Siapa yang follow isu "NASI LEMAK TELANJANG" pasti faham iklan AIR ASIA ini...

Kita semua tahu chef selebriti terkenal, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand baru-baru ini telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Chef Wan - 'Nasi Lemak MAS Macam Telanjang'

Nampakya pesaing mereka, Air Asia tidak menunggu lama untuk menggunakan ‘isu’ itu untuk ‘membidas’ syarikat penerbangan tersebut.

Dengan stail yang cukup kreatif, Air Asia mula mengiklankan nasi lemak mereka yang mereka dakwa sebagai ‘LENGKAP’.

Tak cukup dengan itu, siap tambah tagline - ” sejuklah di udara kalau telanjang…”

Sebenarnya MAS tak boleh marah kalau Air Asia membuat begitu, inilah yang dinamakan bisnes.

Pesaing akan membuat atau mengambil kesempatan di atas kelemahan lawan mereka.

Diharapkan MAS akan mengambil iktibar dalam isu nasi lemak telanjang ini.

Perlu diingat, MAS juga pernah buat benda yang sama dalam isu penumpang Air Asia yang terkandas di Vietnam tak lama dulu.

Dalam erti kata lain – what you give you get back lah kata orang putih - Mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts