Diego Garcia & Cerita Kapal Terbang

Bismillahir Rahmanir Raheem..
Setahun yang lalu, saya menulis tentang pulau ini. Saya mengaitkannya dengan pulau di mana Tamim Ad Dari terdampar lalu bertemu dengan Al Jasassah dan Dajjal. Al Jassasah, ada yang menafsirkannya sebagai pengintip.

Diego Garcia sejak sekian lama merupakan tempat di mana, bot, sampan dan kapal-kapal hilang dan ‘hilang’. Dahulunya, ada penduduk asli di situ. Kemudian mereka dihalau British. Selepas itu British ‘dihalau’ keluar sebahagian daripadanya melalui satu perjanjian dengan pihak Amerika Syarikat.

Pulau itu kini menempatkan pengkalan tentera Amerika. Sebuah pengkalan tentera yang jarang diketahui pihak awam. Sebuah pengkalan tentera yang meresahkan pihak Kerajaan China.

Melihat isu-isu yang berlaku lewat seminggu ini dengan kehilangan penerbangan MH370, lawatan Barrack Obama yang dijadualkan pada April 2014, perundingan perjanjian TPPA yang masih belum dimuktamadkan, hubungan China dan Malaysia yang cuba dikeruhkan melalui isu kehilangan penerbangan ini, fikiran saya melayang ke Diego Garcia. Tidak perlu kepada buluh runcing, bubu, jala, pukat tunda dan sebagainya untuk mengetahui dengan lebih dekat apa yang berlaku.

Penulisan saya pada tahun lepas, 2013 memberikan amaran bahawa False Flag akan dijalankan selepas semua usaha ‘regime change’ gagal. Boleh baca semula apa yang saya amarankan di dalam penulisan di bawah. Saya menulis tentangnya sebelum semua ini berlaku.




Pagi ini, apabila berita memuatkan bahawa penerbangan MH370 berpatah balik ke Selat Melaka dan radar menunjukkan kali terakhir ia dikesan di Pulau Perak, seluruh ingatan saya hanya teringat kepada amaran yang saya berikan tahun lepas.

Pulau Diego Garcia, sebuah pulau indah untuk bercuti-cuti. Cuma mereka yang ‘dijemput’ ke sana boleh bersantai di situ.

Obama telah menyelesaikan masalah Osama ben Laden yang menjadi Phantom of The Opera gerakan memerangi keganasan dalam drama dan filem Amerika yang dimainkan seluruh dunia. Mungkinkah April ini, Obama sekali lagi menjadi hero tanpa seluar dalam merah diluar, menyelesaikan kebuntuan dan tekanan ke atas Malaysia kali ini.

Jika demikian, apa harga yang perlu dibayar untuk upah superhero tersebut? LGBT, hak sama rata sama rasa, hak menanam benih diluar kebun yang subur menjadi hak yang tidak boleh didakwa, dasar pro Amerika melalui pelbagai perjanjian, penggadaian Selat Melaka  sebagaimana Terusan Panama dan Suez dikawal mereka, dasar anti China, hak untuk murtad dan sebagainya yang selama ini cuba dipertahankan? Wallahua’lam.

Teringat kata-kata Joker di dalam filem Dark Knight lakonan Heath Ledger..

“If you’re good at something, never do it for free..”

Susahlah dunia jika ‘superhero’ juga datang menuntut 'upah'.

Hidup atau mati, Allah yang menentukan. Hilang atau jumpa, hanya Allah yang menentukannya. Tetapi Allah dan RasulNya berpesan dengan kita tentang bahaya serta kejahatan Yakjuj dan Makjuj serta tipu daya Dajjal. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan dengan satu sifat Dajjal bahawa dia juga 'boleh mematikan dan menghidupkan' sesiapa sahaja yang dia mahu? Bukankah di dalam cerita-cerita yang disampaikan Rasulullah s.a.w. telah disebutkan bagaimana individu-individu yang mengaku diri mereka Tuhan, membuktikan kepada khalayak bahawa mereka juga mempunyai kemampuan untuk 'menghidupkan dan mematikan'? Ingat cara Namrud berhujah dengan Nabi Ibrahim a.s. tentang bagaimana dia 'menghidupkan dan bagaimana dia mematikan'?

Diego Garcia… Diego Garcia.. entah apa lagi yang ada di Diego Garcia..



Segalanya berada dalam pengetahuan Allah. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Semoga orang-orang yang tidak bersalah terselamat dalam apa jua keadaan dan yang bersalah mendapat balasannya.

  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

1 comment:

Anonymous said...

BIODATA IBRAHIM MAT ZIN RAJA BOMOH PESAWAT MH370

joM baCA..
http://medianetworksaya.blogspot.com/2014/03/biodata-ibrahim-mat-zin-raja-bomoh.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts