Apa dosa musibah MH370?

MAR 28, 2014 | SUBKY LATIF

Jika musibah kehilangan pesawat penumpang itu kepunyaan mana-mana negara bukan Islam, maka hak merekalah untuk berkata-apa tentangnya.

Apabila musibah itu menimpa pesawat kita sebagai kepunyaan sebuah negara Islam, maka kita kena percaya bahawa ia adalah balasan dosa kita oleh Allah Subhanahu wa Taala.

Apabila kita kata dosa kita, maka ia mungkin dosa oleh individu, oleh syarikat, oleh masyarakat dan oleh pemimpin kerajaan dan kerajaan. Kita tidak tahu siapa tetapi ia adalah balasan dari dosa antara kita.

Oleh sebab musibah itu adalah terhadap penerbangan MAS kepunyaan negara Islam, maka dosa yang pertama kita terpaksa tumpukan kepada MAS, walaupun ia mungkin bukan justeru MAS.

Dosa paling besar MAS sama seperti dosa syarikat penerbangan kepunyaan negara bukan Islam ialah menjamu arak percuma kepada penumpangnya.

Arak adalah barang yang besar laknatnya. Dosa itu bukan sekadar kaki botol, tetapi yang mengeluar, mengilang, mengedar dan pelayan yang menghidangnya pun sama panggu dengan peminumnya.

Sejak MAS ditubuhkan sudah berapa banyak tempayan arak yang sudah dihidangkan dan ramai mana pula orang yang mendapat dosa daripada jamuan percuma itu?

Siapa yang menanggung dosa itu? Yang pertama kerajaan yang membenarkannya dan pemimpin kerajaan yang secara kolektif meluluskannya. Kemudian MAS sendiri termasuk lembaga pengarahnya dan kaki tangannya. Kemudian rakyat yang menyokong kerajaan yang berdosa itu. Dan kemudian kepada seluruh rakyat yang tahu hal itu iaitu kita, apa yang masing-masing buat terhadap amalan laknat itu?

Jika ia dilakukan oleh syarikat kepunyaan negara bukan Islam, ia adalah perbuatan yang menambah gelapkan hati mereka yang sememangnya sudah gelap. Mereka memang puak Allah kira musuh-Nya. Amalan mereka itu menyebabkan bertambah payah terbuka hatinya kepada iman.

Sebagai syarikat kepunyaan negara dan masyarakat Islam, kita tahu dosanya dan balasannya di dunia dan di akhirat.

Kaki tangan penerbangan yang terlibat dalam musibah tidak terlibat membuat dasar, tetapi mereka makan gaji di syarikat yang mengamalkan laknat. Sekalian penumpang mungkin tiada kena mengena.

Mereka ada jenis orang. Pertama orang yang soleh. Apabila musibah itu menimpa mereka ia adalah ujian. Ujian itu memberi pahala jika ia lulus. Ada ujian yang memberi syahid. Wallah waklam. Kedua orang yang tiada kena mengena tetapi ada dosa lain. Jadi musibah untuk mereka disekalikan dengan musibah MH370 itu.

Bagi mangsa, ada ganjaran dan balasan yang sepadan buat masing-masing, tetapi musibah itu adalah ingatan kepada orang yang hidup sama ada membetulkan kesalahan atau terus tidak mendapat pengajaran.

Bagi MAS, pengarahnya, kerajaan dan menteri sebesar mana pun dosa mereka musibah itu adalah kecil kerana ia belum membinasakan sistem MAS itu pada keseluruhannya, belum meruntuhkan kerajaan, menteri-menteri masih menjadi menteri.

Pesawat milik negara Islam tiada tong arak di dalamnya, memulakan doa sebelum berlepas, ada petunjuk kiblat di langit mana pun berada. Kita kata Iran itu Syiah tetapi pramugarinya menutup aurat.

Maka jadikanlah musibah itu peluang bertaubat dan mengisi MAS dengan adab dan akhlak Islam, biar kaki tangan Islamnya menegakkan solat, membayar zakat dan tidak meninggalkan puasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts