Penyebarkan fitnah kononnya Restoran Nasi Ganja menggunakan najis manusia tampil mohon maaf

Penyebar fitnah tampil mohon maaf

Penyebar fitnah tampil mohon maaf 
Ze Aida (kiri) memberikan kenyataan permohonan maaf kepada Ahamed Azlan Shah (kanan) sambil diperhatikan Ahmad Fazli di Restoran Nasi Vanggey Greentown, malam tadi. - Foto Sinar Harian

IPOH - Individu yang menyebarkan fitnah kononnya Restoran Nasi Vanggey Greentown menggunakan najis manusia sebagai pelaris menerusi laman sosial Facebook miliknya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengurusan restoran berkenaan malam tadi.

Individu yang menggunakan nama profil Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan dengan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus premis makanan tersebut, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina restoran berkenaan dan segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.

“Kontroversi timbul apabila saya menyalin semula status ditulis seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini.

“Status Facebook saya hanya boleh dibaca sebilangan kecil individu sahaja, namun ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak paparan skrin (screen shot) status saya dan menyebarkannya secara meluas melalui telefon dan internet,” katanya.

Ze Aida berkata, dia membuat telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam bagi menyangkal tuduhan disebarkan sebelum ini serta meminta pihak yang menyimpan salinan paparan skrin tersebut memadamkannya supaya ia tidak disalah tafsir.

Katanya, bagi memenuhi permintaan pengurusan Restoran Nasi Vanggey, dia memohon maaf secara terbuka di atas kesilapannya itu dan menyatakan amat menyesali tindakannya membuat tuduhan tanpa asas dan kebenaran.

“Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu status supaya tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fazli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terdapat najis dalam peti simpanan makanan restoran berkenaan.

Katanya, penyebaran berita palsu di Facebook yang memburuk-burukkan restoran popular itu menjejaskan perniagaan mereka sehingga 60 peratus.

“Kami berharap melalui penjelasan dan pengakuan dibuat oleh wanita terbabit akan dapat memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap pengurusan makanan restoran ini,” katanya yang turut mempunyai 10 cawangan tersebut termasuk sebuah cawangan di Kuala Selangor manakala dua lagi sedang dalam proses operasi di negeri ini.

Menurutnya, restoran berkenaan tiada kaitan dengan penutupan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom Khamis lalu.

Beliau berkata, serbuan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) itu bukan sahaja membabitkan satu restoran malah melibatkan 12 restoran lain di sekitar bandar raya ini.

Kepentingan penjagaan mata


SELEPAS dua minggu melahirkan bayi pertama pada Ramadan lalu, penglihatan Siti Sarah Abidin, 25, tiba-tiba terjejas apabila kelihatan tompok-tompok hitam di sebelah mata kanannya.

Terkejut dan bimbang dengan perubahan itu, Siti Sarah segera berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan mata.

Menurutnya, doktor memberitahu bahawa dia disahkan mengalami retinopati diabetes yang menyebabkan saluran darah retina dalam matanya pecah, sekali gus membentuk tompokan hitam pada penglihatannya. 

"Ia merupakan sejenis penyakit kerosakan retina yang disebabkan diabetes.

RETINA ialah selaput di belakang biji mata yang peka terhadap rangsangan cahaya.

"Penglihatan saya mula terjejas apabila terdapat kesan tompokan hitam dan imej yang terbentuk sangat kabur," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Retinopati diabetes adalah sejenis penyakit kerosakan retina mata yang menyebabkan daya penglihatan merosot akibat penyakit diabetes.

Mengulas lanjut mengenai punca penyakit itu, Siti Sarah memberitahu, dia sememangnya menghidap diabetes sejak kanak-kanak dan ia merupakan satu penyakit keturunan.

"Penyakit keturunan ini telah menyebabkan saya dan ibu mengalami masalah kesihatan mata yang sama. Seperti saya, penglihatan ibu juga terjejas dengan kesan tompokan tetapi ia melibatkan kedua-dua belah matanya," ujar beliau.

Siti Sarah memaklumkan, kini penglihatan ibunya telah kembali normal selepas mendapatkan rawatan laser.

"Doktor juga telah memberikan rawatan laser yang sama kepada saya bagi mengecut dan menghilangkan saluran darah yang mudah pecah.
"Sehingga kini saya telah menjalani empat sesi rawatan laser dan alhamdullilah, penglihatan saya beransur normal,"katanya.

Dalam pada itu, Siti Sarah memaklumkan dia terpaksa membelanjakan lebih RM5,000 untuk memulihkan kembali penglihatannya.

DIABETES boleh dikawal dengan gaya pemakanan yang betul.


" Sebanyak RM1, 000 dibelanjakan untuk satu sesi rawatan laser dan kira-kira RM4,000 telah digunakan bagi memulihkan mata dan membeli ubat-ubatan yang diperlukan," jelasnya.

Beliau berkata, dia sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah penglihatan dan hanya memakai cermin mata untuk membaca. 

Acap kali kita diperingatkan mengenai bahaya penyakit kencing manis atau diabetes yang boleh mengundang penyakit jantung, namun jarang dikaitkan dengan punca menjadi buta.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

Ingat.... Lelaki juga ramai masuk neraka

Ustaz Zainudin Hashim, 15 Nov 2013

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda.

Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus?

Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Langgan pelacur guna SMS


OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: November 16, 2013

KUALA LUMPUR - Satu sindiket yang menawarkan khidmat seks cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengiklankan perkhidmatan urutan refleksologi, terbongkar apabila premis berkenaan di Taman Wangsa Permai diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian D7 Bukit Aman, kelmarin.

Sindiket yang aktif sejak lima bulan lalu, dipercayai menawarkan pelacur warga Vietnam melalui tempahan panggilan telefon untuk khidmat seks.

Dalam serbuan yang diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais, pada jam 11.15 malam itu, seramai lima wanita warga Vietnam ditahan bagi membantu siasatan.

Mohamad berkata, pelanggan boleh membuat tempahan dengan menghubungi atau mengirim SMS kepada sindiket berkenaan.

Kesemua yang ditahan itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.

Hari terakhir FBI di Hot FM


 Faizal Ismail  
Faizal Ismail bersama rakan sekerja di konti Hot FM.

HARI ini merupakan hari terakhir buat penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bersama stesen radio tersebut.

FBI membuat keputusan meletakkan jawatan selepas menggalas tugas di radio berkenaan hampir lapan tahun.

Konti Hot FM pagi ini diselubungi suasana sedih apabila FBI mula mengucapkan terima kasih kepada Hot FM yang diiringi dengan tangisan pada segmen Hot FM Am Krew.

Rakan penyampainya, Fara Fauzana dan Syarifah Aleya turut mengalirkan air mata.

“Saya boleh katakan, naiknya nama saya kerana dia (Hot FM) sudah pun berada di atas ketika itu. Saya sangat-sangat terhutang budi dengan dia.

“Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Hot FM yang sangat-sangat hebat bagi saya. Saya terhutang budi kepada mereka selama lapan tahun saya bersama dengan mereka,” kata FBI yang dipetik dari laman sosial Instagram Hot FM.

Pengurus “Nasi Ganja” di Ipoh nafi guna najis manusia

Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.

Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata, perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.

"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini," katanya.

Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 November itu atas faktor kebersihan, beliau berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.

"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah," katanya dan menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai 'nasi ganja'.

Katanya, ramai orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di restoran itu dan bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan berkenaan.

Mohd Nihmatullah, 59, berkata, hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa.

“Restoran Vanggey juga milik keluarga saya,” katanya.

Beliau berkata, restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.

Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. - Bernama, 15 November, 2013.

Restoren 'nasi ganja' Ipoh diarah tutup dua minggu

http://2.bp.blogspot.com/-sWR0H-7WMDs/TWjYhcWe12I/AAAAAAAAAH8/grGexzpxNxA/s1600/Vangey.jpg

IPOH: Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di sini, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 Nov.

Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.

Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/restoren-nasi-ganja-ipoh-diarah-tutup-dua-minggu-25474?cp

Rakyat Malaysia yang beragama Islam sanggup bakar diri kerana dicerai talak 3

Wanita Islam KL bakar diri setelah dicerai talak tiga
Agama makin ditinggalkan, negara makin porak peranda dengan pelbagai kemungkaran dan jenayah. Adakah ini Malaysia kita yang kita inginkan?

bakar diri 

Kuala Lumpur: Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus. (Gambar sekadar hiasan)

Sumber memberitahu, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.

Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.

“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Isu Datuk CT dengan KJ berkenaan "TEGUR FAM"

PENJELASAN DATUK SITI NURHALIZA ISU ‘TEGUR’ KHAIRY JAMALUDDIN

datuk siti nurhaliza kritik khairy jamaluddin

Semalam, Datuk Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan berkata: “Sebagai menteri muda & being look up (menjadi perhatian), rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu **a*** dengan yang lebih tua.”

Tindakan Datuk Siti telah mengundang pelbagai persepsi peminat dan pihak media. Ada yang menyokong dan ada yang mengkritik tindakannya pula. Ada juga peminat yang menasihatkan Datuk Siti agar tidak mencampuri urusan menteri berkenaan. Selain itu, peminat yang menyokong Khairy turut mempersendakan tindakan Siti kerana mereka menggangap Siti tidak mengetahui perkembangan semasa atau permasalahan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun menerusi laporan Kosmo!, Datuk Siti tampil menjelaskan tujuan dia bersuara. Jelasnya, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan FAM. Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas.

“Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa. Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran. Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis. Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama,” jelasnya dalam laporan tersebut.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin enggan mengulas mengenai isu tersebut.

MPV Mazda Biante - harga di atas jalan dari RM149,781.70

Mazda Biante saingan MPV import terpakai dari Jepun

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/b/bd/Mazda_Biante_01.JPG 
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/6b/Mazda_Biante_02.JPG
http://2.bp.blogspot.com/-LM7zvVd2bts/UFdhCx4ZFwI/AAAAAAAADsA/gRp8YKU-YYE/s1600/nc-20080526-81610%2B%25281%2529.jpg 
http://s1.cdn.autoevolution.com/images/news/mazda-biante-granz-skyactiv-a-cool-japanese-mpv-video-60266-7.jpg
http://www.thecardriving.com/wp-content/uploads/2013/07/pics_biante-granz-skyactiv_06.jpg
PETALING JAYA 13 Nov. - Kenderaan pelbagai guna (MPV) Mazda model terbaharu, Biante, bakal menjadi saingan utama kepada pelbagai kenderaan MPV import terpakai dari Jepun.

Pengarah Urusan Bermaz Motor Sdn. Bhd., Datuk Ben Yeoh berkata, ini berikutan harga yang ditawarkan untuk Biante lebih berdaya saing lebih-lebih lagi ia merupakan kenderaan import sepenuhnya (CBU) baharu.

"Biante dengan empat warna pilihan ditawarkan dengan harga menarik di atas jalan tanpa insurans dari RM145,719.20.

"Ini memberikan pulangan berbaloi berbanding saingan MPV CBU terpakai dari Jepun. Malah Biante juga dilengkapi dengan enjin berkapasiti 1998 cc Skyactiv-G dengan transmisi automatik Skyactiv-Drive enam kelajuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Mazda Biante di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Pegawai Eksekutif Mazda Corporation, Masahiro Moro ketika melancarkan Mazda Biante berkata, Malaysia merupakan kunci utama penjualan jentera itu di rantau Asia Tenggara.

Ini berikutan Malaysia dikategorikan sebagai pasaran terbaik untuk Mazda selain lokasi asas untuk perkilangan alat ganti yang merupakan komponen asas untuk pengeluaran semua kenderaan Mazda.

"Apa pun, kami masih belum terfikir untuk membuka kilang pengeluaran di rantau ini termasuk di Malaysia walaupun jualan Mazda di Malaysia mencapai 1,000 unit setahun dan sehingga kini sebanyak 10,000 unit pelbagai model sudah terjual sejak Bermaz mengambil alih sebagai pengedar utama Mazda di rantau ini pada tahun 2008," katanya.

Untuk rekod, Mazda Biante dijual dengan harga di atas jalan dari RM149,781.70 dengan insurans bagi pemilikan individu manakala RM150,277.85 di atas jalan dengan insurans bagi pemilikan syarikat.

Harga-harga ini adalah bagi jualan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131113/ek_06/Mazda-Biante-saingan-MPV-import-terpakai-dari-Jepun#ixzz2kVgS33il
© Utusan Melayu (M) Bhd

Hukum Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Khutbah Jumaat

Dalam era perkembangan sains dan teknologi zaman ini, berbagai-bagai peralatan baru dan canggih muncul bagaikan cendawan. Salah satu daripada peralatan tersebut, yang dimiliki oleh kebanyakan orang pada masa kini ialah telefon bimbit.

Tidak dinafikan bahawa tuntutan keperluan hidup di zaman yang serba canggih dan moden ini menjadikan penggunaan telefon bimbit seakan-akan satu kemestian kerana kewujudannya banyak membantu mempermudahkan tugas dan pekerjaan. Di samping itu, ia juga mampu mempermudahkan perhubungan sesama kaum keluarga, sanak-saudara, rakan-taulan dan sebagainya. Selain aplikasi-aplikasi perhubungan, terdapat juga berbagai jenis dan bentuk aplikasi yang lain seperti aplikasi-aplikasi peringatan waktu sembahyang, penunjuk arah qiblat, maklumat, berita, permainan game dan sebagainya yang boleh diakses dengan beberapa petikan jari sahaja.

Penggunaan telefon bimbit ini tidaklah menjadi kesalahan selama mana kemudahannnya tidak digunakan ke arah sesuatu yang menyalahi hukum Syarak. Namun apa yang merungsingkan, keghairahan terhadap penggunaan telefon bimbit ini ada kalanya boleh menyebabkan sebilangan orang lalai dan terlalu asyik sehingga mereka sentiasa membawa dan menggunakannya tanpa mengira kesesuaian masa dan tempat. Bahkan ada kalanya ketika sembahyang pun telefon bimbit ini akan dibawa bersama tanpa mematikan (switch off) atau menutup bunyinya terlebih dahulu. Maka akan kedengaranlah bunyi-bunyi nada dering dan sebagainya yang pastinya akan mengganggu kekhusyukan pemiliknya dan kekhusyukan jemaah yang lain jika bersembahyang jemaah. Bukti yang paling nyata dapat dilihat dengan jelas ketika perhimpunan Sembahyang Fardhu Jumaat. Ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat, akan kelihatan segelintir jemaah tanpa rasa segan silu menggunakan telefon bimbit untuk menghantar pesanan ringkas (sms), berkomunikasi melalui halaman rangkaian sosial, melayari halaman internet, bermain game dan sebagainya. Apakah pandangan Syarak mengenai perkara ini?

Tuntutan Diam Ketika Khatib Membaca Khutbah Jumaat

Khutbah merupakan salah satu daripada lima syarat sah Sembahyang Fardhu Jumaat. Ia adalah wasilah terbaik untuk menyampaikan dan menerima nasihat, peringatan serta mesej-mesej ukhrawi dan duniawi kepada masyarakat Islam. Hal ini kerana pada hari Jumaat, kaum muslimin duduk berhimpun dan sembahyang bergandingan di antara satu dengan yang lain, tanpa mengira bangsa, pangkat ataupun rupa.

Sunat bagi orang yang menghadiri Sembahyang Fardhu Jumaat menghadapkan muka ke arah imam (ke arah qiblat) kerana menurut Imam Khatib Asy-Syarbini Rahimahullah, ini adalah adab, dan selain itu ia sekaligus membolehkan mereka tetap menghadap qiblat. Perbuatan ini juga sekaligus lebih mempermudahkan seseorang itu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib.

Disunatkan juga bagi jemaah untuk diam dan mendengar khutbah Jumaat dan makruh bagi mereka berkata-kata sepertimana yang dijelaskan dalam sebuah hadits riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu “dengarkanlah (khutbah)” padahal imam pada waktu itu sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau benar-benar telah berkata sia-sia.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud “sia-sia” di sini ialah bertentangan dengan sunnah, adab, dan mengakibatkan rugi pahala dan kelebihan-kelebihan Sembahyang Fardhu Jumaat walaupun sembahyangnya masih dikira sah.

Dapatlah difahami daripada hadits ini bahawa apa pun jenis kata-kata mahupun perbualan adalah dilarang sama sekali ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan atau disampaikan. Hal ini kerana jika kata-kata seorang jemaah yang menyuruh seorang jemaah yang lain supaya diam dan mendengar khutbah itu pun sudah dikategorikan sebagai sia-sia, sedangkan perbuatan itu merupakan satu suruhan ke arah kebaikan, maka apatah lagi kata-kata biasa atau perbualan kosong semata-mata.

Akan tetapi tidak makruh ke atas orang yang mendengar khutbah Jumaat itu berkata-kata jika terdapat darurat, misalnya kerana hendak menyelamatkan orang buta yang hampir terjatuh ke dalam parit atau ternampak binatang berbisa seperti kala jengking atau ular menghampiri seseorang. Maka dalam hal seperti ini, tidaklah dilarang orang yang mendengar khutbah Jumaat itu berkata-kata, bahkan wajib baginya melakukan demikian. Akan tetapi lebih baik (sunat) baginya untuk menggunakan isyarat sahaja jika dia mampu mengelakkan daripada berkata-kata.

Menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah, bagi mereka yang dapat mendengar khutbah, diam mendengarkan khutbah Jumaat itu adalah lebih utama daripada membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Hal ini kerana terdapat qaul (pendapat) yang mengatakan bahawa diam untuk mendengar khutbah Jumaat itu adalah wajib.

Adapun bagi orang yang tidak dapat mendengar khutbah pula, misalnya kerana duduk jauh daripada imam ataupun suara imam tidak dapat didengar, maka adalah lebih utama baginya pada ketika itu membaca al-Quran terutamanya Surah al-Kahfi, bersalawat, bertasbih, berzikir dan sebagainya dengan suara yang perlahan supaya tidak mengganggu jemaah-jemaah yang lain.

Hukum Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Khutbah Jumaat

Adapun perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat boleh diqiyaskan kepada maksud sebuah hadis sahih yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah disampaikan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah), maka dia telah berbuat sia-sia”. (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan jelas telah menegaskan bahawa barangsiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu ketika khutbah Jumaat itu telah melakukan suatu perbuatan yang sia-sia. Maksud “sia-sia” dalam hadis ini sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini ialah bertentangan dengan sunnah, adab dan mengakibatkan rugi pahala dan kelebihan-kelebihan Sembahyang Fardhu Jumaat walaupun sembahyangnya masih dikira sah.

Menurut ulama, larangan dalam hadits tersebut tidak hanya terbatas terhadap bermain dengan anak batu sahaja, bahkan larangan tersebut menyeluruh terhadap semua perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat.

Jika dinilai dan diteliti, perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khutbah dibacakan ini adalah lebih buruk lagi daripada perbuatan bermain dengan anak batu kerana perbuatan seperti bermain game, melayari halaman internet, berkomunikasi melalui halaman rangkaian sosial dan sebagainya itu adalah sangat jelas lebih menghilangkan kekhusyukan dan menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat.

Jadi sangat jelas di sini bahawa perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat adalah suatu perbuatan yang bertentangan dengan sunnah dan adab yang menuntut kita supaya diam dan meninggalkan segala perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat. Oleh itu, perbuatan ini sayugianya ditinggalkan kerana ia mengakibatkan kerugian yang sangat besar, iaitu kehilangan pahala dan kelebihan-kelebihan Sembahyang Fardhu Jumaat.

Perhimpunan Sembahyang Fardhu Jumaat itu bukannya lama, tidak ada kerugian apa-apa jika telefon bimbit ditutup seketika atau langsung tidak perlu di bawa ke dalam masjid. Tinggalkanlah buat seketika segala perkara dan urusan duniawi yang kurang penting apatah lagi yang sia-sia. Hadirkanlah hati dan seluruh anggota tubuh badan zahir dan batin, dan isikan seluruh jiwa raga dengan perisian rasa khusyuk, taat, takwa dan penghambaan yang mutlak terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘aala untuk mendengarkan khutbah dan seterusnya mendirikan Sembahyang Fardhu Jumaat.

http://www.islamituindah.my/ yang diambil dari sumber - Mufti Brunei

10 Fakta Tentang LELAKI yang perlu semua tahu...


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian mampu untuk terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

RM9.6 juta untuk 20 saat!


RM9.6 juta untuk 20 saat!

BINTANG terkenal, Matt Damon, merupakan antara aktor antarabangsa yang menerima bayaran yang cukup mahal.

Seiring dengan popularitinya, terbaru, Damon memperoleh bayaran sebanyak RM9.6 juta untuk tampil dalam iklan produk minuman kopi dari Nestle, Nespresso.

Walaupun iklan itu hanya sekitar 20 saat, namun penampilan Damon bersama duta Nestle, George Clooney merupakan gandingan yang menarik.

"Saya teruja untuk bersama Clooney menjayakan iklan produk minuman ini kerana dia adalah duta Nestle sejak 2006 lagi. Ia adalah satu penghargaan buat saya.

"Pun begitu, iklan ini hanyalah untuk pasaran Hollywood sahaja dan disunting pengarah terkenal, Grant Heslov," katanya yang bakal muncul dalam filem terbaru, The Monumen Men.

Wanita Venezuela paling cantik di dunia



MARIA GABRIELA ISLER menghadiahkan ciuman selepas menenangi pertandingan ratu cantik Miss Universe di Moscow, Rusia kelmarin.- AFP

CARACAS - Sebahagian besar rakyat Venezuela berdepan waktu sukar. Inflasi kini di paras tertinggi sepanjang dua dekad, gaji mengecil ekoran kemerosotan nilai mata wang manakala bekalan barangan keperluan asas seperti susu dan tisu tandas turut berkurangan.

Namun, ketika ekonomi Venezuela diambang kegawatan, negara itu masih berupaya menghasilkan jelitawan seperti Maria Gabriela Isler yang memenangi gelaran ratu cantik Miss Universe kelmarin.

Ia merupakan mahkota Miss Universe ketiga untuk negara Amerika Selatan itu dalam tempoh enam tahun.

Beberapa minit selepas kemenangan Isler dalam acara yang berlangsung di Moscow itu, Presiden Nicolas Maduro menghantar ucapan tahniah beliau di laman Twitter.

"Kecemerlangan Isler sekali gus kejayaan buat negara," katanya.

Kebanggaan tersebut turut dikongsi pihak pembangkang.

"Tidak syak lagi bahawa wanita Venezuela adalah yang paling cantik di dunia," kata seorang anggota parti pembangkang berusia 68 tahun, Marco Sando- val.

Dilahirkan di bandar raya Valencia, Isler, 25, bertugas sebagai pembaca berita untuk saluran televisyen tempatan, Venevision.

Saluran tersebut memiliki hak penyiaran pertandi- ngan ratu cantik Miss Venezuela yang merupakan acara paling popular di negara itu.

Wanita tinggi lampai berambut hitam itu mengetepi- kan finalis dari Sepanyol, Ecuador dan Filipina untuk memenangi pertandingan Miss Universe ke-61.

Venezuela memenangi lebih banyak pertandingan ratu cantik antarabangsa berbanding negara lain di dunia termasuk tujuh gelaran Miss Universe.

Ratu-ratu cantik Venezuela merupakan antara eksport terbesar negara itu seperti juga bintang besbol dan minyak. - AP

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2kI8zUnjS
Hakcipta terpelihara

Al fatihah - Hj Ahmad Busu telah kembali ke rahmatullah



Terkini. Pelawak Pi Mai Pi Mai Tang Tu hj ahmad busu telah kmbali ke rahmatullah..

Arwah adalah ahli kariah tmn andalas klang...

al ' fatihah..

Pembunuh Pegawai Ambank Berjaya Di Tangkap


Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.


Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. 

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. 

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu. Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut. ~astroawani

Antara sofeware SMS guna identiti orang lain dengan bayaran serendah RM5 sahaja

TigerText

IZWAN ROZLIN

SHAH ALAM -  Aplikasi Tiger Text yang direka khas untuk tujuan keselamatan dan kerahsiaan maklumat  pengguna android atau telefon pintar jenama Apple kini dilihat mampu memberi implikasi negatif apabila ia dikesan boleh digunakan untuk tujuan penipuan.

Apa tidaknya dengan bayaran serendah RM5,  pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut  dan ianya boleh digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)  menggunakan nombor serta identiti orang lain.

Ini bermakna si penerima akan menerima SMS bukan dari nombor penghantar asalnya dan lazimnya setiap SMS yang dihantar boleh ditetapkan tempoh masanya sebelum ia hilang dari skrin telefon bimbit.

Malah penerima juga tidak boleh mengirimkan pesanan yang diterima kepada pihak ketiga. Hasil carian melalui Wikipedia, aplikasi ini dibangunkan oleh Syarikat Brad Brooks yang berpangkalan di Santa Monica, California, pada 2010.

Dua individu penting terbabit dalam idea asal penciptaan aplikasi ini terdiri daripada pengasasnya Andrew Brooks MD dan Jeffrey Evans.

Pada Februari 2012, Tiger Text memperoleh  pembiayaan berjumlah  USD8 juta oleh Easton Modal dan Sains New Ventures menjadikan jumlah sokongan syarikat  itu melonjak kepada USD10 juta.

Menakjubkan dalam tempoh tiga tahun aplikasi ini direkodkan sebagai antara 18 aplikasi popular bagi pengguna jenama Apple di seluruh dunia.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber & Multimedia  (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din ketika dihubungi, tidak menolak  kemungkinan aplikasi itu boleh digunakan untuk menyebarkan khabar angin.

"Perkembangan aplikasi jenis ini masih dipantau kerana boleh dijadikan medium penipuan melibatkan jenayah siber," katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan khusus diterima melalui penyalahgunaan aplikasi itu namun orang ramai perlu berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi dan Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata, dari Januari sehingga Oktober lalu, Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan (JPS) SKMM menerima 268 aduan yang disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Daripada aduan diterima, 108 aduan adalah laporan yang dirujuk kepada JPS. Jenis aduan dirujuk oleh PDRM ialah kandungan palsu 35 peratus, sumbang (23 peratus), mengancam (14 peratus), jelik (15 peratus), lucah (10 peratus) dan lain-lain yang bukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (11 peratus)," katanya.

Beliau berkata, aduan yang paling banyak diterima SKMM ialah berhubung akaun palsu atau penyamaran, termasuk penyalahgunaan maklumat dan data peribadi, penyebaran fahaman atau ajaran sesat.

Hilang dara di hotel bajet

Nik Muhd Rafiq Abd Ghani

Hilang dara di hotel bajet
Gadis berusia 19 tahun dan teman lelakinya berusia 22 tahun dibawa ke Pejabat Agama Dungun selepas ditangkap khalwat dalam sebuah bilik hotel di Dungun.

DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.

Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet, dekat sini, apabila gadis berusia 19 terbabit  menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah dilakukan kekasihnya sendiri.

Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu, manakala kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi.

Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lelaki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu kekasihnya yang dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel tersebut.

Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan yang bekerja sebagai pekerja swasta di Rawang, Selangor itu sanggup datang ke Dungun untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya yang juga dari Kelantan, malah mereka dikatakan baru pertama kali memadu asmara dan tidur bersama.

Akibat perbuatan terkutuk itu, pasangan terbabit akhirnya ditahan bagi siasatan lanjut kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut dirampas, coli dan seluar dalam wanita itu untuk dijadikan bahan kes dalam prosiding pendakwaan pada awal Disember nanti.

Ahli kongsi gelap mula keluar 'sarang'

http://4.bp.blogspot.com/-C0oc4beX2KM/Uh8OshHAfWI/AAAAAAAAPsI/He67KcwJZME/s400/kongsi+gelap+malaysia.jpg
BUKIT KAYU HITAM - Anggota kumpulan kongsi gelap yang dipercayai berselindung di negara jiran untuk mengelak daripada ditangkap dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan 17 Ogos lepas, dikesan mula pulang ke negara ini.

Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata polis yang menyedari pergerakan mereka, kini memberi tumpuan di kawasan sempadan negara khususnya pintu masuk di sempadan.

"Operasi kita memburu mereka tetap diteruskan tanpa mengira masa," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, hasil Ops Cantas Khas selama dua hari bermula Jumaat itu, polis berjaya menahan tiga lelaki, termasuk seorang warga Thailand.

Katanya, dalam kes pertama pada 3.15 petang, Jumaat, seorang lelaki berusia  28 tahun dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04, berdasarkan tatu di badannya, ditahan semasa memasuki negara ini, melalui CIQ Bukit Kayu Hitam.

"Ini diikuti penahanan seorang lelaki warga Thailand yang cuba menyeludup 400 liter petrol pada pukul 9 malam," katanya menambah lelaki berumur 32 tahun itu menyorokkan petrol yang diisi ke dalam 20 tong di tempat duduk belakang dan but kereta Proton Saga yang dinaiki bersama isteri dan anak lelakinya.

Kes ketiga membabitkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang memiliki pisau Rambo ketika memasuki negara jiran pada pukul 11 malam Jumaat, tambahnya.

Menurut Kamarul Zaman, Ops Cantas Khas yang masuk hari ke-85 semalam, mencatat penurunan kes jenayah kekerasan sebanyak 11.54 peratus.

Katanya, sebanyak 9,932 kes jenayah kekerasan direkodkan dari 24 Mei hingga 16 Ogos lepas menunjukkan penurunan kepada 8,786 kes sepanjang Ops Cantas yang bermula 17 Ogos hingga semalam (9 November).

Beliau berkata, Ops Cantas Khas akan dijalankan secara berterusan bagi memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa keadaan dalam negara adalah aman dan tenteram.

"Ops ini bukan sekadar untuk mengesan sebarang bentuk jenayah. Polis komited dalam mengambil tindakan tegas terhadap salah laku jenayah dan perlanggaran undang-undang negara," katanya.  - Bernama

Penyakit misteri hanya disebabkan oleh Kutu Babi

http://3.bp.blogspot.com/-8AOdWcgqfKk/UFktEw5uxdI/AAAAAAAAA7k/iI0iwkWi7Co/s400/kutu+babi.jpgSeorang wanita di England, mengalami satu penyakit yang dianggap misteri, yang tidak dapat dikesan oleh doctor, yang menyebabkan dirinya merasakan lemah seperti orang tua, rupanya menjadi mangsa kutu babi selama 20 tahun.

Sebelum ini Adelle Huckins, 31, sering mengadu sakit kepala yang kuat yang disangka migraine, berasa letih melampau, dan merasa sakit seluruh tubuh.

Namun akhirnya doctor mengesahkan beliau menghidap penyakit Lyme, yang dijangkiti dari bakteria Borrelia burgdorfer yang dibawa oleh kutu babi. Apabila parasit kecil ini menghisap darah, ia akan menyebarkan bakteria itu.

Penyakit Lyme menjadikan pesakit mengalami lemah sistem daya tahannya, keletihan melampau, sakit kepala dan sakit sendi. Jika dibiarkan, ia menyerang otak dan menyebabkan lumpuh dan boleh membawa maut.

Penyakit ini bermula apabila beliau melawat Jerman pada 1991, ketika berusia 11 tahun. Pada mulanya, gigitan kutu babi pada kakinya menyebabkan ruam di kaki, tetapi beliau menyangka ia perkara biasa.

Sejak kembali daripada Jerman, kesihatan beliau semakin merosot, tetapi pakar perubatan tidak memberikan diagnosis penyakitnya dengan tepat. Doktor sering mengaitkan masalahnya dengan penyakit lain.

Selama beberapa tahun pakar perubatan masih tidak dapat mencari punca sebenarnya sehingga doctor menjalankan pemeriksaan rapi dan mengesahkan beliau menghidap penyakit Lyme.

Sekarang Adelle Huckins merasa sihat dan segar apabila telah dirawat sepenuhnya dengan antibiotic.

Pengajaran dari kisah ini ialah jangan mudah berputus asa. Teruskan mendapatkan rawatan yang betul, kerana penyakit akan sembuh jika diketahui punya penyakit dengan tepat.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, redha dan bertawakal kepada-Nya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yang dihadapi akan lebih baik daripada sebelum ini.


Wallahu a’lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts