TG Nik Aziz di kenduri Fizo Omar

FBI kembali bersama Hot FM?

Faizal Ismail
PEMINAT yang merindui suara Mohd Faizal Ismail di stesen radio Hot FM boleh tersenyum gembira, apabila pemilik nama tersebut hari ini mengumumkan akan kembali semula bersiaran di radio digemari ramai itu.

Mohd Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI, menerusi laman Twitternya berkata akan memulakan kerja sambilan di stesen radio tersebut bermula petang ini.

Menurutnya, suaranya akan ke udara dalam satu slot Hot FM Korner yang bersiaran pada jam 12 hingga 4 petang, setiap minggu.

"Dah sebulan lebih tak ke udara. Hari ini mula kerja sambilan.

"Seminggu sekali saja. Sapa nak minta lagu, silakan," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi akaun twitter Hot FM turut mengesahkan perkara tersebut.

"Ha, mesti kamu semua rindu nak dengar suara FBI kan?

"Sebentar lagi jangan lupa layan Hot FM Korner bersama FBI," tulis empunya laman mikro itu.

Pada Oktober lalu, FBI  mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai penyampai radio di Hot FM.

"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.

"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkuasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam.

"Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katnya di Facebook.

Jangan mengkafirkan orang

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

ANTARA ciri wasatiyyah (tidak melampau dan tidak cuai) Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah sikap berhati-hati dalam menghukum pihak lain dengan tuduhan kufur, laknat ataupun neraka.

Mereka sedaya upaya mencari keuzuran bagi pihak yang hendak dikenakan tuduhan sedemikian. Ini kerana perkara yang nampak pada zahir, mungkin tidak sama pada hakikatnya.

Menilai Hakikat

Nabi SAW mengajar kita berhati-hati dalam menuduh orang lain sebagai kafir ataupun musuh ALLAH sewenang-wenangnya. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh ALLAH’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bahkan dalam hadis, Nabi SAW melarang melaknat seorang sahabat yang meminum arak kerana walaupun pada zahirnya dia berdosa dan minum arak adalah perbuatan yang dilaknat.

Namun setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Kejahatan dosa peribadi seseorang tidak semestinya dia sama sekali tidak mempunyai nilai baik yang lain. Mungkin dia lemah pada satu nilai, tapi ada kebaikan lain yang tidak melayakkan dia dilaknat.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW mengajar kita hakikat ini: “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (keldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah SAW ketawa.

Juga pernah Nabi SAW menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka
Baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya ALLAH! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi SAW pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi ALLAH apa yang aku tahu dia mencintai ALLAH dan RasulNya”.

Kekufuran

Kemudian, bagi mereka yang membuat kesalahan yang bawa kepada kekufuran atau dosa besar mungkin tidak sampai kepada mereka ajaran yang sebenar dengan penghujahan yang cukup. Jangan kita sibuk menerakakan orang sedang ALLAH menyebut: (maksudnya) “Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15)

Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat ALLAH dari hukuman azab neraka, antaranya beliau menyebut: “Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin ALLAH- iaitu mereka yang berada di penghujung Rom dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang nyata. Mereka ini berjiran dengan negara Islam dan bergaul dengan kaum Muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad SAW tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya.

Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad mendakwa menjadi nabi…mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan pertama.
Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..” Kenyataan al-Imam Ghazali ini sekalipun beliau bercakap pada zamannya tetapi memberi gambaran sesiapa sahaja yang tidak sampai hujah yang nyata tentang Islam sekali mengetahui nama Islam, tidak termasuk dalam golongan kafir yang layak dihukum neraka. Apatah lagi di zaman kita ini, di mana wajah Islam yang sebenar sering dikelirukan dan orang Muslim juga sering bertindak mengelirukan orang lain tentang Islam yang sebenar. Tuhan Maha rahmat kepada sekelian hambaNya.

Hujah

Mungkin penjelasan mengenai Islam dengan satu pendekatan yang pada zaman dahulu memadai, pada zaman ini sudah tidak memadai lagi. Mungkin memadai untuk segolongan manusia tetapi tidak bagi golongan yang lain. Maka, ALLAH Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut: “Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang ALLAH tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”. Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi: “Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Ilmuwan

Sementara bagi golongan ilmuwan pula kadang-kala berlaku perbezaan pendapat antara mereka sehingga dalam masalah akidah sekalipun. Kita tidak boleh sewenang-wenang menghukum murtad dan kufur atas ijtihad mereka yang berasaskan hujah mereka yang bertujuan mencari kebenaran yang demikian Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) dalam karyanya Daru Ta’arud al-‘Aql wa al-Naql ketika menjawab golongan ulama yang berbeza pendapat dan aliran fikir dengannya, namun beliau tetap memberikan keuzuran untuk mereka dengan penuh kesantunan, katanya: “Kemudian, bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka kecuali mempunyai sumbangan yang berharga, kebaikan yang dipuji juga usaha menjawab ramai golongan mulhid dan bidaah serta membela ramai Ahlus Sunnah. Ini adalah jelas untuk sesiapa yang tahu hal keadaan mereka, berbicara mengenai mereka dengan ilmu, benar, adil dan insaf. Ini (penilaian sebegitu) bukan khusus untuk mereka sahaja bahkan hal seperti ini berlaku kepada beberapa golongan dalam kalangan ahli ilmuwan dan agamawan. ALLAH itu menerima kebaikan dari semua hambaNya yang beriman, Dia memaafkan kesalahan-kesalahan. Ini seperti doa dalam firmanNya: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam jantung hati kami perasaan hasad dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau
Maha melimpah belas kasihan dan Maha Penyayang”. (Surah al-Hasyr, 10).

Sambung beliau lagi: “Tiada syak lagi sesiapa yang mencari kebenaran dan agama dari jalan Rasul SAW. kemudian tersilap dalam beberapa perkara maka ALLAH mengampuni kesalahannya sebagai penunaian kepada doa yang ALLAH sahut untuk NabiNya dan mereka yang beriman tatkala mereka menyebut: (maksudnya) “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersilap (khata`) ”. (Surah al-Baqarah: 286)

Ahbash

Demikian kesantunan ilmu yang berlapang dalam perbezaan pendapat. Hal ini perlu ditegaskan di Malaysia terutama sejak kemunculan golongan Ahbash dan pengikut Hasan Saqqaf yang sering mengkafirkan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka. Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: “Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jemaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang berbahaya dalam persoalan aqidah, fikah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu.

Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi fikah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. 

Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu sama ada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-ngacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

Umat Islam di Malaysia hendaklah kekal dengan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mengamalkan pendekatan yang sederhana dan penuh kesantunan serta insaf dalam menilai pihak yang lain.

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In'

a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.

- ingin selamat di akhirat-

Jawapan :

a. Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.

b- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Air mata Mike Tyson di Taman Raudhah

Air mata Mike Tyson di Taman Raudhah  
Tyson ketika mengerjakan umrah di Makkah.
Air mata Mike Tyson di Taman Raudhah  
Tyson bertemu dengan Presiden Universiti Islam 
Dr Muhammad Al-Oqala di Madinah.

"ANGKAT kotak tu!" jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D'Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.

Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.

Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.

Belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, 'mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam'.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: "Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam."

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.

Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

"Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

"Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar," katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.

Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

"Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah," katanya.

Benarkah Pulau Socotra Yemen merupakan Pulau Dajal Dirantai?

socotra island pulau dajjal
Dunia menyebutnya sebagai pulau Alien, makhluk yang hidup di pulau ini serba aneh dan tidak ditemukan ditempat lainnya. Pulau ini dikatakan begitu indah, namun sama sekali tak tersentuh oleh dunia luar, hingga UNESCO menganugerahkannya sebagai salah satu Lokasi Warisan Dunia.


 
Sejumlah teori dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai tempat dimana Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda.

Pulau Socotra adalah kepulauan kecil yang terletak di Lautan  Hindi, sekitar 80 km sebelah timur tanduk Afrika dan 380 km selatan benua Arab. Kawasannya masuk dalam wilayah Republik Yaman.


Berada disini seperti berada di planet lain, indah namun terkesan sangat aneh. Teori sekaligus mitos pulau ini sebagai penjara Dajjal makin kuat jika disandingkan dengan beberapa teori dan sejarah lainnya bahawa Dajjal pernah dikurung di Laut Yaman.

Menurut penelitian sejumlah pakar, Pulau Socotra merupakan pulau yang terbentuk sejak jutaan tahun silam dengan bentuk asli seperti itu, tak terusik oleh gerakan geologi dari wilayah bumi lainnya. Kerana kewujudannya yang terasing dari dunia luar, maka makhluk hidup yang ada di pulau ini bersifat endemik iaitu tidak ditemui ditempat lain di dunia ini.

Seperti dikutip dari Socotraislandadventure.com, dalam dunia pelancongan pulau Socotra dijuluki sebagai Dunia Yang Hilang. Flora dan fauna di pulau yang mulai menjadi destinasi baru di Timur Tengah ini nampak aneh. Setidaknya ada 900 jenis tanaman aneh disini.


Lihat saja pohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) yang menjadi ikon khas pulau ini. Disebut darah naga kerana getah pohon yang berbentuk payung raksasa ini berwarna merah. Konon getah pohon ini diburu orang sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang pelik (punica protopunica).


Teknik nak kesan kamera CCTV dalam tandas

Jururawat mengaku berkhalwat dengan suami orang

Jururawat mengaku berkhalwat dengan suami orang  
Pasangan yang ditangkap khalwat pada 29 Oktober lalu di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam.

PASIR MAS - Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu.

Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu.

Sarizana didapati bersalah di bawah  Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.

Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta tingkap tertutup rapat.

Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri, seorang wanita memakai kain sarung batik  dan berbaju T telah membuka pintu rumah.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.

Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang tidur.

Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung wanita itu.

Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut bukan suami isteri dan bukan mahram.

Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk diambil tindakan selanjutnya.

Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Norhasney Ridhwan Hassan.

Dari Juruterbang sehingga menjadi penerima bantuan Baitulmal...

'Ada sebab ALLAH uji'

'Ada sebab ALLAH uji'  
Mohd Yatim selesa dengan kehidupannya sekarang

TELOK KEMANG – Rumah bersaiz sederhana bersebelahan PD Marina kelihatan suram.

Penghuninya seorang warga emas Mohd Yatim De Valda, 60, atau lebih dikenali sebagai Atan oleh penduduk tempatan.

Mohd Yatim salah seorang penerima bantuan Baitulmal.

Menariknya, sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai juruterbang syarikat Malaysia Air Lines (MAS), namun dia mengambil keputusan untuk berhenti pada 2002 kerana disahkan mengalami kemurungan.

Berkongsi kisah hidupnya, Mohd Yatim berkata, ibunya merupakan pekerja ladang di Labu sementara ayah pengurus ladang berasal dari New Zealand.

"Mereka bertemu dan jatuh cinta  pandang pertama lalu bernikah dan saya adalah anak tunggal. Namun ketika usia saya sembilan tahun, ayah  kembali ke negara asalnya dan kami terus terputus hubungan walaupun saya beberapa kali mengutus surat kepadanya di sana berdasarkan alamat yang diberikan tetapi tidak pernah menerima balasan.

“Sejak itu saya berazam untuk menjadi juruterbang dengan satu tujuan untuk mencari dan bertemu dengan ayah yang berada di New Zealand,” katanya.

Berjaya capai cita-cita

Ketika usia 19 tahun, ibunya meninggal dunia dan dia meneruskan cita-cita itu dan mula menjalani latihan menjadi seorang juruterbang di sebuah pusat latihan di Indonesia pada 1972.

“Pada 1976 saya berkahwin dan tidak dikurniakan anak. Enam tahun kemudian kami bercerai.

"Ketika usia saya 28 tahun, MAS  melebarkan sayap  menyediakan penerbangan ke New Zealand. Akhirnya impian untuk bertemu semula dengan ayah tercapai dengan bantuan rakan dan saya yakin ia sebenarnya adalah
bantuan ALLAH SWT,” katanya.

Mohd Yatim berkata, dia teruja pertama kali mendengar suara ayahnya di telefon selepas 20 tahun terpisah.

“Saya bertemu ayah setiap kali ditugaskan ke New Zealand. Alhamdulillah, impian saya selama ini tercapai," katanya.

Disah alami kemurungan

Menurut Mohd Yatim, pada 1984, dia sekali lagi berkahwin dan dikurniakan enam cahaya mata, namun langit tidak selalunya cerah apabila jodohnya tidak panjang dan bercerai pada 2005.

“Rumah ini dulu penuh dengan hiasan dari luar negara yang saya beli setiap kali ke sana semasa berkhidmat dengan MAS. Namun atas desakan hidup semuanya habis dijual untuk menyara anak-anak.

“Saya tidak bersara tetapi mengambil keputusan berhenti pada 2002 kerana disahkan mengalami kemurungan akibat tekanan kerana difitnah.

“Ketika itu saya menerima rawatan di wad psikiatri dan terpaksa berhenti kerana memikirkan keselamatan nyawa penumpang," katanya.

Mohd Yatim berkata, selepas berhenti kerja dan bercerai, dia masih mampu menyara dirinya dengan menjual apa-apa barang dimilikinya di rumah itu.

“Dan sekarang saya adalah penerima bantuan Baitulmal. ALLAH ada sebab kenapa dia anugerahkan ujian ini kepada saya,” katanya.

Gambar bulan madu Rozita Che Wan dan Zain tersebar

BERTUAHNYA pasangan pengantin baharu, Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang kini sedang menikmati bulan madu di Venice dan Itali.

Jika sebelum ini, pasangan ini pernah ke London untuk menjalani rakaman pra perkahwinan, kali ini Zain dan Che Ta mengabadikan pula kisah cinta di dua kota cinta itu.

Lihat saja gambar-gambar mesra mereka yang dimuat naik menerusi Instagram milik mereka. Baik Zain mahupun Che Ta, bebar-benar menikmati percutian indah itu.

Selain Venice dan Itali, pasangan ini turut mempunyai perancangan untuk lokasi bulan madu yang seterusnya. Che Ta menerusi temu bual bersama Zass sebelum ini pernah memaklumkan mereka juga akan ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam yang menjadi lokasi percutian idaman mereka.

Sebelum itu, saksikan sendiri foto-foto mesra mereka ketika di Venice dan Itali. Mungkin dalam beberapa hari saja lagi pasangan sama cantik, sama padan ini akan ke Rom dan Eropah pula!

Tayangan 'Fast & Furious' ditunda 2015

BAGI menghormati pelakon utama filem Fast & Furious, Paul Walker yang meninggal dunia pada akhir bulan lalu, filem ketujuh filem tersebut yang dijadualkan tayangan pada 11 Julai tahun hadapan ditunda kepada 10 April 2015.

Pengumuman yang sudah dijangka itu dibuat melalui laman sosial Facebook milik pelakon Vin Diesel yang juga merupakan rakan rapat kepada mendiang Paul Walker. "Kami menyelesaikan adegan akhir bersama-sama dan ketika itu ada suatu rasa yang sangat berbeza sukar untuk digambarkan.

"Filem ini telah siap sepenuhnya, namun tarikh tayangan akan ditunda kepada 10 April 2015," tulisnya seperti dipetik contactmusic.com.

Cody Walker iaitu adik kepada Paul Walker dikatakan menggantikan watak pelakon tersebut sebagai Brian O Conner.

ALONG SEMAKIN KASAR, GUNA AIR KENCING KEATAS PIHAK BERKUASA

Penguat kuasa kena air kencing OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: December 24, 2013 IPOH – Berang bunting dirampas penguat kuasa tempatan, sindiket along bertindak lebih berani dengan memasangnya bersama bungkusan air kencing yang disorokkan di belakang bunting terbabit. Bungkusan itu bertujuan mengenakan anggota PBT yang merentap semasa menurunkan bunting-bunting dalam Op Cantas Khas Vulture (ah long). Kejadian itu dialami Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Firdaus Ahmad semasa menjalankan penguatkuasaan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan 2010. Menurutnya, lebih 10 kali dia terkena air kencing ketika melakukan tugas-tugas menurunkan bunting haram yang dipasang di pokok mahupun tiang-tiang lampu sekitar bandar ini. “Kita tidak nampak bungkusan itu kerana ia tersorok di belakang bunting tetapi bila direntap, habis pakaian basah. Bau, jangan cakap la memang busuk. Saya terpaksa menukar pakaian sebelum meneruskan tugas,” katanya ketika ditemui dalam Op Cantas Khas Vulture (ah Long) bersama MBI di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Sungai Senam di sini, semalam. Dalam Op kira-kira jam 2.30 petang itu, sebanyak 1,500 bunting berjaya diturunkan melibatkan kawasan Ipoh, Batu Gajah, Hilir Perak, Taiping dan Manjung. Ketua Jabatan Siasatan Komersial, Superintendan Maszely Minhad berkata, pihaknya akan mengenal pasti dalang-dalang yang terlibat memberi perkhidmatan pinjawan wang haram itu. Menurutnya, hukuman berat sehingga dikenakan denda RM1 juta diberikan kepada sindiket yang memberi perkhidmatan setelah didapati bersalah mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. “kita akan pantau nombor telefon yang terdapat pada iklan-iklan kita akan hantar ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk kenal pasti dalang-dalang itu, buat risikan dan tangkapan sehingga didakwa. “Individu yang menggantungkan iklan pinjaman wang haram itu juga akan turut diambil tindakan mengikut Seksyen 29AA akta yang sama yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beribu-ribu Ikan mendarat di Pantai Lahad Datu...

Beribu-ribu ikan timbul di pesisiran pantai Kampung Tabisan di bahagian Timur Sabah, Lahad Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda bencana yang bakal berlaku hujung tahun ini.

Penduduk kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan tamban. Bagaimanapun penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini sudah berlaku sejak tiga tahun dulu.

"Tetapi tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat banyak," katanya dipetik daripada Mstar Online. Suzila berkata, dia percaya musim sekarang yang berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini naik ke darat tetapi hanya dua atau tiga hari sahaja.

Ikan-ikan tersebut dipungut dan dimasak, manakala ada juga penduduk kampung yang menjual ikan tersebut di Lahad Datu atau daerah lain. Ikan tamban terkenal di kalangan penduduk kampung tersebut. – 24 Disember, 2013.

Disebalik Rahsia Dara Gadis Yang Perlu Anda Ketahui

Aoran Aziz: Syukur isteri ambil keputusan berhijab

Aaron Aziz  
Manis. Wajah Diyana Halik ketika ayu tatkala menggayakan hijab. - Foto Ihsan Aaron Aziz

PELAKON terkenal, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz melahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab.

Memetik laporan mStar Online, Aaron, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.

"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, semalam.

Sementara itu, menurut Diyana, tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung.

Tambahnya lagi, Aaron kerap kali menghantar video-video dan bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hatinya untuk berhijrah.

"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya yang belum berkesempatan membeli tudung untuk membolehkan imejnya kelihatan lebih sempurna,” katanya.

Borang Online Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 2014 | Permohonan dan Syarat

br1m-3.0-2014

Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan.
    1.Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650. 
    2.Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.
    3.Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online
Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”. Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga  lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan.




Borang permohonan br1m 3.0 2014 borang permohonan br1m 3 0 pendaftaran pemohon baru 2014

Permohonan dan Pendaftaran BR1M 3.0

Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya. Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan:

Isi RumahSyarat
Bantuan RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Isi RumahSyarat
Bantuan RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)

Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun dudaSyarat
Bantuan RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Menurut maklumat awal, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak secara automatik. Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan.

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi:
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
  • Pembayaran BR1M 3.0 akan dibayar 2 kali setahun bermula tahun 2014
  • Pembayaran BR1M 3.0 Malaysia akan dibayar terus ke akaun bank anda
  • Tujuannya, kerajaan mahu menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan.
  • Pengumuman BR1M 3.o Malaysia akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Oktober 2013 ini.

Kalimah Allah, Sensitiviti Agama Jadi Topik 'Perbicaraan' Orang Ramai Pada 2013

KUALA LUMPUR: Apabila kalimah 'Allah' dibawa ke mahkamah, ramai yang memberi perhatian, dan saluran yang diambil sesetengah pihak ini menjadikan ia topik 'perbicaraan' orang ramai tahun 2013.

Walaupun isu ini tercetus pada 2009, tetapi perhatian tertumpu apabila kes itu dibawa untuk rayuan di mahkamah tahun ini.

Pada 14 Oktober lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, sebulat suara memutuskan membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan mereka 'The Herald'.

Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakannya.

Hakim Mohamed Apandi berkata mahkamah berpendapat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Beliau berkata dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbishp of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan buletin mingguan mereka.

"Nama Allah tidak muncul walaupun sekali sama ada dalam kitab Perjanjian Lama atau Baharu. Dalam dunia Bible, 'God' sentiasa dikenali sebagai Yahweh," kata Hakim Mohamed Apandi.

Yang menjadikan 'perbicaraan' orang ramai ini berterusan ialah apabila kes itu tidak berakhir di situ kerana pihak Gereja Katolik telah membuat permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan yang akan didengar pada 24 Feb 2014 di Mahkamah Persekutuan.

Selain kalimah Allah, isu mempermainkan agama oleh pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee turut menghangatkan cerita mahkamah tahun ini apabila mereka didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook iaitu kandungan gambar dan komen hidangan berbuka puasa tetapi menggunakan Bak Kut Teh (daging babi) dengan logo kononnya halal.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di laman sosial dan turut menghadapi pertuduhan memuat naik di laman Facebook kandungan gambar dan komen yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Kehangatan 'perbicaraan' orang ramai mengenai pasangan ini tertangguh sementara apabila mereka akan dibicarakan pada 8 Januari tahun depan.

Turut tersenarai dalam diari kes utama dan hangat mahkamah pada tahun ini adalah keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan mengemukakan 25 orang saksi dan sebanyak 173 eksibit termasuk dokumen kerajaan berstatus 'rahsia' manakala Dr Ling memanggil sembilan saksi, termasuk dirinya dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Ling, 70, berhak untuk menarik nafas lega apabila Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak merayu atas keputusan itu.

Pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu turut menjadi episod penting perbicaraan besar di mahkamah tahun ini.

Kes ini merupakan kes kedua yang dibicarakan melibatkan pertuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong selepas kes kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sebanyak 31 tertuduh termasuk empat rakyat Malaysia dihadapkan ke muka pengadilan, seorang daripadanya adalah anggota polis Koperal Detektif Hassan Ali Basari yang didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong yang boleh membawa hukuman mati.

Hassan yang didakwa menyembunyikan maklumat, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun, manakala kes terhadap 30 tertuduh lagi akan mula dibicarakan pada 6 Januari 2014 di Penjara Kota Kinabalu.

Satu lagi kes ancaman keganasan yang dibawa ke mahkamah ialah pengusaha kantin, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat, dan pembantunya Muhammad Hilmi Hasim, yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Kedua-duanya masih menunggu proses perbicaraan dan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pada tahun ini juga, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada tuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, kes pembunuhan berprofil tinggi yang menggemparkan negara pada 2006.

Panel tiga hakim mengetepikan hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 dan berikutan keputusan itu pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Selain itu, lantikan peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa utama dalam rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, turut menjadi isu tahun ini dan Anwar telah membuat permohonan sebanyak dua kali untuk mengetepikan lantikan berkenaan.

Permohonan pertama beliau ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun ini dan rayuannya di Mahkamah Persekutuan juga ditolak. - BERNAMA

Kitar semula telefon bimbit

 Kitar semula telefon bimbit  
Pengarah Eksekutif MNS, Shah Redza Hussein (kiri) dan 
Sean Ng menunjukkan lebih 10,000 telefon terpakai yang 
berjaya dikumpulkan untuk dikitar semula.

SELARAS dengan inisiatif untuk membendung atau menurunkan kadar pembaziran dan pencemaran yang disebabkan oleh bilangan telefon pakai buang yang melampau di Malaysia, Ninetology Asean dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) menubuhkan program kitar semula telefon mudah alih yang eksklusif, Smart Ecology 2, untuk mengurangkan kesan kerosakan yang berleluasa terhadap alam sekitar.

MNS mengiktiraf Ninetology sebagai pemangkin program positif ini yang serentak diaktifkan di seluruh negara.

Sebelum program ini, pengguna yang ingin memiliki telefon baharu tidak ada cawangan yang benarkan mereka untuk sekali gus menyumbang ke arah pembaikan alam sekitar.

Dengan inisiatif baru ini, pengguna kini ada pilihan untuk beli telefon pintar Ninetology yang baharu dengan potongan harga, hanya dengan konsep ‘trade-in’ telefon-telefon lama pengguna.

Telefon-telefon lama yang dikumpulkan oleh MNS dan pasukan ‘Recycle for Nature’ akan dilupuskan atau dikitarkan semula secara beretika dengan kaedah ‘Green Recycling’. Peranti yang masih boleh digunakan akan diasingkan untuk penghasilan peranti baharu akan datang.

“Ia tidak begitu bijak untuk mengumpul peranti-peranti lama yang tidak digunakan di dalam rumah kita sendiri, kerana ia mendedahkan ancaman bahaya kepada seisi keluarga dalam jangka masa panjang. Terutama, apabila adanya telefon-telefon pintar baharu yang dilancarkan hampir setiap hari.

"Oleh itu, inisiatif Smart Ecology 2 bersama MNS mampu mendedahkan pilihan baharu bagi pengguna untuk menaik taraf telefon mereka, di samping merebut peluang menyumbang kembali kepada alam sekitar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology Asean, Sean Ng.

Umat Islam di Myanmar terus ditindas dan dibunuh Penganut Buddha

 
 
Tangisan Syria Di Bumi Jordan

Umat Islam di Myanmar terus ditindas dan dibunuh Penganut Buddha. Masjid-masjid dan madrasah dibakar, rumah dan kedai milik orang Islam dimusnahkan. Angka kematian terus meningkat hingga ke hari ini.

Mana suara Malaysia untuk Rohingya? Mengapa tiada kenyataan tegas mengecam pembunuhan umat Islam di sana. Malaysia terus menyertai Sukan Sea 2013 di Myanmar, sepatutnya boleh saja tarik diri sebagai tanda protes.

Ah, tidak pelik pun sebenarnya, penggulingan Mursi pun disokong, kekejaman di Syria juga tidak dipeduli, inikan hanya minoriti kecil umat Islam di Rohingya, apa peduli.

Tiada bukti anda cinta Islam. Undang-undang Tuhan tidak dilaksana, keadilan rakyat tidak diberi, ulama'-ulama' diketepi.

Syukurlah Malaysia masih aman.

Coretan:
Kailani Zahari.
Mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa
Malaysia Jordan (MPMMJ)

Benarkah kurus itu cantik?

http://1.bp.blogspot.com/-bABy0FXuQkA/UBypQMx58dI/AAAAAAAAAZw/YIEUzKS7Gsk/s1600/gem0k+kurus.jpgKURUS atau Langsing menjadi impian semua orang, baik lelaki mahupun wanita. Sering kali cantik itu dikaitkan dengan kurus. Kurus itu cantik. Dua benda yang sangat sinonim.

Wanita berbadan gemuk dikatakan kurang menarik. Hakikatnya semua orang mahukan tubuh langsing. Ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu untuk melakukan pembedahan membuang lemak-lemak di badan. Kurus membolehkan mereka berjalan dengan langkah yang bertenaga dan lebih yakin.

Berat 45 kilogram dan ke bawah adalah timbangan yang ingin dicapai bagi golongan berbadan besar. Semakin kurus semakin mereka suka tanpa menyedari keadaan itu akan memudaratkan diri juga. Mereka mengandaikan berat berlebihan adalah tidak cantik dan memalukan.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan mereka menjadi seorang yang pasif dan kurang dalam pergaulan, sama ada sesama jantina ataupun berlawanan jantina. Kurus, gemuk dan cantik biasanya menghantui wanita berbanding lelaki.

Diet yang melampau, pil kurus mahupun ke pusat-pusat kecantikan menjadi pilihan mereka yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal.

Mereka sanggup berbelanja besar membeli pil-pil tersebut tanpa menghiraukan kemudaratan menanti di kemudian hari. Sudah ramai yang menjadi mangsa, terpedaya, namun sehingga kini tiada orang serik menggunakan bahan-bahan terlarang untuk mendapatkan bentuk tubuh badan ramping.

Jumlahnya tidak pernah berkurangan malah lambakan produk-produk dan pil-pil tersebut menunjukkan bahawa ia mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat.

Pernahkah kita berfikir mengapa saiz S menjadi pilihan si gadis? Tapi dengan pemakanan yang tidak boleh dikawal, bagaimana impian langsing akan jadi nyata?

Makan itu boleh tetapi makan perlu baik. Makan secara baik ini bukan sahaja boleh melangsingkan badan, malah sangat memberi kesan positif kepada kesihatan.

Diet itu perlu bagi sesiapa yang bertubuh gempal melebihi tahap BMI, namun diet yang melampau dan melebihi batas kemampuan badan hendaklah di hentikan dengan kadar segera.

Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya dari bentuk badan yang cantik. Terdapat beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan dengan makan yang baik.

Pertama mengelakkan makan makanan ringan seperti kerepek, biskut, jajan dan sebagainya. Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan, di samping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan.

Kedua pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’. Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe, telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti daripada sumber kekacang.

Ketiga makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti yang kita ketahui buah-buahan dan sayuran hijau mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan.

Keempat, banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia.

Sentiasa amalkan lapan gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

Kelima amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 yang boleh menurunkan berat badan.

Petua-petua ini jika diamalkan mampu menyumbang kepada berat badan ideal dan juga kesihatan yang baik. Tidak salah kalau mencuba andai mahukan tubuh badan yang cantik dan sihat.


Maznira Abdul Razak,
Pelajar semester 3 Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts