Pejabat Tun Abdullah wujudkan laman web rasmi

KUALA LUMPUR - Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi (PTAB) mewujudkan laman web rasminya iaitu www.ptab.jpm.my bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, laman web itu juga diwujudkan untuk kemudahan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Laman web dwibahasa itu antara lain memaparkan maklumat biografi, kerjaya, kejayaan serta penglibatan semasa Abdullah.

PTAB yang mula beroperasi di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya pada 1 Ogos 2009, bertanggungjawab menguruskan serta menyelaras pelbagai aktiviti dan program rasmi Abdullah.

Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dibuka secara rasmi pada 17 Oktober 2012 pula terletak bersebelahan PTAB.

Ia mempamerkan, antara lain, koleksi pingat atau darjah kebesaran, anugerah doktor kehormat dan cenderamata yang dihadiahkan jabatan kerajaan, swasta, orang perseorangan dan ketua-ketua negara sewaktu Abdullah berkhidmat sebagai Tmbalan Perdana Menteri sehingga beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia kelima. -Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts