DCA enggan dedah identiti penumpang misteri Radzi Razak

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kelihatan agak berat untuk memberi maklumat mengenai dua penumpang yang menggunakan pasport palsu untuk penerbangan malang MH370.

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kiri) berkata penyiasatan akan terganggu sekiranya terlalu banyak maklumat didedahkan berkenaan identiti dua penumpang misteri tersebut.

"Kami tak akan mendedahkan terlalu banyak berkenaan dua penumpang itu kerana ia masih di bawah siasatan dan sebarang maklumat akan menjejaskan penyiasatan yang berlangsung," kata beliau ketika dihujani pertanyaan wartawan di sidang media di Hotel Sama Sama hari ini.

Dua individu berkenaan menggunakan identiti warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christian Kozel dikatakan mempunyai wajah 'berciri Asia' ketika menaiki penerangan dari Kuala Lumpur tiga hari lalu.

Interpol dalam kenyataan mereka semalam membidas pihak berkuasa Malaysia yang tidak mengambil peduli pangkalan data badan antarabangsa itu yang menunjukkan pasport mereka telab hilang dua tahun lalu.

Bernama semalam turut melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi semalam turut menyelar pegawai imigresen yang membenarkan dua individu itu menaiki pesawat dengan pasport mereka.

Zahid berjanji satu siasatan dalaman akan dilakukan bagi menyiasat kecuaian tersebut.

Sementara itu, Azharuddin berkata beliau akan berbincang dengan pihak penyiasat sama ada akan mengeluarkan gambar dua individu terbabit untuk membantu siasatan.

"Pihak penyiasatan sekarang sedang meneliti rekod dan rakaman video. Kami akan sampaikan kepada media jika kami mendapat laporan pihak penyiasat," kata Azharuddin.

Azharuddin bagaimanapun meminta orang ramai tidak curiga terhadap kawalan keselamatan lapangan terbang negara ini kerana ia telah diaudit dan diiktiraf standard antarabangsa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts