IT - 3 aplikasi percuma untuk sunting dokumen


http://environet.ie/sites/environet.ie/files/Kingsoft-Office-2012-Professional_0.jpg
APLIKASI penyuntingan dokumen amat berguna untuk pekerja pada era teknologi ini.

Berbanding menggunakan komputer riba ketika mesyuarat, lebih ramai pekerja hari ini menggunakan tablet dan telefon pintar untuk tujuan kerja.

Jadi, pasti ramai yang inginkan aplikasi yang boleh digunakan untuk mencatat, menyunting dan membuka dokumen menggunakan peranti mudah alih mereka.

Jika menggunakan peranti berasaskan Windows, anda boleh menggunakan perisian Microsoft Office yang ditawarkan bersama-sama peranti Windows.

Tetapi bagaimana pula jika anda menggunakan peranti berasaskan Android atau iOS?

QuickOffice

QuickOffice merupakan salah satu alternatif yang kami minati.

QuickOffice kini dimiliki oleh Google, yang mana anda boleh buat penyuntingan pelbagai jenis dokumen tanpa sebarang masalah, dan pada masa sama menggunakan Google Drive untuk sync dokumen berkenaan ke komputer atau untuk berkongsi dengan rakan sekerja yang lain.

QuickOffice ditawarkan secara percuma dan membolehkan pengguna membuka fail berbentuk Word, Excel dan juga PowerPoint tanpa sebarang masalah.

Kingsoft Office

Bagi yang menggunakan sistem komputer Windows, mungkin meminati Kingsoft Office yang hadir dengan rekaan seumpama Microsoft Office, tetapi ditawarkan secara percuma.

Kingsoft Office ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan iOS, bagi digunakan dalam penyuntingan dokumen mereka. Seperti QuickOffice, Kingsoft Office turut menyokong format popular, di samping membawakan sokongan untuk dokumen PDF.

Kingsoft Office dilihat memberi lebih banyak pilihan format penyuntingan, sesuai untuk mereka yang membuat pelbagai tugasan pejabat pada peranti mudah alih mereka.

Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk sync dengan perkhidmatan seperti Dropbox, Box, Google Drive dan sebagainya.

Quip

Berbeza dengan QuickOffice dan juga Kingsoft Office, Quip lebih memfokuskankepada penyuntingan dokumen secara berkumpulan pada peranti mudah alih.

Selain membolehkan pengguna membuat penyuntingan, ia turut hadir dengan sokongan permesejan yang membolehkan pengguna berbincang perkara berkaitan dokumen dalam bentuk masa nyata. Untuk mesej, ia memerlukan akses Internet tetapi selain itu, Quip boleh digunakan tanpa Internet.

Semua perubahan yang dilakukan akan diselaras secara automatik apabila peranti dihubungkan ke Internet kembali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts