Selamat datang ke Pulau Kucing


Selamat datang ke Pulau Kucing 
Selamat datang ke Pulau Kucing 
Kucing-kucing ini dipercayai boleh meramal cuaca melalui perlakuan seharian.

PULAU Tashirojima di Jepun amat dikenali sebagai Pulau Kucing oleh pencinta haiwan.

Ini kerana populasi masyarakatnya hanya sekitar 100 orang yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan, lebih rendah dari jumlah kucing yang terdapat di situ.

Seorang pelancong berkata, puluhan kucing boleh dijumpai merata tempat sekitar bandar  dan kawasan perumahan.

Menurutnya, mengikut cerita penduduk tempatan, kehadiran awal kucing di kawasan itu adalah untuk memburu tikus di ladang-ladang sutera. Namun, selepas industri tersebut gulung tikar, ramai penduduk mula meninggalkan pulau berkenaan.

“Kucing-kucing liar itutetap dipelihara penduduk tempatan. Pertambahan haiwan itu kini menjadikan pulau tersebut sebagai tarikan pelancong kalangan pencinta haiwan,” katanya mdipetik dari laporan MailOnline.

Kebanyakan nelayan percaya, kucing-kucing ini 'membantu' untuk ramalan cuaca.

“Jika kucing mula membuat bising atau mencari tempat persembunyian dengan memasuki rumah penduduk, ini  bermakna cuaca kurang baik dan nelayan tidak akan turun ke laut,” kata seorang penduduk.

Cico Harahap jawab isu parti liar

Cico Harahap jawab isu parti liarCico Harahap jawab isu parti liar 
Cico Harahap jawab isu parti liar

NAMA Cico Harahap sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Mula mencipta nama menerusi filem Puteri Impian, darah seni yang diwarisi dari ibunya, Uji Rashid membuatkan Cico sering menjadi pilihan pengarah suatu ketika dahulu.

Namun seiring dengan kehadiran pelakon baharu dalam industri tanah air, nama Cico mula tenggelam dan seolah-olah hilang dari pandangan peminat dan penggiat seni.

Bagaimanapun penyebaran gambar Cico yang memperlihatkan seolah-olah dia sedang berparti, di Pulau Perhentian membuatkan nama Cico kembali menjadi perhatian ramai.

Justeru kesempatan bertemu dengan Cico yang kini kembali berlakon untuk drama Jiwa di TV3, tidak dilepaskan media untuk bertanya mengenai perkembangan dirinya dan penjelasan mengenai gambar tersebut.

"Saya kini menjadi jurulatih selam di Pulau Perhentian, saya mahu mencuba kerjaya lain kerana ramai pelakon baharu dan kebetulan kini musim tengkujuh. Jadi apabila mendapat tawaran berlakon dalam drama bersiri Jiwa, arahan Khabir Bhatia, saya tidak melepaskannya.

"Mengenai isu gambar tersebut,  di pulau tersebut sepanjang pantai memang ada bar. Siang saya menjadi jurulatih selam dan malam pula saya kerja di bar, kutip tin.

“Jadi dalam pada saya tengah kutip tin, ada peminat nak bergambar dengan saya dan saya penuhi permintaan mereka. Tetapi alih-alih gambar tersebut tersebar. Jadi saya reda sajalah," jelasnya ketika ditemui sewaktu di lokasi penggambaran Jiwa, di Stadium Titiwangsa, semalam.

Pemilik nama sebenar Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 36, ini berkata, meskipun timbul cerita negatif mengenai dirinya, ia sedikit pun tidak memberikan tekanan kepadanya.

“Saya tidak sedih ataupun marah bila timbul cerita sebegini sebab satu masa dulu ibu saya juga telah melalui cabaran lagi berpuluh kali ganda. Tapi dia masih tetap terus bertahan sebagai Uji Rashid sampai hari ini. Asalkan saya masih lagi boleh menyara keluarga saya, itu sudah cukup," ujarnya.

Tiga tahun sendiri

Dalam pada itu, Cico berkata, dia menerima tawaran untuk berlakon dalam Jiwa kerana suka dengan karakter yang diberikan kepadanya.

“Sebelum ni saya ada berlakon satu filem arahan Khabir. Kemudian saya ditawarkan pula berlakon untuk drama ni. Saya jadi sahabat baik kepada Iskandar iaitu lakonan Remy Ishak”, katanya yang menyifatkan lakonannya terbaharunya itu sebagai kemunculan semulanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai dirinya, Cico berkata, dia sudah bergelar duda sejak tiga tahun lalu.

Cico yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Nur Fuziana, sekitar 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata Rindu Nur Fitrah, 3.

“Ya, saya sudah bercerai, sejak tiga tahun lalu. Saya ada berkawan dengan seseorang tapi kalau nak kata sudah ada pengganti, belum lagi. Sekarang ni saya dan ibu saya yang jaga anak saya," akuinya.

Adobe paling banyak cetak rompak


Adobe paling banyak cetak rompak  
Rosli (dua, kiri) menunjukkan komputer yang dirampas dalam 
satu operasi di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan merampas sebanyak 68 komputer serta 363 perisian cetak rompak bernilai kira-kira RM2.38 juta bagi tempoh Januari lalu sehingga kelmarin.

Timbalan Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan, Rosli Ahmad berkata, kesemua rampasan itu dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan siasatan menunjukkan perisian jenis Adobe dan Microsoft adalah perisian paling banyak dicetak rompak.

Beliau berkata, terbaru, sebanyak tiga buah komputer mengandungi 19 perisian cetak rompak dianggarkan bernilai RM115,500 dirampas pihaknya dalam serbuan yang dibuat ke atas sebuah produksi video terletak di ibu negara, kelmarin.

Menurutnya, serbuan dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kesatuan perisian, Business Software Alliance (BSA).

"Siasatan dapati kesemua perisian terbabit dicetak rompak oleh syarikat produksi video terbabit dan ketika diserbu tiada tangkapan dibuat.

"Usaha mengesan pemilik produksi itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hakcipta 1987," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Rosli berkata, semua syarikat diingatkan supaya menggunakan perisian komputer tulen dan sekiranya ingkar, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat berkenaan.

“Jika mereka menggunakan perisian cetak rompak, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987,” katanya.

Sementara itu Pengarah Pemasaran BSA Cawangan Asia Pasifik, Roland Chan berkata, pihaknya dengan kerjasama KPDNKK seluruh negara sudah mengedarkan surat kepada 27,000 syarikat di seluruh Malaysia supaya membuat audit ke atas komputer masing-masing bagi memastikan perisian cetak rompak tidak digunakan dalam satu kempen Ops Semak Tulen.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,820 syarikat daripada pelbagai sektor gagal memberikan maklum balas,” katanya.

Roland berkata, setakat ini, sebanyak sebanyak 210 komputer yang mengandungi 932 perisian cetak rompak yang bernilai RM7.45 juta.

AWAS !!! Nak pukul pencuri jangan pukul sampai mati, nanti anda pula yang bermasalah

Empat ditahan kes pukul hingga mati lelaki Melayu di DUKE

Empat ditahan kes pukul hingga mati lelaki Melayu di DUKEKUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki berusia antara 22 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan kes membabitkan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang dipukul hingga mati di susur ke Lebuhraya DUKE pada Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 7.50 petang dilaporkan seorang anggota Polis yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Katanya, pengadu telah melihat seramai lebih kurang 15 orang ramai sedang mengelilingi serta memukul seorang lelaki Melayu yang membawa sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai dicuri.

"Pengadu telah bertindak memperkenalkan diri sebagai anggota polis, untuk meleraikan orang ramai dari terus menyerang dan memukul lelaki melayu berkenaan.

"Sebaliknya orang ramai terus menyerang dan memukul lelaki berkenaan tanpa menghiraukan kehadiran anggota polis," katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas beliau pengadu berkenaan kemudiannya mendapatkan bantuan anggota polis lain dan membawa lelaki yang dipukul ke Balai Polis Sentul.

Sebaik tiba di perkarangan Balai Polis Sentul, lelaki berkenaan didapati tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan kecemasan.

Namun lelaki berkenaan telah meningal sebelum sempat dibawa ke Hospital dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala.

"Mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat," katanya.

Hasil siasatan polis mendapati kejadian bermula apabila rakan pemilik kereta yang dicuri mendapat maklumat kenderaan tersebut terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya DUKE.

Rakan-rakan pemilik kereta tersebut cuba menahan dua lelaki yang berada dalam kereta tersebut namun keduanya cuba melarikan diri.

Salah seorang darinya berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian yang turut menyerang dan memukul lelaki berkenaan.

Siasatan masih dijalankan dan polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said melalui telefon nombor 03-62562280 atau 03-62562307.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/empat-ditahan-kes-pukul-hingga-mati-lelaki-melayu-di-duke-26177?cp

Keputusan penuh ASK2013


Anugerah Skrin 
DEBARAN Anugerah Skrin (ASK2013)berakhir malam tadi sebaik 30 pemenang diumum malam tadi.

Berikut adalah senarai penuh pemenang.

KATEGORI DRAMA

‪1. Drama Terbaik: Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)‬

‪2. Pelakon Lelaki Terbaik: Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman)‬

‪3. Pelakon Wanita Terbaik: Datin Paduka Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)‬

‪4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)‬

‪5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)‬

‪6. Pengarah Terbaik: Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)‬

‪7. Videografi Terbaik: Mohd Faizal Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)‬

‪8. Artis Harapan Pantene: Shasha Al Khred (Kawan)‬

‪9. Lakon TV Terbaik: Mazlan Manan (Mawar Putih Tanda Perpisahan)‬

‪10. Drama Rantaian Terbaik: Surat Dari Langit Biru (Rasbir Media Sdn Bhd)‬

‪11. Drama Komedi Terbaik: Mentua vs Mentua (Primeworks Studios)‬#SHHiburan


KATEGORI FILEM‬

‪12. Filem Terbaik: KIL (Grand Brilliance)‬

‪13. Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)‬

‪14. Pengarah Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)‬

‪15. Pelakon Wanita Terbaik: Cristina Suzanne (KIL)‬

‪16. Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (SAM)‬

‪17. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Miera Liyana (Pecah)‬

‪18. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Khir Rahman (Rock Oo)‬

‪KATEGORI PENERBITAN DALAMAN‬

‪19. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik: Salam Muslim (Astro Oasis)‬

‪20. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Bella (ntv7)‬

‪21. Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)‬

‪22. Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)‬

‪23. Rancangan Realiti Terbaik: Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)‬

‪24. Laporan Khas/Berita Terbaik: Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)‬

‪KATEGORI TEKNIKAL‬

‪25. Videografi Terbaik: Hip Hoppin Asia (8TV)‬

‪26. Suntingan Terbaik: Hip Hoppin Asia (8TV)‬

‪27. Penataan Cahaya Terbaik: Anugerah Blokbuster 2 (Astro Ria)‬

‪28. Penataan Bunyi Terbaik: Lama Terbaru (TV9)‬

‪29. Reka Bentuk Set Terbaik: Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)‬

‪30. Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)‬

Janda 13 tahun dinasihat lapor polis


Janda 13 tahun dinasihat lapor polis  
SukaGuam tawar khidmat selesai kes babitkan pasangan ini.

SHAH ALAM –  Janda berusia 13 tahun, yang dicerai talak tiga 11 November lalu dinasihat membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya dianiaya dalam perkahwinan.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, berdasarkan laporan media termasuk dakwaan remaja itu dirogol empat bulan sebelum perkahwinannya tahun lalu, ada kemungkinan berlaku penganiayaan dan dia berhak mendapat pembelaan.

“Kami melihat kes ini sebagai satu diskriminasi hak kemanusiaan di mana daripada cerita dilaporkan media, ada pihak mengambil kesempatan atas sikap tolak ansur pihak perempuan yang pada awalnya sanggup menggugurkan laporan dakwaan rogol sebelum dia dikahwinkan bertujuan untuk menutup aib.

“Namun setelah hampir setahun berkahwin, remaja perempuan itu dikatakan tidak mendapat layanan sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, jika laporan itu benar, pembelaan seharusnya diberikan.

“Kalau benar perkara ini berlaku, kami anggap ia sebagai tragedi kepada remaja perempuan tersebut dan dia perlu diberi pembelaan apatah lagi melibatkan kes rogol secara berkumpulan,“ katanya.

Dalam pada itu, SukaGuam turut menawarkan khidmat sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kes ini.

“Walaupun ia dianggap sebagai satu perkara serius, namun tidak wajar perkara ini diperbalahkan secara terbuka kerana ia mengaibkan tambahan pula ia melibatkan keluarga Islam,” katanya.

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pasangan tersebut disahkan bercerai talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Akhbar The Star dalam laporan eksklusifnya semalam menyiarkan kenyataan bapa remaja perempuan tersebut mendakwa anaknya itu telah membuat laporan polis pada 15 Julai 2012 mengadu dia telah dirogol oleh tiga lelaki.

Tidak cadang roboh Villa Nabila


Villa Nabila 
 Pondok berhampiran pintu masuk ke Christine Palace.

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak bercadang untuk merobohkan Villa Nabila atau Christine Palace yang terletak di Jalan Skudai, di sini, setakat ini.

Datuk Bandar MBJB, Ismail Karim berkata, pihaknya boleh merobohkan banglo tinggal terbabit sekiranya bangunan itu mendatangkan bahaya atau mudarat kepada orang ramai.

“Bangunan berkenaan kosong, tetapi ia tidak mendatang bahaya kepada orang ramai.

“Tambahan pula, pemilik bangunan tidak pernah culas membayar cukai kepada kami. Jadi ia tidak akan dirobohkan setakat ini,” katanya.

Ismail berkata, status bangunan dinamakan ke atas pemilik warganegara Singapura dan nama sebuah syarikat.Mengulas lanjut mengenai tindakan MBJB, beliau memberitahu pihaknya sudah memagar lokasi terbabit daripada tidak terus dikunjungi orang ramai.

Islam wajibkan hubungan baik

MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria

SHAH ALAM -  Sungguhpun Pas dan Umno belum mampu bersatu di bawah satu logo, tetapi muzakarah antara kedua-duanya perlu dilaksanakan segera, demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Beliau berkata, muzakarah tersebut adalah bagi memartabat dan memperkukuhkan lagi agama Islam sebagai agama rasmi sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

"Penyatuan itu wajar dilaksanakan kerana Islam sendiri menggalakkan hubungan yang baik sesama Muslim.

"ALLAH tidak meredhai seseorang terhadap sesuatu perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati saudaranya sesama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, Pas dan Umno perlu bersatu dalam menegakkan syiar Islam seperti dituntut dan diwajibkan ALLAH terhadap umatnya.

"Tidak perlu wujud sifat kepartian sebaliknya lebih kepada penyatuan dan pendirian sesama Islam itu harus seiring.

Sama-sama Islam dan kalau asyik berkelahi sahaja, pihak lain boleh ambil alih dan ganggu gugat kita," katanya.

Dr Harussani turut melahirkan keyakinan Islam akan terus kukuh tanpa sebarang ancaman jika kedua-dua parti ini sepakat melaksanakan pentadbiran Islam di atas bersetujuan bersama.

"Sudah pasti, penyatuan ini akan mampu mencapai kata sepakat demi agama Islam supaya kekal teguh dan terpelihara di bumi Malaysia ini," katanya. [SH]

Wardina: Jangan pertikai pelantikan saya

Wartawan Sinar Harian

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0112/Kosmo/Hiburan/hi_03.2.jpg
"Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing.


"Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah pada saya," begitulah luahan Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 34, berhubung kontroversi pelantikannya sebagai ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Selasa lalu.

Merupakan salah seorang daripada 29 individu yang dilantik kerajaan sebagai ahli majlis bagi mengukuhkan agenda perpaduan nasional, bekas pengacara Wanita Hari Ini, berkata, pelantikannya itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian memandangkan ia telah dinilai dan diputuskan oleh pihak yang lebih arif.

"Sebelum ini, hidup saya bahagia tanpa apa-apa jawatan dan penganugerahan. Saya selesa dengan apa yang seadanya.

"Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh ALLAH SWT.

"Saya memang minat dengan majlis-majlis ilmu dan banyak melakukan kerja amal tanpa pengetahuan orang lain.

"Mungkin dari situ mereka melihat keupayaan saya.

"Menyertai MKPN merupakan pengalaman berharga buat saya setelah dilantik sebagai fellow dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Insya-ALLAH saya akan cuba lakukan yang terbaik selepas ini," kata Wardina.

Tip kekal langsing dari artis ..!!

Fouziah kongsi tip kekal langsing
AQMAR MUSTAZA


Fouziah Gous
Fouziah Gous

SEBUT nama Nor Fouziah Mohd Gous atau Fouziah Gous, pasti ingatan akan terarah pada empunya diri yang memiliki susuk tubuh tinggi lampai, berambut hitam, panjang dan lebat serta wajah cantik kacukan Pakistan/Cina/Melayu.

Bukan sahaja punya pakej lengkap, Fouziah juga antara aktres berbakat besar di Malaysia yang masih menjadi pilihan ramai pengarah dan penerbit.

Sentiasa cantik pada mata yang memandang, maka tidak hairanlah artis kelahiran Kuala Lumpur ini sangat menitikberatkan penjagaan dalaman dan juga luaran.  

Bagaimanapun untuk mengekalkan bentuk badan yang menawan, akui Fouziah,  tiada istilah diet yang ketat dalam jadual pemakanannya.

Sebagai 'pencinta makanan', kata Foziah dia akan menikmati apa jua juadah makanan yang lazat termasuk kek dan coklat.

Pelik? Bagaimana pula dia masih mampu mengekalkan bentuk badan menawan? Jom kita ikuti wawancara berikut...


Apa pengertian cantik dan sihat bagi anda?

Bagi saya seseorang itu akan nampak cantik bila dia sihat dan tidak bagus juga jika mereka nampak cantik tetapi tidak sihat.

Anda sentiasa kelihatan langsing, apa rahsianya?

Tidak ada apa-apa rahsia. Saya cuma pastikan setiap minggu saya akan 'workout' dan bila kita 'workout' badan kita akan mengeluarkan peluh dan peluh sebenarnya dapat membersihkan kulit muka. Jadi secara tidak langsung, badan kita juga akan sentiasa berasa segar.

Selain bersenam, adakah anda mengamalkan diet?

Sejujurnya saya adalah seorang 'food lover' atau kaki makan. Nak cantik tak semestinya kita kena ikat perut, kita boleh makan tapi makanlah makanan yang sihat. Tapi bukan bermakna tak boleh makan coklat, kek dan sebagainya. Macam saya, saya masih makan coklat, kek dan sebagainya. Tapi selepas makan, saya akan pastikan saya 'workout' untuk bakar balik kalori yang saya makan.

Bagaimana rutin pemakanan anda?

Saya makan seperti biasa dan setiap hari saya mesti akan makan yang sedap. Saya tak bersetuju sesetengah orang yang diet, tak makan tengah hari tapi lapar pada waktu malam. Sebenarnya makan tengah hari sangat penting kerana kita bekerja dan bila kita bekerja ada kalori yang akan dibakar.

Sebagai selebriti, bahagian manakah pada tubuh anda yang anda rasakan cantik atau menjadi aset utama?

Bagi saya kecantikan adalah satu perkara yang subjektif. Ada orang kata rambut,  ada orang kata suka lihat wajah, badan. Tapi bagi diri saya sendiri, saya akan pastikan perut saya tidak buncit dan ambil berat mengenai keseluruhan mengenai diri saya.

Sesetengah wanita sanggup berbuat apa sahaja untuk nampak cantik, sebagai selebriti apa rawatan yang paling mahal anda buat untuk kecantikan?

Bagi saya untuk nampak cantik mudah sahaja dan tidak perlulah buat suntikan dan sebagainya untuk nampak cantik. Sesetengah orang nak cantik punya pasal sanggup buat perkara yang pelik-pelik. Macam saya, untuk pastikan muka tidak nampak bulat, bila cuci muka saya akan urut wajah, urut pipi bagi memastikan pipi tak jatuh.

Adakah anda sering meluangkan masa ke spa, salun dan sebagainya?

Spa adalah benda wajib yang saya lakukan kerana sesekali saya akan lakukan skrub seluruh badan dan bila mata penat saya akan buat rawatan mata.

Apa yang sering anda lakukan pada masa lapang?

Saya suka isi masa lapang dan jika ada masa terluang saya akan main badminton, boling atau pergi gimnasium. Kalau di rumah saya suka memasak. Pendek kata saya tiada masa untuk duduk dab tengok TV.

Perkembangan terkini?

Saya masih lagi bercuti tetapi tidaklah bermakna duduk di rumah sahaja. Setiap hari ada sahaja benda yang saya buat dan Insya-ALLAH  Disember ini saya akan terlibat penggambaran drama bersiri dengan Rashid Sibir. Selain itu saya sibuk menguruskan perniagaan saya dan akan ada beberapa perancangan untuk masa terdekat ini. Malah saya juga lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan selepas ini.

Nasihat untuk semua wanita atau gadis di luar sana?

Tidak salah untuk obses dengan kecantikan tetapi biarlah obses dengan cara yang sihat dan jangan sampai tidak boleh kontrol diri sendiri. Obseslah dengan kecantikan yang Allah SWT bagi. Jangan malas untuk bersenam dan macam saya, saya selalu beli baju yang kecik sedikit untuk motivasi diri saya. Bila baju dah ketat, saya tahu saya perlu untuk turunkan berat badan. Minum banyak air dan banyakkan berdoa.

Dua tukang urut Vietnam di tangkap berbogel

OLEH: WARTAWAN SINAR

KUALA LUMPUR – Dua tukang urut wanita warga Vietnam dicekup dalam keadaan berbogel ketika sedang asyik melayan pelanggan di sebuah premis pusat urut, dekat Kepong, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Putrajaya, Mohd Izzat Mohd Jamil berkata, dalam Ops Sayang pada jam 10.30 malam itu, seramai tiga pegawai dan 13 anggotanya turut serta dalam serbuan itu.

"Hasilnya, kita berjaya menahan tujuh lagi wanita di dalam bilik rehat dipercayai sedang menunggu pelanggan. Manakala kondom yang telah digunakan turut ditemui di dalam bilik di situ.

"Kesemua yang ditahan disyaki bekerja sebagai tukang urut dengan menawarkan khidmat seperti urutan badan ke badan (B2B)," katanya.

Mohd Izzat berkata, seorang penjaga kaunter warga tempatan turut ditahan kerana bersubahat melindungi warga asing yang tidak mempunyai pengenalan diri, manakala dua pelanggan di situ juga ditahan untuk diambil keterangan.

Sementara itu, dalam serbuan di ibu kota, imigresen turut menahan tiga wanita warga Vietnam yang sedang menunggu pelanggan dengan berpakaian menjolok mata.

"Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga kaunter turut ditahan kerana melindungi warga asing ini," katanya.

Beliau berkata, kesemua warga asing berusia lingkungan 20 ke 30 tahun akan ditempatkan di depoh tahanan Bukit Jalil dan direman selama 14 hari.

"Kita akan siasat mereka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen terhadap penjaga premis berkenaan," katanya.

Khasiat 'SERAI' yang disembunyikan oleh ISRAEL

Dr Hamid Arshat




SERAI - memang banyak khasiat dan sering digunakan dalam masakan harian. Satu kajian di israel menunjukkan serai mengandungi 'citral' yang berkesan sebagai sokongan dalam rawatan kanser.

Minum lapan gelas air serai setiap hari selama seminggu sebelum menjalani chemotherapy atau radiation. 

Citral menyebabkan sel2 kanser bunuh diri (suicide). Masukkan kedalam satu jug air panas 3 batang serai yg telah dicincang. Minum 8 gelas sehari selama seminggu sebelum chemo atau radiation.

Ustazah tegur kos kahwin Zain, Che Ta


Rozita Che Wan

KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.

[Untuk Suami Isteri] 10 Aksi Ketika Di Ranjang




Semakin ramai suami isteri yang merasakan seks di ranjang semakin membosankan kerana selalu melakukan aksi yang sama. Apakata anda lihat video ini untuk mendapatkan kreativiti semasa melakukan seks. Selamat mencuba!

Keindahan susu ibu anugerah Allah


FATIMAH SYARHA
ISLAM menganjurkan seorang ibu semaksimum mungkin berusaha menyempurnakan susuannya sehingga dua tahun penuh.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Menurut pendakwah bebas, Ustazah Fatimah Syarha Mohd. Noordin, al-Quran turut menganjurkan mesyuarat atau perbincangan dilakukan antara suami dan isteri jika mahu menceraikan susu anak sebelum usianya dua tahun.

“Jika diperhalusi kajian sains, seksanya seorang anak kecil untuk melalui alam bayinya jika dia tidak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Ini kerana hanya susu ibu paling serasi dengan keperluannya.

“Justeru, menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

“Bagi si bayi pula, susu ibu bagaikan ubat penenang. Selasak manapun dia seperti meniarap, merangkak atau bertatih, dia pasti akan ditawan oleh susu ibu,” jelas Fatimah Syarha yang juga merupakan pembimbing motivasi.

Dalam pada itu, dia memberitahu, jika seseorang wanita tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan termasuk masalah kesihatan, mereka tidak dikira berdosa.

“Yakinlah bahawa Allah memahami keadaan hamba-Nya yang beraneka rupa. Tapi, seelok-eloknya ia perlu dilakukan dengan perbincangan bersama suami. Insya-Allah, dengan berbincang akan keluar pelbagai jalan penyelesaian seperti mengambil ibu susuan untuk si anak,” ujar beliau lagi.

Berbicara tentang pengalaman menyusukan anaknya, Fatimah Syarha tidak lokek berkongsi kaedah terbaik untuk melakukannya.

Antaranya, membetulkan niat bagi memastikan anak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Selain itu, para ibu juga perlu berdoa secara khusus setiap hari agar dipermudahkan urusan penyusuan anak.

“Jika susu kurang, jangan menyerah kalah. Sebaliknya gunakan kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh.

“Sebagai contoh dalam aspek rohani, lakukan solat hajat dan berdoa, fizikal (banyakkan minum air kosong, susu atau jus dan pemakanan yang seimbang) dan mental perlu dikuatkan dengan terus membaca tentang kepentingan susu ibu,” ungkap wanita yang masih sempat menyusukan anak sulungnya meskipun berada dalam kesakitan kontraksi untuk melahirkan anak kedua kerana tidak mahu hak si kakak dikurangkan walaupun setitik.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm#ixzz2lfNsv300
Hakcipta terpelihara

Penampilan khas Ustaz Azhar Idrus... Ustaz Mu Tunggu Aku Datang..!!

Penampilan khas Ustaz Azhar Idrus

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

JIKA anda peminat Ustaz Azhar Idrus, sudah tentu akan menyukai filem terbaru terbitan MIG berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Ini kerana filem arahan Pierre Andre itu turut menampilkan penceramah bebas itu yang menjadi fenomena di negara ini.

Kata Pierre, filem ini dihasilkan untuk membawa mesej berdakwah kepada anak-anak muda.

“Saya memang sudah lama berniat untuk membuat filem sebegini dan akhirnya berjaya. Tujuan saya adalah untuk menyampaikan pendekatan dakwah kepada anak-anak muda.

“Bagi saya dakwah itu bukan dengan satu cara tetapi pelbagai dan saya percaya peminat pasti menerimanya dengan baik,” katanya.

Selain Ustaz Azhar Idrus, filem ini turut menampilkan barisan pelakon lain seperti kumpulan Shiro, Zalif Sidek, Mikael Andre dan Eppy Kodiang.

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia sering kali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama.

Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.
Filem ini bakal menjengah ke pawagam pada 28 November ini.

Chong Wei menang gelaran hatrik Terbuka Hong Kong


Lee Chong Wei  
Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan ketiga Terbuka Hong Kong selepas mengalahkan Sony Dwi Kuncoro, pada final di Hong Kong Colliseum, Kowloon, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain Indonesia dalam masa 34 minit dengan keputusan 21-13, 21-9, sekali gus mencatatkan kejuaraan keenam siri super tahun ini.

Sebelum ini, Chong Wei, 31, menjuarai kejohanan itu pada 2009 dan 2010. Dalam pada itu, pemain China, Wang Yihan memenangi acara perseorangan wanita apabila menundukkan rakan senegara Wang Shixian 21-13, 16-21 dan 21-15.

Gelaran acara beregu lelaki menjadi milik Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan apabila mengalahkan beregu senegara Kim Ki Jung/Kim Sa Rang 12-21, 21-15, 21-18.

Acara beregu wanita pula dimenangi oleh Bao Yixin/Tang Jinhua dari China selepas mengecewakan beregu senegara Ou Dongni/Tang Yuanting 18-21, 21-16, 21-15.

Pasangan England Chris Adcock/Gabrielle White pula menjuarai acara beregu campuran apabila menumpaskan gandingan China, Liu Cheng/Bao Yixin 21-14, 24-22. - Bernama

Gempar.. Ngaku Islam tapi Tak Tahu Mengucap...!!!

Tak tahu mengucap
Oleh Hayati Ibrahim

http://4.bp.blogspot.com/-CtF1FbU1yUI/UHQeTRuPXGI/AAAAAAAABoM/oQHvQVa3yXQ/s1600/091020121146.jpg
PUTRAJAYA: Sungguh mengejutkan apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sekolah di Kuala Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kajian itu dibuat tahun lalu membabitkan lima kelas di sekolah itu dan hasil kajian mendapati hanya pelajar di tiga kelas yang mempunyai pengetahuan agama.

“Sementara pelajar dalam dua kelas lagi tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, termasuk ada yang mengaku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Keputusan kajian ini mengejutkan kami, jika mengucap dua kalimah syahadah pun tak boleh, macam mana mereka nak solat,” katanya ketika merasmikan Penutup Program Pengukuhan Akhlak ‘Smart Solat’ Remaja di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.

Program itu dianjurkan Pertubuhan Pembangunan dan Transformasi Insan Malaysia (P-TIM) yang bertujuan mengajak golongan remaja dan belia menguasai dan memahami asas solat.

Othman berkata, pada 1995, kajian seumpama itu pernah dilakukan terhadap 6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Katanya, keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.

“Ini kajian yang dilakukan pada 1995 dan sekarang kita percaya mereka ini sudah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga dan anak, dan sekiranya mereka tidak berubah tidak mustahil anak mereka mewarisi sifat sama,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata selain penguatkuasaan undang-undang, isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini mampu ditangani melalui pendekatan pendidikan solat.

Katanya, senario gejala sosial di kalangan remaja dan belia ketika ini menakutkan, kebanyakan mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah, merokok, melepak di pasar raya, bohsia, ponteng sekolah, zina dan menonton video lucah. “Kebanyakan remaja yang bermasalah menghadapi masalah solat, iaitu mereka tidak solat di rumah, apatah lagi di masjid atau surau.

“Namun, lebih menyedihkan anak ini tidak pernah nampak ibu bapa mereka bersolat. Walaupun mereka bukan anak kami tetapi atas nama kemanusiaan, kami sangat bersimpati dengan mereka,” katanya.

Justeru, katanya program Smart Solat yang dianjurkan P-TIM sangat bertepatan dengan waktunya bagi membina benteng ampuh dalam diri anak menangani masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan belia.

“Bila anak solat dengan sempurna, Insya-Allah mereka terpelihara daripada melakukan perkara negatif dan mereka boleh menjaga diri “Ini kesan suntikan iman yang membajai hati dan sanubari anak kita yang disebut sebagai taqwa,” katanya.

Kisah lucu villa berhantu aka Villa Nabila

Kisah lucu villa berhantu
TOK PERAK

http://1.bp.blogspot.com/-quYZeI6VM0s/Uomlt0NWG-I/AAAAAAAAY2s/rvfbuzT34iA/s640/misteri+vila+nabila.jpg
*KISAH Villa Nabila telah menghebohkan ‘1Malaya’ minggu lalu. Banglo berhampiran Danga Bay di Johor Bharu itu yang telah ditinggalkan sejak sekian lama, dikatakan antara 10 lokasi paling berhantu di negara ini.

Tidak pula diketahui siapa gerangan yang pandai-pandai – macam tidak ada kerja lain! – mencipta carta hantu dan meletakkan banglo dua tingkat itu pada kedudukan 10 teratas.

Sejak dulu orang kita memang percaya sangat pada hantu. Sebab itu apabila kisah vila ini tersebar di laman sosial, orang berebut-rebut berkunjung ke lokasi berkenaan, kenderaan berbaris panjang.

Akhirnya pihak polis terpaksa menutup kawasan tersebut bagi mengelakkan orang berkunjung ke tempat itu, untuk melihat hantu. Anehnya walaupun beratus orang berkunjung, tidak seorang pun berjaya melihat hantu.

Kalau betul ada hantu di vila berkenaan pasti hantu-hantu ketawa sambil menjelirkan lidah melihat kelakuan manusia di era ICT yang serba canggih. Zaman tercanggih tetapi fikiran terkebelakang.

*PERIHAL puaka Villa Nabila mula dicetuskan di alam maya apabila seorang remaja, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, dikatakan disembunyikan hantu ketika berkunjung ke banglo kosong berkenaan.

Pada mulanya dikatakan lebih kurang 30 remaja hilang setelah berkunjung ke banglo berkenaan. Tetapi polis kemudian menyifatkan itu hanya khabar angin, sebab yang dilaporkan hilang hanya Mohamad Izzat.

Ibu remaja tersebut, Norhayati Mohamad, 39, yang bimbang anaknya tidak pulang setelah beberapa hari disembunyikan hantu, membuat laporan polis. Unit anjing polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan untuk mencari.

Kawasan seluas padang bola itu diselongkar, tetapi remaja yang hilang tidak ditemui. Ketika gerakan mencari ditingkatkan dan si ibu dalam keadaan bimbang bukan kepalang, tiba-tiba Mohamad Izzat muncul menamatkan misteri.

Remaja tersebut selamba sahaja memberitahu dia tidak disembunyi oleh mana-mana makhluk, sebaliknya tidur di rumah teman wanitanya di rumah pangsa Taman Desa Mutiara, tidak jauh dari vila berkenaan.

Sekali lagi hantu-hantu di banglo besar itu ketawa terbahak-bahak melihat gelagat dan lakonan manusia!

*MAKA teringat saya tentang kisah serupa yang terjadi di Terengganu beberapa tahun dulu mengenai seorang gadis yang dikatakan misteri, kalau tidak silap namanya Balqis.

Heboh seluruh negara bahawa gadis ini selalu menghilangkan diri dibawa oleh makhluk halus untuk melihat pelbagai keanehan di alam ghaib. Kadang-kadang hilang dua tiga jam, ada ketikanya separuh hari, pernah juga hilang semalaman.

Ketika hilang dia telah dibawa ke beberapa tempat aneh, termasuk ke Gunung Jerai yang terletak beratus kilometer dari rumahnya. Bayangkan boleh tempat begitu jauh dalam beberapa saat. Hebat!

Ramai bomoh dan ustaz dipanggil untuk merawat gadis berkenaan yang selalu hilang – ada ketikanya beberapa hari – dilarikan hantu. Orang ramai, termasuk dukun, bomoh, ustaz, malah wakil rakyat percaya Balqis memang dilarikan hantu.

Kemudian pecah tembelang, dan misteri kehilangan terbongkar, apabila setelah beberapa hari hilang, gadis tersebut ditemui di sebuah kampung di Negeri Sembilan. Rupanya dia mengikut teman lelakinya.

Kerap kali hantu dan makhluk halus menjadi mangsa fitnah. Setiap kali ada remaja hilang, hantu dituduh sebagai tukang sembunyi. Kesian hantu!

*AKHIR kalam, jangan suka menyalahkan hantu. Berfikirlah dengan waras, dan terima fakta. Seperti yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 5,445 kanak-kanak hilang seluruh negara dalam tiga tahun ini.

Lebih 70 peratus daripada yang hilang itu adalah kanak-kanak perempuan, kebanyakan masih di bawah usia 18. Fakta polis mengesahkan anak gadis yang melarikan diri dari rumah itu bukan dilarikan hantu, tetapi mengikut kekasih untuk mencari kebebasan di luar.

Menurut Ketua Unit Seksual, Bahagian Jenayah Seksual dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Superintenden Zaiton Che Lah, PDRM mengesan ada kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab melatih lelaki untuk memikat gadis-gadis di bawah umur iaitu berusia bawah 18 tahun untuk dijadikan kekasih.

Pendek kata jangan percaya sangat pada hantu. Jangan salahkan hantu, salahkan diri sendiri.

Artis wanita simpan anak ikan

http://2.bp.blogspot.com/_26XwMNodMqg/TSNCvesqTSI/AAAAAAAABgM/0q83S_1oF1Q/s1600/DSCN2154.JPG
gambar hiasan sahaja
SUDAH namanya Diva, pasti tak kering cerita artis. Kalau bukan daripada pengetahuan sendiri, Diva ada ramai sumber yang sedia nak kongsi cerita. Minggu ini, Diva saja telefon seorang teman yang sudah lama nak menyumbang cerita, satu soalan dipetik, berguguran ibaratnya cerita panas luruh dari bibir kawan yang Diva gelarkan dia Kepochiana Labuci itu.

Kata Kepochiana, dia dapat hidu permainan seorang artis wanita yang masih berstatus isteri orang. Maksudnya, artis wanita itu ada simpan teman lelaki atau tepat lagi anak ikan sedangkan dia masih bersuami.

Diva nak mengucap panjang pun tak tergamak, sebab takut juga bab-bab kecurangan begitu diketahui orang. Terfikir kalaulah adik-kakak sendiri yang berperangai begitu, haru jadinya.

Jadi Diva pun tanyalah Kepochiana, betul ke tidak cerita yang disampaikan itu. Lantas Kepochiana kata, dia sendiri selalu tengok dengan mata kepalanya betapa mesranya artis wanita berkenaan dengan budak jantan tu di sebuah restoran popular di Bangsar. Katanya, badan berketak tampan bergaya. Selalulah artis tersebut makan dengan teman lelaki mudanya di situ.

Bukan makan sahaja, Kepochiana juga pernah nampak aksi mesra dan manja artis wanita itu dicium di dahi dan pipi oleh teman lelaki anak ikannya. Kenapa anak ikan, sebab setahu Kepochiana suami artis itu tidaklah semuda lelaki yang selalu dikeleknya itu. Hebat sungguh penangan wanita berusia rupa-rupanya, ramai pula yang dapat teman lelaki muda.

Diva: Dengar cerita, ada Stadium Merdeka mini dalam Istana Budaya untuk SuperMokh Sebuah Muzikal, hebat ke tak hebat, tontonlah sendiri.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_03.htm#ixzz2lVt5votD
Hakcipta terpelihara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts