'Songket dedah pemakainya dara atau janda...'

Radzi Razak

Perwakilan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencuit hati hadirin sewaktu perbahasan usul agama di Perhimpunan Agung Umno 2013 pagi ini.

Arifin menceritakan tentang adat pakaian Melayu yang mempunyai maksud tersirat.

Beliau memberi contoh pakaian tradisi seperti baju kurung, baju melayu dan kain songket.

Menurut beliau, baju kurung dinamakan sedemikian kerana ia 'mengurung' pemakainya supaya bertepatan dengan syariat Islam.

"Kalau pakai samping pula, jika sampingnya atas lutut kalau bujang, bila sudah kawin samping bawah lutut. Jika Ulama, satu pelempang bawah lutut, jika dia orang bergelar (kenamaan) tiga pelempang bawah lutut," kata beliau.

Beliau menambah cara wanita memakai songket turut mencerminkan status pemakainya.

"Songket kalau wanita pakai, kepala kain di hadapan, dia seorang perempuan bujang, kalau kepala songket di belakang, seorang wanita berkahwin, sebelah kanan orang bergelar, kiri seorang janda," tambahnya, menyebabkan Pengerusi Tetap, Tan Sri Amiruddin Badalrudin tergelak besar.

Justeru, Arifin yang juga ADUN Membakut itu memohon petua dan adat Melayu yang unik ini didokumentasikan dan diajar kepada semua orang Melayu dunia pascamoden negara ini.

Beliau turut mencadangkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menghadapi saat sukar diperkasakan, kerana badan itu menjaga Bahasa Melayu yang penting dalam warisan orang Melayu.

"Saya minta timbalan presiden untuk bantu penerbitan satu buku yang mengandungi 50,000 kata bidalan dan hikmat orang-orang Melayu. Boleh dibuat di DBP kerana sebelum ini 60 karyawan menarik hak mereka dari DBP kerana berasa kurang yakin dengan mereka."

[PANAS] Aplikasi sosial hindar kesesakan trafik

Aplikasi sosial hindar kesesakan trafik



PADA setiap waktu puncak, Nor Syazwani Idris, 24, sering tertanya apakah cara untuknya mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang meletihkan. 

Keadaan berubah apabila dia diperkenalkan dengan aplikasi Waze di telefon pintarnya melalui seorang rakan sekerja. Kali pertama menggunakan aplikasi tersebut, perjalanannya menjadi lebih lancar dan menjimatkan masa. 

Nor Syazwani memberitahu, sejak mengetahui keberkesanan aplikasi itu, dia terus jatuh hati dan menggunakannya di luar waktu bekerja, terutamanya ketika berjalan-jalan di luar Kuala Lumpur.

"Memandangkan saya berasal dari Sarawak dan tugas saya sebagai seorang pegawai perhubungan awam di ibu kota memerlukan saya sentiasa keluar pejabat, aplikasi ini amat membantu. Ia bukan sahaja mudah digunakan tetapi turut memaklumkan arah tuju destinasi yang dikehendaki.

"Fungsi Waze yang membantu pemandu kenderaan sampai ke lokasi dengan tepat membantu menjimatkan masa pemanduan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Dia menambah, sebelum menggunakan aplikasi tersebut dia telah menggunakan aplikasi dan teknologi perkhidmatan pemetaan Google Map. Namun baginya, Waze lebih membantu dari aspek menyalurkan maklumat semasa yang penting berkaitan pemanduan seperti kesesakan, kemalangan dan sekatan jalan raya.

PENUNGGANG motosikal juga tidak ketinggalan menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan perjalanan mereka.

Selain itu, Waze juga memberi jalan alternatif kepada pengguna bagi memudahkan perjalanan.

"Satu lagi kelebihan aplikasi ini ialah setiap pengguna Waze juga berpeluang berkongsi maklumat tentang situasi lalu lintas lokasi yang dilalui. Ini secara tidak langsung membantu pemandu lain untuk mengubah laluan agar tidak terperangkap dalam kesesakan yang mungkin memakan masa berjam-jam lamanya," ujar Nor Syazwani.

Dalam pada itu, lain pula manfaat yang dialami seorang wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah swasta, Azimah Zulkafli yang menggunakan aplikasi tersebut ketika menunggang motosikal menuju ke lokasi tugasan di sekitar Lembah Klang.
Perspektif penunggang

Lazimnya tugas sebagai seorang wartawan memerlukan mereka sampai ke tempat tugasan pada kadar segera agar tidak terlepas tugasan yang diberikan dan ini secara amnya akan mempengaruhi penulisan bahan berita dengan lebih baik. 

Bagi Azimah yang baru sahaja berpindah dari Pulau Pinang ke Shah Alam, agak sukar untuknya sampai lebih awal ke lokasi tugasan. Lebih-lebih lagi apabila mendapat beberapa tugasan di lokasi yang berbeza dalam sehari.

"Menggunakan Waze ketika membonceng motosikal kedengaran seperti suatu langkah berbahaya. Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan, saya terlebih dulu menetapkan lokasi yang ingin dituju dan hanya mendengar arahan arah jalan melalui alat pendengar yang dipasang di telinga dan memasukkan telefon pintar ke dalam poket seluar.

"Dengan adanya aplikasi ini, saya dapat merancang waktu perjalanan ke tempat tugasan seterusnya. Setakat ini aplikasi ini antara yang terbaik yang pernah digunakan," ujarnya.

APLIKASI ini membantu pengguna jalan raya mendapat panduan laluan ke destinasi yang dituju dengan mudah dan pantas.

Jalan keluar

Azimah menambah, pada peringkat awal bekerja, dia sering lewat ke tempat tugasan kerana sering kali tersesat. Ini menyebabkan hasil kerjanya terganggu. 

Tetapi sejak menggunakan aplikasi Waze lima bulan lalu, kesemua urusan kerja dan perancangan perjalanan menjadi mudah dan lebih teratur.

Sementara itu, bagi selebriti, Nadia Haswani Hasnan atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Nadia Hasnan, Waze dijadikan aplikasi wajib untuknya ketika melancong ataupun ke lokasi penggambaran di luar kawasan Kuala Lumpur.

"Ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang baru-baru ini, saya tersalah jalan kerana keliru ketika membaca papan tanda. Namun kami bernasib baik setelah ibu mencadangkan untuk menggunakan aplikasi ini.

"Waze telah memaparkan peta dan panduan ke destinasi yang ingin dituju. Selain itu, ia juga sebuah aplikasi yang sangat membantu pengguna dan mampu menunjuk jalan keluar jika tersesat," jelasnya.

Menurutnya, Waze bukan sekadar sebuah aplikasi berdasarkan sistem penentu kedudukan global (GPS), bahkan juga sebagai tempat berhubung dengan pengguna lain yang melalui jalan sama.

"Satu lagi tarikan ialah ia bukan sahaja memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya, malah aplikasi ini boleh didapati secara percuma dan boleh dimuat turun aplikasi App Store dan Google Play pada peranti pintar pengguna," katanya.

Melayari internet secara positif - cara-cara menangani risiko keselamatan semasa melayari internet.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

KANAK-KANAK perlu didedahkan dan diajar tentang cara-cara menangani risiko keselamatan semasa melayari internet.

ANAK matanya laju mengejar setiap perkataan dipaparkan di skrin komputer peribadi yang berubah-ubah mengikut pergerakan tetikus di tangan, sementara bibirnya ligat membaca setiap mesej dihantar oleh rakan-rakan sekolah dan teman baharu yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.

Tiba-tiba tangannya terhenti dan matanya tertumpu pada gambar-gambar kumpulan penyanyi terkenal dari Britain, One Direction. Rupa-rupanya itu bahan yang dicari-cari oleh remaja berusia 16 tahun, Nur Zulaikha Zulkifli di laman Facebook miliknya.

Anak tunggal tersebut amat meminati kumpulan itu dan kerap melayari internet semata-mata untuk mengikuti perkembangan mereka.

“Kebiasaannya, saya akan melayari Facebook selama tiga atau empat jam sehari selepas pulang dari sekolah.

“Namun, saya tidak bersembang atau kerap menghantar komen di Facebook kerana tujuan saya membuka akaun hanya untuk melihat gambar-gambar terbaharu kumpulan One Direction,” jelasnya sambil memaklumkan akaun tersebut telah dibuka sejak tiga tahun lalu.

Nur Zulaikha antara jutaan pengguna Facebook di negara ini yang terdedah dengan risiko keselamatan di alam maya terutama dalam kalangan remaja.

Antara bentuk jenayah siber yang semakin menular termasuklah penipuan wang, spam, penggodaman akaun peribadi, menghendap dan buli.

Penggunaan internet di negara ini semakin meluas, namun hanya segelintir rakyat Malaysia yang menyedari risiko melayarinya menyebabkan kes-kes jenayah siber dilaporkan semakin meningkat.

Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, telah berkongsi hasil kajian Keselamatan Internet yang bertujuan mengukur tahap kesedaran dan pengetahuan kanak-kanak tentang keselamatan melayari internet.

Menurut Pengarah Strategi dan Pegawai Perhubungan Korporat DiGi, Christian Thrane, sebanyak 460 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia terlibat dalam sesi soal jawab secara lisan dan bertulis yang diadakan pada 26 April hingga 12 Oktober lalu.

“Ini adalah kajian keselamatan terbesar yang pernah dilakukan di Malaysia dengan melibatkan 9,651 pelajar di bawah program CyberSAFE DiGi.

“Program ini merupakan sebuah bengkel pendidikan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan kanak-kanak di alam siber, di samping meningkatkan kemahiran golongan pelajar, guru-guru dan ibu bapa ke arah suasana melayari internet yang positif dan selamat,” katanya.

Buli

Hasil kajian itu mendapati sebanyak 27 peratus pelajar mengakui pernah dibuli semasa melayari internet, manakala 13 peratus masih dibuli. Selain itu, didapati 49 peratus daripada responden mengetahui beberapa rakan mereka yang pernah dibuli dalam internet.

Antara bentuk buli tersebut termasuk menerima mesej tidak bermoral, diejek dengan nama panggilan tidak sopan dan pencerobohan akaun laman sosial.

Dalam pada itu, sebanyak enam peratus mengakui mereka merahsiakan perkara-perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tambah Thrane, sebanyak 88 peratus pelajar bersetuju pengetahuan tentang penjagaan keselamatan diri semasa melayari internet adalah sangat penting.

“Walaupun lebih daripada separuh menyedari kepentingan menjaga keselamatan, namun seramai 38 peratus daripada mereka tidak tahu cara melakukannya,” jelasnya.

Kajian tersebut juga mendapati empat daripada 10 ibu bapa tidak pernah memberitahu anak-anak tentang keperluan menjaga keselamatan semasa melayari internet.

Pendedahan

Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Shamsuddin Hassan berkata, kebanyakan kanak-kanak di negara ini tahu tentang risiko keselamatan semasa melayari, namun mereka tidak tahu cara menangani dan tidak diberi pendedahan secukupnya.

“Mereka harus diajar supaya tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk setiap akaun sosial atau peribadi kerana ia akan memudahkan urusan penceroboh untuk menggodam akaun pemilik.

“Kanak-kanak harus diajar untuk meletakkan kata laluan yang lebih panjang dan tidak mudah dijangka oleh orang luar. Ini adalah antara perkara-perkara asas yang perlu diajar sebelum memberikan mereka telefon pintar.

Tambahnya, ibu bapa perlu lebih kerap memantau aktiviti anak-anak dalam talian dan tahu menggunakan penetapan yang disediakan di komputer rumah atau riba.

“Ibu bapa boleh menutup kemudahan akses internet selepas waktu perdana iaitu pukul 10.30 malam.

“Ia bagi mengelakkan anak-anak terus melayari laman-laman web sehingga melepasi waktu tidur mereka. Penetapan komputer adalah cara pengawalan yang paling mudah untuk dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Zulaikha memberitahu. bagi mengelakkan dirinya terjebak dengan jenayah siber, dia sentiasa mengambil langkah berwaspada ketika berinteraksi dengan kenalan di laman sosial.

“Ibu sentiasa mengawasi perkembangan saya di Facebook dan tidak membenarkan saya meletakkan gambar sebenar di profil.

“Saya juga tidak menyatakan alamat rumah, nombor telefon atau apa-apa butir peribadi di laman sosial. Selain itu, saya tidak berkongsi akaun atau kata laluan dengan orang lain,” katanya.

Memantau

Ibu kepada dua orang anak, Sarah Ismail, 50, pula hanya membenarkan anak bongsunya, Muhd. Ainol Syazwan Mohd. Yaakob, 12, melayari internet sekiranya ditemani kakaknya.

“Kakaknya belajar di Universiti Teknologi Mara Sri Iskandar, Perak dan pulang ke rumah pada cuti semester atau hari-hari tertentu sahaja.

“Jadi, dia amat jarang melayari internet kecuali jika kakaknya pulang dan kakaknya akan memantau laman-laman yang dilayarinya,” jelasnya.

Sarah memberitahu, tindakan itu ekoran dia tidak begitu mahir dalam pengendalian komputer, apatah lagi untuk mengawal tingkah laku anaknya dalam dunia siber.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2mk3RHVtb
Hakcipta terpelihara

Wan Nor Azlin diarah bayar RM8,220 kepada bapa


Wan Nor Azlin  
Wan Nor Azlin

KUALA LUMPUR - Mahkamah tinggi semalam, mengarahkan pelakon Wan Nor Azlin membayar RM8,220 kepada bapanya, Wan Mohd Husein Wan Ibrahim dalam permohonan taksiran ganti rugi hak milik rumah mereka, di Taman Sri Keramat.

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz, yang mewakili Wan Nor Azlin dan Razila Rashid, yang mewakili Wan Mohd Husein.

Menurut Razila, defendan diarah membayar RM220 sebagai ganti rugi pemotongan kaveat kepada bapanya.

"Defendan turut diarah membayar RM8,000 kepada plaintif sebagai kos," katanya.

Bintang bola dituduh merompak

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan memiliki pistol, peluru dan harta hasil rompakan berkumpulan bulan lalu.

S. Kartihgesu Karti, 41, yang kini menggunakan nama Khushairi Karti Khan Abdullah selepas memeluk Islam, membuat pengakuan itu di depan Hakim Hassan Abdul Ghani.

Bagi pertuduhan pertama, Khushairi didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson di dalam sebuah kereta jenis Honda Accord di Kilometer 12.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di Senai, Kulaijaya pada pukul 7.38 malam 14 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata api (penalti lebih berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2mk1nEV5z
Hakcipta terpelihara

Belasungkawa: Mandela bakal dirindui


 Nelson Mandela  
Nelson Mandela

SUATU ketika dulu, nama Nelson Mandela, 95 menjadi sebutan atas perjuangannya terhadap dasar aparteid (penyisihan) yang sudah diamalkan di Afrika Selatan.

Di Afrika Selatan, Aparteid merujuk kepada penyisihan kaum antara kulit putih dengan kulit hitam.

Mandela merupakan seorang peguam yang beberapa kali ditangkap ekoran perjuangannya itu.

Pada tahun 1962, beliau ditangkap dan disabitkan kesalahan atas tuduhan sabotaj serta konspirasi untuk menggulingkan kerajaan di mana Mandela dihukum penjara seumur hidup.

Setelah 27 tahun dipenjara, satu kempen antarabangsa menuntut kebebasan Mandela dilakukan dan diluluskan pada tahun 1990.

Dasar aparteid itu telah dimansuhkan apabila beliau menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan pada tahun 1994.

Mandela pernah memenangi Hadiah Nobel Keamanan pada 1993 iaitu setahun sebelum terpilih sebagai presiden pertama yang mendapat sokongan dan undi daripada semua bangsa di Afrika Selatan.

Setelah lima tahun, Mandela akhirnya mengundur diri dari dunia politik.

Mandela pulang ke kampung halamannya di Johannesburg dan kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai pada perlawanan akhir Piala Dunia bola sepak yang dihoskan oleh Afrika Selatan pada Julai 2010.

Mandela berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan enam orang anak.

Tahap kesihatan ikon antiaparteid itu yang semakin uzur mencetuskan kebimbangan di benua Afrika, selepas Mandela dimasukkan ke hospital awal tahun lalu kerana jangkitan pernafasan akut.

Setelah beberapa bulan menerima rawatan, akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya, semalam kerana jangkitan paru-paru yang dihidapinya itu.

Pemergiannya turut dirasai di pelusuk dunia.

Pengumuman mengenai berita kematian tersebut dibuat oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Wanita Malaysia mudah ditipu

http://uploads.malaysia-terkini.com//Wanita-Malaysia-berkerjaya-mudah-ditipu-di-internet.jpg
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Golongan wanita di negara ini dipercayai mudah ditipu dan diperdaya oleh individu yang tidak dikenali dalam urusan-urusan tertentu membabitkan kerugian mencecah RM5.2 juta.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, statistik itu dikeluarkan berdasarkan laporan dan aduan yang diterima oleh pihaknya sepanjang tahun ini dan 2012 berhubung wanita Malaysia yang ditipu dan diperdaya individu tertentu.

Menurut beliau, pada tahun lalu, pihaknya menerima 13 aduan membabitkan golongan wanita terjebak dengan pelbagai kes penipuan seperti bomoh palsu dan mencari jodoh, melibatkan jumlah kerugian mencecah sehingga RM3.3 juta.

''Bagaimanapun, jumlah tersebut berkurangan pada tahun ini dengan anggaran kerugian berjumlah RM1.9 juta melibatkan sembilan kes penipuan yang menjadikan keseluruhan kerugian mencecah hingga RM5.2 juta," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang wanita berputih mata setelah kerugian RM3,800 akibat terpedaya dengan lelaki baharu dikenali dan berjanji melamarnya pada hujung bulan ini.

Mangsa hanya dikenali sebagai Vanesa, 29, berkata, dia berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Tiju George Thomas menerusi website shaadi.com pada November lalu.

Katanya, setelah berkenalan selama sebulan, mereka berjumpa dan lelaki berkenaan meminta mangsa membantunya menguruskan restoran miliknya di Jalan Klang Lama dekat sini.

''Tiju juga meminta saya menyerahkan wang tunai RM3,800 untuk membayar sewa kedai dan berjanji akan memulangkannya semula. Keesokannya, saya menerima panggilan daripada kawan Tiju yang dikenali dengan nama 'Krrish' menyatakan bahawa dia ditahan polis dan meminta wang jaminan.

''Krrish mengugut akan mengganggu kehidupan saya dan dia tidak dapat berjumpa lagi dengan Tiju. Ekoran tidak berpuas hati, saya pergi ke restoran berkenaan dan mendapati premis itu belum dibuka," katanya.

Kata Vanesa, dia juga mencari maklumat dan mendapati Tiju merupakan antara salah seorang individu dikehendaki di Kerala, India kerana terlibat dengan kes penipuan dan berjaya menghubungi beberapa wanita yang menjadi mangsa penipuannya.

''Saya membuat laporan di Balai Polis Brickfields kerana khuatir terhadap keselamatan saya," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Fadil Marsus mengesahkan pihaknya telah menahan suspek dan lelaki itu telah pun didakwa di mahkamah serta menjalani hukuman penjara.

''Apabila tamat hukuman penjara di negara ini, suspek akan diserahkan kepada Interpol dan akan didakwa di negaranya,"katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131206/je_03/Wanita-Malaysia-mudah-ditipu#ixzz2mg6AXV1l
© Utusan Melayu (M) Bhd

Koleksi gambar Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya

Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya  
Kelihatan tiga buah kenderaan mewah Lamborghini sedang marak dengan api ketika kemalangan berlaku.

SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

ada lagi gambar :

 
 
 

Penduduk dilarang kahwin pada musim hujan

Sepanjang empat bulan, mulai November lepas sehingga Februari tahun depan yang merupakan musim hujan, sebilangan penduduk di sebuah daerah kecil di Nusa Tenggara Barat terpaksa menunda hasrat mereka untuk berkahwin.

Ini berikutan keputusan kepimpinan masyarakat tempatan mengenakan peraturan melarang penduduknya berkahwin di sepanjang musim hujan sekarang, dengan alasan musim hujan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan kegiatan pertanian. Mereka yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan denda.

Peraturan yang dibuat melalui kesepakatan kepimpinan masyarakat tempatan di daerah kecil Amarasi Selatan, dalam daerah Kupang itu, memutuskan bahawa musim hujan adalah masa terbaik untuk berbudi kepada tanah dan bukannya untuk menganjurkan kenduri perkahwinan secara berlebihan, sebagaimana kelaziman penduduk di situ bila ada majlis perkahwinan.

"Kami tidak akan melayan urusan pendaftaran pasangan yang ingin bernikah di bulan-bulan ini. Masyarakat harus memberi fokus untuk menguruskan tanah pertanian mereka, bukannya menguruskan pesta perkahwinan," kata Ketua Daerah Kecil Amarasi Selatan, Murlin Buraen.

Murlin berkata denda akan dikenakan kepada pasangan melanggar peraturan itu namun bentuk denda akan ditetapkan berdasarkan kesepakatan masyarakat setempat.

Beliau berkata larangan itu akan dihebahkan kepada seluruh masyarakat dan melalui kerjasama dengan pengurusan gereja, semua pasangan yang memohon untuk berkahwin akan diumumkan kepada orang ramai bagi memastikan permohonan mereka dibatalkan.

Penduduk hanya akan dibenarkan berkahwin mulai bulan Mac tahun depan.

- Bernama

Tuna baik untuk jantung



OMEGA-3 dalam ikan tuna baik untuk kesihatan sistem kardiovaskular.



AMALAN pengambilan ikan tuna tiga kali seminggu dapat merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung sehingga 50 peratus.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati ikan itu kaya dengan omega-3 yang membantu memperlahankan kadar degupan jantung sekali gus merendahkan tekanan darah.

“Lemak baik itu membantu melindungi organ itu daripada ritma jantung berbahaya dan tidak menentu,” kata kajian itu.

Kajian yang sama di Universiti Washington pula mendapati, kesan pengambilan ikan itu secara konsisten hanya boleh dilihat jika ia dimasak dengan cara yang betul. 

Menurut penyelidikan itu, khasiat ikan itu boleh dikekalkan melalui cara memanggang atau membakar. 

“Tuna yang digoreng dalam minyak yang banyak sebaliknya tidak baik untuk kesihatan,” katanya.

Makanan manis penyebab jadi pelupa


DAYA ingatan otak mudah terhakis dengan pemgambilan gula berlebihan.


PENGAMBILAN makanan manis yang terlalu banyak bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi, malah mengakibatkan seseorang menjadi pelupa.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neorology mendapati, individu yang memiliki kandungan gula tinggi dalam darah cenderung mengalami masalah ingatan.

Uji kaji dilakukan ke atas 141 responden yang berumur purata 63 tahun. Mereka perlu menghafal 15 perkataan setelah mendengarnya selama 30 minit.

Responden bebas daripada penyakit diabetes serta tidak memiliki masalah memori.

Penganalisis, Dr. Agnes Floel dari Hospital Universiti Berlin berkata, keputusan mendapati, responden yang memiliki sedikit gula dalam darah cenderung memiliki nilai baik berbanding mereka yang kandungan gulanya tinggi.

Diabetes tahap dua dikatakan menjadi faktor risiko terjadinya penyakit Alzheimer.
Namun, keupayaan mengingat tidak hanya berlaku kepada mereka yang mengalami penyakit diabetes tahap dua.

Rabecca Nur Al-Islam komen berkenaan bayaran guna syiling 5sen dari Erma

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


SELAIN menerima syiling 5 sen, Rabecca turut menerima senaskhah al-Quran daripada Erma.



BEBERAPA bulan lalu, dunia hiburan tempatan menjadi kecoh dengan pertelingkahan antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dan pengarah serta penerbit terkenal, Erma Fatima.

Perasaan tidak puas hati Rabecca terhadap Erma telah dibawa ke muka pengadilan sekitar Julai lalu.

Pelakon tersebut telah menyaman produksi milik Erma iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. Rabecca mendakwa, syarikat berkenaan gagal melangsaikan baki bayaran lakonannya untuk drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 40 peratus.

Setelah dibicarakan, mahkamah memberi keputusan bahawa Rabecca menang dan Erma perlu membayar saman sebanyak RM11,200 iaitu baki bayaran serta kos guaman.

Selepas diperintah membayar saman tersebut, awal minggu ini Erma telah membayar jumlah saman tersebut menggunakan syiling 5 sen. Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo!, Erma enggan memberi komen lanjut tentang isu berkenaan.

Kosmo!: Boleh saya minta komen tentang isu saman dan bayar guna syiling 5 sen itu?

ERMA: Saya minta maaf, saya tidak mahu beri komen apa-apa tentang perkara ini. Ini kerana jika saya beri komen, ia seperti saya memberi publisiti kepada dia. Ini kerana bila saya komen, saya akan sebut namanya. Saya kira, itu yang dia mahu sebenarnya. Jika dia mahu publisiti, biarkan dia.

Benarkah Rabecca mendakwa anda menggunakan media pihak atasan supaya tidak mengeluarkan artikel tentang kekalahan anda?

Saya benar-benar minta maaf, saya tidak mahu komen apa-apa pun. Walaupun ada yang bertanya sebelum ini, saya berikan jawapan yang sama. Saya tidak mahu beri publisiti kepada perempuan itu. Biarlah hanya bercerita tentang kerja sahaja.


INILAH bungkusan duit syiling yang diterima Rabecca.



KOSMO! juga telah menghubungi Rabecca tentang isu tersebut dan setelah menjawab beberapa soalan, Rabecca meminta pengurusnya iaitu Moammar Gaddafi untuk menjawab bagi pihaknya.

Kosmo!: Boleh cerita tentang isu wang syiling 5 sen yang diterima anda. Apa yang berlaku ketika itu?

Ketika itu saya berada di hospital haiwan kerana kucing sakit. Saya terima mesej dan gambar daripada peguam saya mengatakan saya telah menerima wang saman tersebut. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan saya ialah ia dibayar dalam bentuk syiling 5 sen.

Katanya, ada penghantar datang ke pejabat dan berikan kotak-kotak wang syiling tersebut berserta senaskhah al-Quran.

Adakah anda menerima wang syiling tersebut?

Mengikut undang-undang, jika jumlah wang RM30 dan ke bawah sahaja boleh terima wang syiling tapi lebih daripada itu, saya berhak pulangkan semula dan minta dalam bentuk wang kertas atau mungkin cek.

Apa tujuan dia sebenarnya? Saya tidak faham. Apa yang saya lihat, dia masih ada niat busuk hati, tambahan pula saya turut diberi senaskhah al-Quran. Penghinaan apakah sebenarnya ini.

Saya juga dapat maklumat yang mengatakan ada seseorang yang hadir ke bank untuk menukar jumlah itu dengan wang syiling 5 sen. Saya anggap perangai sedemikian seperti kebudak-budakan dan sepatutnya dia harus teruskan hidup seperti biasa.

Jadi, anda rasa dia tidak dapat terima kekalahan?

Mungkin anda boleh berbicara dengan pengurus saya iaitu Moammar Gaddafi untuk jawapan lanjut.

ERMA FATIMA tidak mahu memberi sebarang komen tentang bayaran saman bernilai RM11,200 yang dibayar menggunakan duit syiling 5 sen.



Kosmo!: Sebagai pengurus, boleh komen tentang kes ini?

MOAMMAR: Keputusan sudah pun diberi oleh mahkamah, patutnya dia terima kekalahan itu. Ia seolah-olah masih ada perasaan dendam. Sepatutnya perlulah menghormati sesama kita.

Kita sama-sama manusia, Islam dan juga Melayu. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula manusia?
Berapa jumlah satu plastik wang syiling 5 sen yang ada dalam kotak yang dihantar?

Satu paket ada RM150 syiling 5 sen. Memang banyak dan berat. Buat apa mahu panjangkan isu ini, saya tidak faham dengan apa yang dimahukan. Jika begini, perkara ini tidak akan ada kesudahan.

Adakah Rabecca sendiri berasa marah dengan keadaan ini?

Kalau marah akan jadi masalah lagi. Jadi, dia tidak marah dan faham sendiri apa niat Erma. Mungkin dia (Erma) masih lagi berdendam dan jika kami yang kalah sekali pun, kami masih akan membayarnya dengan cara elok.

Tuntutan nafkah Rita RM5,392 sebulan tak munasabah - Aidil


Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

PETALING JAYA - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak menganggap tuntutan nafkah dua orang anak mereka yang diminta bekas isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar sebanyak RM5,392 tidak munasabah sedangkan dia hanya memperoleh gaji RM10,000 sebulan.

Aidil, 26, yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) turut mendakwa jumlah yang diminta Rita, 37, melampaui perbelanjaan sebenar keperluan asas kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2mZFuXcpM
Hakcipta terpelihara

Sushi tidak baik untuk kesihatan jantung



RUTIN pengambilan sushi membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak merkuri yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3.

Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.

Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat.

Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh.

Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil.

Kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.

Selain itu, ia juga menyebabkan lupa ingatan, menggeletar dan buta manakala peningkatan kadar raksa meningkatkan risiko penyakit jantung.

Keputusan analisis penyelidik daripada Universiti Rutgers di New Jersey itu membabitkan pengambilan raksa oleh lebih 1,200 orang responden.

Peserta yang mencatat bacaan tinggi kebanyakannya merupakan peserta yang gemar memakan sushi.

Mereka turut disoal lebih lanjut berkenaan jumlah dan jenis sushi yang dimakan setiap bulan.

Penyelidik mendapati, kebanyakan peserta percaya sushi akan memanjangkan umur mereka tetapi meragui bahawa kandungan raksa pada sushi cukup tinggi untuk membahayakan kesihatan mereka.

Menurut kajian Pusat Perubatan Wexner Universiti Ohio, AS, kadar raksa yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.

"Selain memberikan kesan positif daripada omega-3, cemaran raksa pada ikan sushi memberikan kesan negatif seperti rendahnya kadar kolesterol baik, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok serta kelahiran pramatang," jelas para penyelidik.

Lembaga Pemantau Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) menyarankan pengambilan hanya dua sajian ikan yang mengandungi omega-3 pada setiap minggu.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2mYVmEEwt
Hakcipta terpelihara

Wanita tanpa faraj


BECK tetap positif menempuh kehidupan.

IMPIAN Jacqui Beck untuk menjalani kehidupan seperti kebanyakan gadis normal lain tidak kesampaian apabila dia disahkan menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) iaitu penyakit berkenaan sistem reproduksi wanita.

Sindrom itu menyebabkan gadis berusia 19 tahun itu tidak akan didatangi haid sepanjang hayatnya selain tidak boleh melakukan hubungan seksual apatah lagi memiliki zuriat sendiri.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan organ peranakannya itu tidak lengkap kerana tidak mempunyai rahim, serviks dan bukaan faraj.

Cerita Beck, ketika umurnya mencecah 17 tahun, dia masih belum didatangi haid, berbeza dengan rakan-rakan seusia lain yang sudah mengalami menstruasi seawal umur 14 tahun.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berasa curiga dan menganggap kelewatan itu adalah normal bagi remaja yang mempunyai tubuh kurus serta tinggi seperti dirinya.

Namun, pada musim panas tahun lalu, dia mengalami kesakitan pada bahagian leher dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor.

Cerita Beck, ketika sesi rawatan itu, dia turut memaklumkan mengenai kelewatan haidnya kepada doktor kerana berasa agak risau dengan keadaan tersebut.

"Doktor berasa agak hairan ketika diberitahu mengenai perkara itu lalu dia menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti masalah yang mungkin timbul tetapi tiada apa-apa yang dikesan.

"Saya kemudian dirujuk kepada pakar sakit puan dan alangkah terkejutnya apabila diberitahu saya menghidap MRKH," lapor portal berita Daily Mail.

Bertutur lanjut, gadis yang berasal dari Isle of Wight, England ini berkata, dia tidak mempercayai berita itu kerana secara zahir, kemaluannya kelihatan normal.

Namun, selepas mendapat penerangan daripada doktor dan melihat sendiri keputusan ujian, dia menerima takdir itu dengan hati terbuka.

Optimis

"Pada mulanya, saya fikir doktor salah diagnosis, namun apabila mengenangkan saya masih belum haid pada usia yang sepatutnya, saya mula merasakan hal tersebut masuk akal.

BECK tidak mengalami sebarang gejala sindrom MRKH sewaktu dia masih kecil.

"Saya berasa sangat sedih dan takut namun saya pasrah dengan ketentuan takdir," katanya.

Meskipun 'cacat', Beck tetap optimis menjalani kehidupan malah, dia berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai khususnya wanita yang senasib dengannya.

"Saya mahu sentiasa berfikiran positif dan merasakan hal ini bukan satu penghalang lebih-lebih lagi dalam mencari pasangan," katanya yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej muzik di Guildford, London.

Beck juga kini berusaha mendapatkan rawatan pakar di Hospital Queen Charlotte dan Hospital Chelsea di London, England.

Menurutnya, buat masa ini, dia menjalani rawatan dilation atau pengembangan bagi membentuk serta meregangkan bukaan lubang faraj.

"Doktor memaklumkan jika cara tersebut tidak berhasil, saya terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian itu," katanya.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Amerika Syarikat, punca sindrom MRKH masih belum dapat dipastikan namun kebanyakan pakar obstetrik dan ginekologi percaya faktor genetik menyumbang kepada penyakit itu.

Bagi Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, ada juga sesetengah pakar mendakwa sindrom itu disebabkan oleh kecacatan atau keabnormalan perkembangan organ reproduksi yang berlaku di peringkat janin.

"Hal itu menyebabkan rahim dan bahagian atas saluran faraj tidak terbentuk," katanya.

Tambahnya, kaedah dilation dan pembedahan neovagina untuk mewujudkan saluran faraj merupakan antara cara rawatan yang boleh dilakukan bagi merawat penyakit tersebut.

"Ia dilakukan apabila tisu lembut di bahagian luar faraj didalamkan lagi menggunakan alat vaginal dilator yang mempunyai pelbagai saiz dan direka khusus untuk pesakit.

"Pesakit akan diajar menggunakan alat itu supaya mereka dapat melakukannya sendiri di rumah," jelasnya.

Sementara itu, kajian yang dijalankan Yayasan Magic pada tahun 2009 mendapati, wanita yang mula-mula didiagnosis menghidap sindrom itu mengalami trauma kerana beranggapan diri mereka tidak sempurna.

"Keadaan sedemikian memberikan tekanan dan menjejaskan emosi pesakit sehingga menyebabkan mereka berasa murung, keliru dan sedih," katanya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz2mYUQzOPj
Hakcipta terpelihara

Tuntut cimpanzi status 'manusia'


cimpanzi

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Aktivis haiwan Amerika Syarikat (AS) menuntut mahkamah supaya memberi status ‘manusia’ terhadap cimpanzi.

Ketua Pertubuhan Hak Haiwan, Steven Wise memohon supaya cimpanzi digelar Tommy diberikan status tersebut dan berhak diberi kebebasan ‘fundamental.’

“Kami mohon mahkamah memberikan hak otonomi dan haiwan itu berhak menentukan hidupnya sendiri,” katanya.

Menurutnya, tuntutan itu dikemukakan lengkap dengan bukti saintis.

Sementara itu, pemilik Pusat Perlindungan Gloversville, Patrick Lavery berkata, Tommy ditempatkan di sebuah bilik, lengkap dengan permainan dan rutin hidupnya menyerupai manusia.

“Tuntutan itu tidak munasabah dan perlu dikaji. Amat mustahil jika cimpanzi diberi status hak menyerupai manusia,” katanya dipetik BBC.

Erma bayar Rabecca guna syiling 5 sen


Erma bayar Rabecca guna syiling 5 sen

PELAKON dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelakon itu.

Rabecca dipetik sebagai berkata, mahu Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.

Difahamkan, Erma bukan sahaja membayar saman tersebut dengan menggunakan syiling malah turut memberikan senaskah al-Quran kepada Rabecca.

Dalam pada itu, Erma turut memberi komen di laman mikro Twitter mengenai tindakannya itu;

"Aiyoooooo! Takan pasal 5 sen I jadi gaduh! Tak salahkan kalau I nak bayar dia dengan duit apa pun asal I bayar.

"Adakah al-Quran yang selalu dijadikan hantaran kahwin satu sindiran? Saya mahu al-Quran jadi saksi pembayaran saya. Itu sahaja!" ujarnya.

Dalam perkembangan sama, tidak mahu isu ini berlarutan, Erma dilihat memadamkan beberapa foto di Instagram berhubung tindakannya ini.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Kes lelaki pukul isteri di dalam butik, selesai

IPOH - Kes pengusaha butik aksesori dan pakaian didakwa memukul dan mencederakan isterinya di dalam sebuah butik, selesai selepas, Mahkamah Majistret di sini, membenarkan si suami membayar kompaun RM2,500.

Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan Chik Foo Keong, 27, membayar kompaun itu kepada Amanda Fong Kim Yen, 20, secara berperingkat.

Dalam prosiding hari ini, peguam Dexter Mah Kok Leong yang mewakili Chik

memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu telah mencapai persetujuan untuk selesai secara damai dengan Chik bersetuju memohon maaf kepada isterinya atas kejadian yang berlaku.

"Chik turut memaklumkan akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku

dan bersetuju untuk membayar RM2,500 bagi kos perubatan, selain kedua-duanya akan menyelesaikan petisyen berhubung penceraian mereka tanpa sebarang tuntutan," kata peguam itu.

Peguam itu juga memberitahu bahawa dalam persetujuan itu sebarang nama pengadu iaitu isterinya yang bersangkut dengan Chik dalam perniagaan akan dibatalkan. - Bernama

P.Ramlee ajaq MB Selangor cara urus duit negeri Selangor

SEANDAINYA P Ramlee masih hidup, saya yakin kita boleh nobatkan beliau sebagai "management guru" Tanah Melayu.

Beliau sangat peka mengenai P & L (akaun untung rugi) dan konsep "reward & punishment" (anugerah dan hukuman). Malah beliau adalah seorang pemikir dan pengkritik masyarakat yang sangat tajam.

Dalam filem "Ali Baba Bujang Lapok" (1960), penyamun yang membawa balik banyak rampasan diberi bonus. Yang membawa balik sedikit rampasan atas alasan cuti umum dikenakan potongan gaji. Setiap barang yang disamun disimpan di dalam gua dan dihitung.

P Ramlee amalkan sistem "reward and punishment"

Kalau ditakdirkan P Ramlee menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan atau kedua-duanya sekali, rasa-rasanya belanjawan negara lebih mantap, seimbang (balanced) dan kakitangan awam diberikan ganjaran mengikut produktiviti bukan mengikut musim pilihan raya.

Bertitik-tolak daripada logik P Ramlee itu maka ahli Dewan Undangan Selangor, termasuklah dari pembangkang Barisan Nasional berhak menerima "bonus" dalam bentuk kenaikan gaji, elaun dan kemudahan. Cuma yang menjadi pertikaian adalah nisbah kenaikan.

Hatta Anwar Ibrahim, boss Abdul Khalid Ibrahim pun berasa kuantum yang Abdul Khalid cadangkan itu terlalu tinggi.

Sejak menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008, Abdul Khalid telah membina dan menambah rizab kewangan kerajaan Selangor.

Baru-baru ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji bagi semua 56 ADUN bermula tahun depan, dengan Timbalan Speaker mendapat kuantum kenaikan tertinggi, iaitu 373.3 peratus.

Gaji MB naik daripada RM14,175.15 sebulan kepada RM29,250, Exco daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN biasa daripada RM6,000 kepada RM11,250. Ada 44 ADUN PR dan 12 BN dalam DUN Selangor.

Berpandukan kepada kebijaksanaan yang sama oleh P Ramlee maka Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak wajib dikenakan potongan gaji kerana sejak beliau mengambil alih pemerintahan negara pada 2009, kewangan kerajaan pusat semakin buruk.

Walaupun gaji beliau nampak kecil tetapi beliau menikmati pelbagai elaun, kemudahan dan keistimewaan.

Kita boleh memahami mengapa ahli Exco dan ADUN Selangor boleh diberikan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan yang besar.

Pertama, Selangor sebagai sebuah negeri kaya dan kukuh kedudukan kewangan mampu berbuat demikian.

Kedua, kalau dua negeri BN yang miskin (Sarawak dan Kedah) boleh buat, mengapa tidak negeri PR yang kaya.

Tetapi alasan ketiga ini rasanya lebih tepat. Abdul Khalid sebagai "lulusan" sekolah politik dan pentadbiran Umno/BN, tahu punca kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Umno/BN. Beliau belajar daripada pengalaman itu dan melakukan sebaliknya bagi memperbaiki kedudukan kewangan Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid nampaknya masih terbawa-bawa dengan kemewahan yang dinikmatinya ketika dalam Umno dengan memberikan kenaikan gaji yang dianggap melampau oleh banyak pihak.

Dalam banyak hal, Abdul Khalid masih Umno. Cuma dalam Umno, beliau tidak begitu berjaya di arena politik. Beliau lebih berjaya sebagai ahli perniagaan kerana keakraban luar biasanya dengan Pengerusi PNB ketika itu, Allahyarham (Tun) Ismail Mohd Ali sehingga "diserahkan" Kumpulan Guthrie dalam nyiru perak (on a silver platter).

Selangor Berhak, Pusat Tidak

Walaupun media arus perdana dan blogger pro-pemerintah serta beberapa kerat pembesar BN mengkritik tindakan kerajaan Selangor itu, saya rasa dalam hati berlainan.

Kalau boleh, negeri-negeri BN dan kerajaan pusat pun hendak melaksanakan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan.

Cuma kerajaan pusat tidak mempunyai kemampuan kewangan dan banyak negeri BN mengalami defisit belanjawan yang kronik.

Itu pun belum tahu. Mereka boleh mencipta pelbagai alasan untuk menaikkan gaji. Wakil rakyat pembangkang yang dapat tumpang sekaki pun tentu tidak memprotes.

Cuma yang mereka mungkin tidak berani sebut sebagai alasan adalah inflasi dan kenaikan harga sebab selama ini mereka menafikan bahawa kadar inflasi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sangat membebankan rakyat jelata.

Cadangan saya kepada Perdana Menteri dan para politikus yang sentiasa melaungkan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan supaya "walk the talk". Kotakan kata-kata anda.

Caranya mudah saja. Dahulukan rakyat dalam perbelanjaan negara. Jangan suruh rakyat jimat duit sendiri tetapi mereka boros duit negara. Utamakan pencapaian dengan mengurangkan pemborosan, pembaziran dan bermewah-mewah. Kukuhkan kewangan kerajaan dan tambah rizab negara.

Lakukan semua itu dahulu sebelum rakyat jelata dan pembayar cukai dituduh tidak patriotik dan sebelum mereka dipujuk dan dirayu agar menerima GST sebagai "penawar" kewangan negara.

Lakukan Transformasi atau Berhenti

Seperti P Ramlee (selaku ketua penyamun dalam filem Ali Baba Bujang Lapok) memotong gaji penyamun yang tidak "perform" maka saya cadangkan supaya gaji anggota Kabinet dipotong.

Ketika negara dilanda krisis ekonomi pertama pada pertengahan tahun 1980-an, gaji ahli Kabinet, pegawai kanan pentadbiran awam dan pengurusan atasan GLC dipotong.

Hatta sektor swasta pun turut mengurangkan gaji pengurusan kanan mereka dan membantu mengurangkan beban negara dengan mewujudkan skim graduan menganggur.

Bezanya pada waktu itu yang jadi Menteri Kewangan adalah (Tun) Daim Zainuddin yang dituduh kedekut oleh banyak pihak. Dia kedekut sebab itu bukan duit dia. Tapi selepas itu, buruk atau baik prestasi kewangan dan ekonomi negara, gaji tidak dipotong malah terus naik.

Kesimpulannya, gaji, elaun dan kemudahan anggota Kabinet dan Exco negeri, ahli Parlimen dan DUN boleh dinaikkan jikalau ada kenaikan produktiviti serta kemampuan kewangan. Cuma kuantumnya hendaklah berpatutan.

Mana-mana menteri dan ahli Exco yang tidak perform, malas, tidak boleh bangun pagi atau asyik hendak berkepit dengan bini, silalah lakukan transformasi atau berhenti!

Banjir di Pahang kian buruk, ramai dipindahkan

KUANTAN - Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah.

"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut.

"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan.

"Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu.

Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan.

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.

Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Suptrtendan Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik.

Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai.

"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka.

"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. - Bernama

Anak kecil mudah akses bahan porno?

- Dr Rafidah Hanim Mokhtar

DECEMBER 03, 2013

Prinsip asas menangani akses anak kecil kepada bahan pornografi

Kejadian anak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan melakukan aksi seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun minggu ini amat meluluhkan perasaan kita.

Apatah lagi, hanya baru dua bulan lepas kita masih belum lagi pulih daripada mendengar berita dua beradik lelaki, masing-masing di tahun 2 dan 4, memaksa rakan mereka yang baru memasuki alam persekolahan iaitu di tahun 1, melakukan seks oral, setelah kanak-kanak lelaki itu menonton aksi sedemikian di laman web lucah di komputer. Amat mengejutkan juga bahawa komputer yang digunakan adalah di makmal komputer sekolah.

Ini turut mengguris parut luka lama mengingati satu kes yang mendapat perhatian ramai di tahun 2001, di mana dilaporkan dua pelajar lelaki sekolah rendah dijumpai melakukan aksi oral seks, dan mereka menceritakan kepada guru bahawa aksi tersebut ditiru daripada sebuah video lucah yang ditonton bersama-sama ibu bapa.

Di mana silap kita?

Terdapat banyak peringkat di mana kita harus memeriksa kembali banyak perkara termasuk sistem pendidikan kita dan ia memerlukan kertas kerja yang panjang. Dalam kesempatan terhad ini, biarlah kita mulakan dengan peranan yang paling penting dan paling mengakar umbi; iaitu peranan ibu bapa.

Prinsip asas tarbiah anak

Menurut kes-kes yang dibentangkan, adalah jelas anak di peringkat sekolah rendah mudah meniru apa yang mereka lihat. Kalau dahulu, televisyen menjadi sumber utama, diikuti dengan lambakan cakera padat (CD) lucah, kini akses melalui talian internet dan telefon pintar menjadi satu sumber yang teramat sukar dikawal.

Klip-klip video pendek melalui laman perkongsian video hiburan seperti Youtube atau Metacafe menjadi rujukan anak. Tambahan pula dengan teknologi terkini melalui perisian Android di telefon pintar, 'Tablet' atau 'Ipad', memudahkan aplikasi ini dicapai dengan segera.

Dengan perkembangan di atas, yang juga memudahkan orang dewasa mengakses lebih banyak portal berunsur hiburan, adalah penting bagi ibu bapa menghayati kembali prinsip pendidikan atau tarbiyah kepada diri sendiri.

A. Menapis apa yang ditonton – menjauhi zina mata

Ibu bapa harus mengetahui bahawa terdapat apa yang dikatakan sebagai zina mata atau melihat kepada sesuatu yang berunsurkan maksiat. Zina mata atau "Lahadhat" bukan hanya sekadar memandang, malah diikuti dengan pandangan selanjutnya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad, Rasulullah SAW bersabda kepada Saidina Ali yang bermaksud:

"Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan yang pertama (terhadap wanita yang bukan mahram) dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya pandangan pertama itu bagi kamu (diharuskan), tetapi kamu dilarang daripada pandangan yang kedua (iaitu terus memandang kepada wanita yang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syahwat)".

Di dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang lelaki bercampur dengan lelaki lain dalam satu selimut, dan begitu juga perempuan dengan perempuan yang lain bercampur dalam satu selimut."

Soft pornography dan hard pornography

Ibu bapa dalam hal ini perlu maklum bahawa sebarang bentuk pornografi, yang ditakrifkan sebagai "sebarang bahan yang memaparkan secara jelas alat kelamin atau perlakuan seksual, bagi membangkitkan nafsu syahwat" adalah haram.

Budaya Barat cuba mengkategorikan pornografi kepada bentuk soft pornography dan hard pornography sebagai kriteria pengkelasan untuk filem-filem tontonan umum dan untuk tontonan mereka di bawah umur, tetapi bagi kita umat Islam, kedua-dua bentuk itu adalah haram sama sekali.

Hard pornography adalah naskah filem atau klip atau majalah (juga komik) yang secara terang-terangan menggambarkan aksi seksual atau alat kelamin secara nyata.

Yang lebih bermaharajalela di kotak televisyen kita ialah soft pornography atau aksi memberahikan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.

Kategori kedua ini walaupun tidak menunjukkan secara nyata aksi hubungan seksual, tetapi ia turut bertujuan membangkit nafsu syahwat melalui iklan-iklan oleh model yang berpakaian separuh bogel dan video-video klip hiburan yang memaparkan aksi tarian yang menghairahkan.

Saya tidak segan silu mengatakan sebahagian filem-filem tempatan kita dan sesetengah rancangan drama tempatan sudah pun memasuki kategori soft pornography, dan jika tidak dibendung, ia menjadi sesuatu yang diterima norma masyarakat.

Sekiranya ibu bapa dapat mengawal disiplin diri dengan ketat untuk tidak menonton perkara ini, dan menjadikan rumah kita kawasan larangan dari kemasukan bahan-bahan ini, sebagai contoh mengawal rancangan TV yang kita sendiri tidak wajar tonton, dan tidak membeli CD atau VCD hiburan berbentuk sedemikian, insya Allah sekurang-kurangnya anak kita tidak terdedah kepada bahaya sedemikian di dalam rumah kita sendiri.

Ingatlah, anak kita masih muda dan umpama tunas yang perlu dijaga sebaiknya. Kajian membuktikan bahawa akses kepada bahan pornografi ini membentuk jiwa anak ke arah ketagihan kepada menonton dan seterusnya perlakuan seksual itu sendiri.

Daripada sudut perubatan, ketagihan seks mengganggu fungsi otak frontal. Otak frontal berperanan dalam membentuk kemahiran mereka menghujah (reasoning) dan memberi rasional sesuatu perkara, keupayaan menetapkan sesuatu matlamat diri dan disiplin diri yang tinggi.

Daripada segi kejiwaan, anak ini dibelengu rasa bersalah dan jiwa merasa kacau, tetapi mereka tetap ketagihan. Mereka belum kuat untuk menepis imej yang sentiasa menghantui mereka.

Maka kasihanilah anak-anak kita. Bentuklah disiplin diri yang tinggi dalam diri kita ini untuk menjauhi dosa mata, yang bukan sahaja mendatangkan dosa pada kita malah berupaya menghancurkan masa depan anak.

B. Asas didikan anak menurut ajaran Islam

Setiap ibu bapa harus membekalkan diri dengan ilmu pendidikan anak mengikut acuan Islam yang sebenarnya. Islam menentukan adanya dosa dan pahala. Bahkan taklif itu adalah ke atas orang dewasa yang baligh.

Acuan peradaban Barat sebaliknya menetapkan sesuatu perkara benar atau salah mengikut umur, anehnya filem 18 SX itu halal untuk dewasa. Bagaimana boleh perkara haram yang dinikmati oleh orang dewasa dapat dikekang daripada sampai kepada anak-anak?

Antara rujukan pendidikan anak yang terbaik ialah buku bertajuk Tarbiyatul Aulad karangan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan. Berdasarkan Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, beliau menggariskan empat asas pembentukan iman dalam mendidik anak:

1) Memulakan pengenalan anak dengan kalimat "Laa Ilaaha Illallah"

Berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Mulakan pengenalan kalimat "Laa Ilaaha Illallah" kepada anak-anak kamu."

Rahsianya ialah supaya kalimat tauhid itu, serta syiar kemasukannya dalam Islam, adalah yang awal mengetuk pintu telinga, yang mula-mula dilafazkan oleh lisan dan yg mula-mula difahami perkataan".

2) Mengenalkannya pada masa dia mula berakal akan hukum halal dan haram

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir dan Ibn Munzir daripada Hadis ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Bekerjalah dengan taat kepada Allah, dan jauhilah maksiat terhadap Allah, dan suruhlah anak kamu supaya menurut perintah dan menjauhi larangan, maka itulah pemeliharaan diri kamu dan diri mereka daripada api neraka."

3) Menyuruhnya mula beribadat sejak berusia 7 tahun, sebagaimana riwayat Al-Hakim dan Abu Daud drpd Ibn Amru bin Al-Ash bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun, dan pukullah dia kerana tidak bersembahyang pada usia 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur."

4) Mendidiknya supaya mencintai Rasulullah SAW dan mencintai keluarga Rasulullah SAW, serta membiasakan diri dengan membaca Al-Quran, sebagaimana riwayat at-Thabarani drpda Ali bin Abu Thalib karamallahuwajhah, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Ajarkanlah anak-anak kamu 3 perkara: Mencintai Nabi kamu, mencintai keluarganya serta membaca Al-Quran. Sebab pembaca Al-Quran berada di sisi Arasy Allah bersama-sama para anbiya'Nya dan ashfiya'Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah saja."

Saya sebenarnya tertarik kepada poin 2 yang menjadikan mengenalkan hukum halal haram kepada anak suatu asas penting dalam pendidikan mereka.

Ini kerana acapkali saya mendengar pendapat yang mengatakan perkara haram dan perkara dosa tidak perlu diperkenalkan awal kepada anak.

Kepincangan ini kita dapati melahirkan ramai ibu bapa yang mendidik anak-anak daripada hal solat dan puasa, tetapi tidak mengambil berat perkara yang dikategorikan sebagai haram seperti melihat pelakon berpakaian seksi dalam filem, meniru perlakuan tersebut, aspek pakaian dan adab pergaulan lelaki dan wanita yang sewajarnya ditanam awal sejak dari kecil, walaupun taklif dosa belum jatuh kepada anak-anak.

Cuba kita lihat ketelitian ulama terdahulu dalam pendidikan anak mereka:

Al-Jahizh meriwayatkan bahawasanya ketika 'Uqbah bin Abi Sufyan menyerahkan anaknya kepada seorang guru, ia mengatakan;

"Hendaklah yang pertama kali kau lakukan untuk memperbaiki anakku adalah memperbaiki dirimu sendiri, karena penglihatan mata mereka adalah tertumpu pada penglihatanmu; apa yang baik pada mereka adalah apa yang menurutmu dianggap baik, dan yang jelek pada mereka adalah apa yang menurutmu dianggap jelek.

"Ajarkanlah kepada mereka biografi orang bijak dan akhlak orang berbudi; ancam mereka dengan diriku dan didiklah mereka tanpa membandingkan diriku; jadilah engkau seorang doktor yang tidak memberikan ubat sampai mengetahui penyakit yang diderita; janganlah engkau membatasi dirinya hanya kepada sesuatu yang tidak bisa aku lakukan, kerana sesungguhnya aku mempercayakan sepenuhnya akan anakku." (Tarbiyatul Aulad fil Islam, Abdullah Nasih Ulwan)

C. Ibu bapa menguasai teknologi terkini dan menjadi lebih pintar berbanding gajet pintar

Saya pernah mendengar maklum balas seorang pembaca yang mengatakan, "ajar sahaja anak-anak kita Al-Quran, nescaya selamat". Saya merasakan ibu bapa perlu ilmu yang lebih luas dalam membentuk kemahiran pendidikan anak di zaman ini.

Ibu bapa perlu terkedepan dalam mengetahui perkembangan teknologi atau sekurang-kurangnya mempunyai tahap pengetahuan yang sama dengan anak. Jangan terlalu ketinggalan lantaran kita memandang negatif kemajuan teknologi. Seperti pisau, kemajuan teknologi ada sisi baik dan ada sisi buruknya.

Sebuah kajian di Indonesia pada 2008 menyiarkan fakta bahawa 67% responden kanak-kanak terdedah kepada bahan pornografi melalui internet, permainan komputer dan komik.

Sebahagian besar dapat mengakses kepada bahan tersebut daripada gajet pintar yang dihadiahkan oleh ibu bapa, kebanyakannya sebagai simbol prestij.

Ibu bapa mungkin perlu mengkaji semula hadiah yang sesuai kepada anak kerana telefon pintar, atau Ipad yang tidak dibekalkan dengan talian internet, masih boleh digunakan oleh mereka tanpa pengawasan kita di premis yang menyediakan wifi percuma.

Timbanglah buruk baik penggunaannya dan tidak perlu kita tertekan dengan orang lain yang menjadikannya sebagai satu lagi status masyarakat.

Saya tidak menafikan anak remaja kini terpaksa melakukan tugasan yang memerlukan penggunaan internet, maka untuk mengharamkan penggunaan internet dan laman sosial adalah sama sekali tidak munasabah.

Saya mencadangkan beberapa perkara yang dapat kita lakukan bagi memantau anak:

1. Meletakkan komputer di kawasan awam seperti ruangan keluarga, bukan di bilik anak. Mudah untuk kita mengawasi. Kurangnya privasi di ruangan ini menghalang anak meneroka terlalu lama, laman web yang mencurigakan, sekiranya mereka terserempak dengannya.

2. Mengadakan akaun untuk setiap anak dan menghadkan penggunaan mereka selama 2 atau 3 jam bergantung kepada umur mereka. Bagi anak-anak saya, mereka dibenarkan mempunyai kata laluan sendiri, tetapi masa penggunaan komputer saya tetapkan.

3. Menggunakan 'software' penapisan laman web seperti Net Nannyyang boleh digunakan bagi menghalang anak-anak mengakses laman web lucah dan banyak lagi laman picisan hiburan. Harga 'software' ini dalam lingkungan RM 100-200 setahun tetapi pelaburan yang berbaloi mengambil kira kemajuan teknologi yang tidak dapat dielakkan.

4. Pengawasan dan pencegahan amat penting untuk anak-anak. Sehubungan itu saya berterus terang dengan anak-anak sebagai ibu dan 'admin' saya berhak meneliti sejarah penggunaan komputer mereka. Dari semasa ke semasa saya akan buat pemeriksaan mengejut untuk melihat laman yang mereka akses.

5. Bagi telefon pintar dan Ipad, sebolehnya adakan kata laluan, dan awasi penggunaan Youtube yang digemari anak-anak. Adakalanya, filem yang berunsur pornografi dimuat naik ke dalam Youtube sepenuhnya.

Akhir kata, banyakkan berdoa agar Allah memelihara anak-anak kita dalam keadaan di mana kita tidak berupaya mengawasi mereka seperti di luar rumah. Kepada Allah kita bertawakal selepas kita berusaha.

Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak memerhatikan kita.

Kelekaan kita dengan gajet pintar juga mungkin memberi mesej yang salah kepada mereka, bahawa berlama-lamaan dengan gajet adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan, dan bukannya berinteraksi sesama sendiri. Sebaiknya perlakuan kita menjadi suatu contoh yang diteladani dan diingati anak kita seberapa lama yang boleh.

Cuba lihat bagaimana Ibn Abbas meriwayatkan melalui Imam Bukhari di mana beliau mengingati contoh baik yang ditunjukkan sewaktu usianya masih kecil:

"Aku bermalam di rumah bibiku, Maimunah dan melihat Rasulullah SAW bangun. Setelah berada pada sebahagian malam, beliau bangun dan berwudhu ringan dengan air dari dalam kantung kulit yang digantung di dinding kamarnya. Setelah itu, beliau pun mengerjakan solat malam. Aku pun ikut bangun dan berwudhu dari tempat air yang digunakan oleh beliau. Kemudian aku berdiri solat di samping kiri beliau, lalu beliau memindahkanku ke samping kanannya…" – 3 Disember, 2013.

* Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar adalah Ketua Penerangan Wanita ISMA.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

BERKONGSI DI LAMAN SOSIAL

Pelakon “The Fast and the Furious”, Paul Walker maut dalam kemalangan

Paul Walker bersama aktres Jordana Brewster yang turut membintangi filem The Fast & Furious. Gambar Reuters.
Paul Walker bersama aktres Jordana Brewster yang turut membintangi filem The Fast & Furious. Gambar Reuters.Paul Walker bersama aktres Jordana Brewster yang turut membintangi filem The Fast & Furious. Gambar Reuters.

Pelakon Paul Walker, 40, yang terkenal dengan filem “The Fast and the Furious” maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, lapor portal hiburan terkemuka TMZ.

Menurut laporan portal itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

Walker membintangi beberapa siri filem “The Fast and the Furious” bersama seorang lagi pelakon terkemuka Van Diesel. – 1 Disember, 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts