Rumah Sewa RM50 dari kisah benar

OLEH: AQMAR MUSTAZA
Tarikh: January 4, 2014

BAGI anda pernah tinggal atau belajar atau bekerja di Shah Alam, pasti pernah mendengar mengenai kisah rumah sewa RM50.

Bahkan, ada juga mereka yang tinggal di luar Shah Alam mengetahui mengenai kisah mengenai sebuah rumah yang disewakan dengan harga murah kepada pelajar atau pekerja.

Dek kerana harga yang murah, ramai yang tertarik untuk menyewa di situ, namun malangnya tidak ramai yang bertahan untuk menyewa di situ selama sebulan.

Rentetan daripada kisah itu, M Jamil membawakan sebuah filem Rumah Sewa RM50, yang digarap semula berdasarkan kisah tersebut.

Filem yang membariskan M Jamil, Delimawati, Boy Iman, Ery Zukhairi, Amirulshah, Raji Simran, Mayumi Kasuga, dan Yulina itu mengisahkan tentang sekumpulan lima sahabat sekerja bernama Wan, MJ, Cassandra, Raji dan Hazel yang mencari rumah sewa.

Mereka gembira kerana berjaya mendapatkan rumah sewa dalam waktu singkat walaupun rumah tersebut terletak jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Tapi yang paling penting, rumah sewa tersebut amatlah murah. Tanpa berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menyewa rumah tersebut walaupun tuan rumah telah menceritakan perihal rumah tersebut kepada mereka.

Semasa mengemas rumah sewa baru mereka, ada di antara lima sahabat dengan tidak sengaja telah membangkitkan ‘mereka’ yang telah lama menghuni rumah tersebut. Hari pertama mereka mendiami rumah tersebut, Cassandra telah dirasuk.

Semasa mereka mencari punca perkara itu berlaku, Hazel dan Raji pula menghilang secara tiba-tiba. Wan dan MJ buntu mencari punca semua peristiwa itu terjadi sehingga menyebabkan Wan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut.

Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku malam itu. Ke mana Hazel dan Raji menghilang? Bagaimana pula dengan Cassandra? Dapatkah MJ dan Wan menyelamatkan rakan-rakan perempuan mereka?

Ibu kena rompak dengan pisau rambo..

Baca ayat Kursi tenangkan ibu

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: January 4, 2014

RANTAU PANJANG - Seorang anak cemas apabila mendapati ibunya meracau dan menangis selepas disamun menggunakan pisau dekat Taman Semasa, Lubok Jong, jam 7.40 pagi kelmarin.

Syarifah Murni Hajar Syed Hasan, 19, yang baru sahaja pulang ke rumah selepas menghantar kakaknya bekerja, terkejut apabila menemui ibunya, Sharipah Rabiah Syed Sulaiman, 57, terbaring di muka pintu.

"Ibu cuba memberitahu saya sesuatu, namun esakannya serta raungannya menyebabkan saya tidak dapat memahami perkara sebenar.

"Hanya selepas saya meminta ibu beristighfar dan membaca ayat Kursi, barulah dia mula bertenang dan menceritakan detik cemas ketika dia disamun bersenjatakan pisau," katanya, semalam.

Sharipah Rabiah berkata, selepas Murni keluar menghantar kakaknya bekerja, dia menuju ke pintu namun terkejut apabila mendapati dua lelaki bertopeng menerpa masuk ke rumah sehingga menyebabkannya terjatuh.

Menurutnya, suspek mengacukan pisau rambo ke lehernya sambil menyentap rantai leher dan tiga gelang tangan emas.

"Disebabkan suspek menutup muka ala 'ninja', saya tidak dapat mengecam kedua-kedua penjenayah ini.

"Sejurus mendapat barang kemas, mereka terus melarikan diri ke semak bersebelahan rumah," katanya.

Meskipun Sharipah Rabiah kerugian RM4,000 namun, dia bersyukur kerana terselamat dari sebarang kecelakaan malah, ibunya, Pah Limah Syed Yahya, 86, yang terlantar sakit, tidak diapa-apakan.

Selain itu katanya, walaupun terdapat barang berharga seperti telefon bimbit dan komputer riba, namun suspek tidak menyedarinya sebaliknya terus melarikan diri sebaik mendapat barang kemas tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.

"Buat masa ini suspek masih belum dikenal pasti dan mangsa juga tidak dapat mengecam penjenayah terlibat.

"Namun, usaha mendapatkan maklumat serta mengesan suspek sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Untungnya menjadi PENGEMIS sehingga berjaya mengutip RM433 setiap hari..!!

Pengemis kaya

Susunan Siti Salmiah A Hamid

Seorang peminta sedekah mendakwa dirinya kehilangan tempat tinggal. Dia hidup dengan bantuan, namun tinggal di sebuah rumah flat pada kadar sewa RM5,412 sebulan di kediaman mewah pinggir bandar.

Dia kemudian­nya ditangkap atas sebab penipuan.

Suatu ketika, bersama anjing yang setia di sisi­nya, Christopher Turner, 51, menjadi penunggu tetap di luar bank cawangan HSBC selama lima tahun.

Untuk menarik perhatian orang ramai yang melewati sekitar bank itu, dia bijak menggunakan bahan terbuang dengan menulisnya di atas kadbod bersama gambaran salib atau bintang yang me­ngandungi ayat memohon simpati seperti: “Tidak berumah - Tolonglah bantu saya - Saya amat berterima kasih - Terima kasih, Tuhan memberkati kamu.”

Secara realitinya, dia menerima sumbangan sehingga RM433 sehari dengan hanya menambah manfaat sedia ada.

Menurut penduduk tempatan, Turner menyamar sebagai peminta sedekah yang tidak berumah dan menjadikannya sebagai kerjaya tetap dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari.

Dia kemudian akan pulang ke rumah yang ha­nya sejauh 1.6 kilometer di kawasan pinggir bandar di Surbiton, South West London.

Kadar sewa di kawasan itu berharga sehingga RM5,412 sebulan untuk rumah yang sama besar ­dengan flat berkenaan.

Turner ditangkap pada Oktober 2013 dan didakwa atas kesalahan mengemis, malah melakukan penipuan. Dia mengakui kesalahannya itu di Mahkamah Majistret Wimbledon.

Polis Kingston, Sarjan Dave Williams berkata: “Lelaki ini mempunyai tempat tinggal. Dia menerima bantuan perumahan dan lain-lain bantuan kewangan untuk menyokong hidupnya. Masih ramai lagi yang kehilangan tempat tinggal dan hidup gelandangan.”

Penduduk setempat membawa perkara ini ke sebuah forum dalam talian, Surbition.com dan meraikan penangkapan Turner.

Salah seorang daripada mereka menulis: “Insiden paling lucu yang saya saksikan apabila Turner berhujah dengan seseorang yang dilihat seperti teman wanitanya dengan berkata, anda perlu berhenti mengadu kerana saya yang keluar bekerja sepanjang hari!”

Sementara yang lain pula berkata: “Lelaki ini mempunyai sebuah flat di Surb dan pastinya bukan dalam kalangan mereka yang tidak berumah!”

Seorang wanita cuba membantunya dengan cara mahu membela anjingnya tetapi dia menolak kerana menggunakan anjing itu untuk mengemis. Dia sememangnya mempunyai wang. Saya simpati pada anjing itu.

“Berkemungkinan dia mengaut lebih banyak wang daripada segelintir mereka yang menderma kepadanya tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus menderma.

“Perbuatan itu benar-benar mengejutkan saya selepas mengetahui betapa ramai yang memberi wang kepada orang seperti lelaki ini,” katanya.

Penduduk tempatan yang ketiga pula berkata: “Dia tinggal di flat yang selesa, mempunyai teman wanita serta hidup dengan pelbagai manfaat dan menambah RM433 setiap hari, mengemis sambil menadah mangkuk di luar sebuah bank,” katanya.

Polis turut mengulas dalam media sosial itu menerusi ‘tweet’ oleh polis Kingston: “Chris Turner disabitkan atas kesalahan mengemis dan melakukan penipuan. Dia sering meminta-minta bersama papan tandanya yang mengatakan dia tidak berumah, sedangkan itu tidak berlaku!”

Namun sebenarnya, penduduk sudah bertahun-tahun mengenali Turner sebagai seorang penipu.

Dia dilabel sebagai melakukan penipuan pada tiga tahun lalu di Surbiton.com, selepas ditangkap menyembu­nyikan barangan mengemis sebelum dia pulang ke
rumah.

Salah seorang pengguna menulis: “Lelaki miskin yang bersidai di luar HSBC bukan orang yang tidak berumah.

“Dia merayu untuk mendapatkan wang dan kemudiannya menuju ke kedai Londis untuk membeli arak sambil menjerit dan menyumpah seranah. Dia juga meminjam anjing daripada teman wanitanya untuk mendapatkan lebih simpati.”

Turner dikehendaki membayar denda dan kos berjumlah RM612, ditolak daripada manfaat yang diterimanya setiap bulan selepas mengaku bersalah atas kesalahan mengemis dan melakukan penipuan.

Ajaib.. Wanita Kongsi Selimut pun sudah mengandung sekarang ini..!

Dunia oh Dunia... Ini boleh dikatakan satu benda pelik nie.... Jadi siapa yang dok pinjam kain selimut, seluar bukan kaum sendiri tu berhati hatilah...

Keutamaan tinggal di Mekah

KOTA Mekah yang terletaknya Kaabah sebagai kiblat umat Islam.ADA sebahagian pihak yang cenderung tidak mahu tinggal di kota Mekah dengan alasan takut berasa bosan di sana.

Mereka berhujah dengan apa yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar bin Khattab RA, akibat khuatir orang tidak mahu meninggalkan Kaabah.

Saidina Umar pernah memerintahkan kepada beberapa kelompok jemaah haji yang datang dari luar kota Mekah dengan berkata: "Wahai orang-orang Yeman, pulanglah kamu ke Yeman!

Wahai orang-orang Syria, pulanglah kamu ke Syria! Wahai orang-orang Iraq, pulanglah kamu ke Iraq! Sebab ada yang mengatakan bahawa hal itu dapat membangkitkan rasa rindu kamu untuk kembali ke sini setelah berpisah.

"Allah SWT berfirman mengenai Kaabah: "Sebagai tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman.

"Tentang keutamaan tinggal di Mekah bagi orang-orang yang sanggup memenuhi haknya boleh dilihat berdasarkan suatu riwayat yang menyatakan bahawa ketika Nabi SAW kembali ke Mekah.

Baginda menuju ke Kaabah dan bersabda di sana: "Sesungguhnya di sinilah sebaik-baik bumi Allah dipijak dan negeri Allah yang paling aku cintai.

Seandainya aku tidak dikeluarkan dari negeri ini, tentu aku tidak akan keluar dari sini (Kaabah)."Sumber: Ringkasan Ihya' Ulumiddin Imam Ghazali terbitan Berlian Publications Sdn. Bhd.Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_04.htm#ixzz2pJz6WtbcHakcipta terpelihara 

Kenal pasti lima ancaman siber

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 2, 2014

FORTINET, peneraju global rangkaian keselamatan berprestasi tinggi mengenal pasti lima ancaman ramalan keselamatan siber oleh Fortiguard Lab 2014.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, lima penekanan itu adalah Malware Android berkembang ke sistem kawalan industri, pertempuran menghadapi Deep Web, vendor keselamatan rangkaian disaran lebih telus, peningkatan serangan kepada Windows XP dan biometrik untuk pengesahan akan meningkat.

Syarikat itu berkata, antara lima ancaman itu, Fortinet menjangkakan kemunculan peranti baharu mengandungi sistem kawalan industri ICS/SCADA, bagi persediaan menghadapi ancaman 'mobile-Stuxnet' tahun depan.

Ia bertujuan mengelakkan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) termasuk alat-alat automasi rumah baharu yang mempunyai kawalan ke atas penggunaan elektrik seperti peti sejuk, sebagai salah satu cara mengetahui ketiadaan penghuni untuk merompak rumah.

Selain itu, syarikat itu juga menjangkakan tahap penelitian meningkat dan akauntabiliti di peringkat vendor rangkaian keselamatan.

"Pelanggan tidak lagi akan menerima "hak milik keselamatan keras OS", sebaliknya meminta bukti.

"Tindakan itu akan menunjukkan ketelusan lebih tinggi di seluruh pengurusan rantaian bekalan, pengurusan tampalan dan amalan Secure Development Lifecycle (SDL)," katanya.

Microsoft juga akan menamatkan sokongan untuk Windows XP pada 8 April 2014, berikutan kelemahan baharu ditemui tidak akan diperbaiki, membolehkan sistem seluruh dunia terdedah serangan.

Menurut NetMarketShare, pada September 2013, Windows XP masih digunakan pada 31.42 peratus komputer riba di dunia.

10 trend telefon pintar 2014

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 3, 2014

SIAPA boleh hidup tanpa teknologi di saat dunia memasuki lembaran baru 2014? Teknologi kini menjadi sebahagian daripada kehidupan, bukan lagi satu kemahuan tetapi keperluan.

Hari ini, telefon pintar mengubah sama sekali corak kehidupan manusia, menghubungkan setiap individu dengan seluruh dunia di mana sahaja mereka berada.

Kajian terbaru Ericsson ConsumerLab melibatkan 100,000 pengguna di 40 negara menunjukkan trend dijangka dapat dilihat dalam industri teknologi bagi tahun ini. Presiden Ericsson Malaysia dan Sri Lanka Todd Ashton berkata, teknologi terus mengubah cara hidup masyarakat dan cara individu berinteraksi antara satu sama lain.

"Seperti dilaporkan dalam Laporan Mobiliti, bulan lalu, kini terdapat 6.7 bilion langganan bagi peranti bimbit di peringkat global, dan ini akan terus meningkat. Dengan pertumbuhan perkhidmatan Internet 4G LTE dan infrastruktur di negara ini, kami menjangkakan telefon pintar akan terus mendominasi sebagai peranti pilihan pengguna untuk penggunaan Internet.

"Ini akan membantu mengurangkan jurang digital dan membolehkan akses lebih baik kepada aplikasi dan perkhidmatan lain yang menjadikan kehidupan moden lebih terurus dan mudah," katanya.

1. Aplikasi ubah masyarakat

Penggunaan telefon pintar yang meningkat begitu cepat di seluruh dunia sama sekali mengubah cara kita berkomunikasi dan menggunakan Internet. Kini, kita memasuki fasa baru iaitu kepelbagaian penggunaan telefon pintar, dan pengguna mahukan banyak aplikasi bagi semua sektor dalam kehidupan. Ini termasuklah daripada aplikasi membeli-belah, penjagaan harian sehinggalah aplikasi untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan untuk pengangkutan. Aplikasi kini menjadi lebih penting berbanding telefon pintar itu sendiri.

2. Tubuh jadi kata laluan

Laman web kini meminta kata laluan yang lebih panjang dengan gabungan nombor, huruf dan simbol, menjadikan hampir mustahil untuk kita mengingatinya. Ini menyebabkan lebih ramai orang berminat untuk menggunakan biometrik sebagai kata laluan. Kajian Ericsson menunjukkan 52 peratus pengguna telefon pintar mahu menggunakan cap jari mereka berbanding kata laluan dan 48 peratus berminat menggunakan imbasan mata untuk membuka kunci skrin telefon bimbit. Sebanyak 74 peratus responden percaya telefon pintar dengan kemudahan biometrik akan menjadi perkara biasa tahun ini.

3. Ukur kuantiti diri

Tekanan darah, denyutan nadi dan jumlah langkah kaki setiap hari adalah antara contoh perkara yang pengguna ingin ukur menggunakan telefon pintar atau peranti, melalui data yang dimasukkan sendiri. Apa yang kita perlukan hanyalah satu aplikasi untuk menjejaki aktiviti yang dilakukan dan untuk mengenal diri sendiri dengan lebih baik. Sebanyak 40 peratus pengguna telefon pintar mahu menggunakan telefon masing-masing untuk merekodkan semua aktiviti fizikal dilakukan mereka manakala 56 peratus pengguna mahu memantau tekanan darah dan denyutan nadi menggunakan alat seperti cincin.

4. Internet di mana saja

Pengguna telefon bimbit kini mahukan liputan Internet di mana sahaja mereka berada. Pengalaman menggunakan Internet kini masih berada di belakang liputan untuk panggilan suara, dengan pengguna telefon pintar sedar palang isyarat pada telefon mereka tidak lagi memberikan panduan yang tepat kerana isyarat yang mencukupi untuk panggilan suara mungkin tidak begitu bagus untuk perkhidmatan Internet. Kajian mendapati pengguna paling tidak berpuas hati dengan kualiti Internet di stesen kereta api bawah tanah.

5. Telefon pintar kurangkan jurang digital

Akses Internet di peringkat global masih lagi tidak mencukupi dan agihannya tidak sama rata, menyebabkan timbul isu yang digelar jurang digital. Kemunculan telefon pintar yang lebih murah bermakna pengguna tidak lagi memerlukan komputer mahal untuk mendapatkan akses kepada Internet. Sebanyak 51 peratus pengguna di seluruh dunia merasakan telefon bimbit mereka adalah alat teknologi paling penting, dan bagi ramai pengguna, telefon bimbit menjadi peranti utama untuk penggunaan Internet, berbanding komputer.

6. Manfaat online melebihi kebimbangan

Dengan Internet kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, risiko yang dikaitkan dengan penggunaannya menjadi semakin jelas. Sebanyak 56 peratus pengguna harian Internet bimbang mengenai isu privasi mereka. Namun, hanya empat peratus berkata mereka akan mengurangkan penggunaan Internet. Sebaliknya, pengguna mula merangka strategi untuk meminimumkan risiko termasuk lebih berhati-hati dalam memberikan jenis maklumat peribadi bagi urusan dalam talian.

7. Video semakin popular

Walaupun mempunyai banyak jenis media untuk dipilih, pengguna dilihat kurang cenderung untuk memilih sendiri apa yang ingin ditonton. Rakan-rakan menjadi pengaruh penting dalam menentukan bahan video apa yang ditonton. Kajian menunjukkan 38 peratus daripada responden berkata mereka menonton klip video yang disyorkan rakan mereka sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu. Kajian juga menunjukkan rakan-rakan turut mempengaruhi tabiat membaca blog dan mendengar muzik bagi pengguna telefon pintar.

8. Pantau penggunaan data

Sebanyak 48 peratus pemilik telefon pintar menggunakan aplikasi untuk lebih memahami penggunaan data mereka. Sebanyak 41 peratus gunakan aplikasi untuk mengetahui banyak mana data yang digunakan manakala 33 peratus lagi menggunakan aplikasi untuk memastikan bil yang diterima berpadanan dengan penggunaan data. Sementara itu, 31 peratus pengguna memantau jumlah data untuk memastikan mereka tidak melebihi had ditetapkan penyedia perkhidmatan dan 37 peratus pengguna menggunakan aplikasi untuk menguji kelajuan Internet mereka.

9. Kod imbasan di mana saja

Disebabkan perkhidmatan Internet interaktif kini menjadi perkara biasa, pengguna semakin mengharapkan persekitaran fizikal untuk menjadi responsif. Menjelang hujung 2016, kira-kira 60 peratus pengguna telefon pintar percaya alat imbasan akan digunakan dalam semua perkara daripada penjagaan kesihatan kepada pengangkutan awam, kereta, rumah dan tempat kerja.

10. Tonton TV semasa bergerak

Sebanyak 19 peratus daripada masa menonton video secara langsung dilakukan menggunakan telefon bimbit atau tablet. Pengguna semakin ramai yang menukar lokasi di mana mereka menonton televisyen untuk menyesuaikannya dengan kehidupan harian mereka. Contohnya, pengguna mungkin mula menonton rancangan televisyen di rumah, kemudian menekan butang pause dan menyambung semula tontonan semasa perjalanan ke tempat kerja.

Fasa bahagia Rozita Che Wan

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 3, 2014

KATA orang, perkahwinan mampu mengubah hidup seseorang ke arah kehidupan yang lebih sempurna dan membahagiakan.

Begitulah yang dirasai oleh aktres, Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 11 Disember lalu.

Baru sahaja pulang dari Singapura selepas bercuti bersama keluarga tercinta termasuk adiknya, Ayu Raudhah, Che Ta berkata, mereka sebelum itu ke beberapa negara Eropah untuk berbulan madu.

"Alhamdulillah kehidupan selepas kahwin, hidup semakin baik dan lebih baik. Semuanya juga baik-baik sahaja sekarang.

"Saya baru sahaja sampai dari Singapura semalam dan akan mula bekerja pada Selasa ini. Saya terlibat dengan penggambaran di bawah Zeel Production untuk telefilem cerekarama di TV3. Masak pun belum sempat untuk Zain," katanya dengan penuh ceria kepada Zass.

Di usik mengenai soal cahaya mata, Che Ta berkata, dia berharap ada rezeki buatnya dalam masa terdekat ini. Sementelah lagi, dia memang mengharapkan mempunyai cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan lelaki berusia 30 tahun itu.

"Saya 'speechless' sikit nak cakap mengenai hal ini. Tapi saya harap adalah rezeki. 'Soon'," ujarnya ringkas.

Beralih mengenai soal karier pula, Che Ta berkata, sehingga kini dia masih lagi dilimpahi dengan tawaran lakonan, namun dalam masa yang sama, dia juga mahu mempunyai lebih masa bersama butik tudung yang baharu lagi beroperasi.

Che Ta berkata, biarpun banyak, dia masih tetap memilih naskhah dan produksi yang baik. Manakala Zain pula tidak pernah meletakkan apa-apa syarat terhadap kariernya selepas ini.

"Tawaran masih sama macam dulu, cuma kini saya rasa malas sikit nak keluar bekerja kerana sudah lama bercuti.

"Jika ada tawaran yang menarik, saya tak menolak untuk menerima. Zain juga tidak pernah meletakkan syarat watak apa yang boleh atau tidak. Atau pun dengan siapa yang boleh saya berlakon atau tidak.

"Cuma sekarang, fokus saya lebih kepada butik dan saya mungkin akan ke Bangkok dan Dubai pertengahan bulan ini untuk mencari material bagi koleksi terbaru butik yang akan dilancarkan bulan Mac ini," jelasnya.

Che Ta berkata, dia tidak mempunyai azam untuk tahun ini dan mengharapkan semuanya berjalan dengan baik, sama ada melibatkan soal rumah tangga dan juga kerjaya.

Trending FB: Ramai murid tersepit di kerusi?


Trending FB: Ramai murid tersepit di kerusi?  
Wajah murid-murid yang dirakam tersepit pada kerusi di hari pertama persekolahan yang tersebar di laman sosial Facebook. Foto Ihsan Facebook

SHAH ALAM - Hari ini merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, pelbagai ragam dan keletah murid-murid yang menarik perhatian lensa kamera. 
Carian Sinar Harian Online di laman sosial Facebook mendapati ‘keterujaan serta kegembiraan’ murid yang baru memasuki alam persekolahan terselit dengan adegan ‘mencuit hati' tak kurang juga yang mencemaskann.
Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam lensa kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam. Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi. 
Benarkah gambar-gambar yang dikongsikan ini adalah senario sebenar, mungkin pembaca di luar sana ada jawapannya. 
Kepada pembaca, sekiranya anda maklumat sahih mengenai ‘kejadian’ ini bolehlah berkongsi bersama kami.

Antara Puan, Pemuda & Pemesin Rumput

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan.

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2013 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2014.

Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

~ Oh! Media

Gergaji kaki sendiri kerana miskin

Gergaji kaki sendiri kerana miskin 
 Zheng memotong kaki sendiri pada tahun 2012 kerana beliau tidak mampu untuk membayar kos perubatan hospital. - Foto Ihsan BBC News
HEBEI - CHINA. Seorang petani di China memotong sendiri kakinya yang telah dijangkiti kerana tidak mampu menampung rawatan di hospital.

Jangkitan kaki Zheng Yanliang dari provinsi Hebei di utara China itu bermula tahun lalu sehingga dia berdepan kegagalan aliran darah.

Ketika menemui doktor sebelum itu, Zheng, 47 tahun mula sedar bahawa dia bakal kehilangan kaki apabila doktor memberitahu dia perlu menjalani pembedahan.

“Saya bertanya berapa kos pembedahan tersebut dan doktor memberitahu satu kaki mencecah RM 162,000 dan lebih RM 541,000 bagi kedua-dua kaki.

“Saya tak mampu. Saya hanya ada RM 10,000,” katanya yang dipetik dari BBC.

Kes Zheng ini menunjukkan kelemahan dalam sistem penjagaan kesihatan China terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

Mereka dilindungi bagi beberapa rawatan perubatan di bawah skim insurans kesihatan luar bandar kerajaan tetapi mereka terpaksa membayar kos pendahuluan dan hanya boleh menuntut kembali sebahagian daripada kos tersebut.

“Saya terbaring di tempat tidur lebih daripada tiga bulan. Kaki saya bertukar hitam. Kulit dan daging semua jadi hitam.

“Ada ulat dalam daging. Saya boleh nampak tulang kaki kanan saya. Setiap kali tengok, saya rasa sakit,” katanya.

Jelasnya, perkara itu dilakukan tanpa persetujuan isterinya.

“Saya memberitahu isteri bahawa saya mahu memotong kaki saya menggunakan gergaji dan dia tidak gembira dengan perkara itu lalu kami bertengkar sebelum dia keluar dari rumah.

“Saya jumpa gergaji besi di bawah tempat tidur dan pisau kecil...saya terus gergaji kaki dan ia ambil masa 20 minit,” katanya.

Mengenali Storan USB Tiruan

Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.

Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu ini pendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!

IMAG0190
Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.

Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.

Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.

Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?

Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.

Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
IMAG0250
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.

Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.

Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?

Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.

IMAG0251Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendrive original kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.

Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packaging original. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packaging storan tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.

Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan

Pendrive Fake
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.

Tipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.

Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.

Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwriting secara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarang error sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.

Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?

Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.

Fake Pendrive TestSetelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu file di dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.

Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.

Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.

Muat turun: Perisian h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.

Konklusi

Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
7837704
Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.

Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.

Dipetik dari : http://amanz.my

Koma, kepala retak diserang anjing liar


Koma, kepala retak diserang anjing liar

BUKIT MERTAJAM - Dua beradik dilaporkan koma selepas menjadi mangsa serangan anjing liar, 25 Disember lalu.

Mangsa Suhail Zolkifly, 14, dan adiknya Omar, 11, diserang sekumpulan anjing liar ketika sedang bermain di kawasan perumahan mereka kira-kira jam 3 petang.

Mereka cuba menyelamatkan diri dari serangan itu tetapi tersungkur dan mengalami keretakan tempurung kepala serta pendarahan dalam otak dan koma selama dua hari.

Kedua-duanya dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Bapanya, Zolkifly Md Lazim, 50, berkata, dia yang berada di Alor Setar, terkejut dengan kejadian yang menimpa kedua-dua anaknya itu bergegas pulang dan difahamkan kepala anak saya terhentak di atas permukaan jalan akibat tersungkur ketika menyelamatkan diri.

“Mujurlah, kedua-dua anak saya dah sedar dan semakin stabil walaupun belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Zolkifly berharap, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah sewajarnya mengelak kejadian tersebut berulang.

"PBT diharap mengadakan tinjauan lebih kerap terutamanya di sekitar kawasan perumahannya di Taman Cermai.

“Kawasan perumahan saya seperti lokasi haiwan kerana kebanyakan anjing berkumpul di situ sekali gus membahayakan keselamatan penduduk.

“Anak saya berusia tujuh tahun baru-baru ini turut cedera akibat diserang anjing dan saya berharap PBT berbuat sesuatu terutamanya mewujudkan polisi penjagaan haiwan kepada penduduk yang membela haiwan di kawasan ini,” katanya.

Artis pun dah mula sembang bab BARANG NAIK & GST..!!!

Harga barang naik: Artis turut terkesan

SHAH ALAM - Kemelut kenaikan beberapa harga barangan keperluan harian rakyat Malaysia pada masa kini turut mendapat bantahan daripada golongan artis.

Antara artis yang tidak menyokong tindakan tersebut adalah pelakon wanita jelita Diana Danielle, yang berasa janggal sekiranya ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka dengan berita tersebut.

"Ada ke rakyat yang suka barang naik? Amboi... Banyak duit... Pas sikit...,” katanya dipetik menerusi laman mikro Twitternya.

Sementara itu, pelantun lagu Terlalu Istimewa Adibah Noor turut berbalas tweet dengan Diana Danielle dengan mengatakan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) turut akan membebankan rakyat.

“GST lagi weh…lariiiii,” katanya.

Sejak kenaikan harga petrol dan diesel, pemilik kenderaan yang dulu hanya membayar RM1.85 seliter untuk petrol RON95 dan RM2.10 seliter bagi RON97 pada Julai lalu kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50.

Sementara harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4 sekilogram (kg) bulan lalu kini dijual pada harga RM14 di beberapa tempat. Pada masa sama, harga sayur, ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan juga naik.

Dengan kadar kenaikan yang begitu kerap ada yang berputus asa dan berharap harga akan stabil. Pada masa kini, pengguna hanya membayar sahaja tanpa banyak soal kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan kerana beranggapan harga mungkin akan naik lagi pada hari berikut.

Manakala GST pula akan diperkenalkan oleh kerajaan bermula pada 1 April 2015, dengan kadar permulaan sebanyak 6 peratus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts