DigitalGlobe pelawa pengguna bantu cari MH370

NEW YORK 11 Mac - Syarikat pengimejan satelit Colorado, DigitalGlobe melancarkan program pengumpulan maklumat dalam talian yang membolehkan pengguna Internet membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang Sabtu lalu.

Menurut laman web berita, nydailynews.com, pengguna Internet boleh menggunakan imej satelit berdefinisi tinggi menerusi laman web, tomnod.com untuk mencari dan menanda sebarang objek di kawasan perairan Malaysia dalam laman web itu.

Pengurus kanan DigitalGlobe, Luke Barrington berkata, pakar algoritma laman web kemudian akan menyelidik objek yang ditanda itu yang mungkin mampu membantu penyiasatan pesawat tersebut.

Sebelum ini program itu juga pernah digunakan dalam usaha membantu mengumpul maklumat dalam taufan Haiyan di Filipina, tahun lalu. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts