Kajang : Herman Tino tarik diri

Herman Tino.
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino mengumumkan tidak akan meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Herman memberitahu sebuah portal berita pada Khamis bahawa dia menarik diri kerana tidak mahu dituduh menjejaskan undi atau menerima bayaran untuk bertanding.

"Saya tidak mahu dipanggil sebagai perosak undi atau mencari publisiti murahan," katanya.

Herman atau nama sebenarnya Marsun Tamsi, pernah bertanding sebagai calon bebas untuk kerusi Parlimen Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei tahun lalu.

Beliau mencabar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Noh Omar dan Mohamad Rashdi Deraman dari PAS.

Kerusi itu dimenangi oleh Noh yang memperoleh 20,548 undi menewaskan Mohamad Rashdi dengan majoriti 4,394 undi. [mStar]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts