Untungnya menjadi PENGEMIS sehingga berjaya mengutip RM433 setiap hari..!!

Pengemis kaya

Susunan Siti Salmiah A Hamid

Seorang peminta sedekah mendakwa dirinya kehilangan tempat tinggal. Dia hidup dengan bantuan, namun tinggal di sebuah rumah flat pada kadar sewa RM5,412 sebulan di kediaman mewah pinggir bandar.

Dia kemudian­nya ditangkap atas sebab penipuan.

Suatu ketika, bersama anjing yang setia di sisi­nya, Christopher Turner, 51, menjadi penunggu tetap di luar bank cawangan HSBC selama lima tahun.

Untuk menarik perhatian orang ramai yang melewati sekitar bank itu, dia bijak menggunakan bahan terbuang dengan menulisnya di atas kadbod bersama gambaran salib atau bintang yang me­ngandungi ayat memohon simpati seperti: “Tidak berumah - Tolonglah bantu saya - Saya amat berterima kasih - Terima kasih, Tuhan memberkati kamu.”

Secara realitinya, dia menerima sumbangan sehingga RM433 sehari dengan hanya menambah manfaat sedia ada.

Menurut penduduk tempatan, Turner menyamar sebagai peminta sedekah yang tidak berumah dan menjadikannya sebagai kerjaya tetap dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari.

Dia kemudian akan pulang ke rumah yang ha­nya sejauh 1.6 kilometer di kawasan pinggir bandar di Surbiton, South West London.

Kadar sewa di kawasan itu berharga sehingga RM5,412 sebulan untuk rumah yang sama besar ­dengan flat berkenaan.

Turner ditangkap pada Oktober 2013 dan didakwa atas kesalahan mengemis, malah melakukan penipuan. Dia mengakui kesalahannya itu di Mahkamah Majistret Wimbledon.

Polis Kingston, Sarjan Dave Williams berkata: “Lelaki ini mempunyai tempat tinggal. Dia menerima bantuan perumahan dan lain-lain bantuan kewangan untuk menyokong hidupnya. Masih ramai lagi yang kehilangan tempat tinggal dan hidup gelandangan.”

Penduduk setempat membawa perkara ini ke sebuah forum dalam talian, Surbition.com dan meraikan penangkapan Turner.

Salah seorang daripada mereka menulis: “Insiden paling lucu yang saya saksikan apabila Turner berhujah dengan seseorang yang dilihat seperti teman wanitanya dengan berkata, anda perlu berhenti mengadu kerana saya yang keluar bekerja sepanjang hari!”

Sementara yang lain pula berkata: “Lelaki ini mempunyai sebuah flat di Surb dan pastinya bukan dalam kalangan mereka yang tidak berumah!”

Seorang wanita cuba membantunya dengan cara mahu membela anjingnya tetapi dia menolak kerana menggunakan anjing itu untuk mengemis. Dia sememangnya mempunyai wang. Saya simpati pada anjing itu.

“Berkemungkinan dia mengaut lebih banyak wang daripada segelintir mereka yang menderma kepadanya tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus menderma.

“Perbuatan itu benar-benar mengejutkan saya selepas mengetahui betapa ramai yang memberi wang kepada orang seperti lelaki ini,” katanya.

Penduduk tempatan yang ketiga pula berkata: “Dia tinggal di flat yang selesa, mempunyai teman wanita serta hidup dengan pelbagai manfaat dan menambah RM433 setiap hari, mengemis sambil menadah mangkuk di luar sebuah bank,” katanya.

Polis turut mengulas dalam media sosial itu menerusi ‘tweet’ oleh polis Kingston: “Chris Turner disabitkan atas kesalahan mengemis dan melakukan penipuan. Dia sering meminta-minta bersama papan tandanya yang mengatakan dia tidak berumah, sedangkan itu tidak berlaku!”

Namun sebenarnya, penduduk sudah bertahun-tahun mengenali Turner sebagai seorang penipu.

Dia dilabel sebagai melakukan penipuan pada tiga tahun lalu di Surbiton.com, selepas ditangkap menyembu­nyikan barangan mengemis sebelum dia pulang ke
rumah.

Salah seorang pengguna menulis: “Lelaki miskin yang bersidai di luar HSBC bukan orang yang tidak berumah.

“Dia merayu untuk mendapatkan wang dan kemudiannya menuju ke kedai Londis untuk membeli arak sambil menjerit dan menyumpah seranah. Dia juga meminjam anjing daripada teman wanitanya untuk mendapatkan lebih simpati.”

Turner dikehendaki membayar denda dan kos berjumlah RM612, ditolak daripada manfaat yang diterimanya setiap bulan selepas mengaku bersalah atas kesalahan mengemis dan melakukan penipuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts