mengalami masalah kembung perut, angin dalam abdomen

Dr Zubaidi Hj Ahmad

http://www.venusbuzz.com/wp-content/uploads/bloated-stomach-food.jpg
MASALAH ANGIN DALAM ABDOMEN

“Assalamu alaikum. Doktor saya ingin bertanya, saya mengalami masalah kembung perut, terutama di waktu pagi dan akan reda apabila saya buang air besar dan kentut. Saya telah menjalani pemeriksaan OGDS dan doctor mengatakan bahawa saya tidak mengalami masalah luka dalam perut. Jadi bagaimana saya boleh ada angina dalam perut saya sehingga saya boleh kembung setiap pagi?. Mohon pencerahan”

Wa alaikum mus salam.

Masalah angin dalam abdomen boleh menyebabkan seseorang berasa tidak selesa sehingga mengganggu aktiviti seharian.

Dalam keadaan normal, sememangnya terdapat angin dalam saluran pernghadaman kita. Ini kerana terdapat bakteria dalam usus yang menentukan jumlah angin yang terdapat dalam seseorang individu.

Ini bermakna, seseorang itu tidak semestinya mengalami suatu penyakit yang serius untuk mengalami masalah ini.

Tetapi saudara telah melakukan langkah yang bijak apabila melakukan pemeriksaan OGDS dan saya juga mencadangkan agar melakukan pemeriksaan colonoscope, jika masalah kembung perut ini masih merisaukan saudara.

Bagi pesakit yang berumur 50an, pemeriksaan yang lebih teliti MESTI dilakukan bagi mengenalpasti bahawa masalah ini bukanlah disebabkan masalah yang lebih serius, seperti penyakit kanser usus.

Secara amnya, angin dalam perut boleh berpunca daripada dua sumber utama iaitu, PERTAMA udara yang ditelan iaitu apabila seseorang sedang makan atau minum.
Kebanyakan individu mengeluarkan semula udara yang dengan bersendawa. Sebahagiannya bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut.

KEDUA Proses penghadaman makanan oleh bakteria di dalam usus besar pada makanan yang tidak dihadam.
Ketika proses penghadaman makanan, sesetengah karbohidrat seperti gula, kanji dan serat dalam usus kecil tidak dapat menyerap atau menghadamnya kerana kekurangan atau tiada enzim tertentu.

Makanan yang tidak dihadam ini bergerak dari usus kecil masuk ke dalam usus besar di mana bakteria akan menghancurkan makanan tersebut.

Makanan-makanan ini akan mengeluarkan gas hidrogen, karbon dioksida dan gas methane. Bagaimanapun kesemua gas ini akan dikeluarkan melalui rectum sebagai kentut.

Jadi jika doctor mengesahkan saudara tidak mempunyai masalah yang serius, saya mencadangkan saudara menjaga pemakanan dengan mengurangkan makanan yang kaya denga kerbohidrat tetapi banyak makan makanan yang mengandungi serat.

Wallahu a’lam.

http://drzubaidi.com/blog

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts