Singkir rasa malu bantu lelaki atasi obesiti

BERA - Masalah obesiti di kalangan kaum lelaki boleh dicegah jika mereka sanggup menyingkir perasaan malu untuk menyertai aktiviti kecergasan termasuk senamrobik.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, mereka perlu mencari pendekatan untuk menghindar perasaan malu dan segan itu bagi mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

Menurutnya, idea Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan Persatuan Kecergasan Daerah untuk mewujudkan kelas senamrobik khusus untuk lelaki sahaja mulai tahun ini.


“Kalau kita lihat, setiap kali aktiviti kecergasan terutamanya senamrobik dijalankan, hanya golongan wanita sahaja yang sanggup datang menjayakan aktiviti berkenaan.

“Berbanding dengan orang lelaki, mereka segan untuk turut serta sedangkan ada yang mahu sertai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Program Komuniti Sihat Cergas Bagi Tahun 2013, dekat Kompleks Rakan Muda, Kerayong, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Kecergasan Daerah, Anuar Ishak dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Mohd Fakhti Awaludin serta Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Dr. Mohd Ridzuan Mojd Lutpi.

Norol Azali berkata, ada golongan lelaki yang menganggap aktiviti kecergasan hanya untuk wanita sahaja kerana mereka sememangnya sentiasa kena kelihatan cantik tetapi pada hakikatnya, aktiviti ini lebih cenderung kepada perihal kesihatan diri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts