Risau alat cegah hamil lebih tempoh

Risau alat cegah hamil lebih tempoh

SOALAN:

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berusia 45 tahun dan sudah menggunakan IUD (alat pencegah kehamilan) selama tiga tahun.

Sepatutnya IUD harus dibuka pada Februari lalu namun sehingga kini IUD itu masih belum dibuka. Saya bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi sekiranya membuka IUD lewat dari tempoh ditetapkan.

Bolehkan saya mendapat jangkitan kuman atau akan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang?

Husna, Kuala Lumpur

JAWAPAN:

PUAN Husna tidak perlu bimbang mengenai risiko jika terlebih masa yang sudah disarankan doktor. Puan hanya terlewat tiga bulan saja. Tempoh tiga tahun yang disarankan oleh pengeluar IUCD adalah tempoh keberkesanan IUCD itu dapat mencegah kehamilan.

Ini adalah melalui beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh mereka. Selalunya, ada beberapa bulan lagi ia masih berkesan mencegah kehamilan. Alat IUCD yang puan guna sekarang adalah Cu 250 yang mempunyai lilitan tembaga pada IUCD itu. Ia tidak membawa apa-apa kesan negatif atau memudaratkan pemakainya.

Penggunaan IUCD jenis Cu 250 ini menyebabkan darah haid yang banyak daripada biasa tetapi ia tidak memudaratkan. IUCD juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria dalam pelvis kerana IUCD ini ‘menarik’ bakteria melalui benang nilon yang terdedah dalam vagina.

Ini bukannya komplikasi yang biasa berlaku. Selain dari itu IUCD juga kadangkala menyebabkan ‘spotting’ iaitu titisan darah selepas haid habis.

Oleh kerana itu, saya cadangkan puan buka dan ganti IUCD baru secepat mungkin. Bukannya kesan sampingan yang saya bimbangkan tetapi keberkesanan untuk mencegah kehamilan berkurangan. Saya takut puan hamil yang tidak dirancangkan jika lambat menukarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts