Jangan percaya karut marut, tak ada kaitan pun suruh Yassin dan MH370

Isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan ayat dalam surah Yaasin ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung kerana beberapa sebab seperti berikut:

1- Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit) # Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang).

2- Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir) # Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.

3- Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat: -Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar) -Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir) # Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.

4- Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut: “ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?

Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.

Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy (Imam Masjid Negeri, Kuala Terengganu)

INFO TAMABAHAN/ULASAN:

Selain berfungsi sebagai sumber hukum dan sumber ilmu, Al-Quran juga banyak menerangkan kisah-kisah umat terdahulu. Ia bukanlah untuk bernostalgia semata-mata, tetapi untuk diambil iktibar dan dijadikan panduan dalam melayari kehidupan, baik kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat, mahupun bernegara.

Contohnya kisah Luqmanul Hakim, mengenai nasihatnya kepda anak-anaknya, antaranya ialah agar tidak menyukutukan Allah dan menjauhi syirik, dan nasihat agar berbuat baik kepada ibu bapa. Inilah mesej penting di yang perlu diambil iktibar dari surah Luqman.

Tapi sayang, kita lebih gemar kepada ramalan yang macam-macam. Bila berlaku tragedi buruk sepatutnya berdoa dan berikhtiar, ini tidak sibuk cari mana-mana surah untuk direlevenkn dengan tragedi.

Dulu, bila Tsunami melanda Acheh pada 26 Disember 2004, sibuklah orang-orang kita mencari ayat dan surah yang berkaitan dengan 26,12,2004 yang boleh dikaitkan dengan peristiwa tersebut, begitu juga apabila berlakunya persitwa 11 september 2001, sibuklah mencari mana ayat dan surah yang berkaitan dengan angka 11,9,2001 untuk dikaitkan dengan tragedi tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts