Duit cabutan bertuah RM3,000 lesap

Duit RM3,000 lesap
Duit RM3,000 lesap Resit bayaran RM3,000 diterima mangsa.

SIMPANG EMPAT - Seorang kakitangan kerajaan terpaksa berputih mata apabila kerugian wang RM3,000 akibat terpedaya tipu helah cabutan bertuah pada 5 Disember lalu.

Difahamkan, wanita berusia 53 tahun itu terpengaruh dengan habuan cabutan bertuah yang ditawarkan kepada dirinya sewaktu berkunjung ke sebuah pasar raya besar di Mergong, dekat sini.

Wanita enggan dikenali itu memaklumkan dia didatangi seorang lelaki dan perempuan secara tiba-tiba di kawasan parkir kereta kira-kira jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.

"Wanita berusia 29 tahun berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai As'. Kemudiannya, mereka menyerahkan dua keping sampul surat dengan cabutan bertuah Mega Sale kepada saya.

"Apabila membuka sampul berkenaan, satu tulisan 'menang' kelihatan. Lantas, wanita itu menyuruh saya ke sebuah hotel di Jalan Putra, Alor Setar di sini, untuk tebusan hadiah," katanya.

Katanya, dia menemui seorang lelaki dikenali sebagai Darren Chua sebaik tiba di hotel, malah suspek meminta dirinya membayar sebanyak RM3,000 untuk menebus kad cabutan bertuah itu.

Menurutnya, selepas membayar sejumlah wang dikehendaki kepada suspek, mangsa menerima kad cabutan bertuah bernombor '5' dengan tawaran hadiah tilam.

Dalam pada itu, katanya, dia memberitahu suspek bahawa dirinya ingin menukarkan hadiah cabutan bertuah tilam itu dengan barangan lain.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang hadiah diterimanya sehingga kini.

"Saya rasa mungkin ditipu. Lantas, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 21 Disember baru-baru ini," katanya.

Dia juga difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab terbabit tidak tetap pada satu tempat semata-mata, sebaliknya sering menukar kawasan sasaran mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts