Ahli PEKIDA pertikai kerja buat mereka, mana dakwahnya asyik nak bergaduh saja yang dilaungkannya



Tak payah mandi darah ler Pekida, balik umah mandi wajib lagi bagus. Aku ahli Pekida, tau ler sgt apa yg Pekida buat. Nama Pekida masyaAllah! "Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah".. Apa dakwah yg selama ini yg penah buat? Dakwah ialah mengajak org Islam kembali kpd Islam dan memperkenalkan Islam yg indah ini kpd non muslim. 

Ahli2 Pekida tak penah pun ditarbiah dan dididik mengikut Islam. Bagaimana nak ubah perspektif masyarakat klau sejak dari dulu smpai skrg asyik berperang je sesama sendiri? Ayahanda dan abg Long Pekida asyik pau duit ahli2nya dan buat keja2 haram. 

Pertubuhan2 Islam yg lain seperti ABIM, JIM, Tabligh dan PAS dipimpin oleh ulama dan tokoh2 ilmuan yg giat berdakwah kpd masyarakat, sdgkan Pekida pemimpinnya adalah terdiri drpd org2 yg tiada langsung latar belakang agama. Jahil hukum hakam agama plak tu?
Klau tidak, Awie Wings takkan dilantik menjadi ayahanda "Pertubuhan Kebajikan Dakwah?" Dgn solat entah kemana? puasa entah kemana? Menuntut ilmu dgn alim ulama entah kamana? Tiba2 riuh rendah nak bermandikan darah mempertahankan Islam? 

Yakinkah korang terkorban nanti sebagai "syahid" di jalan Allah? Nak berperang dgn musuh Islam, tapi pemikiran dan akhlak lebih kurang sama dgn musuh2 Islam..

Pekida sanggup bermandi darah  
Ahli Pekida mendengar amanat Jamaluddin di Lata Belatan, di sini.

JABI - Ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sanggup bermandi darah demi mempertahankan agama dan tanah air termasuk berkaitan kalimah ALLAH.

Presiden Pekida, Datuk Jamaluddin Yusof berkata, ahli di seluruh negara sentiasa menggembleng tenaga untuk menjaga dan berjuang di atas nama ALLAH SWT dalam menjaga agama, bangsa serta negara.

Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat penubuhan Pekida bagi menegakkan agama Islam, selain menyatukan umat Islam agar tidak berpecah-belah disebabkan perbezaan ideologi.

“Oleh itu, ahli Pekida diingatkan agar menyertai pertubuhan ini bukan kerana ada maksud lain seperti untuk menghadapi kumpulan samseng, mendapat pengaruh dalam politik atau sebagainya,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Pekida Besut di Lata Belatan, di sini. Hadir sama, wakil Adun Jabim, Ayahanda Pengerusi Pekida Terengganu, Kamaruzaman Idris dan Ayahanda Pekida Besut, Abdul Aziz Muda.

Dalam pada itu, Jamaluddin berharap ahli Pekida dapat bangun daripada lena dan bersemangat dalam perjuangan, selain sentiasa menjaga imej serta nama baik Pekida.

Menurut beliau, ahli juga perlu mengubah tanggapan sesetengah masyarakat bahawa Pekida merupakan sebuah pertubuhan samseng, sedangkan Pekida bukan seperti yang dimaksudkan.

“Kita perlu mengubah pandangan orang, daripada takut dan gerun kepada kita (Pekida), kepada hormat atau segan kepada kita dengan banyak melakukan kebajikan, membantu sesama ahli dan sebagainya,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts