Tempoh menunggu untuk tunai haji 50 tahun

http://4.bp.blogspot.com/_1m7NWQgYODQ/TQWE2PowrMI/AAAAAAAAAgY/LhhVCyj6gUM/s400/20091231Ibadah-haji-asahannews_com_.jpg 

KUCHING - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dari segi teknikal umat Islam di negara ini yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu 50 tahun sebelum dapat berbuat demikian.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) sedang menunggu giliran menunaikan ibadat itu.

"Bagaimana tempoh waktu menunggu akan menganjak kurang daripada tempoh yang diberitahu ketika mendaftar atas pelbagai faktor antaranya ada yang dipilih meninggal dunia atau mengalami sakit berpanjangan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak, hari ini.

Majlis dilakukan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Jamil Khir juga menegaskan kuota jemaah haji negara ini tidak dibuat mengikut negeri bagi mengelakkan ’kesesakan’ yang mungkin berlaku di sesetengah negeri.

Mengenai kompleks dan hotel itu, Jamil Khir yakin kewujudan kemudahan tersebut akan melancarkan operasi haji di Sarawak. - Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2lTq5t7Nh
Hakcipta terpelihara

Penyakit berkait tekanan kerja meningkat


stress

KUALA LUMPUR - Regus, penyedia tempat kerja global berkata hampir 70 peratus daripada pekerja Malaysia melihat lebih banyak penyakit berkaitan tekanan sejak kegawatan ekonomi global.

Satu kaji selidik yang dikendalikan oleh syarikat itu mendedahkan bahawa penyakit berkaitan tekanan boleh memburukkan atau menyebabkan pelbagai penyakit lain daripada obesiti hinggalah kepada penyakit jantung, penyakit Alzheimer, kencing manis, kemurungan, masalah gastrousus dan asma.

Kaji selidik itu yang mendapatkan pandangan 20,000 eksekutif kanan dan pemilik perniagaan di 95 negara, juga mendedahkan bahawa 48 peratus daripada responden Malaysia merasakan tahap tekanan mereka telah meningkat dan lebih 42 peratus melaporkan mereka kurang tidur disebabkan kebimbangan kerja.

Bagaimanapun, Regus dalam satu kenyataan berkata, perniagaan boleh membantu mengubah aliran ini apabila pekerja mengenal pasti waktu bekerja fleksibel sebagai penting bagi membantu mengurangkan tekanan berkaitan kerja. - Bernama

Kenderaan pelik yang berharga RM3.5 juta


Foto
Los Angeles - Satu daripada beratus-ratus kereta yang dipamerkan di pameran kereta LA minggu ini mendapat liputan meluas akhbar, tetapi bukan semuanya mendapat pujian.

Walaupun berharga AS$1.1 juta (RM3.5 juta), kereta biru Youabian Puma meraih pelbagai gelaran pelik, termasuk “raksasa”, “gila” hingga kepada “tidak munasabah”.

Kenderaan besar yang dipamerkan berhampiran satu daripada pintu masuk pusat konvensyen itu tampil popular apabila puluhan ribu peminat kereta membanjiri pusat itu mulai semalam.

Pameran terbabit berlangsung selama 10 hari. Kereta bernilai RM3.5 juta itu mendapat perhatian pengunjung dengan tajuk depan akhbar LA Times menggelarnya ‘benar-benar pelik’.

KERETA Youabian Puma mendapat perhatian setiap pengunjung pameran kereta LA.

Laman Autoblog.com menggelarnya “nampak pelik” dan memetik kenyataan pengeluarnya yang menyifatkan ia “kenderaan untuk berseronok”.

“Lebih hebat daripada kehidupan, Youabian Puma memang tidak munasabah dari mana sudut pun anda lihat,” tulis carscoops.com, satu lagi laman media mengenai kereta yang meninjau kereta itu pada sidang akhbar sebelum pameran terbabit dibuka kepada awam.

Kereta itu disifatkan sebagai gabungan antara kereta sport dan kereta kebal oleh LA Times. Ia mempunyai saiz yang besar hampir 8 kaki lebar dan melebihi 20 kaki panjang. - Agensi

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=105312:kenderaan-pelik-rm35-juta&Itemid=4#ixzz2lQIdDwsh
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Sultan Johor titah cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.

Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.

Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.

Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.

Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.

Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu. - 23 November, 2013.

Apabila kisah LELAKI BERSUNAT diangkat jadikan FILEM untuk tontonan masyarakat

Hantu Tok Mudim tiada niat takutkan kanak-kanak

Hantu Tok Mudim tiada niat takutkan kanak-kanak

BERSUNAT dan kanak-kanak lelaki bukanlah perkara asing bukan sahaja dalam masyarakat Melayu, bahkan kaum lain yang turut mempercayai kaedah bersunat untuk anak lelaki mereka.

Lebih-lebih lagi dewasa ini, kaedah bersunat sudah semakin moden dan ada yang tidak meninggalkan kesan sakit lama kepada kanak-kanak yang baru bersunat.

Bersesuaian dengan musim cuti persekolahan tahun ini, Showbiz Productions Sdn Bhd membawakan filem Hantu Tok Mudim yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

Bagaimanapun pengarah filem ini, Waan Hafiz berkata, pembikinan Hantu Tok Mudim bukanlah untuk menakutkan penonton terutamanya kanak-kanak lelaki yang belum bersunat atau berkhatan.

Sebaliknya penghasilan filem ini adalah bagi memperkenalkan cara masyarakat Melayu dahulu yang berkhatan secara tradisional.

"Dahulu yang orang mengkhatankan kanak-kanak lelaki dipanggil 'Tok Mudim' dan sekarang ini rata-rata bersunat di klinik oleh doktor.

"Jadi saya masukkan cara bersunat orang dulu dengan diselitkan unsur komedi dan seram dalam penceritaan. Bagaimanapun saya yakin kanak-kanak pada zaman ini sudah lebih matang dan terbuka mengenai perkara ini dan filem ini hanya untuk hiburan semata-mata,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem berkenaan di Cathay @eCurve, baru-baru ini.

Hantu Tok Mudim menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Adrea Abdullah. Filem ini sudah ditayangkan di pawagam sejak semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai skripnya yang sarat dengan dialog ‘double meaning’, Waan menjelaskan dia sengaja berbuat demikian namun bukan untuk menjadi daya penarik kepada filemnya.

“Memang saya sengaja banyak memasukkan elemen ‘double meaning’ tetapi maksudnya boleh jadi berbeza untuk setiap penonton dan itu keunikan yang saya tampilkan,” katanya yang juga lega apabila filem itu tidak dipotong oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Jelas Wan, dia juga banyak melakukan rombakan pada skrip bagi memastikan jalan cerita yang ditampilkan kemas dan mampu membuat penonton ketawa.

Amyza Aznan Keguguran

amyza
Pelakon dan pelawak popular, Amyza Aznan mengalami keguguran tatkala kandungannya memasuki usia dua bulan. 
 
"Ketika menjalani penggambaran di Johol, Negeri Sembilan, tanpa disangka saya mengalami pendarahan. Kru di lokasi bergegas menghantar saya ke Kuala Lumpur.
 
"Jujurnya ketika saya disahkan mengandung, suami dan anak adalah orang yang paling teruja. Tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. Malah saya sangat bersedih dan asyik menangis sejak semalam," kongsi Amyza ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi. 
 
Ditanyakan adakah dia akan berehat lama selepas kejadian tersebut, katanya lagi;
 
"Sepatutnya saya perlu menjalani tempoh berpantang seperti orang lain, tetapi memandangkan tuntutan kerja yang tinggal tiga hari lagi, jadi saya perlu ke lokasi pada hari Isnin ini."
 
Untuk rekod, Amyza dan suaminya telah memiliki tiga orang cahayamata sebelum ini. 

Benarkah "ELLA" hamil.....?

Ella: 'Saya tak hamil'

'Saya tak hamil'
"BELUM ada rezeki lagi," jelas ratu rock, Ella mengenai berita kehamilannya yang tersebar sejak sebulan yang lalu.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kehamilan itu, namun mengakui baharu sahaja menjalani pembedahan.'

"Saya tak hamil lagi, tetapi saya memang merancang untuk memiliki anak. Dua bulan lalu, saya menjalani pembedahan membuang apendiks menerusi rawatan apendisektomi di Hospital Ampang Puteri.

"Doktor menasihati saya supaya berehat selama tiga bulan dan kini, saya masih dalam proses pemulihan. Nasib baik saya menyedarinya dari awal dan doktor menyarankan agar pembedahan di buat agar ia tidak mengganggu kehamilan sekiranya saya hamil.

"Saya ada dengar orang kata saya hamil dan ianya hanyalah salah faham. Tapi, saya tak marah kerana saya anggap itu adalah doa dan tanda prihatin peminat dan masyarakat terhadap saya," katanya ketika ditemui di pentas akhir, rancangan realiti, Ratu Rania.

Dalam pada itu, Ella memberitahu, dia bakal menghasilkan album baru dan melancarkannya pada tahun hadapan.

"Alhamdulillah, mungkin awal tahun depan, ianya akan dilancarkan dan kini ia masih dalam proses pembikinan.

"Selepas pelancaran album itu, saya akan mengadakan konsert jelajah di beberapa negeri pula," katanya.

Rakyat Malaysia Pertama Dikebumikan Disamping 60 Sahabat Nabi


"Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya.

Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Lagi gambar dan video di: http://hijabulcrewz.blogspot.com/"

Akhirnya penawar HIV AIDS ditemui oleh rakyat Malaysia

Temui penawar HIV, AIDS

Temui penawar HIV, AIDS  
Tuan Mohamad (kanan) menunjukkan herba yang digunakannya bagi menghasilkan penawar AIDS/HIV.

MACHANG - Setelah lapan tahun disahkan menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV, Azman (bukan nama sebenar) mendakwa menemui penawar apabila disahkan bebas penyakit berbahaya itu tahun lalu.

Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.

“Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.

“Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.

Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.

Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.

Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.

“Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.

“Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.

Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.

“Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya.  Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.

“Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis,” jelasnya.

Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.

Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.

“Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu,” katanya.

Mahkamah putuskan AGM Seniman terbatal, tidak sah

Mahkamah putuskan AGM Seniman terbatal, tidak sah 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Mesyuarat Agung Seniman kali ke-14 yang telah diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Keputusan itu secara langsung menjadikan Zed Zaidi bukan lagi Presiden persatuan itu.

Dalam satu laporan berita tempatan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan, Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Manurut saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar Omar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir  sebagai defendan pertama hingga empat.

Zed, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan.

Rosilah turut memerintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar kepada SENIMAN dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan.

Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif.

Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Zed memaklumkan yang dia tidak tahu menahu mengenai keputusan Mahkamah Tinggi itu .

Zed turut menolak untuk memberikan sebarang reaksi mengenainya kerana baru pulang bercuti di Bangkok, Thailand.

“Saya tidak tahu tentang perkara ini dan tidak dapat memberikan apa-apa komen kerana baru pulang dari bercuti” ujarnya.

“Jika saya ada maklumat berkaitan perkara tersebut, saya akan menghubungi pihak media” katanya lagi.

Dianiaya rakan sebabkan dirinya muflis - Amy search

Sebelum ini ada yang memperkatakan penyanyi Awie telah muflis tetapi dinafikan. Kini lagenda rock, Amy Search pula mengesahkan statusnya yang kini muflis, kira-kira dua bulan lalu.

Amy mendakwa dia dianiaya oleh sahabatnya sendiri gara-gara terlalu percaya kepada individu tersebut, katanya pada sidang media Konsert Destini.

"Saya dianiaya oleh sahabat saya yang juga berasal dari Johor sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. Tapi saya dah maafkan dia", katanya di Hotel Bluewave Shah Alam, dipetik mD petang semalam.

Amy dikatakan gagal menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjam bagi menjayakan konsert Jelajah Di Awan Biru sekitar 2009. Ia telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.

Tuhan Harun dicari di Pahang, ditahan di Johor



Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan ROSLI HASSAN
berita@kosmo.com.my
 Harun Mat Saat
JOHOR BAHRU – Pencarian polis terhadap seorang lelaki dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malek berakhir apabila dia ditahan semalam.

Harun Mat Saat, 47, ditahan pada pukul 3.30 petang selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bandar Baru Tangkak dekat Ledang. Turut ditahan di dalam rumah itu, seorang wanita, Azida Mohd. Zol, 30, dipercayai isteri Harun.

Kira-kira 10 minit sebelum itu, polis menahan seorang lelaki, Nor Hairi Harun, 41, di Jalan Hospital, Tangkak. Pemuda itu sebelum ini menetap di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

Selain kes bunuh tersebut, Harun bersama pengikutnya turut dikehendaki oleh JAIP selepas mereka gagal hadir buat kali kedua untuk sebutan semula kes bagi 11 pertuduhan menyebarkan ajaran sesat di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2lE9O84ha
Hakcipta terpelihara

Tandas Malaysia kotor

Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
azlan.hizar@kosmo.com.my

TAHAP kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan tandas masih rendah. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 tinggal 41 hari lagi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan warga Malaysia sepatutnya bimbang dengan tahap kebersihan tandas di negara ini.

Tinjauan audit yang dijalankan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama enam bulan ke atas 10,257 buah tandas mendapati lebih 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, daripada 10,257 buah tandas di bawah seliaan PBT yang diaudit hanya 39 peratus berada dalam keadaan memuaskan.

Malah akuinya, apa yang lebih mengecewakan hanya 350 buah tandas yang diaudit layak diberi penarafan lima bintang.

“Bayangkan hanya 350 buah tandas atau 3.41 peratus mendapat status lima bintang. Adakah kita perlu berbangga dengan statistik ini? Saya fikir kita boleh melakukan dengan lebih baik.

“Ramai orang enggan menyentuh isu tandas dan sanitasi, namun pada hakikatnya seseorang menghabiskan kira-kira tiga tahun dalam jangka hayatnya untuk menggunakan tandas,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2lDftNbj0
Hakcipta terpelihara

Mengapa boleh Kram, Kejang Otot di Malam Hari dan Cara Mencegahnya


Kram atau kejang di betis atau kaki pastinya sangat menyakitkan. Kram kaki pada malam hari boleh berlaku kepada semua usia, terutamanya bagi wanita selama kehamilan, dan pada orang tua.

Bagi kalangan muda, kram terjadi kerana disebabkan rendahnya kadar natrium dalam darah. Kram terjadi akibat pepeluhan setelah selesai bersukan ketika cuaca panas atau sedikitnya kadar garam dalam diet (pola makan).

Penyebab lainnya ialah apabila berlaku perubahan dan sirkulasi darah pada saraf kaki juga berkaitan dengan kram.

Kram disebabkan oleh kejang otot ketika serat otot berkontraksi atau menyusut. Penyakit tiroid dan diabetes juga mungkin memicu kram.

Walaupun menyakitkan, kram malam tidak berbahaya seperti kram lengan, leher atau bahu yang biasanya karena postur tidur yang salah.

Cara yang paling efektif untuk mengatasi kram malam adalah dengan mencegahnya terjadi.

Sebelum tidur lakukanlah peregangan otot betis. Mandi hangat sebelum peregangan juga merupakan ide yang baik keran ini membantu meningkatkan aliran darah ke otot-otot dan menghentikan peregangan yang memicu kram.

Minum 'tonic water' sebelum tidur juga dianjurkan. Untuk membantu meredakan rasa sakit ketika kram, sangga kaki dengan bantal dan berbaringlah. Beri urutan ringan selama beberapa minit.

Kram bisa terjadi kerana ketidakseimbangan elektrolit - magnesium, kalsium dan kalium - dalam tubuh atau kerana kekurangan vitamin E.

Berikut pengambilan makanan harian yang disarankan:

1. Untuk meningkatkan kadar magnesium, cuba tambahkan dalam makanan harian anda tahu, kacang-kacangan, kentang dan oatmeal.

2. Kurangnya kalsium juga memperburuk kram malam. Sukatan yang disarankan untuk orang dewasa adalah 700mg per hari.

Ini kira-kira 200 ml susu, satu botol kecil yoghurt atau sepotong kecil keju. Sumber kalsium nondairy termasuk sayuran berdaun hijau, ikan bertulang kecil seperti sardin, jus limau atau oren, sereal dankekacang.

3. Untuk meningkatkan tahap kalium anda, makan pisang, kacang-kacangan, bawang putih dan bawang merah, dan buah-buahan serta sayuran. Pastikan diet anda kaya akan vitamin E termasuk minyak sayuran, kacang, biji-bijian, alpukat dan ubi jalar.

Selain itu, senaman ringan teratur, seperti berjalan kaki juga akan membantu memperpanjang otot. Sempatkanlah "bergerak" saat waktu luang anda.

ORANG MUO
Sumber :LINK

Kebanggaan dari siri drama TV Malaysia dengan drama TV Amerika

Sedikit Nota Tentang Siri Seperti "Love You Mr. Arrogant" & "Playboy Itu Suami Aku" dan Bagaimana Drama TV Dapat Merevolusikan Individu.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.

@armyzonovic

Top 5 - Tempat paling berhantu di Malaysia?


Apabila misteri Villa Nabila riuh di laman sosial dan blog, maka ada yang mencari alternatif menyenaraikan 5 tempat paling berhantu di Malaysia seperti di blog ini. Berikut 5 tempat yang disenaraikan.

1. Highland Tower

Salah satu blok Highland Tower yang terletak Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor runtuh pada 11 Mac 1993. Korban Highland Tower seramai 48 orang. Sejurus selepas kejadian 2 lagi blok dikosongkan. Ada versi yang mengatakan terdapat lebih 48 mangsa dan terkubur di kawasan tersebut menyebabkan ianya dikatakan berhantu.

2. Banglo Mona Fandey

Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail popular pada awal 90-an kerana kes pembunuhan ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui dipotong-potong tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo yang terletak di Pahang. Mona dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona dan 2 lagi orang dijatuhi hukuman gantung dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.

Sebagai tambahan, rumah yang pernah disewa Mona Fandey di Pengadang Baru, Kuala Terengganu terbiar sehingga kini. Kasihan tuan rumah kerana orang tak mahu lagi menyewa setelah tersebar cerita Mona Fandey.

3. Kemayan Hall

Kemayan City Mall yang terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tidak banyak yang dapat diselongkar tentang latar belakang bangunan ini namun yang selalu kami didengari, 'mangsa' bangunan ini selalunya warga Singapura. Benarkah?

4. Lebuhraya Karak

Cerita seram tidak lengkap sekiranya tidak dikaitkan dengan Lebuhraya Karak yang dipercayai penuh dengan misteri. Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Siapa yang tidak pernah dengar kisah Volkswagen Kuning ataupun Iswara putih. Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah?

5. Villa Nabila

Sebuah lagi lokasi berhantu di daerah Johor Darul Takzim. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel dan menghala Dataran Johor Bahru. Pelbagai versi kisah banglo ini dari dalam laman web namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar dibelakang misteri banglo ini.

Disebalik Misteri Villa Nabilla - Kisah yang di ceritakan oleh orang kampung

Villa Nabilla

ok..nak share tntg haunted banglo kat strait view (dpn danga bay)sbnarnya bnyk version cite ni..so x thula mne 1 yg btul @ yg palsu. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya.aku pon jdi pelik kenapa tempat tu jadik famous sangat dengan cerita misteri.

Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie.Menurut cerita apa yang aku tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu).  
Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yang orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada  yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.
Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak.Tpi blom smpat lgi nk terjah ksana.
 
Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila.
Memang aku perasan di kawasan perumahan elit itu terdapat banyak rumah-rumah jenis lama. Memang ada beberapa buah rumah berhadapan Pantai Lido (Danga Bay) yang sudah lama ditinggalkan dan penuh dengan semak samun.
 
Jika difikirkan secara logik, sudah tentu rumah-rumah yang terbiar ini sudah lama ada pembelinya kerana mempunyai nilai hartanah yang cukup baik disebabkan lokasinya yang amat strategik. Tidak jauh dari Bandar Johor Bahru dan menghadap Pantai Lido (Danga Bay).
Secara peribadi, jika dikatakan Villa Nabila ini berhantu memang aku tak dapat nak nafikan. Ini kerana villa itu sudah lama ditinggalkan sejak sekian lamanya. Tempat-tempat yang kosong seperti ini biasanya menjadi tempat tinggal mahluk halus yang akan senantiasa mengganggu manusia.
 Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..

Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. 
Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. 
Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.

Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.

Maharaja Lawak Mega 2013 : SHIRO | NABIL | JAMBU | SEPAHTU

Pekerja UEM Sujud Syukur Selepas Selesainya pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang



 

http://ppinang.jkr.gov.my/malay/Berita/Lawatan_Jambatan_PP_ke-2/image/image2/IMG_2785.JPG
http://ppinang.jkr.gov.my/malay/Berita/Lawatan_Jambatan_PP_ke-2/image/image2/IMG_2797.JPG

AKHIRNYA.. ALHAMDULILLAH..
http://www.jambatankedua.com.my/webv1/images/stories/decolight/SAM_0598.JPG
http://www.jambatankedua.com.my/webv1/images/stories/decolight/SAM_0572.JPG
http://www.jambatankedua.com.my/webv1/images/stories/decolight/SAM_0644.JPG


Misteri Villa Nabila - Apa cerita terkini..!!

Gambar Misteri 23 Remaja Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru JB Palsu @ Benar? Cerita & Kisah Terkini?
villa nabila Johor
Berita cerita 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru (JB) : Sekarang tersebar luas di Internet terutamanya di Facebook dan blog Malaysia dikatakan seramai 23 remaja hilang daripada 30 orang remaja yang telah masuk ke Villa Nabila, Johor Baru pada 18 November 2013. Sehinggakan…..
Ada cerita yang mengatakan 23 remaja yang hilang didakwa telah disorok oleh hantu (makhluk halus yang menghuni Villa Nabila, Johor Bahru itu). Itu kata mereka…..
Berita & tersebarnya cerita 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru telah menyebabkan jalan sesak di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay dek kerana penyebaran cerita dan kisah 23 remaja hilang ini.

kisah villa nabila johor
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa terhadap laporan & kenyataan rasmi pihak polis sehingga ke sekarang ini hanya menerima 1 laporan polis mengenai kehilangan anak mereka. Persoalan Berita Semasa yang lain, Kemana perginya 22 keluarga lain??

Gambar Remaja Hilang di Villa Nabila Johor Bahru?

Cerita Villa Nabila Johor 

Laporan tepat yang Berita Semasa perolehi adalah di mana Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh mengatakan, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga ke hari ini selepas remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, Johor Bahru (JB) berkenaan bersama beberapa rakannya.
Ibu kepada remaja hilang di Villa Nabila Johor ini, Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun telahpun membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013 (isnin)
misteri villa nabila johor

Gambar Sekitar Kejadian Kisah Kehilangan Remaja di Villa Nabila Johor Bahru?

Gambar Hantu Villa NabilaSejarah Villa Nabila
Kisah Villa Nabila BerhantuGambar Villa Nabila Johor
Berita Villa NabilaCerita Hantu Villa Nabila
Bunian Villa NabilaKisah Villa Nabila
Rumah Villa NabilaGambar Villa Nabila
Pembunuhan Villa NabilaKisah Hantu Villa Nabila
Kisah Seram Villa NabilaVilla Nabila Berhantu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts