Suspek samun mati dipukul orang awam

Bernama | 3:30PM Feb 7 2014 Seorang lelaki yang menyamun sebuah stesen minyak di Jinjang malam tadi maut dipukul orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata suspek yang masih belum dikenal pasti kerana tiada butir-butir pengenalan diri maut di tempat kejadian dalam insiden pukul 9 malam.

"Suspek dikatakan datang ke stesen minyak itu bersama seorang lagi kawannya menaiki sebuah motosikal. Di dalam stesen minyak, suspek yang memegang parang, menyamun wang dan rokok, manakala rakannya menunggu di luar.

"Apabila suspek keluar, dia dikejar dan dipukul oleh orang awam hingga ke seberang jalan sebelum dibelasah hingga mati," katanya sambil menambah rakan suspek sempat melarikan diri.

Zakaria berkata mayat suspek yang mengalami luka parah di bahagian kanan muka dipercayai dipukul dengan batu, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

- Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts