Simpan RM200 sebulan tunai umrah

Kuala Lumpur: Berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit, akhirnya 29 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda berjaya mengerjakan umrah, semalam.

Penduduk yang kebanyakan berpendapatan rendah dan warga tua, menyimpan RM200 sebulan bermula 15 Februari 2012, sebelum berjaya mengumpul RM6,200 kos pakej umrah dan ziarah.

Program anjuran Surau Al Muhajirin (SAM) PPR Batu Muda itu bagi membantu penduduk kurang berkemampuan menunaikan impian mengerjakan umrah.

Setiausaha SAM, Satria Ramelan, berkata program kutipan bulanan dilaksanakan itu mendapat sambutan baik daripada penduduk di situ.

“Program yang diperkenalkan pertama kali ini, awalnya SAM hanya menerima lima penyertaan sahaja tetapi selepas pelbagai promosi dijalankan, akhirnya kami dapat mengumpul 15 peserta wanita dan selebihnya lelaki,” katanya pada Majlis Pelepasan Peserta Program Umrah dan Ziarah di SAM, semalam.

Peserta bersyukur

Semua peserta menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan diiringi polis trafik sebelum berangkat ke Madinah pada jam 4 petang.

Peserta melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas dua tahun berjimat cermat mengumpul wang.

Alia Abd Ghaffar, 59, teruja dan seakan tidak percaya akhirnya dapat ke Tanah Suci bersama suaminya, Mohd Salleh Abu Bakar, 63.

“Suami bekas tentera dan memandu teksi untuk menambah pendapatan. Program ini membantu kami yang kurang berkemampuan mengerjakan umrah dengan mengumpul RM400 sebulan.

“Kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas usaha SAM sehingga kami berjaya melaksanakan ibadat ini, ” katanya.

Aisyah Omar, 74, berkata beliau tidak sabar menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas mengerjakan haji pada 2000 dan umrah setahun selepas itu.

“Sudah lama tidak melihat Tanah Suci membuatkan rasa rindu sangat. Tidak pernah terlintas dapat pergi lagi tetapi dengan program ini, impian kami menjadi kenyataan,” kata

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts