FBI hulur bantuan siasat kes pesawat MH370 hilang

WASHINGTON 9 Mac - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghantar beberapa ejen dan pakar Biro Siasatan Pusat (FBI) untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor akhbar LA Times pada hari ini.

Menurut LA Times, ejen FBI akan membantu meneliti rakaman imej setiap penumpang MH370 menerusi rakaman video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan pangkalan data antikeganasan.

Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dipercayai warga negara AS.

"Senarai tersebut membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri.

“Bagaimanapun dua penumpang yang menggunakan pasport curi belum cukup membuktikan kes kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan," kata pegawai itu. - DPA/AGENSI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts