Panas : Isu Adi Putra dan Bini Orang, kira 2x5 jaa..

Artis Popular telefon Ustaz dot dot dot....

Artis mintak pandangan ustaz akan masalah yang dihadapi.. Alhamdulillah bagus lah macam tuu.. Masih ingat lagi tempat nak cari penyuluhnya...

Kembalilah... Semoga semua mendapat perlindungan dari Nya...

Aidil Zafuan dah temui pengganti Rita Rudaini

Aidil Zafuan temui cinta baharu

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: December 14, 2013

BEKAS suami kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya Mac tahun hadapan.

Memetik laporan portal Media Hiburan, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan bakal mengahwini anak bekas Adun Selangor iaitu Zarema Zainal.

“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut. Namun setelah dipujuk, Aidil sudi memberikan sedikit komennya.

“Insya-ALLAH, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar perkahwinannya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara

Live Bolasepak Sukan Sea : MALAYSIA vs THAILAND (WANITA)


Skuad Hoki Wanita Malaysia Memecahkan Rekod Jaringan terbanyak Dunia di Sea Games 2013

Hoki | Sea Games 2013 | 

Wanita Percayakah anda? - Skuad Hoki wanita Malaysia baru sahaja Memecahkan Rekod Jaringan terbanyak Dunia yang di pegang Oleh Argentina ketika menundukan pasukan Peru dengan skor 26-0? 

*Fakta yang Korang pun akan Geleng Kepala. -Skuad Hoki Wanita Malaysia "SeaGames" baru sahaja menjinakkan wakil dari Kemboja dengan jaringan Selesa 36-0.

Polis disyaki rogol wanita warga Indon

SHAH ALAM - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel bajet di sekitar Kajang, malam Selasa lalu.

Menurut sumber, sebelum penahanan tersebut dibuat kelmarin, anggota polis itu bersama seorang lagi rakannya dikatakan membuat pemeriksaan di rumah mangsa di Bandar Baru Bangi, di sini.

Ketika premis diserbu, selain mangsa terdapat tiga lagi rakannya, masing-masing seorang lelaki dan dua wanita yang turut tinggal di premis tersebut.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, difahamkan hanya rakan lelaki mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, manakala mangsa dan dua rakan wanitanya gagal mengemukakan dokumen yang diminta.

"Disebabkan itu, anggota terbabit menahan mangsa dan dua rakannya, sebelum membawa mereka ke balai polis berdekatan.

"Anggota polis berusia 27 tahun itu kemudiannya membawa mangsa ke sebuah hotel bajet dan mengugut mangsa untuk mengadakan hubungan seks dengannya jika mahu dibebaskan," katanya.

Sumber berkenaan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu menolak beberapa kali, namun setelah dipaksa dan diugut akan dipenjarakan, dia terpaksa menuruti kemahuan suspek.

Beliau berkata, selepas kejadian, anggota terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, sebelum mangsa membuat laporan di Ampang kelmarin.

"Anggota itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata, kemudiannya ditahan sebaik polis menerima laporan pada hari yang sama.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan sudah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2006.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam, enggan mengulas lanjut.

"Semuanya dalam siasatan," katanya. [sinar]

pelanggan saman KFC sebab gigi dia patah makan burger

Stuart Kopania, seorang lelaki Adelaide , Australia , menyaman restoran fast food Kentucky Fried Chicken ( KFC ) kerana katanya giginya patah ketika menggigit satu burger ayam yang dibeli dari restoran itu .

Kopania membawa KFC ke Mahkamah Adelaide , dan meminta ganti rugi sebanyak 12 ribu dollar atas rasa sakit yang dideritanya dan untuk menutup kos perubatan yang harus dibayarnya .

Kopania berkata , dia membeli apa yang seharusnya burger ayam tanpa tulang dari sebuah restoran KFC di bandar itu pada bulan Julai 2010 . Namun , dia mengaku , giginya patah ketika menggigit burger itu .

Menurut Kopania , KFC melakukan kecuaian kerana gagal memastikan bahawa makanan selamat untuk dimakan .

Dia berkata , satu gigi geraham kirinya pecah dan perlu rawatan terus menerus kerana gigi yang rosak itu dipasangi kepala gigi .

Dalam pembelaannya , KFC mendakwa , semua rasa sakit atau penderitaan yang diakui dialami oleh Kopania , tidak berkaitan dengan insiden yang didakwa itu .

Kedua pihak akan melakukan perbincangan untuk mencapai penyelesaian sebelum sidang bermula bulan Februari 2014 .

Sumber: news.detik.com

Wan Maimunah selamat diijab kabul

Wan Maimunah selamat diijab kabul  
Wan Maimunah menerima mas kahwin ‘membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH'.

JOHOR BAHRU – Aktres yang lebih sinonim dengan gelaran ‘ratu air mata’, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah di Tropical Inn, di sini kira-kira jam 8.20 malam.

Dengan Sekali lafaz, Wan Maimunah yang kelihatan anggun dengan persalinan serba putih itu kini sah menjadi suri hati Makpol itu turut menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Kedua mempelai juga tidak dapat menahan sebak sejurus selesai lafaz akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah mempelai dan rakat rapat.

Ketika ditemui media, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu mengakui tidak mengharapkan mas kahwin beribu ringgit sebaliknya hanya meminta suaminya itu membimbing ke jalan ALLAH.

“Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

“Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” katanya.

Sementara itu, Makpol tidak menghalang Wan Maimunah itu untuk terus aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepada isterinya itu untuk membuat pilihan.

Beliau juga mengakui mereka berdua tidak mengambil masa lama untuk bercinta sebaliknya terus mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Pada saya, ianya telah tertulis oleh ALLAH untuk kami bertemu dan menjadi pasangan suami isteri, seperti juga pasangan lain kami berdua turut berharap supaya perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

KWSP dalam pakej "Bantuan Kematian"

PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! 

Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda mempunyai dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah membayar untuk anda KWSP, mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila dia / dia mati (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). 

KWSP tidak pernah memberitahu kepada kami tentang ini, saya menghitung keluarga sangat sedikit orang tidak benar-benar menerima RM ini 2500 apabila ahli keluarga / beliau meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. 

Di manakah ini RM 2500 pergi apabila keluarga itu meninggal dunia itu tidak menuntut RM2500? poket seseorang?? Kita tidak tahu! 

Oleh itu, sila dihujani maklumat ini kepada semua anda keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila / mati keluarganya beliau. Jangan biarkan ini RM 2500 pergi ke poket seseorang!

Bapa mentua lega menantu ditahan polis

Oleh Suraya Roslan

Seremban: “Ketika menerima perkhabaran menantu sudah ditahan, saya lega dan bersyukur kerana doa supaya dia segera ditahan dimakbulkan,” kata Juriah Hashim, 55, ibu kepada Nor Hafazalina Mohd, 30, yang dikelar 18 kali di pipi, bibir, dahi dan tangan hingga menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Menurutnya, berita gembira itu diterima selepas dimaklumkan polis yang mengesahkan mengenai penangkapan menantunya di Selangor.

“Saya difahamkan, menantu ditahan di Klang, Selangor berkait laporan kes ragut.

“Selepas itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bagi membantu siasatan kerana mendatangkan kecederaan parah kepada anak,” katanya.


Menurutnya, sebelum menantunya ditahan, Nor Hafazalina seolah-olah trauma bimbang didatangi suaminya.

“Sebaik mengetahui hal ini (penahanan) Nor Hafazalina gembira dan mahu suaminya dijatuhi hukuman berat kerana mencederakannya.

“Selepas kejadian itu, Nor Hafazalina trauma dan kerap terkejut selain mukanya masih berparut kesan dikelar,” katanya.

Juriah berkata, bagaimanapun, selagi dia tidak melihat sendiri menantu ditahan, dia masih berasa ragu-ragu.

“Saya mahu bersemuka dengan menantu dan mahu mengetahui mengapa sanggup mencederakan isterinya.

“Saya tidak akan menarik balik laporan polis dan mahu menantu dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan penderitaan Nor Hafazalina dikelar 18 kali oleh suaminya yang juga penagih dadah di sebuah rumah di Ampangan, di sini, bulan lalu.

Wanita dua anak itu menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya pada jam 5 petang selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki terbabit yang tidak bertanggungjawab serta kerap keluar dan masuk penjara.

Miera Leyana pakai baju nampak bentuk buah dada

http://www3.pictures.zimbio.com/mp/Kj41TUMi8Mul.jpghttp://www.mstar.com.my/archives/2011/3/26/mstar_hiburan/017772195.jpghttp://darkbatman.com/wp-content/uploads/2011/03/miera.jpg
Tak lekang kontroversi
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN

Pada awal pembabitan Miera Leyana, 20, dalam dunia lakonan, pelbagai kontroversi dikaitkan dengannya. Bermula dengan baju digayakan sewaktu menjayakan satu sesi pertunjukan fesyen sehingga menampakkan sebahagian payudara, gambar bermesra dengan teman lelaki tersebar hinggalah kisah cinta yang tidak kesampaian dengan Shahz Jazle.

Kebanyakan orang melihat kehadiran pelakon ini yang mula diperkenalkan menerusi drama Luna Fantasiku tidak lebih sebagai penyeri industri. Malah, kebanyakan peminat meminatinya kerana dia cantik dan pandai bergaya.

Sejak awal kemunculan hingga sekarang, jarang orang memperkatakan bakat dimiliki gadis Johor Bahru, Johor ini hinggalah namanya diumumkan menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013 pada 29 November lalu.

Miera menewaskan beberapa nama besar yang turut dicalonkan dalam kategori berkenaan seperti Umie Aida menerusi filem Sembunyi, Erin Malik (Lari), Anne James (KIL) dan Yana Samsudin (2 Kalimah).

Lebih mengejutkan apabila kemenangan itu diperoleh Miera walaupun hanya muncul dalam empat babak dalam filem Pecah. Kemenangan Miera disifatkan tidak ubah seperti pelakon hebat antarabangsa Judi Dench yang memperoleh anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Academy menerusi filem Shakespeare’s In Love.

Merasakan penghargaan diterima terlalu tinggi, Miera berharap kemenangan itu mampu membuka mata orang ramai terhadap bakatnya.

Dia mengakui sebaik membabitkan diri dalam dunia seni, orang lebih banyak bercakap mengenai kontroversi dirinya berbanding bakat. “Waktu itu saya masih muda dan sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak menangani setiap isu yang cuba dikaitkan dengan saya.

“Kadangkala saya rasa tertekan apabila setiap kali timbul isu atau kontroversi yang dikaitkan dengan saya, ada mulut jahat mengatakan saya sengaja mencari publisiti murahan. Hakikatnya, saya tidak tahu apa-apa.

“Terlalu banyak kontroversi dikaitkan dengan saya menyebabkan orang sering salah anggap dan melabelkan saya sebagai artis kontroversi.

“Pada saya secara peribadi, apabila dicalonkan di ASK2013 menerusi filem Pecah, saya bersyukur kerana menganggap bakat saya mula dilihat orang. Apatah lagi untuk majlis ini, kemenangan dinilai juri profesional.

“Tidak terlintas langsung saya akan menang. Apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK2013, rasa macam tidak percaya, hendak pengsan pun ada,” katanya.

Miera sangat berharap kemenangan itu turut membuka mata orang ramai terhadap bakat dimiliki dan mampu dijadikan titik permulaan untuk terus pergi jauh dalam bidang ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada penerbit dan pengarah filem Pecah atas peluang dan kepercayaan diberi. Bayangkan, babak saya dalam filem itu tidak besar tetapi tidak dinafikan ia kuat kerana melakonkan watak Sarah yang dirogol sehingga melahirkan anak luar nikah dan kemudian dibunuh. “Ia sangat mencabar. Saya masih ingat lagi babak melahirkan anak, saya ditegur pengarah beberapa kali. Mana tidaknya, saya belum pernah mengandung dan melahirkan, macam mana saya tahu gaya atau rasa orang mahu melahirkan. “Atas tunjuk ajar pengarah, watak Sarah memberikan hasil paling lumayan buat saya,” katanya.

Mengenai hala tujunya selepas kemenangan ini, kata Miera, buat sementara ini dia mahu berehat terlebih dulu di samping menantikan dua lagi filem lakonannya, Dendam Orang Mati dan Rentas ditayangkan di pawagam.

Menerusi filem Rentas, Miera bergandingan dengan bekas kekasihnya, Shahz Jazle dan pastinya apabila filem itu ditayangkan kelak, mereka akan kembali bertemu bagi menjayakan kerja-kerja promosi.

Kata Miera, tiada apa perlu dirisaukan kerana dia menjayakan filem ini selepas hubungan mereka berakhir dan tiada masalah bekerjasama menjayakan promosi filem itu.

“Saya tiada masalah bekerja dengannya. Malah, sewaktu hubungan kami putus dan pelbagai kontroversi mengenainya timbul, kami masih boleh bekerja secara profesional dan menjayakan drama bersiri Harapan untuk Astro.

“Bayangkan, waktu itu kami memegang watak kekasih. Saya mahupun Shahz tidak boleh tarik diri kerana kami menandatangani kontrak. Sebagai pelakon, saya harus profesional dan kerjaya mesti diutamakan. “Kalau waktu itu saya masih boleh bekerja dengannya, apalah sangat untuk kami bertemu mempromosikan filem yang kami bintangi,” katanya.

Tip Untuk memilih Kereta Mengikut Keperluan Anda

Jangan tersilap membeli kereta.

 Jika anda bercadang untuk membayar ansuran selama 9 tahun, bayangkan.. selama 9 tahun anda perlu berpuas hati dengan kesilapan sendiri. Jadi bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?

Berikut merupakan cara memilih model kenderaan mengikut keperluan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah

Jenis-jenis kereta sedan  4 pintu
1.D-segmen
2.C-segment 
3.B-segment

1.D-segmen

Mewakili kereta jenis Luxury Sedan.

kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah.

Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series.

kereta Nasional: Proton Inspira


 2.C-segmen

Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga.


 Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze, yang tebaru seperti Proton Preve, Hyundai Elentra (2012).




3.B-segmen

Kereta sedan bersaiz kecil.

Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa.

 Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2.

Compact Car


Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car.


 Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil.

Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat.

MPV

sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga.

 Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal.


Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan.


 Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya.

 MPV lain yang lebih besar pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.


p/s: buat keputusan berdasarkan keperluan anda.Tepuk dada chek dompet..heheh


 satu lagi kereta paling pawa, murah dan jimat




kereta lembu

lihat lagi....
 Kereta lembu yang di modenkan..kehkehkeh

Kenapa anda perlukan CINTA..

Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup

Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:
  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir


Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    • Guna tandas yang sempurna
    • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

Bagaimana mengira bayaran Insuran Kereta anda


Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?

Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan Harga insuran
RM40,000 RM1,251
RM50,000 RM1,500
RM60,000 RM1,700
RM70,000 RM2,087

Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.

http://3.bp.blogspot.com/-Zpxg9-1H4qI/UR45Lmi8S8I/AAAAAAAAesc/Yo-lbaxZq9k/s320/Kadar+Insurans+Kenderaan+Meningkat+Naik+Melampau+-+Info.jpg
NCD atau No Claim Discount.

Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insurans seluruh dunia.

Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!

Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima

dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!

Jadi bagaimana ia berfungsi?

Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:

Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938

Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368

Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.

Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!

Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!

NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.


Setelah melakukan sedikit kajian dan pemerhatian di perbincangan forum-forum internet, di dapati kebanyakan pengguna mengesyorkan menggunakan insurans kenderaan berasaskan ‘Takaful‘ seperti Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia ataupun mana-mana penyedia insurans yang mempunyai nama ‘Takaful‘. Ini kerana insurans yang bersifatkan takaful adalah lebih menepati syariat Islam dan bebas daripada unsur riba. Malahan harga bayaran insurans kenderaan sama sahaja di antara kesemua Penyedia Khidmat Insurans. Jadi adalah lebih baik mengambil insurans yang terbaik di antara yang terbaikkan.

Contoh under-insured yang senang difahami ;

1. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured cuma RM70,000 - atau 7/10 @ 70%.
- bila berlaku kemalangan dan katakan kos pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 7/10 atau RM7,000. ini kerana premium dibayar cuma 7/10 saja.

2. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured RM80,000. - atau 8/10 @ 80%.
- kereta terbakar hangus dan total loss. oleh kerana sum insured cuma 80%, maka insurans cuma membayar 80% saja atau RM80,000.

Untuk no 1 saya bagi kan fomula nya sekira berlaku under insured dan average clause diguna pakai untuk pengiraan tuntutan insuran.....

kos pembaikan x nilai insuran / nilai pasaran = bayaran yg akan dijelaskan oleh sykt insuran. Perbezaan nya di tanggung oleh pemilik kenderaan.

(cost of repair x insured value/ market value = amount borne by insurance company. The different from own pocket)

10000 x 70000 / 100000 = 7000. 3000 dari poket pemilik

Tetapi fomula ini tidak diguna pakai untuk tuntutan total loss atau kecurian. dalam kes in jumlah pampasan ialah nilai insuran atau nilai pasaran mana satu yang paling rendah..... lebih kurang macam tu lah.... nak cerita panjang sgt kena buka kelas..... off and on saya akan cuba mencelah.

(a) Cara ingin tahu nilai premium insurans kereta anda ;
- Kalkulator premium kenderaan peribadi kami membolehkan anda mengira jumlah premium insurans yang akan dibayar oleh anda bila anda mengambil insurans bagi kenderaan anda. Premium ini berubah bergantung kepda perincian polisi seperti jenis perlindungan, kapasiti enjin, diskaun tiada tuntutan dan manfaat tambahan.
Sila klik link di bawah ;

http://www.insuranceinfo.com.my/help_and_advice/useful_tools/car_premium.php?intPrefLangID=2

(b) Cara untuk tahu nilai Insurans kereta anda apabila memperbaharui insurans (Secondhand) ;
- Kalkulator Memperbaharui Insurans
Sila klik link di bawah ;

http://www.einsuran.com/B001001.aspx

(c) Untuk tahu harga pasaran kenderaan anda boleh mencuba di ;
Sila klik link di bawah ;

http://www.autoclaims.com.my/agv1/home.php

-Masukkan data maklumat kenderaan yang dikehendaki.

(d) 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai insurans dan cukai jalan(roadtax)

Masa- Pasti ramai di antara anda akan memperbaharui cukai jalan pada saat akhir. Mungkin paling awal pada minggu yang terakhir. Mungkin ada juga yang memperbaharui cukai jalan selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikhnya tamat. Ini akan memudahkan lagi anda untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Anda boleh merujuk geran kereta sekiranya anda berasa tidak yakin.

Urusan- Pada kebiasaannya, anda akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan sehingga memperoleh roadtax. Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna. Selaku pengguna, anda berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang anda bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful/insurans kenderaan.

Jumlah perlindungan- Jumlah perlindungan takaful/insurans adalah hak anda untuk tentukan, bukan ejen. Anda dinasihatkan untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan. Cara paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Dan cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata sesebuah kenderaan.

Below/Over insured- Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa(over insured). Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan(below insured). Tetapi sesetengah syarikat masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Amat penting untuk anda mengetahui harga semasa kenderaan anda.

Faedah- Anda juga perlu mengetahui mengenai faedah yang anda dapat sekiranya mengambil insurans daripada mana-mana syarikat. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Bandingkan faedah-faedah yang diberikan oleh beberapa buah syarikat kemudian buatlah keputusan yang anda rasakan paling sesuai. Antara contoh faedah adalah sepeti diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan.

Seksa ‘awek’ suami

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

http://i2.tagstat.com/p1/p/5JEFb4YdIs9IHG4ZMsfor3e0_LTsAjY4l9unuSuQWo4=.jpgKuala Lumpur: Seorang wanita berusia 33 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila ‘diculik’ sebelum dipukul hampir empat jam oleh dua lelaki dalam kejadian di Jalan Hang Tuah, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa diculik dan dipukul dua lelaki berusia lewat 20-an itu kerana dituduh menggoda suami orang.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki dua lelaki itu diupah seorang wanita yang mendakwa suaminya digoda mangsa.

“Tujuan mereka mungkin untuk menakut-nakutkan mangsa,” katanya memberitahu, mangsa dibebaskan jam 10 malam hari sama di kawasan Cheras sebelum datang membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang bersendirian di kawasan monorel di Jalan Hang Tuah mendakwa ditarik masuk ke dalam kereta jenis Proton Wira oleh dua lelaki tidak dikenalinya.

“Lelaki itu kemudian mengikat tangan dan mulut mangsa sebelum membawanya ke sebuah flat yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian,” katanya memberitahu, seorang daripada lelaki itu kemudian mendakwa diupah seorang wanita kerana menuduh mangsa menggoda suaminya.

Katanya, mangsa yang berjaya membuka ikatan di kedua-dua tangannya kemudian segera menghantar SMS kepada rakannya memaklumkan diculik dan meminta bantuan.

“Tindakannya itu mengundang kemarahan lelaki berkenaan yang kemudian bertindak menampar, menumbuk dan menendang mangsa.

Mangsa dilaporkan dilakukan sedemikian selama hampir empat jam,” katanya.

Sumber itu berkata, kumpulan terbabit hanya berhenti memukul mangsa sebaik terkejut apabila telefon bimbit wanita berkenaan tiba-tiba berdering.

“Mangsa kemudian memberitahu rakannya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu menyebabkan kumpulan terbabit panik.

“Mereka membawa mangsa masuk ke dalam kereta sebelum bergegas meninggalkan kawasan perumahan berkenaan.

Mangsa ditinggalkan di satu kawasan perumahan di sekitar Cheras,” katanya.

Katanya, mangsa bernasib baik apabila dibantu orang awam sebelum dibawa ke Balai Polis Tun H S Lee di sini.

“Mangsa dirujuk ke hospital berhampiran.

Wanita terbabit dilapor menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di kepala selain bengkak di beberapa bahagian badan,” katanya.

Harian Metro difahamkan, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan, namun usaha mengesan penjenayah sedang dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu siasatan dilakukan.

Dilema ibu bekerjaya selepas memiliki anak


SESETENGAH ibu sanggup meninggalkan pekerjaan untuk memberi perhatian kepada anak mereka. - Gambar hiasan


SETIAP wanita bekerja yang bakal melahirkan anak, sering berhadapan dilema untuk menempatkan si manja apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang. Di Malaysia, terdapat beberapa pilihan untuk kaum Hawa yang bekerjaya tetapi ia bukanlah semudah yang disangka.

Antaranya, mereka mungkin memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak dan keluarga. Namun bukan semua wanita berkeluarga mampu meninggalkan pekerjaan mereka bagi menampung keperluan keluarga. 

Pilihan lain bagi kebanyakan wanita bekerjaya ialah meminta bantuan keluarga untuk menjaga anak semasa bekerja, mendapatkan pembantu rumah kepada yang mampu atau menghantar anak kepada pengasuh ataupun pusat penjagaan kanak-kanak. 

Walau apa jua pilihan yang diambil, sudah tentu ada kebaikan atau kelemahannya. Ramai ibu yang khuatir untuk meninggalkan anak di bawah jagaan mereka yang bukan ahli keluarga kerana terlalu banyak kemalangan atau kes penderaan ke atas kanak-kanak dilaporkan media sejak kebelakangan ini. 

Ani Fadhilah Arrif, 23, memilih untuk berhenti kerja setelah melahirkan anak sulungnya. Menurut Ani, beliau lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa dan menetap di rumah mertua bagi menjamin keselamatan dan keselesaan anaknya. 

"Zafri ialah anak sulung saya dan suami, Syafiq Othman, 29. Kami memang tiada pengalaman menjaga bayi. Kami sepakat menetap di rumah mertua supaya mereka boleh bantu saya menjaga anak semasa Syafiq keluar bekerja," katanya.

Lepas pantang

Ani berpendapat, tindakannya itu adalah satu keputusan yang tepat, selain dapat menimba pengalaman menjaga anak. Dia juga pernah mengalami alahan yang teruk ketika mengandung. 

"Sejak lepas pantang sehingga sekarang, saya ada mencari kerja, tapi terpaksa lepaskan semuanya kerana masa kerja tidak sesuai," katanya. 

Tambah Ani, kini beliau tidak menghadapi masalah menjaga anak.

Bagi seorang ibu muda, Roslina Anuar, 29, beliau dan suami pada mulanya bercadang untuk menghantar anak mereka ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak. Ketika itu dia mula diselubungi perasaan takut dan bersalah walaupun belum melahirkan anak. 

"Sejak mendapat tahu saya mengandung, kami membuat keputusan untuk menghantar anak ke pusat asuhan atas faktor usia ibu bapa dan mereka tinggal jauh dari rumah kami," katanya yang bekerja dan tinggal di Ampang, Selangor.
KAJIAN membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi mereka. - Gambar hiasan


Namun sebaik anak sulung dilahirkan, Roslina dan suaminya, Jumadi Boyot, 29, mengubah fikiran dan meminta bantuan ibu Roslina yang tinggal di Kuantan, Pahang untuk mengasuh anak sulung mereka. 

"Sedih tu memang sedih, tapi kami terpaksa, demi mencari rezeki. Perasaan rindu kala berjauhan hanya Allah yang tahu hingga kadangkala saya menitiskan air mata kerana terlalu rindu. Hanya gambar dan video keletah anak sebagai penawar," kata Roslina dengan nada sebak. 

Bagi mengurangkan beban ibunya, setelah anak sulung mereka Husna berusia tiga tahun, Roslina menghantar anak keduanya, Hanis untuk dijaga ibunya dan mengambil Husna untuk dihantar ke rumah pengasuh di Ampang. 

"Pada mulanya kami ingin menghantar Hanis dan Husna ke taska, namun Hanis menghidap kudis buta," katanya. 

Keadaan itu memaksa Roslina sekali lagi meminta ibunya mengasuh Hanis manakala anak sulungnya Husna dibawa ke Kuala Lumpur. 

Lain pula cerita Mashitah Mamat, 30, yang kini mengandung tujuh bulan anak sulung. Menurut Mashitah, beliau belum mengambil sebarang keputusan namun telah bersedia daripada segi mental. 

"Saya tak pasti kerana pengasuh yang paling dekat dengan rumah saya sudah menjaga dua bayi lain, saya rasa terlalu ramai untuk seorang pengasuh menjaga lebih daripada dua bayi pada satu-satu masa," katanya. 

Mashitah yang agak risau dengan keputusan yang bakal diambil itu berkata, beliau bersedia untuk berhenti kerja jika tidak sanggup berjauhan dengan anaknya. "Saya bercadang untuk meminta bantuan ibu di kampung menjaga anak. Rumah emak jaraknya satu jam perjalanan dari rumah saya. Jika saya terlalu sedih dan tidak dapat tumpu pada kerja kerana risaukan anak, saya mungkin akan berhenti kerja sementara menunggu anak membesar untuk masuk tadika," kata Mashitah sambil mengusap perutnya yang kian membesar.

Taska berdaftar 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Noraini Mohd. Hashim ketika dihubungi memberitahu, ibu bapa diingatkan supaya sentiasa memantau pengasuh dan taska yang mereka pilih.

"Pertama, ibu bapa bekerja yang ada anak tetapi tiada pengasuh, hantarlah ke taska yang berdaftar di bawah JKM. Senarai taska yang berdaftar boleh didapati di laman web JKM," katanya. 

Taska menawarkan alternatif dalam penjagaan anak. Apabila taska itu berdaftar, bermakna JKM telah semak seluruh aspek termasuk kemahiran pengasuh, keselamatan premis, kebersihan premis dan kebersihan dapur dan tandas. 

"Kami juga menyarankan ibu bapa supaya kerap memeriksa keadaan fizikal, emosi dan tingkah laku anak yang dihantar kepada pengasuh dan taska," katanya. 

Menurut Noraini, ibu bapa seharusnya peka tentang apa jua perubahan anak masing-masing dan tidak bersikap lepas tangan setelah anak dihantar kepada pengasuh atau pusat asuhan. 

Apa jua pilihan yang dibuat oleh ibu bapa, pilihan itu sepatutnya mengutamakan kebajikan anak. 

"Ibu bapa yang bertanggungjawab harus peka dan tahu setiap perubahan anak mereka dan tidak bergantung kepada pengasuh atau pusat asuhan semata-mata," ujarnya. 

Banyak kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi dan menanam nilai-nilai murni dalam diri mereka. - Bernama

Wanita Uighur dilarang bertudung

SEKUMPULAN wanita Uighur berdiri di luar masjid di Kashgar, wilayah Xinjiang, China.

SEORANG kakitangan awam China yang berada di Kashgar memberi isyarat kepada dua orang wanita di seberang jalan untuk datang kepadanya, lalu mencatat butiran mereka di bawah pengawasan sebuah kamera. Kesalahan yang telah dilakukan oleh kedua-dua wanita berkenaan ialah memakai tudung.

Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Projek Kecantikan yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menggalakkan wanita Islam Uighur mendedahkan muka dan tidak berpurdah. Tindakan itu didakwa dilakukan demi untuk meningkatkan tahap keselamatan negara.

Bagaimanapun, pengkritik memberi amaran bahawa tindakan itu akan menyemai perasaan benci rakyat terhadap pihak berkuasa.

"Kami perlu berpegang teguh kepada agama dan mereka (pihak berkuasa) sepatutnya memahaminya," kata seorang wanita berusia 25 tahun yang pernah ditahan sebanyak dua kali.

Bercakap di sebalik penutup wajah yang dikait benang putih, dia memaklumkan, pesalah dipaksa menonton filem tentang keseronokan menunjukkan wajah mereka.

"Bagaimanapun, cerita itu tidak berjaya mengubah pemikiran orang ramai," jelasnya.

Xinjian, sebuah kawasan luas yang bersempadan dengan Pakistan dan Asia Tengah di bahagian barat China, telah mengikuti ajaran Islam sejak berabad-abad lamanya. Ia telah berada di bawah pemerintahan China semasa Dinasti Qing pada lewat tahun 1800-an.

Sejak bertahun-tahun, ketenteraman kawasan tersebut didakwa terganggu oleh tindakan masyarakat etnik Uighur. Ini menurut kumpulan hak asasi, dipacu oleh penindasan budaya dan gangguan langkah keselamatan. Namun demikian, kepada pemerintah China, keadaan itu disebabkan oleh tindakan pelampau agama, keganasan dan perpecahan kaum.

Cetuskan konflik

Kebimbangan pihak berkuasa semakin meningkat selepas serangan maut yang berlaku di Dataran Tiananmen, Beijing baru-baru ini yang didakwa pihak polis telah dilakukan oleh masyarakat Uighur.

Penduduk di Kashgar memberitahu, larangan memakai tudung telah mencetuskan sekurang-kurangnya konflik yang mengakibatkan kematian di bandar yang 90 peratus daripada 3.3 juta penduduknya terdiri daripada etnik Uighur.

"Bagi pihak pemerintah China, proses itu terpaksa dijalankan ekoran dakwaan pejuang Islam meminta kemerdekaan dan perpisahan. Ekoran daripada itu, mereka telah menetapkan had ketat ke atas aktiviti keagamaan masyarakat Islam," kata seorang saintis politik di Universiti Nasional Singapura, Shan Wei.

Bagi pihak Uighur pula, mereka mendakwa tidak terlibat dalam pergerakan politik dan bukan puak pemisah, tetapi pihak pemerintah telah menjalankan banyak sekatan yang mengganggu aktiviti keagamaan sehingga menimbulkan perasaan benci.

Menurut lelaki tersebut, masyarakat Islam minoriti di China tidak menghadapi perkara yang sama seperti Uighur.

Atlet-atlet wanita di Kashgar akan memakai pelbagai fesyen tudung, dengan skarf berwarna terang yang dililit di kepala dan mendedahkan bahagian leher seperti turban. Tidak kurang juga yang memakai purdah hitam dengan hanya menampakkan mata seperti wanita-wanita Arab Saudi.

Bagaimanapun, polisi yang menghalang mereka daripada menutup wajah dan menunjukkan rambut tidak diuar-uarkan. Pihak berkuasa bandar itu enggan mengulas mengenai perkara tersebut dan pada masa yang sama pegawai-pegawai Xinjiang juga tidak dapat dihubungi. Sungguhpun demikian, papan-papan tanda Projek Kecantikan boleh dilihat di seluruh bandar berkenaan.

Seorang tukang jahit berkata, kakitangan kempen tersebut telah mengarahkannya supaya tidak menerima tempahan jubah labuh yang sering dipakai dengan penutup muka.

Menurut penduduk tempatan lain, untuk memasuki pejabat-pejabat kerajaan, bank atau mahkamah, wanita Muslim terpaksa menanggalkan tudung mereka dan lelaki pula perlu mencukur jambang.

Di Hotan, sebuah lagi bandar yang mempunyai ramai penduduk Uighur, sekurang-kurangnya satu hospital telah menerima borang daripada pihak pemerintah untuk melaporkan kemasukan pesakit-pesakit yang memakai tudung.

Ironinya, portal web Xinjiang memaparkan bahawa Projek Kecantikan tidak menyatakan sebarang larangan memakai tudung sebaliknya menyenaraikan matlamatnya yang menggalakkan penggunaan produk-produk kecantikan tempatan dan barangan lain. Ia turut menggalakkan wanita China menjadi pengamal budaya moden.

Bersikap terbuka

Menurut seorang pakar Xinjiang di Indiana University Bloomington, Gardner Bovingdon, pihak pemerintah telah cuba menghalang pemakaian tudung sejak mengambil alih kuasa pada tahun 1949, melancarkan usaha ateisme dan mengenakan larangan secara menyeluruh pada tahun 1960-an dan 1970-an.

"Peraturan tersebut dilonggarkan pada tahun 1980-an apabila pemerintah China lebih bersikap terbuka. Tetapi ia menjadi ketat semula pada dekad seterusnya selepas protes-protes berunsurkan agama berlaku," katanya.

Walaupun demikian, sesetengah etnik Uighur menyokong tindakan kerajaan dengan alasan pembunuh berani mati atau pencuri mungkin akan mengeksploit purdah dan jubah yang dipakai dengan menyembunyikan bahan letupan dan identiti mereka.

Mereka turut mengeluarkan hujah tentang pendekatan agresif pihak berkuasa yang telah menimbulkan kebencian dan keganasan, termasuk serangan masyarakat Uighur terhadap polis di Maralbishi, sebuah daerah di luar Kashgar pada bulan April lalu yang menyebabkan 21 kematian.

Segelintir penduduk Uighur memberitahu, serangan itu berlaku selepas orang ramai kecewa dengan tindakan seorang pegawai kerajaan yang memaksa seorang wanita menanggalkan tudungnya. - AFP

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm#ixzz2nInNYKMS
Hakcipta terpelihara

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

Gempar.. Benarkah ada orang bogel di Temerloh siang tadi?

Boleh sesiapa pastikan, sahih atau tidak berita nie?

Atasi masalah perut buncit

KENAIKAN berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Pakar pemakanan berpendapat individu yang memiliki usus besar akan menghadapi masalah untuk menyerap khasiat daripada makanan yang diambil. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih daripada sepatutnya.

Makan lebih banyak serat. Anda mungkin pernah mendengar sebelum ini. Tetapi adakah anda tahu mengapa serat begitu penting untuk kesihatan anda?

Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang. Makanan yang mengandungi serat boleh mengatasi sembelit, membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis serta penyakit jantung.

Memilih makanan lazat yang menyediakan serat sebenarnya tidak sukar. Anda hanya perlu mengetahui berapa banyak serat yang anda perlukan, makanan apa yang mengandungi serat dan bagaimana untuk menambah serat dalam makanan seharian dan makanan ringan.

Apakah itu serat?Serat juga dikenali sebagai pelawas atau pukal termasuk semua bahagian makanan pada tumbuhan yang badan anda tidak boleh mencerna atau menyerap. Tidak seperti komponen makanan lain seperti lemak, protein atau karbohidrat, badan anda mampu memecahkan dan menyerap serat yang tidak dicerna oleh badan anda. Ia juga melepasi melalui perut, usus kecil, kolon dan keluar dari tubuh anda.

KelebihanDiet tinggi serat mempunyai banyak manfaat, termasuk:

Menormalkan pergerakan usus

Serat meningkatkan berat dan saiz najis anda selain melembutkannya. Najis besar adalah lebih mudah untuk lulus lalu mengurangkan peluang untuk sembelit. Jika anda mempunyai najis longgar, berair, serat juga boleh membantu mengukuhkan najis kerana ia menyerap air dan menambah pukal kepada najis.

Membantu mengekalkan kesihatan usus

Diet tinggi serat boleh mengurangkan risiko untuk mendapat buasir dan kantung kecil di usus anda (penyakit diverticular ).

Merendahkan tahap kolesterol

Serat larut terdapat dalam kacang, oat, flaxseed dan oat bran boleh membantu jumlah paras kolesterol darah yang lebih rendah dengan mengurangkan lipo protein berketumpatan rendah atau " buruk," paras kolesterol. Kajian juga menunjukkan bahawa serat membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan.

Membantu mengawal tahap gula dalam darah

Bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis, serat larut boleh melambatkan penyerapan gula dan membantu meningkatkan tahap gula dalam darah. Diet sihat yang merangkumi serat larut juga boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.

Membantu dalam mencapai berat badan yang sihat

Makanan tinggi serat biasanya memerlukan lebih banyak masa untuk dikunyah, yang memberi masa badan anda untuk mendaftar apabila anda tidak lagi lapar, jadi anda kurang cenderung untuk makan terlalu banyak. Selain itu, makanan yang tinggi serat cenderung membuat makanan berasa lebih padat dan kenyang yang berpanjangan, jadi perut anda akan rasa penuh bagi masa lebih lama.

Diet tinggi serat juga cenderung untuk menjadi kurang "tenaga padat" bermakna mereka yang mengamalkannya mempunyai kurang kalori walaupun jumlah makanan diambil sama dengan orang lain.

Gempar : Tun Mahathir & Muhyiddin juga didapati Syiah

Berdasarkan apa yang dikatakan KDN, dimana Mat Sabu kagum dengan Khomeini dan berjumoa Hassan Nussrullah iaitu pimpinan Syiah.. Jadi dengan ini dari sumber gambar ini didapati dua pimpinan negara pun Syiah lah jugak kan...!

Simulasi bagaimana Highland Tower runtuh


Myvi untuk wanita sahaja, 60 edisi terhad.. Siapa cepat dia dapat..!!

Myvi untuk wanita sahaja
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model Myvi 1.5 liter edisi terhad sebagai sebahagian daripada kempen Female Empowerment Movement (FEM).

Model Myvi FEM itu hanya dikeluarkan sebanyak 60 unit bermula bulan ini di mana keluaran terhad 20 unit sebulan.

Harga yang ditawarkan masih dikekalkan RM56, 027 walaupun ciri-ciri tambahan bernilai RM4,000 diletakkan pada model kompak tersebut.

Apa yang membezakan model FEM ini adalah tempat duduk kemasan kulit, stereng dan pelapik kaki dengan logo F.E.M, sistem multimedia dengan navigasi dan kamera belakang, serta bekas serba guna eksklusif.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model edisi terhad yang direka untuk wanita moden itu dicipta khusus kepada ahli wanita FEM yang mendaftar.

“Berdasarkan kepada siapa cepat, untuk layak membeli, pemohon mestilah seorang wanita dan berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan juga memiliki sebuah kereta Perodua atau sekurangkurangnya pernah memandunya.

“Dan juga mereka perlu mendaftar diri di laman web www.peroduafem.com.my,” katanya.

Bagi yang mendaftar, pihak Perodua akan menawarkan hadiah misteri hari lahir, peluang menyertai bengkel khas serta dijemput untuk menghadiri pelancaran model baharu Perodua pada masa akan datang.

Perodua menyasarkan keahlian 10,000 wanita pada akhir 2014.

TERKINI - Johan As'ari Kemalangan

johan
Pelakon popular, Johan As'ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya pada pagi 10 Disember lalu.  Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.
Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran.  Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.
Untuk rekod, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu.

Malaysia hantar angkasawan kedua 2016

NOR RAIDAH AWANG

MALAYSIA bercadang menghantar angkasawan kedua negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016 selepas misi pertama berjaya dilaksanakan oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 2007 lalu.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd Zamri Shah Mastor berkata, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat bagi penyelidikan yang akan dilakukan oleh angkasawan kedua negara di ISS.

Menurutnya, penghantaran angkasawan kedua juga perlu dilihat dari beberapa aspek seperti kajian cuaca dan juga ekonomi negara.

Mohd Zamri berkata, kos menghantar angkasawan ke ISS memerlukan dana yang besar, dan boleh mencecah RM100 juta.

“Cadangan penghantaran angkasawan kedua negara sebelum ini telah pun diluluskan oleh Kabinet, tapi ia bergantung kepada keadaan ekonomi negara pada tahun 2016 nanti," katanya.

Terdahulu, Mohd Zamri menjadi ahli panel pada Program Bengkel Astrofotografi bersama media anjuran Yayasan Angkasan Malaysia di Paya Indah Wetland.

Turut hadir dalam program tersebut, Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed dan Yang Dipertua, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Sebelum ini, pada tahun 2007 buat julung kalinya Malaysia telah menghantar angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar dengan kerjasama Rusia.

Hasilnya, pelbagai penyelidikan dapat dilaksanakan antaranya membabitkan sel kanser dan leukemia.

Mohd Zamri berkata, buat masa ini, pihaknya merancang meneruskan kerjasama dengan Rusia dan dalam masa sama sedang mempertimbangkan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), Perancis dan China.

Katanya, kerajaan juga sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM271.9 juta untuk program pembangunan satelit RazakSAT-2 yang merupakan satelit penderiaan jauh bagi memantau permukaan bumi.

“Manakala pada 2018 pula kita akan lancarkan RazakSAT-3 dan kedua-dua satelit ini mempunyai jangka hayat selama tujuh tahun,” katanya. YAM rangka kerjasama Ketua Pegawai Eksekutif YAM Rajini Ramlan berkata, bagi meneruskan misi ini , Yayasan Angkasawan Malaysia dan Angkasa turut bekerjasama pelbagai pihak dan juga media bagi memastikan penghantaran angkasawan kedua negara mencapai objektif diharapkan.

Katanya, YAM juga menganjurkan bengkel astronomi bersama media bagi mempertingkat pemahaman mereka berkaitan sains dan teknologi angkasa lepas.

"Cara ini juga mempertingkat kesedaran awam berkaitan dengan ilmu angkasa lepas yang dilihat mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah bumi.

"Program angkasa lepas perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya sekadar penghantaran angkasawan ke ISS sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mejar Dr Faiz Khaleed bersedia memberikan yang terbaik sekiranya terpilih dihantar ke ISS.

Menurutnya, latihan yang disertai selama setahun sebelum ini berjaya melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu agar dapat memberikan komitmen yang tinggi apabila berada di ISS kelak.

"Persiapan untuk ke ISS perlu diukur dalam beberapa aspek dinilai iaitu dari segi mental fizikal, akademik, kesihatan dan sebagainya.

“Saya sudah bersedia dan tidak menolak jika dihantar menyertai latihan tambahan, jadi sekarang terpulang kepada kerajaan untuk menyatakan persetujuan bagi melaksanakan misi tersebut,” katanya.

Faiz berkata, dengan keazaman yang tinggi beliau mampu untuk lakukan terbaik.

Mengulas mengenai kepentingan teknologi sains kepada pelajar, beliau berkata, ia adalah usaha yang baik dan sewajarnya diperluaskan dengan menarik lebih ramai penyertaan golongan muda bagi mengetahui apa itu angkasawan kepada pelajar sekolah serta universiti.

"Adalah usaha penting bagi memastikan kesedaran awam terhadap kepentingan sains angkasa dan pembentukan modal insan berasaskan sains, teknologi, inovasi dan pembangunan negara dapat dilaksanakan secara terancang, meluas, berkesan, dan berterusan," katanya.

Teruja melihat cerapan cahaya

Wakil media yang menyertai bengkel teruja apabila dapat merasai pengalaman menarik yang tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar.

"Kami berpeluang melihat cerapan cahaya yang melintasi Malaysia setiap dua minit pada jam 5 pagi.

"Di samping itu juga, kami dapat melihat sendiri penggerakan ISS dan satelit melintasi Malaysia pada waktu tersebut," kata seorang wartawan akhbar tempatan.

Katanya, selain dapat melihat keindahan alam semula bengkel ini juga memberi satu keinginan kepada kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam kehidupan di angkasa lepas.

"Dengan menggunakan teleskop kelihatan juga Planet Musytari," katanya.

Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjir


Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


INILAH gambar-gambar menunjukkan barang-barang yang dibeli oleh Rabecca untuk disedekahkan kepada mangsa banjir.

Ia dimuat naik dalam Instagram pelakon itu.

KUALA LUMPUR - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang kes saman ke atas Erma Fatima menggunakan wang yang dimenanginya untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Rabecca, 23, berkata, wang sebanyak RM11,200 yang dibayar oleh pengarah filem itu dengan menggunakan not RM1 sebanyak 11,200 keping dihantar ke pejabat peguamnya kelmarin.

"Peguam saya telah menghubungi saya dan memberitahu mengenai wang tersebut. Saya kemudian meminta peguam saya supaya menghantar terus wang itu ke bank dan dimasukkan ke dalam akaun saya.

"Setelah wang tersebut diperoleh, saya terus mengajak beberapa orang rakan untuk membeli-belah di pasar raya Giant di Bukit Antarabangsa dan Mydin di Subang Jaya. Kami membeli pelbagai barangan keperluan seperti biskut dan air untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan," kata artis itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2nD6I5SZY
Hakcipta terpelihara

Awek Macam Cantik Je Macam Comel Je dah jadi penyanyi..


Umno-Pas: Susah sangatkah hendak muzakarah?

OLEH: PROFESOR MADYA DR MOHAMAD AGUS YUSOFF
Tarikh: December 10, 2013

SUDAH lama kita mendengar hasrat Umno dan Pas untuk bermuzakarah sehingga ada yang sudah bosan untuk mendengarnya.

Walaupun Presiden Pas menyatakan kesediaannya untuk bermuzakarah dan disambut pula oleh Timbalan Presiden Umno semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu, namun realitinya, sehingga kini, masih belum ada apa lagi yang berlaku.

Saya tidak faham mengapa dua parti Melayu dan Islam ini begitu sukar untuk bermuzakarah? Syarat yang diberikan oleh Timbalan Presiden Umno mudah sahaja: Pas perlu mengemukakan cadangan tentang skop perbincangan serta pimpinan yang perlu hadir untuk menjayakan usaha tersebut.

Jika sayalah pemimpin Pas, saya akan kemukakan apa yang diminta oleh Timbalan Presiden Umno demi untuk memulakan muzakarah ini.

Betul, ada sejarah hitam hubungan Umno-Pas. Betul, Pas tidak mahu lagi terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali keduanya mengingatkan penyatuan terdahulu pada tahun 1974 telah meninggalkan luka dan parut kepada Pas.

Betul, boleh dipersoalkan mengapa Umno hanya mahu bermuzakarah dengan Pas sahaja dan tidak dengan pemimpin Melayu dalam PKR atau NGO-NGO Melayu-Islam yang lain seperti ABIM, ISMA dan IKRAM?

Bagi saya, biarlah dahulu semua itu. Yang penting mulakan muzakarah dahulu. Pas tidak wajar selama-lamanya menyimpan perasaan curiga dan skeptikal pada Umno. Berjiwa besarlah dahulu. Inilah asasnya untuk melangkah ke depan.

Sekiranya muzakarah ini didakan apakah yang saya harapkan? Saya mahukan pertemuan tersebut tidak hanya untuk membincangkan isu hudud atau isu kuasa Melayu sahaja, tetapi saya mahukan perbincangan yang lebih besar melibatkan soal ekonomi rakyat dan negara, dan juga soal politik, keselamatan dan pembangunan negara.

Merenung kembali, saya kekadangnya menganggap jiwa pemimpin kita ini tidak besar. Persoalan siapa yang harus memulakan usaha muzakarah pun sukar untuk diputuskan? Jika perlukan orang tengah, carilah orang tengah tersebut asalkan di akhirnya, pertemuan dan perbincangan dapat direalisasikan.

Ingatkah kita pada pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe? Pertelingkahan beliau dengan musuh politiknya Morgan Tsvangirai adalah luar biasa sekali, tetapi akhirnya pada 11 Februari 2009, mereka dapat bersama dalam kerajaan dengan Mugabe kekal sebagai Presiden dan Tsvangirai sebagai Perdana Menteri.

Biarpun kerjasama ini gagal tiga tahun kemudian, namun mereka dapat sekurang-kurangnya bersama setelah perudingan dan perbincangan diadakan. Tidak mahukah kita begitu?

Atau lihat sahaja kepada negara-negara Vietnam, Yaman dan Jerman yang pernah berpecah. Mereka bukan setakat dipecahkan kepada dua negara, tetapi terlibat dalam perang dan dipisahkan oleh jarak ideologi yang berbeza.

Tetapi kesediaan untuk berunding, akhirnya membolehkan mereka bersatu. Vietnam disatukan pada 2 Julai 1976, Yaman pada 22 Mei 1990 dan Jerman pada 3 Oktober 1990.

Negara-negara ini, biarpun merangkak setelah penyatuan, apa yang pasti ialah mereka kekal sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka.

Vietnam misalnya, setelah diperkenalkan dasar Doi Moi pada tahun 1986, pada hari ini melangkah secara perlahan-lahan, tetapi pasti meninggalkan negara kita dari segi keupayaannya untuk menarik pelancong dan pelabur asing. Malah, sudah ramai orang kita yang berminat untuk pergi melancong dan membeli-belah di bandar Ho Chi Minh.

Aduh, semoganya selepas ini hasrat muzakarah Umno-Pas boleh menjadi realiti, bukannya sekadar kenyataan politik sahaja.

Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff

Gambar di sekitar Siti Nurhaliza & Dato K memberi bantuan banjir di Kuantan






Gambar sekitar majlis berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin




Letih sampai tertidur dalam kubur

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN

BIARPUN masih dikatakan baharu berkecimpung dalam dunia lakonan namun, Aishah Ilias, 26, melakonkan watak Zafrina dengan berkesan melalui drama bersiri Love You Mr Arrogant.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Aishah sebenarnya pernah menyertai pencarian Dewi Remaja pada 2006 bersama Scha Al Yahya, Rebecca Nur Islam dan Izreen Azminda.

Selepas pertandingan itu, dia kembali menyambung pelajarannya di Rima College dalam bidang kesetiausahaan. Selepas tamat belajar, Aishah bekerja di sebuah firma arkitek di ibu negara selama lebih kurang empat tahun.

Aishah akhirnya memasuki bidang hiburan apabila dia terserempak dengan Haji Fazil, pemilik Zeel Productions. Bermula dari situlah bermula perjalanan seninya apabila bermula dengan drama bersiri 'Mencari Athira' yang bersiaran di RTM.

Nama dan bakat Aishah akhirnya mendapat perhatian umum terutamanya produksi filem dan drama tempatan sekali gus menerima tawaran untuk berlakon drama seperti 'Atas Nama Cinta', 'Amira' 'Dejavu Di Kinabalu' dan 'Jodoh Itu Milik Kita'.

Pelakon yang berketinggian 174 sentimeter ini kini sedang mencipta nama sebagai salah seorang aktres baru yang punya rupa serta bakat tersendiri.

Mengakui persaingan dalam industri seni semakin sengit, dia menjelaskan sudah bersedia untuk berdepan keadaan itu. Baginya, perkara yang membezakan setiap pelakon adalah disiplin.

Terbaru, aktres ini mula mendapat tawaran berlakon sebagai pontianak dalam filem Paku. Filem seram itu merupakan filem pertama lakonannya dan kali ini Aishah bergandingan dengan Johan As'ari. Filem terbitan Nusantara Seni Karya itu bakal ditayangkan di pawagam pada 12 Disember ini.

Menurut Aishah, dia tertidur di dalam kubur gara-gara terlalu penat ketika menjalani penggambaran filem 'Paku' yang bakal menemui pawagam seluruh Malaysia bermula 12 Disember hadapan.

"Saya merasakan berlakon dalam filem ini merupakan satu cabaran untuk saya. Tapi apa yang paling ditakutkan apabila bangkai kambing mati diletakkan di atas badan saya.

"Ada juga babak di dalam kubur. Akibat terlalu penat, menjalani penggambaran untuk babak itu, saya tertidur seketika semasa adegan tersebut berlangsung," kata Aishah.

Belum punya teman lelaki

Sebagai pendatang baharu, pasti ramai yang bertanya siapa yang sedang bertakhta di hati gadis manis ini. Jadi tidak hairanlah ada yang ingin tahu jika Aishah sudah berpunya.

"Saya seorang yang mempunyai ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Tapi saya belum berpunya dan masih mencari teman istimewa yang memahami saya," ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts