Cuba pastikan betul-betul, sahkan dengan kerajaan Indonesia betul atau tidak 'miss call' tersebut

MH370: PENJELASAN MENGENAI ISU ‘MISSED CALL’ PENUMPANG INDONESIA

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menafikan menerima laporan daripada keluarga Indonesia yang mendakwa mereka telah menerima beberapa panggilan tidak dijawab (missed call) daripada Firman Candra Siregar yang merupakan salah seorang penumpang penerbangan MH370.

Beliau menjawab laporan portal berita Indonesia dalam talian yang memetik adik mangsa, January Siregar sebagai berkata bahawa beliau mendapat ‘panggilan tidak dijawab’ itu pada 11 dan 13 Mac daripada adiknya melalui Skype di iPad selepas pesawat hilang pada 8 Mac.

MysteryofMH370

Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak mendengar mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa Indonesia. Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai semua yang mereka baca di portal berita kerana maklumat yang disiarkan kadang-kadang tidak disahkan, belum disahkan dan boleh mengelirukan.

“Semua perkembangan terkini dan maklumat mengenai MH370 dihantar kepada ahli-ahli keluarga mangsa dan juga melalui taklimat harian oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Portal dalam talian itu juga melaporkan bahawa January menunggu jawapan daripada kerajaan Malaysia dan MAS mengenai laporan beliau kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu.
Sumber: mStar Online

Admin : Cubalah kerajaan Malaysia suruh pihak Indonesia SAHKAH benar atau tidak maklumat tersebut, jangan hanya menunggu untuk mendengar apa pihak berkuasa sana hendak katakan, last jadi macam Thailand seminggu lebih baru nak beritahu kata MH370 buat pusingan balik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts