Beramal sampai didasar laut pun boleh dilakukan

Syahidatul Akmal Dunya
28 Mac 2014

PERASAAN menyelam di dasar lautan sungguh mendamaikan, sebaik mata melihat cantiknya pemandangan dunia bawah lautan dipenuhi terumbu karang dan ikan-ikan pelbagai jenis, pasti meninggalkan pengalaman indah kepada penyelam.

Muslimahdivers ditubuhkan sejak 2011 yang lalu kini mempunyai lebih kurang 300 ahli di seluruh Malaysia. Muslimahdivers adalah alternatif dalam memberi peluang dan ruang kepada golongan Hawa yang meminati dunia menyelam untuk beraksi dalam suasana memenuhi syarak.

Beramal didasar laut
Pengasas Muslimahdivers, Mastura Abd Manap, 41, menceritakan, minatnya terhadap dunia menyelam bermula kerana sering mengikuti suaminya, Ahmat Najah Rahmat yang bertugas sebagai pelatih jurulatih melakukan aktiviti menyelam di pulau-pulau yang terdapat di seluruh dunia.

“Saya mendapat banyak reaksi daripada teman-teman berhijab yang berminat untuk menyertai sukan skuba tetapi malu untuk belajar menyelam dengan jurulatih kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki.

Beramal didasar laut
“Natijahnya, saya bertindak menubuhkan Muslimahdivers dengan tujuan melahirkan penyelam wanita Muslimah yang patuh kepada syariah. Saya mengambil kira semua aspek termasuklah menggunakan khidmat jurulatih renang profesional wanita bagi memberi latihan kepada ahli baharu yang tidak tahu berenang sebelum terlibat dalam skuba,” katanya yang juga Pengarah Scubatex Resources Sdn Bhd kepada Rehal.

Menurutnya, ahli –ahli Muslimahdivers lebih selesa dan bebas untuk melakukan sebarang aktiviti menyelam kerana berada dalam golongan yang sama jantina.

Beramal didasar laut
Tambahan pula, skuba adalah aktiviti yang memerlukan banyak kerjasama dalam kalangan ahlinya.

Sejak ditubuhkan empat tahun lalu, ahli Muslimahdivers banyak menyertai program amal seperti mengadakan aktiviti yang dibuang di dasar laut.

Selain itu Muslimahdivers juga turut terlibat dengan program pembersihan pantai yang terumbu karangnya dicerobohi tangan tidak bertanggungjawab.

Pendek kata, Muslimahdivers bukan hanya menjalankan aktiviti untuk sukasuka, sebaliknya turut mengambil berat mengenai alam sekitar.

Beramal didasar laut
"Terbaharu, Muslimahdivers akan mengadakan The Diving Ummah April ini di Pulau Tioman, Pahang di mana kami mengumpulkan wanita yang akan belajar dan mendapatkan lesen menyelam dengan dilatih oleh jurulatih wanita.

Selain itu, terdapat juga program usrah dan ceramah bagi membuka minda ahli Muslimahdivers," kata Mastura.

Menurutnya, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Muslimahdivers, boleh layari laman sosial facebook Muslimahdivers atau website: www.muslimahdivers.com bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Muslimahdivers.

Ia terbuka kepada semua cuma kami ada menawarkan pada yang berminat untuk menjadi ahli yang berdaftar mereka akan mendapat kad ahli Muslimahdivers dan mendapat diskaun istimewa di kedai menjual peralatan skuba yang bekerjasama dengan Muslimahdivers. Bayarannya RM50 sekali sahaja seumur hidup.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts