Google didenda RM4 juta

MADRID - SEPANYOL. Pemerhati perlindungan data Sepanyol, kelmarin mengarahkan syarikat enjin pencari gergasi, Google membayar denda 900,000 euro (RM4 juta) kerana mencabul hak peribadi pengguna.

Agensi Perlindungan Data tersebut mendakwa Google melakukan pemprosesan data pengguna yang diperoleh daripada pelbagai perkhidmatan mereka termasuk akaun Gmail.

"Perbuatan itu sememangnya melanggar undang-undang dan hak perlindungan data peribadi individu," menurut kenyataan agensi tersebut.

Pada 2010, dipetik dari AFP, agensi tersebut pernah memfailkan saman ke atas Google selepas didakwa mencuri data dari pengguna internet yang menggunakan perkhidmatan peta Street View.

Kilang Kondom Terbesar Di Dunia Terletak Di Johor..


Siapa sangka di sebuah bandar kecil dan bekas penempatan kampung nelayan seperti Pontian mampu menjadi pusat pengeluar kondom terbesar di dunia!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, syarikatnya mengeluarkan tiga billion kondom setahun iaitu lebih banyak daripada mana-mana syarikat pengeluar yang ada di seluruh dunia.

“Kami sangat teruja dengan permintaan kondom yang semakin naik di pasaran,” kata Goh.

Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan warna kondom yang boleh diperolehi menerusi Karex serta tahap keselamatan kondom yang bakal dijual itu juga diuji terlebih untuk mengelakkan sebarang kebocoran alat itu di kemudian hari.

Di kilang Karex yang beroperasi selama 24 jam, pekerja mengendalikan proses penghasilan kondom dengan dibantu mesin berteknologi tinggi selain ujian kebocoran turut dilakukan untuk mengelakkan sebarang kebocoran pada kondom keluaran mereka.

Selain mengeluarkan kondom yang biasa terdapat di pasaran, Karex turut menerima tempahan khas daripada pelanggannya dan pernah satu ketika seorang pelanggan dari Eropah menempah kondom yang boleh bercahaya dalam keadaan gelap yang seakan-akan menyerupai pedang bercahaya Star Wars Light Sabre.

Lain-lain jenama kondom yang popular seperti Durex yang dipasarkan oleh syarikat dari Britain, Reckitt Benckiser dan Trojan yang dimiliki oleh syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Church & Dwight hanya memegang 25 peratus pasaran jualan kondom sedunia.

Nurul AF2 menang saman TV3

Nurul AF2

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan 'Melodi' dua tahun lepas.
  
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua.
  
Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.
  
Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu.
  
Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.

Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga.
  
Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
  
Dalam keputusannya Nor Bee juga berkata perkahwinan Nurul dan suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang mengesahkan pernikahan pasangan itu.
  
Nor Bee membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan.  - Bernama

Wanita dikaitkan dengan Adi Putra diceraikan suami

Ahli perniagaan, Amiruddin Othman, 59, hari ini mengejutkan media apabila memberitahu telah menceraikan isterinya yang dikaitkan dengan aktor Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib, 30.

Tanpa menjelaskan punca yang membawa kepada penceraian itu, Amiruddin memberitahu, tindakan itu demi kebaikan bersama."Setelah 10 tahun berkahwin, kami sudah cuba berbincang dan ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk dia dan anak kami juga. Bekas isteri saya memang tidak ada masalah dengan perceraian ini dan menyokong apa sahaja keputusan yang telah saya buat," katanya ketika ditemui di Jabatan Peguam Negara, di sini.

Sebelum itu, dengan diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan, Amiruddin turut menyerahkan surat rayuan membuka semula kes membabitkan pelakon terkenal itu dan bekas isterinya.

Menurut ahli perniagaan ini, selepas keputusan kes sebelum ini mendapat status tiada tindakan lanjut (NFA), dia kembali membuat rayuan untuk membuka semula kes di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan."Walaupun saya sudah menceraikan isteri saya semalam, saya fikir permohonan untuk meneruskan kes ini dilihat sebagai cara terbaik bagi saya menegakkan keadilan.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan sahaja daripada keluarga tetapi juga masyarakat, tetapi saya tetap mahu mendapatkan keadilan untuk semua pihak dengan sekali lagi membuat permohonan membuka semula kes ini, " katanya.

- UTUSAN ONLINEArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131220/hi_01/Amiruddin-umum-cerai-isteri#ixzz2o04XrI4u © Utusan Melayu (M) Bhd 

Kotak kaca jadi perhatian di puncak pergunungan Alps Perancis

ECHAVANNE berdiri di dalam kotak kaca itu. PARIS - Sebuah kotak kaca diletakkan di struktur bangunan di puncak Gunung Aiguille du Midi di pergunungan Alps, Perancis.

Kotak kaca itu berada pada ketinggian 3,842 meter dan para pengunjung boleh melihat pemandangan unik kawasan pergunungan.

Pengunjung perlu memakai selipar semasa mereka memasuki kotak kaca itu. Kotak kaca itu akan dibuka kepada orang ramai pada 21 Disember depan. Ia merupakan daya tarikan pelancong terbaharu di lokasi itu. Para pelancong boleh menyaksikan pemandangan Gunung Mont Blanc yang paling tinggi di Eropah.

Syarikat Compagnie du Mont Blanc yang diketuai Mathieu Dechavanne membiayai kos kotak kaca itu. - Agensi

Tak tinggal solat walaupun sibuk dengan kerja

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN

Tarikh: December 20, 2013 “MENJADI adat! Di Bollywood, apabila seseorang itu berjaya menempa nama di persada dunia sehingga menikmati hidup dalam kemewahan, mereka berpusu-pusu menukar nama Islam menjadi Hindu, sebaliknya saya selesa dengan nama Allah Rakha Rahman atau AR Rahman,” itulah kata-kata pemuzik terkenal India yang nama asalnya Dileep Kumar.

Pasti ramai di Malaysia kurang mengenali pemilik nama ini, tetapi bagi peminat filem Hindustan tegar yang pernah mendengar muzik ciptaannya dalam filem Dil Se, Taal, Swades, Chazyya Chaiyya, Rang de Basanti dan Slumdog Millionaire amat mengenalinya. Dia lebih dikenali melalui alunan muziknya. Jiwa kosong, rasa gelisah Pembabitan dalam dunia muzik bermula seawal usia 11 tahun, beliau menjadi matang dengan rencam dunia pemuzik.

Terfikir dibenaknya perlukah seorang pemuzik menghisap rokok, mabuk dan mengambil dadah? Pergaulannya dengan ramai pemuzik menemukan beliau dengan seorang pemuzik yang memberikannya pandangan berbeza. Pemuzik tersebut tidak mempunyai tabiat buruk malah menghasilkan banyak karya hebat. Kerana itu AR Rahman terselamat daripada pengaruh tidak sihat. Ada ketikanya jiwa AR Rahman berasa kosong, gelisah seakan tercari-cari sesuatu, apakah yang dicari? Adakah Tuhan?

Pada asalnya, AR Rahman langsung tidak mempercayai Tuhan, kemudiannya dia menyembah berhala, tetapi tidak mampu menenangkan hatinya yang gundah. AR Rahman bermimpi didatangi lelaki berjubah putih mengajaknya memeluk Islam. Tapi dia tidak mengendahkan mimpi itu dan menganggap hanya mainan tidur dan mimpi itu berlarutan sekembalinya ke India.

Segera dia menceritakan kepada ibunya yang kemudiannya menyarankan AR Rahman supaya memeluk Islam. Keluarga AR Rahman ditimpa musibah apabila kakaknya sakit. Apa yang dideritai kakaknya sama seperti yang berlaku kepada bapanya menanggung sakit hingga ke akhirnya. Keluarga AR Rahman memanggil paderi dan sami Hindu untuk berdoa supaya kakaknya sembuh, tetapi langsung tiada hasilnya. Akhirnya AR Rahman dipertemukan dengan seorang alim, Syeikh Abdul Qadir Jeelani atau Pir Qadri.

Seingat AR Rahman, keluarganya pernah bertemu Pit Qadri semasa ayahnya terlantar sakit. Dengan doa dan kaedah perubatan yang diamalkan Pit, kakak AR Rahman berjaya disembuhkan. Kuasa besar mentadbir alam Pengalaman perjalanan hidup banyak mengajarnya, sehingga dia dan seluruh keluarganya memilih Islam. Kehilangan ayahnya membuat AR Rahman berfikir hidup ini bukan ditentukan mengikut kehendak seseorang.

Dia merasakan ada suatu kuasa besar mengatur semua itu, cuma dia tidak tahu apa, atau siapa. Jawapannya hanya ditemui apabila dia memeluk Islam. Jiwanya merasai ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Bersama Islam juga dia berjaya menghilangkan perasaan rasa rendah dirinya. AR Rahman merasakan dirinya bagai dilahirkan semula. Malah bukan itu saja, kerjayanya pun berubah mendadak, dan rezekinya melimpah-ruah.

Pada 1989, AR Rahman berjaya memiliki studio sendiri yang mempunyai kelengkapan paling canggih di Asia. Dia juga berjaya mencipta kekayaan dengan penjualan album daripada filem dan mencipta lagu. Namun kekayaan yang melimpah-ruah tidak pernah menutup mata AR Rahman daripada melihat keindahan Islam, malah semakin mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Dia mengatakan apabila kita dikelilingi kemewahan, duit dan populariti, kemungkinan untuk menjadi lupa diri amat mudah. Hanya kepercayaan dan keimanan yang mampu menjaga kita.

Hari ini, setelah 20 tahun lebih memeluk Islam, AR Rahman mengecapi segala ketenangan di dalam hidup melalui jalan yang ditunjukkan Islam. AR Rahman mengaku solat banyak membantunya menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan, harapan dan keyakinan Tuhan sentiasa bersamanya. Semua itu bukan saja mengingatkan AR Rahman mengenai dunia, tetapi juga hari akhirat. Justeru, dia tidak tinggal sembahyang walaupun terpaksa bergelut dengan kesibukan bekerja.

Kejayaan demi kejayaan dicapai dalam bidang muzik sehingga melayakkannya digelar Mozart Madras. Tetapi AR Rahman langsung tidak melupakan apa yang pernah dilaluinya sebagaimana dia mengingati saat manis hidupnya.

Sambutan Tahun Baru di Putrajaya bukan Dataran Merdeka

Konsert Ambang 2014 sasar 500,000 pengunjung

OLEH: Tarikh: December 19, 2013

KUMPULAN Ambank menyasarkan 500,000 pengunjung akan memenuhi Dataran Putrajaya, Presint 3 untuk Konsert Ambang 2014 Putrajaya pada 31 Disember.

Konsert yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baharu ini turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).

Orang ramai berpeluang menyaksikan konsert itu mulai 8.30 malam pada 31 Dis dan akan disiarkan secara langsung di NTV7 dari 10.30 malam sehingga 1 pagi pada malam yang sama.

Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim berkata penganjuran konsert kali ini merupakan kali kesembilan dalam siri konsert tahunan Ambang sejak 2003 dan tahun lepas konsert itu turut diadakan di lokasi sama.

"Konsert pada tahun ini juga lebih menarik kerana kami akan memasang 13 skrin besar berbanding hanya lima pada tahun lepas dan ia akan turut disokong dengan sistem bunyi yang canggih bagi memenuhi kepuasan penonton," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Azman berkata, penganjuran konsert ini juga merupakan satu daripada sumbangan Kumpulan Ambank menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan mereka di atas segala sokongan yang diberikan sebelum ini.

Barisan artis yang akan menjayakan konsert berkenaan Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, Ella, Soo Wincci, Rabbit Mac, Mista G, Kumpulan Sweet Charity, Amy Search dan Hujan.

Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata konsert Ambang ini boleh dianggap sebagai acara penutup kepada semua program yang dianjurkan di Putrajaya sepanjang tahun ini.

"Kami menggalakkan orang ramai terutama dari kawasan Lembah Klang untuk memeriahkan acara ini dan pihak PPj turut menyediakan lebih 50 gerai jualan di sekitar Dataran Putrajaya," katanya. - Bernama

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

 

“Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungibahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.”

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
  • 357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG

Hidup sihat tanpa buasir

Buasir

MENDENGAR penyakit buasir atau hemoroid, ramai malu untuk berbincang secara terbuka. Namun hakikatnya penyakit itu boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia akibat gaya hidup, pemakanan dan kurang senaman. Lebih mengejutkan apabila pengamal perubatan mengesahkan penghidapnya ada yang seawal belasan tahun.

Mengikut ilmu perubatan, penyakit yang terjadi di bahagian dubur itu diakibatkan saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Akibatnya, setiap kali seseorang pesakit mahu membuang air besar atau melalui proses meneran, mereka akan berasa sakit dan mengeluarkan darah bersama najis atau menitis, sama ada sebelum atau selepas.

Buasir mempunyai dua jenis iaitu;

Buasir luar - Ia berlaku  di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal terutama ketika proses pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan).

Buasir dalam - Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit sebaliknya penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpa bila terdapat darah yang keluar dari duburnya. Bahaya seperti penyakit lain, buasir juga mempunyai beberapa peringkat iaitu;

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak dan ketulan menonjol keluar

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dalam dubur.

Tahap 3
Keadaan sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk.

Tahap 4
Darah keluar ketika mahu membuang air besar dan rasa sakit. Buasir (ketulan) tidak boleh lagi dimasukkan ke dalam dubur. Penghidap tidak akan rasa selesa untuk menjalankan aktiviti harian.

Gaya hidup tidak sihat
Buasir berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat. Antara punca penyakit itu dapat dilihat jika melibatkan seseorang itu kurang minum air dan makanan berserat tinggi yang membolehkan berlaku sembelit. Cirit-birit juga boleh menjadi punca kepada penyakit itu. Wanita hamil berisiko dapat buasir. Namun ia tidak membahayakan ibu dan anak.

Pencegahan
Walaupun tiada kaedah khusus untuk mencegah buasir, tetapi amalan gaya hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada masalah ini. Antara saranan yang digalakkan, ubah gaya pemakanan dengan melebihkan pengambilan sumber serat (sayur-sayuran dan buah-buahan); lebih baik jika dapat makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari.

Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga dua liter sehari. Ia bertujuan melembutkan najis supaya ia senang keluar. Pengambilan serat perlu diselaraskan dengan air.

Lebih banyak serat diambil, jadi lebih banyak air diperlukan. Selain itu pelajari cara betul untuk buang air besar dan senaman seperti kegel bagi menguatkan tulang bahagian punggung. Senaman mudah seperti berjalan cepat selama 30 minit sehari juga sudah memadai bagi menyihatkan badan sekali gus dapat mengelakkan penyakit.

Rawatan
Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah. Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa tujuh hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar.

Koagulasi Inframerah - Sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu.

Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan. Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama bicap, adalah sama seperti prosedur koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

Terapi laser - Pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosedur lain. Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya.

Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.

Anda juga harus mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan yang cepat bertindak ke akar masalah buasir seperti krim, minyak, suppositories, kain lap, dan rawatan ais adalah sementara dan banyak kali boleh merengsakan permukaan dubur.


- Bersama pakar perubatan keluarga, Dr Razana Zakaria

I-City Shah Alam tempat sedut duit rakyat Malaysia

Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam Yang Korang Puja Selama Ini Terbongkar



Sumber asal sila ke Blog INI

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.... 

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.
Mari aku ceritakan celakanya.
Yuran entry, selepas 7pm, RM10
. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
 
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa
. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
 
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.


Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
 
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
 
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
 
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
 
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
 
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
 
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.
Pesan aku: I-City memang mahal...kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu..aku dah 3 kali pergi.dah tahu sangat..dah 1 tahun aku tak pergi..

Tip payudara sihat, cantik


Foto
Oleh ZAITIE SATIBI

Payudara adalah aset wanita yang harus dijaga dan dibelai sama seperti penjagaan badan, kulit, wajah dan rambut. Malah, memiliki payudara sihat dan cantik juga idaman setiap wanita.

Mengikut Wikipedia, payudara atau buah dada ditakrifkan sebagai bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia.

Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi.

Payudara bagi seorang wanita juga mula berkembang selepas baligh. Namun, sedalam mana pengetahuan anda mengenai penjagaan payudara yang betul?
Ini kerana sebagai aset penting pada tubuh, payudara juga harus diberi perhatian bagi mengurangkan risiko terkena penyakit, terutama kanser yang boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Penjagaan payudara yang betul dapat mengurangkan risiko anggota berkenaan hilang keanjalan, mengendur dan kekeringan kerana kulit sekitar payudara sensitif dan nipis.

Kulit pada kawasan sekitar areola (puting susu) pula sangat lembut dan sensitif kerana di sini urat saraf berkumpul.

Perunding Pakar Bedah Payudara Pusat Penjagaan Payudara, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Dr Azlina Firzah Abdul Aziz berkata, penjagaan payudara berbeza daripada penjagaan bahagian lain tubuh.

Malah, katanya, penjagaan payudara juga sepatutnya bermula pada peringkat lebih awal, mungkin seawal anak gadis berumur lapan atau sembilan tahun. “Gadis pada peringkat umur ini, bentuk tubuhnya mula mengalami perubahan. Kawasan payudaranya semakin membesar, manakala kawasan gelap di sekeliling puting membengkak. Jisim payudara pula lebih membulat serta menjadi padat dan berat.

“Ketika ini, ibu bapa atau guru perlu memainkan peranan apabila mereka sewajarnya menjelaskan mengenai penjagaan payudara dan mendidik anak gadis menjaga payudara.

“Seseorang ibu juga tidak sepatutnya mengelak berbicara mengenai topik ini kerana mereka paling berhak memberi pemahaman jelas kepada anak gadis,” katanya.

Menurutnya, pemakaian baju dalam atau coli untuk anak gadis yang mengalami pembesaran payudara adalah penjagaan awal anggota itu berikutan pemakaian coli yang tidak sesuai bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, malah menyakitkan.

Ia juga menyebabkan payudara hilang ketegangan kerana coli tidak dapat menampung saiz dan berat payudara. Semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik. Lebih buruk, terkena penyakit berbahaya.

“Ada juga wanita dewasa masih tidak tahu memilih coli sesuai untuk payudara. Lima daripada 10 pesakit wanita yang datang menemui saya bagi memeriksa payudara mereka selepas mengadu sakit di bahagian anggota itu didapati salah memakai coli.

“Wanita terbabit didapati memakai coli yang tidak sepadan dengan saiz payudara seperti tali tipis atau mangkuk coli terlalu kecil untuk payudara bersaiz besar.

“Ini menyebabkan payudara ‘lemas’ dan ‘terjerut’ kerana coli dipakai terlalu ketat menyebabkan kawasan sekitar anggota itu mengalami tekanan.

“Kejahilan ini disebabkan wanita terbabit tidak mendapat pendedahan mengenai penjagaan payudara ketika peringkat kanak-kanak,” katanya.

Bilakah masanya memperkenalkan coli kepada anak gadis? Kebanyakan anak gadis mula mengalami pembesaran payudara dalam lingkungan umur lapan hingga 10 tahun. Pembesaran itu menjadi lebih ketara pada usia 10 hingga 12 tahun. Inilah masa sesuai untuk memperkenalkannya kepada anak.

Dr Azlina berkata, kebanyakan gadis sunti ketika usia awal baligh, malu bertanya mengenai penggunaan coli. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu memberi perhatian dan memahami setiap perubahan dialami anak gadis mereka.

“Jika anak malu menyatakan perubahan pada dirinya, apakah soalan yang boleh ditanya ibu supaya perubahan ini difahami dengan lebih jelas? “Ibu boleh mengadakan perbincangan tidak formal dalam perbualan harian bersama anak gadis dari semasa ke semasa dan bukan selepas mereka mengalami haid pertama.

“Jika perubahan sudah ada, anda hendaklah membelikan coli atau membawa anak gadis ke kedai menjual pakaian dalam,” katanya.

Cara memilih coli pertama untuk anak gadis juga perlu betul iaitu mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payudara dan ukuran lilit payudara. Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai bukan saja tidak menyenangkan, malah mungkin merimaskan.

“Ibu boleh membawa pita pengukur sendiri ketika membeli coli pertama untuk anak gadis jika kedai tidak menyediakan pita pengukur. “Dapatkan bantuan jurujual untuk mendapatkan ukuran tepat dan galakkan anak gadis supaya jangan takut mencuba pelbagai coli dan pilih mana dirasakan sesuai dan selesa,” katanya.

Beliau berkata, tiada makanan khusus untuk penjagaan payudara melainkan pemakanan seimbang dan urutan atau aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu. Wanita juga perlu mengambil kira perkembangan payudara mereka dari semasa ke semasa.

“Yang boleh dilakukan adalah membuat pemeriksaan kendiri payudara (BSE) sebulan sekali atau pada hari ketujuh hingga 10 dari hari pertama datang haid. “Caranya, berdiri di depan cermin dan angkat sebelah tangan. Menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payudara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan. “Periksa perubahan saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada wujud kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. Perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika ada lelehan keluar. “Periksa sama ada lelehan itu kelihatan jernih atau mengandungi darah. Segera dapatkan nasihat doktor jika ada keganjilan pada payudara seperti gumpalan, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, puting tertarik ke dalam serta rasa sakit pada payudara,” katanya. Dr Azlina berkata, mereka yang ingin mendapatkan pemeriksaan lanjut payudara boleh mengunjungi Pusat Penjagaan Payudara HPKL yang direka khusus untuk wanita dan menyediakan penjagaan payudara khas, termasuk pengurusan penyakit.

Dengan pendekatan holistik, pusat itu mempunyai matlamat jelas untuk menangani semua aspek masalah berkaitan payudara dan bagaimana ia memberi kesan kepada masyarakat, kesedaran kanser dan pendidikan, pemeriksaan dan pengesanan, rawatan dan penjagaan untuk memberi sokongan rawatan untuk pesakit kanser payudara. “Pusat ini beroperasi dengan kerjasama hospital dengan menawarkan prosedur diagnostik berpiawaian tinggi dan rawatan berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang rawatan payudara, terutama kanser payudara.

“Bagi membantu pemeriksaan dan pengesanan, pusat ini dilengkapi mesin penuh Field Digital Mamografi (FFDM) yang meningkatkan keupayaan pusat dalam menyediakan pakar bedah payudara dengan alat yang perlu untuk membolehkan hasil pemeriksaan lebih baik bagi pesakit. “Selain mamografi saringan, FFDM membolehkan pusat ini menawarkan biopsi Stereotactic. Ini satu kaedah biopsi khusus untuk mamografi keabnormalan dikesan. FFDM ini menghasilkan keputusan biopsi tepat berbanding kaedah biopsi sebelumnya.

“Namun, pusat ini turut menawarkan kaedah diagnostik dan pelbagai pemeriksaan lain seperti ultrasound, jarum halus aspirasi sitologi, aspirasi sista dan pemetaan nod Sentinel berpandu.

“Kami juga menyediakan khidmat kaunseling oleh kaunselor terlatih mengenai penjagaan payudara,” katanya.

Al fatihah - Azean Irdawaty meninggal dunia

Azean Irdawaty

[DIKEMASKINI] PRIMODANA  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini.

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

"Kita pasti merindui dia. Alfatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Alfatihah," katanya.

Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida.

Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Aksi 'terlampau' polis tersebar

Aksi 'terlampau' polis tersebar  
Aksi seorang anggota polis yang bertindak menampar seorang lelaki yang ditahan tersebar luas dalam laman sosial.

GEORGETOWN - Aksi polis 'terlampau', itu gambaran dalam video bertajuk 'Polis Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu.

Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan di laman sosail Facebook dan blog.

Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa.

Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka.

Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu.

Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan menjatuhkan imej PDRM.

“Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

“Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan,” katanya.

Pengikut 'ajaran Harun' didakwa bunuh Ahmad Raffli

Pengikut 'Ajaran Harun' didakwa bunuh Ahmad Raffli  
Harun Mat Saat, 47, (duduk) bersama Sumustapha Suradi, 39 (dua, kiri) yang didakwa membunuh Ketua Penolong Penguatkuasa (Jaip) Ahmad Raffli Abdul Malek, ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Kauntan, hari ini. - Foto Bernama
 
KUANTAN - Ketua ajaran sesat  'Ajaran Harun' dan tiga pengikutnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek.

Seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah, didakwa membunuh Ahmad Raffli, 49, di hadapan rumah mangsa di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini jam 1.50 tengah hari 10 November lepas bersama dua orang lagi yang masih bebas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, pula didakwa bersama-sama dengan Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.

Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada waktu dan tempat yang sama yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B(1) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib@Hamid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.

Ab Karim kemudiannya menetapkan 28 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kedua-dua kes berkenaan.

Terdahulu, keempat-empat tertuduh termasuk Harun yang berkerusi roda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini dan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membenarkan permohonan Salim untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. - Bernama

Che Ta bahagia selepas 10 tahun menjanda...

Che Ta bagaikan permaisuri

OLEH: WAN NASRAH ABDUL RAHIM,

SELEPAS hampir 10 tahun hidup tanpa suami, kini Rozita Che Wan, 40 kembali meniti bahagia bersama insan dicintainya, Zain Saidin, 29. Ternyata pasangan romantik ini begitu teruja dengan perkahwinan mereka.

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya apabila mereka kini telah disatukan. Lebih istimewa, pasangan sama padan ini diraikan dalam satu majlis resepsi berkonsepkan ala New York Glamour yang bertemakan Sex In The City.

Dihoskan oleh Datuk Mahadzir Lokman majlis ini turut dihadiri oleh saudara-mara kedua mempelai, sahabat handai dan tetamu yang terdiri daripada VIP, para artis, media cetak dan elektronik serta blogger.

Mendapat jolokan 'Wedding of the Year', perkahwinan Che Ta diibaratkan seperti kisah pementasan yang penuh gilang-gemilang bagi penyatuan dua hati bermula jam 8.30 malam, malam kelmarin.

Suasana dewan pameran di Setia City Convention Centre bertukar menjadi segar lagi mewah ditambah pula hiasan bunga-bungaan memenuhi segenap ruang dewan.

Che Ta, yang mengenakan gaun glamor dengan perincian butiran kristal dan warna emas, rekaan Muhammad Abharuddin Aziz (Qudyn) tampil memukau dengan gimik kepulan asap (smoke machine), menantikan Zain untuk bersama-sama ke singgahsana.

Lebih romantis apabila resepsi indah mereka diiringi lagu Cinta Sesungguhnya, nyanyian Sabhi Sadhi yang juga merupakan lagu kegemaran mereka.

Tidak menunggu lama, kedua mempelai kemudiannya duduk di singgahsana khas rekaan Nasrul Nasrudin dari NAS Great Idea, yang bernilai RM200,000.

Bagaikan raja dan permaisuri Che Ta dan Zain turut merakam momen indah di singgahsana paling mahal dalam sejarah perkahwinan selebriti.

Majlis kemudiannya menyaksikan kedua pasangan mempelai menikmati makan beradap di ruangan 'Sweetheart Castle' yang berkonsepkan 'candle light dinner'.

Semasa makan beradap, hos menjemput penyanyi Fazli Zainal untuk menyanyikan tiga buah lagu.

Apa yang menariknya, semasa lagu kedua nyanyian Fazli menerusi lagu popular Marc Anthony, iaitu My Baby You, kedua pasangan ini sentiasa berbalas pandangan semasa lagu ini didendangkan. Jelas lagi tersebut berjaya memperlihatkan elemen kasih sayang yang di antara kedua mempelai.

Kemudiannya, penyanyi Ayu iaitu Finalis One In A Million itu, telah menyanyikan dua buah lagu iaitu dendangan Christina Perri, A Thausand Years, dan lagu yang dipopularkan oleh Whitney Houstan iaitu I will Always Love You untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Tepat jam 9.30 malam, tetamu dapat menyaksikan persalinan kedua Che Ta dengan rekaan pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini (RR).

Che Ta kelihatan sungguh anggun dengan persalinan gaun kuning 'mustard' kelihatan seperti 'ball-gown' yang mempunyai butiran kristal penuh di bahagian pinggang dengan menggunakan 40 meter fabrik Italian Tulle. Manakala Zain pula segak menggayakan rekaan Taufik Tailor.

Pakaian sedondon ini sesuai dengan upacara memotong kek white coklat macademia dihiasi replika Eifel Tower sebagai mercu tanda percintaan mereka.

Replika angsa, menu khas

Turut menarik perhatian ialah replika angsa yang bergantungan dihiasi bunga-bungaan yang berjurai menyamai konsep 'Twilight' di malam nikah kedua-dua mempelai ini di setiap meja tetamu termasuk kenamaan.

Kenamaan yang duduk di meja utama itu turut dihidangkan dengan 9 menu khas yang dinamakan dari rancangan kedua selebriti ini seperti Nasi Primadona, Oh My Ayam Masak Merah, Daging Masak Kuzi Rania, Pajeri Nenas Kiah, Dalca Sayur Master Chef, Krim Karamel Sayang, Buahan Campuran dan Air Kordial Backcurrant Sunquick.

Antara kenamaan yang hadir ialah Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid, Penerbit drama terkenal, Pena Creative Sdn Bhd, Datin Ziela Jalil.

Artis yang turut bersama memeriahkan majlis termasuklah Izara Aisyah, Dafi, Ziana Zain, Tasha Shila, Michael Ang, Azza Elite dengan pembantu hos iaitu Mazlan Pet-pet.

Peluang bergambar

Tepat jam 10.30 malam, tetamu diminta beratur untuk menemui raja sehari ini dan bergambar untuk mengabadikan momen indah mereka. Sasha adalah orang pertama yang memberi penghargaan itu sebelum diikuti oleh keluarga, dan saudara mara sebelah Che Ta dan Zain.

Seramai 30 media yang hadir diikuti dari media elektronik, cetak dan blogger yang terbabit bagi menjayakan majlis persandingan malam ini, turut sama bergambar kenangan.

Luahan Hati Afdlin Shauki Terhadap Peminatnya selepas Maharaja Lawak Mega minggu ke 5


Baru-baru ini peminat Maharaja Lawak Mega 2013 dikejutkan dengan penyingkiran kumpulan Zero pada minggu ke-5. Dengan keputusan tersebut ia sekaligus telah  mengundang perasaan tidak puas hati sesetengah pihak terutamanya peminat mereka. Selepas keputusan penyingkiran itu diumukan, ada peminat Maharaja Lawak Mega  (MLM 2013) bertindak memberi komen terhadap laman Facebook rasmi Afdlin Shauki (Boboi) secara terbuka dengan soalan seperti di bawah:
“kenapa masuk maharaja lawak kalau tidak mahu melawak? kenapa sengaja mengecewakan peminat?”

Komen itu telah membuatkan Afdlin Shauki tampil untuk membetulkan dan menjelaskan keadaan yang sebenarnya…

Menurut Afdlin di dalam Laman Facebook nya mengatakan, Boboi sendiri tidak setuju dengan penyingkiran kumpulan Zero, Tetapi apakan daya, masih ada peminat Boboi yang mahukan kumpulan Boboi kekal di MLM 2013. Selagi ada sokongan dari para peminat, selagi itulah Boboi akan beraksi di pentas MLM 2013.

Di bawah kami paparkan beberapa printscreen penjelasan Afdlin terhadap peminatnya itu;

1


1


1

Pada pandangan kami, barangkali di sesetengah mata dan minda penonton MLM 2013 lawak yang dibawakan oleh kumpulan Boboi sudah tidak sesuai atau hanya mengekalkan cara lawak yang sama pada setiap musim, apabila kita menonton lawak yang dipamerkan oleh kumpulan ini, mereka seringkali membawa watak kebudak-budakkan, ya memang benar bukan senang hendak menghasilkan sesuatu lawak semata-mata untuk menghiburkan penonton dan peminat, tetapi dalam masa yang sama mungkin masalah peribadi, komitmen terhadap keluarga atau tekanan dari persekitaran yang menyebabkan kumpulan ini kurang beraksi atau kurang lawak seperti sebelum ini.

1

Kami di HarianBlogger.Com mengucapkan semoga perjalanan karier abang Afdlin dan Abang Harun akan bertambah cerah hendaknya, anggaplah mungkin tiada rezeki anda di MLM2013, tetapi masih banyak lagi job dan tanggungjawab sebagai anak seni yang akan anda galas selepas ini.. Salute kepada 2 orang Otai pelawak Malaysia ini!
Di bawah kami kongsikan kepada anda gambar album dari 2 orang pelawak ini yang diambil dari facebook rasmi Afdlin Shauki, sungguh Legnda dan RARE! Zaman ketika mereka mula membina kerjaya sebagai anak seni dan penghibur di negara ini..

1
Kumpulan Boboi dulu-dulu..

Bapak lempang anak depan polis sebab tak dengar cakap

Bapa datang ke lokasi sekatan jalan, cepuk anak  
Ibu bapa remaja berkenaan datang berhampiran persimpangan Jalan Shahbandar selepas mendapat tahu anaknya ditahan dalam sekatan jalan malam, awal pagi semalam.

Bapa datang ke lokasi sekatan jalan, cepuk anak

BANDARAYA MELAKA  - “Macam mana engkau boleh ada kat sini? Aku dah kata jangan keluar, duduk rumah!" kata seorang bapa sebelum mencepuk kepala anak lelakinya yang ditahan polis dalam sekatan jalan raya kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu dipukul dengan tangan apabila membangkitkan kemarahan bapanya yang berusia sekitar 40-an, selepas mengetahui dia tidak ke rumah ibu saudaranya di kawasan berhampiran rumah mereka di Kampung Lapan, Tengkera.

Sebaliknya, remaja terbabit melencong ke kawasan berhampiran tapak Eye On Malaysia.

Malah, ibunya yang berusia penghujung 30an berkata, anaknya keluar rumah kira-kira 11 malam menggunakan motosikal jenis Honda EX5 milik bapanya ke rumah adik ipar di kawasan sama tempat tinggal mereka dan memintanya pulang sebelum 12 tengah malam.

“Motosikal ini baru dibeli ayahnya seminggu lalu dan sejak itu, dia meminta izin ayahnya untuk menggunakannya, tapi  dilarang kerana dia tidak ada lesen memandu.

"Tapi tadi (malam kelmarin) dia bagitahu nak keluar sekejap pergi ke rumah makciknya. Sampai 12 (tengah) malam dia tidak pulang. Bila saya telefon, dia kata dah kena tahan polis," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam kelmarin.

Menurut suri rumah itu, dia datang bersama suami yang membawa geran motosikal terbabit serta  terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira lebih 200 meter untuk mencari lokasi anaknya ditahan kira-kira 2.15 pagi.

Sementara itu, menurut sumber, remaja berkenaan antara lapan penunggang motosikal yang ditahan kerana memandu tanpa lesen dalam Ops Samseng Jalanan dan Rempit, berhampiran persimpangan Jalan Shahbandar bermula jam 10 malam, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisoner Salehhudin Abd Rahman berkata, operasi dijalankan 25 anggota polis termasuk seorang pegawai dari Bahagian Trafik  Melaka Tengah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

“Operasi bermula 10 malam semalam (kelmarin) dan berakhir 4.45 pagi tadi (semalam) membabitkan sepasukan polis termasuk sembilan anggota trafik, 10 anggota Sukarelawan Polis Di Raja Malaysia (SPDRM) dan empat anggota dari unit peronda (MPV).

“Sebanyak 57 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada nombor pendafataran, memandu tanpa lesen, cukai tamat tempoh dan tiada cermin sisi selepas pemeriksaan dibuat terhadap 98 buah motosikal  dan 75 kereta,” katanya.

Menurut Salehhudin, meskipun tiada tangkapan, sembilan motosikal turut disita dalam operasi terbabit.

Luahan Hati Rakan Sekelas Jep dan Mamat Sepah - Bersatulah Kembali SEPAH akan bangun semula..!!



Kumpulan Sepah semasa menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ke 3.
Kumpulan Sepah semasa menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ke 3.

Petikan dari Facebook Iskandar Rashid

sejujurnya ini pandangan ikhlas aku
aku kenal siapa sepah, dan jep dan mamat ni adalah rakan sekolahku…..( jep sila ingat aku andai ko terbaca ni sememangnya sepah dulu tiada lagi……lawak sepah kini tiada lagi...

ye…aku mengaku, perginya mamat pada mulanya ramai mengatakan sepah tak terkesan kerana ramai menganggap mamat seolah-olah macam penumpang dalam maharaja lawak sebelum ini

AKAN TETAPI….
mamat kaya dengan idea lawak…..sepah dulu banyak bergantung kepada idea mamat, sebagai rakan sekolah…aku kenal mamat pandai mengolah cerita untuk dijadikan bahan lawak………maklumlah mamat ni loyar buruk sikit orangnya, orang loyar buruk ni banyak idea…..malangnya dari segi persembahan, mamat tak pandai menggayakan ideanya kepada lawak berdasarkan lenggok badan dan mimik muka dan suara…..tapi kat sini bukanlah aku nak kata jep dan shuib tak menyumbangkan idea sebelum ini……

maka punch line disini kelebihan ada pada jep……dan mamat sebagai back up

kini mamat takde, maka jep dan shuib terpaksa mengolah idea sendiri…..meskipun mamat banyak dilanda kontroversi, tapi idea idea mamat tu PENTING bagi sepah sayangnya ia tiada lagi…..

bagi jep dan mamat, tak salah untuk kalian bersatu semula…sejujurnya kalian memerlukan antara satu sama lain…..buang yang keruh ambil yang jernih, ingat sikit persahabatan masa sekolah…..di mana ada jep disitu ada mamat……

-jangan lupa warung pak khalid belakang sekolah tempat melepak lepas abis sekolah
-jangan lupa bangsal tepi padang…tempat duduk waktu rehat
- jangan lupa asal usul macam mana susahnya menghadiri ujibakat di plaza angsana, mamat mengaku dia malu berpakaian perempuan di atas pentas ujibakat, tapi demi mencuba nasib digagahkan jua ( luahan ni )

aku juga tahu punca di sebalik perpecahan ini, namun bagiku ia hanya perkara yang rasanya bukannya takde jalan penyelesaian…sebaliknya hanya satu perkara…..buang ego masing2

dalam situasi ini….nak sebelah jep tak boleh…nak sebelah mamat tak boleh….masing2 takde salah…tapi ingat sikit korang dulu sama sama naik

P/S: kadang2 bila tengok gambar kamu berdua zaman sekolah yang ada dalam simpananku…pelik jugak kenapa sekarang kamu berdua tak boleh kekalkan

tulisan ini hanya dari seorang kawan lama sentiasa menyokong dari belakang….aku tak suka orang sekeliling mencemuh kerjaya baru kalian berdua…..menggelarkan kalian berlagak, over atau sebagainya kerana aku kenal kamu berdua….semasa menang raja lawak, mamat ada berkata

MAK…ORANG TAK DAPAT BAGI IJAZAH, TAPI DAPAT BAGI INI

aku mengaku aku menangis dengar ayat tu….bila mengenangkan kembali cerita cerita zaman sekolah sehingga kamu berjaya, pada aku kkorang berdua adalah contoh pada rakan kita lain bahawa, tanpa kelulusan kita juga mampu ubah nasib

iklas dari sahabat sekolahmu

SMKSI KULAI 2002

Print screen dari sumber asal

2

Berita gembira daripada Allah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar. (Taubah: 20-22)

Ibnu Jarir berkata: Orang yang beriman membenarkan dengan tauhidnya. Berhijrah dan berjihad menentang orang Musyrikin pada agama Allah dengan harta benda dan jiwa mereka. Itulah sebesar-besar darjat dan setinggi-tinggi kedudukan berbanding dengan hanya pemberi minum bakal haji, pemakmur Masjidil Haram daripada kalangan Musyrikin.

Sayyid Quthub berkata: “Selepas pengumuman pemutusan hubungan dengan kaum Musyrikin, maka tidak ada apa-apa keuzuran dan alasan lagi bagi mereka yang tidak mahu berperang dengan kaum Musyrikin. Begitu juga di sana tidak ada sebab yang membuat mereka teragak-agak untuk menafikan kaum Musyrikin daripada mengunjungi Baitullah dan mengimarahkannya walaupun kerja-kerja ini telah dilakukan oleh kaum Musyrikin pada zaman Jahiliah.

Di sini rangkaian ayat-ayat ini menolak kaum Musyrikin sebagai golongan manusia yang berhak mengimarahkan rumah-rumah Allah, kerana hak ini adalah khusus untuk mereka yang beriman kepada Allah dan melaksanakan segala tugas-tugas yang diwajibkan ke atas mereka. Pengendalian kaum Musyrikin mengimarahkan Baitullah di zaman Jahiliah dan menguruskan bekalan air kepada jamaah haji tidak dapat mengubahkan dasar ini.

Ayat ini menghadapi perasaan-perasaan yang tidak sihat yang berkecamuk di dalam hati sesetengah Muslimin yang belum mempunyai pandangan yang terang terhadap dasar agama.”

Penulis merasa terpanggil untuk membincangkan sedikit berkaitan pembahagian hijrah. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah membahagikan hijrah kepada beberapa jenis. Ini yang dinyatakan oleh Ibnu Daqiq al-‘Id iaitu nama perkataan hijrah diberi kepada beberapa bahagian atau perkara:

Hijrah pertama ke Habsyah ketika golongan kufar menyakiti para sahabat.

Hijrah kedua dari Mekah ke Madinah.

Hijrah ketiga iaitu hijrah pelbagai kabilah dan kaum kepada Nabi SAW untuk mempelajari hukum syarak. Kemudian mereka pulang ke halaman masing-masing dan mengajar kaum mereka sendiri.

Hijrah keempat iaitu hijrah siapa yang memeluk Islam di kalangan penduduk Mekah datang mengunjungi Nabi SAW kemudian pulang semula ke Mekah.

Hijrah kelima iaitu sesiapa yang berhijrah daripada segala larangan Allah. (Lihat Ihkam al-Ahkam 1/11)

Sementara itu, Ibnu al-Qayyim menyebut Hijrah terbahagi kepada dua:

Hijrah dengan tubuh badan dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain.

Hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu hijrah yang mengandungi (daripada) dan (kepada). Iaitu hijrah dengan hatinya daripada cinta selain Allah kepada cinta kepada-Nya. Daripada ubudiyyah selain-Nya kepada ubudiyyah Allah. (Lihat al-Risalah al-Tabukiah hal. 24-25)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131213/ba_02/Berita-gembira-daripada-Allah#ixzz2naWwT1HM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jangan pornokan Konserto Terakhir

MISS J mendapat tahu pengarah Osman Ali akan mengadaptasikan novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein (Pak Lah) menjadi filem. Sebelum ini Othman Haji Zainuddin pernah mengadaptasi novel ini ke teater.

Hasrat Osman nak adaptasi novel ini bagus tetapi Miss J nak pesan supaya dia tidak mencemarkan karya Sasterawan Negara dengan babak-babak semi porno seperti filem arahnya sebelum ini.

Boleh dikatakan semua filem arahan Osman mesti ada babak yang menjurus kepada seks. Filem Bukak Api, Anak Halal, Jiwa Taiko dan Ombak Rindu semuanya ada adegan yang disifatkan oleh Osman sebagai "penting".

Miss J terkejut juga bila ada yang beritahu Osman nak adaptasi novel Pak Lah. Miss J bimbang selepas jadi filem orang yang belum membaca Konserto Terakhir pandang serong kepada Pak Lah kalau diselitkan babak seks kesukaan Osman itu.

Miss J tak pandai bab filem. Tetapi Miss J percaya filem kita harus dibuat dalam lingkungan kita iaitu orang Melayu dan Islam. Tak payahlah menggunakan ayat klise, "hanya yang fikir seks sahaja melihat babak seks itu sebagai seks."

Miss J harap latar belakang Osman sebagai orang yang berasal dari kampung di Langkawi, persekitaran Melayu dan Islam, cukuplah memahami kebebasan seni dari kaca mata Barat. Nanti buat malu orang Langkawi sahaja kerana Osman suka buat babak seks dalam filemnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131215/hi_02/Jangan-pornokan-IBKonserto-TerakhirBI#ixzz2naWHRKyQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts