Kantoi rakam video suri rumah mandi

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai eksekutif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan merakam video seorang suri rumah yang sedang mandi tanpa berpakaian di sebuah kondominium, empat hari lalu.


Izwar Efendi Taswar, 32, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 20 dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik air di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, dekat sini, jam 11.52 pagi pada 11 Januari 2013.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Foto

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping manakala tertuduh yang hadir memakai baju T merah dan berseluar pendek paras lutut tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Tan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan keluarganya serta pasport diserah kepada mahkamah.

Rakan tertuduh yang ingin menjamin mangsa bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan.

Majistret Saifulakmal Said kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan.

Sebutan untuk melantik peguam ditetapkan pada 14 Februari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts