woman’s body and her features to guage how healthy she is physically and if she would produce good children for me because frankly I’m shopping for a good mother for my children.  
Sure, once I’ve ascertained that the woman in question is healthy and well-formed, then I’ll worry about her IQ and maternal temperament, but I make no apologies for selecting out the biologically weak women because this is my children’s future and a good parent cares about the future they give their children.  A good parent wants their children to be healthy, attractive and well looked after.  Selecting a decent mother is the single biggest thing a man can do to make sure his children have the best start they could have in life.  Incidentally, let that be a warning to you women out there who date men who say they don’t want kids, they probably don’t have very high standards.
Of course, I can see why this man sued his wife.  She lied.  She lied about her physical health and attractiveness.  Now, I’m not attracted to Asian women, but I know what ugly looks like:

This is what cosmetic surgery gets you

This woman committed fraud and I feel for the poor husband here.  He obviously was looking out for the best interests of his children when he selected this woman, meanwhile she was only thinking about the best interests of herself.  This woman frankly should not have been able to reproduce because she’s the carrier of genetic refuse.  
Think about it, would you want to have children with a haemophiliac, a person with Huntington’s victim or Down’s syndrome?  Of course you wouldn’t, and not because you hate the person with the disease, but because you love your future children too much to put them through such torment.  I applaud the judge’s decision here in this case, this man’s children have been afflicted in a way that will stay with them all their lives and if we give them cosmetic surgery too then this crime will only repeated itself.  
I’m hoping in the near future we will see many more cases like this and more lawsuits against women who get cosmetic surgery.  Beauty is not skin deep, it’s in your genes and if you think otherwise you’re the shallow one here.

Justin Bieber disiasat polis

http://www.objektifhaber.com/resimler/82000/83529_3.jpg
RIO DE JANEIRO 7 Nov. - Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber yang kini mengadakan konsert jelajah di Brazil, disiasat oleh polis atas tuduhan menconteng tembok bangunan awam di bandar raya ini.

Menurut satu kenyataan polis semalam, siasatan dilancarkan untuk mengetahui sama ada penyanyi itu mendapat kebenaran daripada Dewan Perbandaran untuk menconteng sebuah tembok hotel yang tidak lagi digunakan di zon pelancongan di selatan Rio.

Beiber didakwa menulis perkataan 'Respect privacy' dan 'I am off', selain beberapa lukisan lain di tembok bekas Hotel Nacional itu, kelmarin.

Menurut laporan akhbar harian O Dia, pengawal peribadi penyanyi pop itu turut mengugut jurugambar yang mengambil gambar kejadian tersebut.

Polis dilaporkan telah pergi ke kediaman yang disewa oleh penyanyi berusia 19 tahun itu, tetapi dia tidak berada di tempat itu.

Panggilan telefon dan emel kepada wakilnya, Melissa Victor, Nick Styne dan Aaron Rosenberg pula tidak berjawab.

Menurut rangkaian Globo TV, Bieber telah meninggalkan Brazil menaiki jet peribadi untuk ke Paraguay, petang semalam.

Menconteng tembok bangunan awam adalah satu jenayah di Brazil dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun serta denda. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131108/hi_03/Justin-Bieber-disiasat-polis#ixzz2k09FcQyW
© Utusan Melayu (M) Bhd

Perbankkan Islam : Pilihan di tangan umat Islam

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
Gambar GHAZALI BASRI

http://www.niftiportal.com/images/uploads/Islamic-Finance13.jpg
SISTEM perekonomian Islam merupakan salah satu cabang syariat agama seperti mana termaktub di dalam al-Quran dan al-sunnah serta wajib digunakan dalam kehidupan seharian.

Tanpanya, akan berlaku kepincangan urusan jual beli sesama manusia kerana wujudnya penindasan akibat berleluasa perbuatan riba.

Hal ini kerana dalam sektor muamalah, amalan riba dilarang bahkan unsur gharar (ketidaktentuan) juga diharamkan jika terdapat perkara berkenaan dalam urusan jual beli.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 275 surah al-Baqarah yang bermaksud: Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Malah ayat itu telah menjadi asas kepada sistem perekonomian Islam sejak ia diturunkan sehingga ke hari ini.

Bahkan sistem ini turut mendatangkan manfaat kepada umat Islam agar tidak berlaku kezaliman oleh para peniaga mahupun pembeli.

Namun demikian, walaupun syariat Islam itu sudah lama terkandung dalam al-Quran dan al-sunnah di muka bumi ini, namun ramai umat Islam tidak mengetahui dan menguasai ajaran yang terkandung di dalam kedua-dua panduan itu termasuklah sistem kewangan Islam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani, masyarakat Islam hari ini perlu dan wajib melakukan transaksi atas landasan syariah termasuklah daripada sudut penggunaan produk kewangan Islam.

Ujar Badlisyah, malangnya ramai dalam kalangan umat Islam termasuk di Malaysia masih lagi tidak mengetahui produk kewangan Islam serta tidak didedahkan bagaimana untuk melakukannya.

Badlisyah berkata, tanpa disedari sistem kewangan Islam telah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun lalu, malah di negara ini telah bertapak ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Terang beliau, hal itu dibuktikan melalui produk wakaf, zakat, mudarabah, ijarah dan sebagainya sehinggalah empayar kerajaan Islam sesuatu ketika dahulu mampu menguasai ekonomi dunia dan serantau.

"Sebenarnya sistem kewangan Islam sudah sekian lama diguna pakai di negara ini, namun ramai di luar sana tidak mengetahui fakta sejarah itu kerana diubah oleh penjajah.

"Alhamdulillah, Malaysia amat bertuah kerana dalam kalangan kita tidak buta sejarah apabila sejurus mencapai kemerdekaan dari British, kerajaan segera memperkenalkan semula sistem kewangan Islam menerusi penubuhan Tabung Haji.

"Akhirnya pada awal 80-an, kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan Akta Perbankan Islam yang telah diwartakan pada 10 Mac 1983 bagi membolehkan penubuhan institusi perbankan Islam di bawah pengawalseliaan Bank Negara," jelas Badlisah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Simposium Celik Muamalah Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Pusat Islam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Badlisyah menambah, ramai tidak menyedari sebelum negara ini memperkenalkan sistem kewangan Islam, beberapa negara seperti di Asia Barat menemui kegagalan kerana wujud kekangan.

"Apa yang diusahakan dan dimajukan sebagai industri kewangan Islam moden di negara ini adalah untuk kebaikan kita semua supaya boleh menjalani kehidupan lengkap sebagai seorang Muslim.

"Berbanding negara-negara lain, kita di Malaysia mempunyai pilihan tulen dalam mengurus kehidupan peribadi, peniagaan serta pelaburan dengan betul berlandaskan syariah," kata Badlisyah.

Kurang sambutan

Namun demikian, Badlisyah menyatakan bahawa perlu diakui bahawa sektor perbankan Islam yang ada sekarang walaupun bertapak di Malaysia hampir 50 tahun, namun masih kurang sambutannya. Ini kerana masih ramai dalam kalangan umat Islam itu sendiri yang memilih menggunakan perbankan konvensional.

Hal ini kerana jelas Badlisyah adalah kesedaran dan pengetahuan mengenai perbankan Islam masih lemah dan cetek, lebih-lebih lagi mereka masih lagi menyimpan di akaun deposit dalam bank selain urus niaga Islam.

Beliau mendedahkan soal itu bukan sahaja melibatkan individu, tetapi secara tidak sedar, institusi keagamaan seperti masjid dan surau turut menggunakan duit hasil riba apabila punca kewangan mereka disimpan di bank konvensional, sebaiknya jika ia menggunakan kaedah perbankan Islam.

"Oleh demikian, menerusi simposium seperti ini, saya berharap semua penggerak organisasi masjid dan komuniti setempat menjadi ejen perubahan dalam memartabatkan sistem kewangan Islam di bumi Malaysia tercinta ini.

"Kita harus menyedari bahawa sistem kewangan Islam bukan khusus untuk umat Islam sahaja tetapi ia meliputi masyarakat berbilang kaum dan agama kerana transaksinya baik untuk semua pihak," terang Badlisyah.

Dalam pada itu, Badlisyah menggesa semua pihak termasuklah pihak berkuasa agama harus memberikan penerangan kepada umum dalam memperbetulkan salah tanggapan terhadap kewangan Islam.

Ujar Badlisyah, salah satu penyimpangan itu adalah menuduh institusi perbankan Islam mengambil kesempatan dengan mengenakan caj kadar berlebihan dan akhirnya dilabel sebagai zalim serta menjalankan penindasan.

"Selalu persepsi ini dengan diuar-uarkan secara membuat perbandingan pembiayaan rumah mengikut sistem Islam dengan kadar tetap (fixed rate) berbanding berubah-ubah (flexible rate).

"Memanglah perbankan Islam menetapkan kadar lapan atau sembilan peratus berbanding konvensional sehingga serendah 3.5 peratus, namun suatu ketika jumlahnya turun naik dan tinggi, akhirnya ramai tidak sedari ia sebenarnya jauh lebih mahal," jelas Badlisyah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131106/ba_03/Pilihan-di-tangan-umat-Islam#ixzz2k0864G1e
© Utusan Melayu (M) Bhd

Hak isteri dalam harta sepencarian


http://ibnuabbaskendari.files.wordpress.com/2012/08/sikap-seorang-muslim-terhadap-harta.jpg
DALAM artikel lalu saya telah menulis mengenai asal usul harta sepencarian di mana ia datang daripada amalan adat Perpatih dan Temenggung yang ada di Malaysia.

Daripada adat ini amalan pembahagian harta sepencarian diterima pakai sebagai Undang-undang Islam kerana ia adalah 'urf yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Pada sebelum merdeka, tuntutan harta sepencarian dibuat di mahkamah sivil yang hakimnya adalah orang Inggeris atau mendapat didikan Undang-undang Inggeris dari England.

Selepas Malaysia merdeka, hal ehwal undang-undang Islam dan orang Islam diletakan di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri. Dengan itu, mahkamah syariah diasingkan dan ditubuhkan di semua negeri dalam hierarki berikut:

l Mahkamah Rayuan Syariah

l Mahkamah Tinggi Syariah

l Mahkamah Rendah Syariah

Dengan penubuhan ini semua kes melibatkan Undang-undang Islam dan orang Islam dibawa ke mahkamah syariah. Sebelum 1988, masih ada juga kes orang Islam yang melibatkan Undang-undang Islam dibawa ke mahkamah tinggi sivil kerana mahkamah ini mempunyai bidangkuasa luas yang diperuntukan oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1968.

Ia menimbulkan rasa kurang hormat warganegara Malaysia kepada mahkamah syariah dan sering timbul rasa tidak puas hati kerana keputusan kedua-dua mahkamah yang sering bercanggah. Akhirnya Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada 1988 di mana Perkara 121 telah dipinda dan peruntukkan (1A) telah dimasukkan.

Menurut Perkara 121(1A) apa-apa perkara di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil tidak boleh masuk campur. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Mahkamah Syariah mendapat pengiktirafan dan kedudukan yang setanding dengan mahkamah sivil.

Sejak daripada pindaan tersebut semua kes harta sepencarian orang Islam dibawa ke mahkamah syariah. Dalam masa yang sama Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam telah digubal dan diluluskan di semua negeri di Malaysia mulai 1983. (Akta untuk Wilayah Persekutuan, Enakmen untuk semua negeri kecuali Sarawak dan Ordinan untuk Sarawak sahaja).

Undang-undang Keluarga Islam ini mengkanunkan atau mengkodifikasi hukum Islam mengenai kekeluargaan termasuk mengenai harta sepencarian. Contoh, dalam seksyen 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, "harta sepencarian" ertinya harta yang diperoleh oleh suami dan isteri, sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Menurut seksyen 122, enakmen yang sama mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak itu.

Mahkamah semasa hendak membahagikan aset atau harta tersebut hendaklah mengambil kira;

(a) takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;

(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak, aset atau hasil jualan aset itu.

Mahkamah juga mempunyai kuasa, memerintahkan supaya apa-apa aset atau harta yang diperoleh semasa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagikan antara mereka dan jika dijual hasil jualan dibahagi antara mereka dan dalam melaksanakan kuasa ini mahkamah terikat dengan perkara seperti sumbangan secara tidak langsung, hutang dan kepentingan anak-anak yang masih kecil.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini kerana harta dibeli hasil sumbangan seorang sahaja, pihak yang memberi sumbangan utama akan mendapat bahagian yang lebih besar. Dalam hal ini harta tersebut termasuk harta yang dibeli oleh salah satu daripada pasangan perkahwinan sebelum berkahwin dan dimajukan secara usaha sama.

Prinsip di dalam seksyen ini boleh dilihat penggunaannya di dalam kes Re Hajjah Nek Maimunah bt Salleh 1977 dan kes Tengku Anun Zaharah lwn Dato Dr. Hussein 1980.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131106/ba_01/Hak-isteri-dalam-harta-sepencarian#ixzz2k07JVdqQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bapa Lan Pet Pet meninggal dunia kerana sakit tua

http://s4.ohbulan.com/wp-content/uploads/2012/05/Screen-Shot-2012-05-04-at-11.16.34-AM.png
ALOR SETAR 7 Nov. - Bapa kepada pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, Ahmad Mahmood, 87, meninggal dunia di rumahnya di Lorong Panglima di sini petang ini.

Abang kepada Mazlan, Mahadzir, 61, berkata, Allahyarham yang merupakan pesara Telekom Malaysia Berhad tidak menghadapi sebarang penyakit dan meninggal dunia akibat sakit tua pukul 2.25 petang.

"Arwah hanya sakit tua dan tidak mengalami sebarang demam cuma tidak lalu makan sejak beberapa hari lalu.

"Selasa lalu kami adik-beradik termasuklah Mazlan sempat berkumpul dan bersembang dengan arwah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Asma Abdullah, 86, dan sembilan orang anak serta 36 cucu.

Menurut Mahadzir, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Derga, Langgar di sini kira-kira pukul 11 pagi esok. - UTUSAN ONLINE

AL FATIHAH
http://2.bp.blogspot.com/-Psaucj4pnVQ/UE6eZU_-oTI/AAAAAAAAB-E/2XWG6p-T_-g/s640/Surat+Al+Fatihah.jpg

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131107/hi_06/Bapa-Lan-Pet-Pet-meninggal-dunia-kerana-sakit-tua#ixzz2jxz2Ba9n
© Utusan Melayu (M) Bhd

Cara menyelamatkan Clutch Motor dari rasa ketat dan karat.

Sekadar berkongsi...

Tumpang lalu tuan admin...
Mintak izin share

Kita sering dengar bikers komplen yg Clutch dia rasa ketat dan karat.
walaupon baru tukar...
Baru sebulan dua, dah karat dan rosak.
Worksyop dah tentu suruh tukar baru..
koyak lagi poket...
dengan time nak raya lagi ni...

Penyelesaiannya?
Jangan biarkan clutch anda seperti posisi gambarajah A.
Air hujan dan karat akan merosakkan cable cluth anda.

Minyakkan clutch anda dan arahkan jalur lubang cable ke bawah 
seperti gambarajah B.

Kalau tak tau dan tak reti nak buat camna...
Kami boleh tolong....

Rakyat Malaysia keliling dunia dengan Kapcai


Syed Ahmad Abdul Hadi HusseinKeliling dunia dengan kapcai 
Keliling dunia dengan kapcai 
Motosikal Hadi yang melalui satu jalan pintas di kawasan 
pergunungan di Turki pada tahun 2010.

SIAPA tidak kenal pengembara solo, penunggang gigih yang menjelajah dunia dengan motosikal kapcai, Syed Ahmad Abdul Hadi Hussein atau lebih dikenali sebagai Hadi Hussein.

Menurutnya, beliau berhasrat mengembara ke enam benua sepanjang hayatnya. Enggan menetapkan sasaran umur untuk berbuat demikian, katanya, selagi mempunyai kesihatan yang baik dan kesempatan masa, beliau akan meneruskan impiannya itu.

"Alhamdulillah, setakat ini saya sudah ke dua benua. Saya memang jenis orang yang tidak kenal erti penat. Seperti pepatah Cina, bagi saya 'sehari mengembara, ilmu yang kita dapat lebih daripada membaca'.

"Kali ini saya akan menunggang motosikal dari Paris, Perancis ke Dakar, Afrika sekitar Disember ini. Sekarang pun saya sedang giat buat persiapan untuk ke sana," katanya.

Meliputi jarak sekurang-kurangnya 10,000 kilometer perjalanan Paris-Dakar itu dijangka mengambil masa kira-kira 80 hari dengan cabaran daripada segi iklim.
tema 'Saya orang Malaysia'

Membawakan tema 'IAMALAYSIAN' (Saya Orang Malaysia) menurut pemuda bujang berusia 42 tahun ini, usahanya itu bukan bertujuan mengejar habuan mahupun trofi, tetapi untuk membuktikan kepada mereka yang meraguinya serta memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Pada 2010, Hadi Hussein mengejutkan ramai orang rapat dengannya apabila mengambil keputusan berhenti kerja apatah lagi mempunyai kerjaya menarik sebagai seorang pekerja kemanusiaan.

Beliau memulakan pengembaraan solo kali pertamanya dari Kuala Lumpur ke London, England dengan motosikal kecil sejauh 24,000 kilometer (KM) jalan darat tanpa sebarang tajaan.

Sebelum perjalanan solo itu lagi, ada memandang sebelah mata apabila beliau memaklumkan ideanya itu. Malahan katanya ada kalangan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat permotoran dan penaja berpotensi memandang rendah impiannya, yakin bahawa Hadi telah 'hilang fikiran' dan mahu 'membunuh diri' untuk pergi ke situasi berbahaya dan dilihat mustahil, tambahan pula melihat beliau yang mahu berekspedisi hanya dengan motosikal 130cc.

Hadi selamat tiba di London pada bulan Oktober. Beliau berjaya membuktikan kejayaannya apabila pada 24 April 2010 kepulangannya disiarkan secara langsung di sebuah rangkaian televisyen swasta, selepas menyeberangi 24 negara selama enam bulan.

Pengembaraan kedua

Kesan perjalanan jauh hampir hipotermia, dehidrasi dan alami masalah kesihatan dalam kembara pertama tidak mematahkan semangat Hadi. Selepas dua tahun, beliau merancang pula perjalanan 'Cabaran Khatulistiwa IAMALAYSIAN Challenge 2012'.

Pada ketika itu sudah ramai yang mula memberikan sokongan kepadanya sehingga pada Disember 2012, beliau berangkat lagi pada pengembaraan kedua.

Perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh minggu menjangkau lebih 11,000 km yang meliputi hujung kepulauan Indonesia - Sumatera, Jawa, Bali, Lombok, Komodo, Flores, Sumbawa dan Pulau Sulawesi, serta Kalimantan di Borneo dengan melalui Sabah, hanya dengan menaiki kapcai 130cc yang sama.

Tetap tidak kenal erti putus asa, menurutnya, beliau menjangkakan kembara ketiganya, Cabaran Paris-Dakar 2013 lebih mencabar.

Beri tip pada pengembara

Ditanya nasihatnya kepada mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya, pemuda berasal dari Johor ini memberitahu, yang penting seseorang itu perlulah 'kenal' dengan motosikalnya terlebih dahulu.

Menurutnya, antara perkara asas perlu diketahui sebelum mahu mengembara dengan motosikal secara solo ialah, sama ada seseorang penunggang itu mampu mengangkat motosikal sendiri jika terjatuh atau tidak; boleh menukar mentol motor, minyak hitam, tukar atau tampal tayar bocor dan atau tahu penyelenggaraan absober atau tayar motor atau tidak.

"Ini penting kerana jika kita sudah mengembara terutamanya di luar negara mungkin tiada siapa boleh tolong kita. Jadi perlu tahu juga," katanya.

Menurutnya, beliau sendiri memilih  mengembara dengan motosikal kapcai disebabkan beberapa faktor seperti kos terlibat lebih efektif, penyelenggaraan lebih mudah dan adanya fleksibiliti.

Khidmat spa motosikal

Hadi berkata, ramai ingin mengembara bermotosikal secara solo sepertinya, tetapi tidak tahu caranya menyebabkan dia menjadikan bengkel yang juga 'spa' motosikalnya terletak di Taman Medan, Petaling Jaya sebagai 'pusat setempat' untuk berkongsi informasi berkaitan.

Menurutnya, di spa nya itu yang telah dibuka pada Oktober 2012, peminat motosikal bukan sahaja boleh bersantai dan berkongsi maklumat serta pengetahuan mengenai motosikal, tetapi boleh mendapat lain-lain servis berkaitan. Ini termasuk penyelenggaraan dan servis cuci motosikal, selain mendapatkan khidmat nasihat berkenaan motosikal dan pengembaraan bermotor.

Pak Guard Azman jadi pelakon...


Pak Guard Azman jadi pelakon...
Pak Guard Azman jadi pelakon...

PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas.

Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee.

Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Selain ada yang memuji, ada juga menyifatkan bahawa produksi drama tersebut sengaja mencari publisiti di atas kontroversi yang melanda pengawal keselamatan itu.

Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Jet Lee memberitahu, penglibatan Azman dalam drama arahannya itu hanya satu kebetulan.

"Ketika itu, kami sedang buat penggambaran di kawasan parkir, sebuah lapangan terbang.

"Oleh kerana melibatkan tempat parkir, kami memerlukan seseorang yang beruniform, jadi pengurus produksi panggil Azman untuk menjadi pelakon tambahan sebagai pengawal keselamatan yang juga memang tugasnya.

"Kebetulan pula, waktu itu dia sedang berehat makan tengah hari," katanya pada Zass.

Mengulas mengenai babak berkenaan yang dikatakan sama seperti pernah dialami oleh pengawal keselamatan itu, kata Jet Lee, dia tidak berniat untuk menyindir apatah lagi menyinggung perasaan orang lain dengan watak yang diberikan kepada Azman itu.

"Dia bawa watak sebenar, jadi saya hanya suruh dia berkelakuan seperti dia sedang bekerja.

"Jadi, sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan parkir dia berhak untuk menegur apa yang betul atau tidak," katanya sambil memberitahu babak lakonan Azman hanya mengambil masa selama dua minit.

Drama adaptasi novel Karangkraf

Bercerita lebih lanjut mengenai drama rantaian terbarunya, Cinta Pandang Ke-2, Jet Lee berkata ia adalah drama adaptasi novel berjudul sama karya Laila Kamilia yang diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Drama 13 episod ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd dan akan ditayangkan di slot Aurora di TV9 dan bakal menemui penonton Disember nanti.

"Selain Izara dan Dazrin, drama bersiri ini turut dibintangi Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour dan ramai lagi," katanya.

Ketika ditanya mengenai cabarannya, Jet Lee menjelaskan dugaan utamanya adalah faktor cuaca yang kini tidak menentu menyebabkan terdapat sedikit gangguan perubahan jadual.

Drama bersiri Cinta Pandang Ke-2 berkisar mengenai seorang rakan lama Zairul lakonan Dazrin dan Ainnur Azleen (Izara) yang tidak pernah sebulu walaupun mereka berdua sekelas.

Tindakan Zairul yang sering menyakitkan hati Ainnur menyebabkan wanita itu berasa hati lalu bertukar sekolah. Mereka terpisah bertahun lamanya sehingga dipertemukan semula di tempat kerja sehingga membuatkan Zairul jatuh cinta dengannya.

Sekeping gambar temukan jodoh saya semula

http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2012/02/wanita-solehah.jpg
MENCARI sesuatu yang hilang terkadang mengambil masa bertahun-tahun. Sukar untuk mengesan jejak-jejak yang terhakis oleh masa yang terlalu pantas meninggalkan kita sehingga terpaksa melupakan hasrat untuk menemuinya semula.

Putus harapan atau putus asa tidak sepatutnya dimiliki oleh seseorang manusia, sebaliknya kuatkan azam dan himpunkan kekuatan sebanyak yang mungkin dan berusaha untuk memiliki semula apa sahaja yang hilang.

Namun apabila membabitkan kehilangan orang tersayang, tentunya memerlukan masa yang lama untuk melupakannya. Tetapi berbekalkan keimanan, semua itu mampu diatasi.

Insya-Allah segalanya mungkin jika ada kemahuan dan berusaha untuk ke arah itu dengan izin Allah SWT.

Itulah sebahagian daripada mukadimah dalam kisah yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini. Kisah yang dikirimkan oleh Zamri (bukan nama sebenar) kepada saya memang jarang berlaku tetapi sebenarnya ia berlaku dalam kehidupan kita hari ini antara disedari atau tidak.

Kita ikuti kisah Zamri seterusnya untuk iktibar bersama.

Kumbang kura-kura 'serang' timur AS

Berjuta-juta kumbang kura-kura 'menceroboh' rumah dan premis perniagaan di beberapa kawasan di timur Amerika Syarikat dan pantai Teluk. - AGENSI

LOS ANGELES 6 Nov. - Berjuta-juta kumbang kura-kura 'menceroboh' rumah dan premis perniagaan di beberapa kawasan di timur Amerika Syarikat (AS) dan pantai Teluk, menyebabkan penduduk di kawasan terbabit bertungkus-lumus 'menghapuskannya' menggunakan vakum pembersih.

Meskipun tidak berbahaya kepada manusia, tetapi kehadiran serangga itu dalam jumlah yang besar menceroboh melalui celah pintu dan cermin yang retak menyebabkan gangguan kepada penduduk.

Malah serangan serangga berwarna-warni itu boleh mengotorkan langsir, sofa dan dinding jika ia dibunuh.

Kehadiran kumbang kura-kura itu dalam jumlah yang banyak pada masa ini merupakan fenomena biasa apabila serangga itu mengembara untuk membantu kumpulan serangga lain dan mencari tempat panas sebagai persediaan menghadapi musim sejuk.

Pakar entomologi dari Universiti Tennessee, David Cook berkata, bulan ini merupakan waktu yang sesuai bagi 'ribut' kumbang kura-kura melanda beberapa kawasan di AS.

"Walaupun serangga ini comel, tetapi jika jumlahnya terlalu banyak akan menyusahkan penduduk," katanya.

Pencerobohan kumbang kura-kura dilaporkan teruk berlaku di Alabama.

Seorang penduduk, Walter Harris berkata, dia menemui beratus-ratus serangga itu di depan pintu rumahnya.

"Cara terbaik menangani serangan serangga ini adalah dengan menggunakan vakum, kerana jika dibunuh, kotoran yang dihasilkan oleh kumbang kura-kura ini akan menyusahkan kita," jelasnya. - REUTERS

Pistol di Stadium Shah Alam bukan milik polis

Polis Selangor hari ini mengesahkan penemuan sepucuk pistol dan tujuh butir peluru dalam tandas di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia Ahad lepas, bukan milik anggota pasukan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kehilangan pistol dari mana-mana anggota keselamatan yang bertugas ketika berlangsungnya perlawanan antara pasukan Pahang dan Kelantan.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan berhubung penemuan pistol dan tujuh butir peluru itu. Kita juga tidak menerima sebarang laporan kehilangan pistol itu daripada mana-mana anggota keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan," katanya.

Mohd Adnan berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk motif pistol itu dibawa masuk ke dalam stadium oleh pemiliknya.

Akhbar semalam melaporkan penemuan sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh peluru dalam tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia oleh seorang anggota polis yang kebetulan mahu menggunakan tandas. - Bernama, 6 November,

Hidayah di temui untuk masuk Islam selepas kajian sujud ketika solat

Ahli neurologi, Dr. Fidelma O'Leary berasal dari Amerika Syarikat mendapat hidayah untuk memeluk Islam kerana kajiannya terhadap saraf otak manusia. Ketika membuat penelitian, terdapat beberapa urat saraf manusia yang tak dimasuki darah. Untuk berfungsi secara normal, setiap inci otak manusia perlu kepada pengaliran darah.

Dia berminat untuk terus mengkaji. Kajiannya tak sia-sia setelah lama mengkajinya. Dia menemui kesimpulannya, ternyata darah tidak akan sempurna memasuki urat saraf otak kecuali ketika seseorang sujud ketika solat.

Urat saraf tersebut memerlukan darah untuk beberapa ketika sahaja, iaitu darah akan memasuki bahagian urat saraf tersebut dengan mengikuti waktu solat. Sujud yang thomaninah akan dapat mengalirkan darah yang kaya dengan oksigen ke otak. Ia mempengaruhi kecerdasan dan daya fikir seseorang.

Dr Fidelma semakin berminat tentang solat dan Islam. Dia mendalami melalui buku-buku berkaitan Islam serta berbincang bersama rakan-rakan muslimnya. Akhirnya hatinya terbuka untuk menerima Islam.

Jadual gaji guru mulai 1 November 2013

Jadual gaji guru 2013. Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum bagi perkhidmatan pendidikan kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional mulai 1 November 2013.


Klik untuk paparan lebih jelas
Kini guru-guru telah mempunyai jadual gaji mengikut kumpulan masing-masing. Perincian tangga gaji bolehlah kita semak selepas ini.

Seronoklah guru-guru, bertambah tak gajinya!!

Daum ketum bernilai RM32,000 dirampas

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/946265_354165931378507_1743915627_n.png
PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 11 guni daun ketum seberat 400 kilogram yang dianggar bernilai RM32,000 berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, di sini awal hari ini.

Ketua Kompeni B, Batalion 10 PGA, Asisten Superitendan Azmi Abd Aziz berkata daun ketum terbabit dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

Guni yang mengandungi daun ketum terbabit ditemui berlonggok-longgok di pinggir tembok sempadan kira-kira pukul 5 pagi ketika anggota PGA sedang melakukan rondaan, katanya dalam sidang media, di sini.

Beliau berkata guni daun ketum terbabit dipercayai diangkut menggunakan motosikal ke situ untuk diseludup ke negara jiran dengan cara membalingnya melepasi tembok sempadan.

Di Thailand harga daun ketum ini mahal iaitu sekitar RM80 sekilo berbanding di pasaran tempatan hanya RM15 dan RM30 sekilo, sekali gus mendorong kegiatan penyeludupan ini, katanya. - Bernama

Ikhwanul Muslimin gagal batalkan pengharaman pertubuhan


http://3.bp.blogspot.com/-4MOu4UXfQiw/UMuverYN5rI/AAAAAAAAA24/oc4tq7iRJKA/s1600/Ikhwanul+Muslimin.jpg
KAHERAH 7 Nov. - Ikhwanul Muslimin hari ini gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan mahkamah mengharamkan pergerakan tersebut.

Sumber tersebut menyatakan, Ikhwanul Muslimin turut gagal dalam membatalkan keputusan merampas aset-aset pergerakan tersebut.

Sebuah mahkamah pada September lalu mengharamkan pergerakan Islam paling berpengaruh di Mesir itu.

Tindakan ke atas Ikhwanul Muslimin itu berlaku selepas Presiden, Mohammed Mursi digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh tentera pada 3 Julai lalu. - Reuters

Awas !! 5 Penyakit Utama Yang Menyerang Rakyat Di Malaysia

http://fabulousdash.com/wp-content/uploads/2013/09/coq-health-baik-untuk-jantung-dan-kesihatan-menyeluruh.jpg 

1. Sakit Jantung
Sakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia dan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi serangan jantung koronari anda. Punca penyakit jantung boleh dibahagikan kepada faktor boleh ubah dan tidak boleh ubah. Gaya hidup tidak aktif, tahap kolesterol tinggi, gaya ambilan makanan tidak sihat dan kegemukan adalah faktor boleh ubah manakala faktor tidak boleh ubah adalah sejarah keluarga. Sakit jantung juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang. Penyakit jantung koroner merupakan paling tinggi dihidapi berlaku apabila pembuluh arteri tersumbat sekaligus melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung.

2. Berat Badan
Sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan adalah berisiko tinggi jika turut mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis (diabetes) dan penyakit jantung, sekaligus boleh menyebabkan kematian awal. Berat badan akan bertambah apabila seseorang makan terlalu banyak iaitu melebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan. Kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak, seterusnya terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.

3. Penyakit Avian Influanza (H1N1)
Influanza A (H1N1) mula dikenalpasti pada 24 April 2009 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan penyakit ini sebagai krisis kecemasan kesihatan antarabangsa. Penyakit yang lebih dikenali sebagai 'selesema burung' ini dianggap mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi wabak yang akan merebak. H1N1 ini merupakan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebarkan oleh manusia dan telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutama di Mexico dan Amerika Syarikat. Virus Influanza H1N1 ini adalah sejenis virus yang baharu dan terhasil daripada ressorment iaitu percampuran genetik virus influanza babi, burung dan manusia.

4. Penyakit Talasemia
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal. Penyakit talasemia menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah, kekurangan sel darah merah yang normal menyebabkan pesakit tersebut sering kelihatan pucat disebabkan oleh paras hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen dan gen tersebut diwarisi daripada ibu dan bapa. Oleh itu, penyakit talasemia dikatakan sebagai penyakit keturunan atau genetik kerana penghidap penyakit ini mewarisi gen ayah atau ibu yang menghidap talasemia. Selain itu, penyakit talasemia tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara, air, melalui sentuhan fizikal dan juga kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan. Di Malaysia, pembawa gen talasemia adalah dalam lingkungan 3-5% atau satu dalam 20 orang dan dengan itu dianggarkan seramai 600,000 hingga satu juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.

5. Penyakit kencing manis
Penyakit kencing manis berlaku apabila kadar kandungan gula dalam darah berlebihan dan hormon insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga berkurangan. Makanan berkanji dan bergula dalam perut dipanggil makanan karbohidrat akan ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang menghidap kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa sekaligus mengakibatkan glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing.

Mengenali penyakit resdung atau sinusis

http://resdungherbs.com/wp-content/uploads/2012/11/rongga-resdung.jpg

Mengenali penyakit resdung atau sinusisAnda selalu mengalami bersin, batuk, dan menyebabkan hidung menjadi merah. Anda mengalami masalah ini semasa cuaca sejuk atau pada sebelah pagi. Jika ini yang berlaku, anda mungkin sedang menghadapi masalah resdung.

Resdung berlaku apabila bahagian sinus anda dijangkiti atau mengalami keradangan. Sebahagian besar doktor pakar membahagikan resdung kepada tiga jenis:
1. Resdung Akut, yang dialami selama 3 minggu atau kurang

2. Resdung Kronik, yang biasanya berlaku selama 3 hingga 8 minggu tetapi berterusan selama berbulan-bulan atau malah bertahun-tahun

3. Resdung Berulang, yang terdiri daripada beberapa serangan akut dalam jangka masa satu tahun
Beberapa penyebab resdung AKUT

Sebahagian besar kes resdung akut bermula dengan selesema biasa, yang disebabkan oleh virus. Virus flu tidak menyebabkan gejala resdung. Radang sinus biasanya hilang tanpa rawatan dalam 2 minggu. peradangan ini, bagaimanapun, mungkin dapat menjelaskan mengapa cuaca sejuk boleh meningkatkan kemungkinan mengalami resdung akut. Sebagai contoh, hidung boleh bertindak balas terhadap serangan oleh virus yang menyebabkan jangkitan seperti selesema atau flu dengan menghasilkan lendir dan menghantar sel-sel darah putih pada lapisan hidung, yang menyebabkan ia terkumpul dan bengkak.

Ini menyebabkan berlaku pembengkakan selaput lendir pada sinus, udara dan lendir yang terperangkap akan mengganggu ruang pernafasan. Ketika bukaan sinus anda menjadi terlalu sempit, lendir tidak dapat mengalir dengan baik. Lendir yang banyak menyebabkan bakteria lebih mudah membiak pada ruang sinus.

Mereka yang sihat tidak menghadapai masalah terhadap kuman dan bakteria seperti Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae didalam saluran pernafasan mereka tanpa sebarang masalah sehingga sistem pertahanan tubuh menjadi lemah atau sinus tersumbat oleh jangkitan virus flu atau bakteria. Bakteria yang mungkin telah hidup tanpa membahayakan di hidung atau tekak dapat berkembang biak dan menyerang sinus anda, menyebabkan jangkitan resdung akut.

Kadang-kadang, jangkitan kulat boleh menyebabkan resdung akut. Walaupun kulat yang yang berada di persekitaran biasanya tidak berbahaya bagi orang sihat kerana badan manusia mempunyai pertetahanan semulajadi. Kulat seperti Aspergillus, boleh menyebabkan penyakit serius pada orang yang sistem kekebalan tubuh tidak berfungsi dengan baik. Mereka yang mengalami resdung yang disebabkan oleh kulat mempunyai alergi terhadap makanan tertentu.

Keradangan kronik saluran hidung juga boleh menyebabkan resdung. Jika anda mempunyai Rinitis alergi atau demam, anda berkemungkinan mengalami masalah resdung akut. Vasomotor rhinitis, disebabkan oleh kelembapan, udara sejuk, alkohol, parfum, dan keadaan persekitaran.

Resdung akut biasanya terjadi kepada orang biasa. Contohnya, resdung berlaku lebih kerap pada orang yang mengalami masalah fungsi kekebalan tubuh.

Penyebab resdung kronik

Agak sukar untuk menentukan punca resdung kronik. Beberapa penyelidik menyangka ia adalah penyakit berjangkit. Ini kerana ia juga adalah penyakit inflamasi yang sering terjadi pada pesakit asma. Jika anda mempunyai asma, penyakit alahan, ada kemungkinan ia juga resdung kronik. Jika anda alergi terhadap persekitaran seperti debu, kulat, dan hama yang mencetuskan alahan rhinitis, anda boleh mengalami resdung kronik. Tindakbalas imun terhadap antigen kulat boleh menyebabkan berlakunya resdung kronik. Jika anda mengalami resdung kronik, cuaca lembab, terutama di daerah beriklim sederhana, atau pencemaran di udara dan di dalam bangunan juga boleh mempengaruhi anda.

Jika anda mempunyai penyakit kekurangan imun atau masalah lendir pada sistem pernafasan anda (contohnya, kekurangan imun primer, jangkitan HIV, dan cystic fibrosis), anda berkemungkinan mengalami masalah resdung kronik. Pada mereka yang normal, resdung biasanya tidak berjangkit. Jika anda menderita asma teruk, polip hidung (ketumbuhan kecil di hidung), atau serangan asma yang teruk disebabkan oleh pengambilan aspirin dan ubat-ubatan seperti ibuprofen, anda mungkin akan mengalami resdung kronik.

Diagnosis

Hidung anda akan bertindakbalas ketika mendapat serangan terhadap bakteria atau flu biasa. anda mungkin menghadapi gejala-gejala resdung dalam keadaan cuaca sejuk. Namun biasanya ia akan berlaku sekitar 7 hingga 14 hari dan hilang tanpa rawatan. Sinusitis akut sering berlaku dalam tempoh yang lama dan rawatan lanjut perlu dilakukan bagi mengenalpasti masalah dengan berjumpa doktor.

Doktor anda dapat mendiagnosis resdung dengan mendengar gejala anda, melakukan pemeriksaan fizikal, turun X-ray, dan jika perlu, MRI atau CT scan (magnetic resonance imaging dan computed tomography).

Apa anda harus lakukan jika kereta anda tenggelam sebab banjir..??

Kereta Tenggelam Sebab Banjir? Jangan Sesekali…

http://4.bp.blogspot.com/-rHkPsV59bIA/UNnQlavzDrI/AAAAAAAAQiM/x_FsrBuGrkY/s1600/Supercar+tenggelam+banjir+kilat+1.jpg
Kita tidak tahu bila musibah menimpa. Yang terbaru, banjir berlaku di Kuala Dipang, Perak pada waktu malam semasa penduduk sedang tidur nyenyak. Ia berlaku disebabkan empangan yang pecah. Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan?

Dan kadang-kadang, kita tidak sempatpun nak selamatkan harta benda berharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air. Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan!

Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta, JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA.

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer.

Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air.

Kes saman fitnah bekas isteri Hattan terhadap blog hiburan selesai

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Noorfarashikin-Othman.jpg
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah RM1 juta yang difailkan bekas isteri penyanyi popular Hattan berhubung satu artikel, berjaya diselesaikan dengan baik selepas pemilik blog hiburan Oh Bulan! membuat permohonan maaf di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin merekodkan pernyataan bersama itu dengan dihadiri peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili plaintif, Noorfarashikin Othman dan peguam Andrew Suresh bertindak bagi pemilik blog itu, Driven Communications Sdn Bhd.

Pada 3 Julai tahun lepas Noorfarashikin, 33, yang bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin menfailkan saman itu atas dakwaan defendan telah menerbitkan satu artikel yang menfitnahnya melalui laman web hhtp:/www.ohbulan.com/.

Andrew semasa membacakan pernyataan bersama itu berkata defendan sangat menyesali berhubung penerbitan artikel itu dan ingin secara ikhlas menghulur kemaafan kepada plaintif.

Beliau berkata defendan menerima bahawa dakwaan-dakwaan di dalam artikel itu adalah tidak benar dan tanpa asas.

Amer Hamzah ketika membacakan pernyataan itu berkata defendan bersetuju untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat terhadap plaintif dan defendan membuat aku janji untuk tidak mengulangi dakwaan-dakwaan itu dan juga telah membuang artikel yang dipertikaikan itu dari laman webnya.

Amer Hamzah berkata sehubungan itu anak guamnya merasakan dakwaan terhadapnya telah disangkal dan merasa lega untuk membiarkan perkara ini berakhir.

Noorfarashikin dalam writ samannya berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.

Amer Hamzah ketika ditanya pemberita mengenai terma-terma penyelesaian berkata bahawa pihaknya tidak boleh mendedahkannya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kes-saman-fitnah-bekas-isteri-hattan-terhadap-blog-hiburan-selesai-24797?cp

Pak guard disyaki samun kedai emas ditahan


Amar Singh  
Amar Singh

KUALA LUMPUR - Pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, Khamis lepas, ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang hari ini.

Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kedua-dua lelaki yang didapati menggunakan kad pengenalan palsu itu ditahan di sebuah restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan.

"Suspek utama berusia 27 tahun itu mengaku melakukan samun di kedai emas berkenaan. Hasil siasatan lanjut, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Pandan Jaya.

"Ia membawa kepada penemuan sepucuk pistol Smith and Wesson, lima butir peluru, satu sarung pistol dan beberapa tag harga rantai," kata Amar Singh ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, suspek utama dan rakannya berusia 28 tahun itu menggunakan kad pengenalan palsu atas identiti dua lelaki Melayu tempatan.

Dalam kejadian Khamis lepas, seorang pengawal keselamatan lengkap beruniform bertindak mengacukan senjata api ke arah empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.

Kejadian yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit itu berlaku semasa pekerja premis itu sedang menyusun atur barang kemas sebelum suspek datang dan mengarahkan mereka menyerahkan dulang berisi barang kemas berkenaan.

Amar Singh berkata, dengan tangkapan itu, kes samun kedai emas membabitkan seorang pengawal keselamatan kedai itu sendiri dianggap selesai.

Semalam, Bernama melaporkan dua lelaki ditahan dalam serbuan di Shah Alam dan Sentul bagi membantu siasatan kes samun kedai emas itu. - Bernama

Fitrah semula jadi ciptaan Ilahi


JIKA ada manusia berkata, "alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia", maka sudah tentu dia tidak siuman kerana bahagia itu adalah fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

Anggap erti bahagia relatif?

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Penulis buku motivasi keagamaan Karya Bestari, Pahrol Mohamad Juoi berkata, bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

“Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

“Sebelum mendapat jawapan mengenai erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?,” katanya.

Menurutnya, ramai merasakan bahagia itu bersumber daripada faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti

Realitinya, sudah menjadi rules of life (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun dapat mengelakkan daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya.

Firman ALLAH SWT: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surah al-Mulk: 2)

Ustaz Pahrol menjelaskan, si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dolar.

“Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

“John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja, disayangi dan digilai oleh jutaan peminatnya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan,” ulasnya lagi.

Menurut Ustaz Pahrol, apa buktinya, mereka hilang bahagia? usah kita berhujah menggunakan al-Quran dan hadis, kerana melalui paparan media sahaja cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu.

Ujian hidup punca hilang bahagia?

Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji.

Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara auto pilot.

Era FM Kekal Nombor Satu!

astro
Berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, tahun ini, rangkaian Astro Radio berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio nombor satu Malaysia dengan mengumpul lebih 12.2 juta pendengar setiap minggu. 
 
Malah tiga stesen radio utamanya turut menguasai tiga tempat teratas dengan radio ERA fm di tempat pertama,  THR (Raaga & Gegar) di tangga kedua dan SINAR fm menyusul di kedudukan nombor tiga.
 
ERA fm yang dinobatkan sebagai stesen nombor satu negara dan radio Bahasa Melayu paling popular menunjukkan peningkatan pendengar seramai 4.7 juta seminggu. Malah, rancangan pagi popular 'JoHaRa Pagi ERA' yang dikendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga pertama rancangan pagi dengan 2.73 juta pendengar. 
 
Begitu juga dengan prestasi SINAR fm berada di tangga teratas bagi stesen radio dikalangan pendengar 30 tahun ke atas. Rancangan sarapan pagi SINAR fm iaitu 'SINAR Pagi' juga mencatatkan 1.8 juta pendengar.
 
Selain itu, stesen radio THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur apabila muncul sebagai stesen radio utama di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prestasi cemerlang menyaksikan pendengar eksklusif meningkat dari 660,000 kepada 789,000 pendengar.
 
Secara keseluruhannya, stesen radio berbahasa Inggeris dan Cina turut mencatat peningkatan membanggakan. Tahniah diucapkan untuk Astro Radio yang sentiasa menyampaikan hiburan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pendengar di seluruh negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts