KJ beritahu ada orang persenda nama Jambatan kedua Pulau Pinang

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4c/JKSB_2.jpg/400px-JKSB_2.jpg

KUALA LUMPUR 5 Mac - Seorang pemilik akaun Twitter dikesan mempersendakan nama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac lalu.

Perbuatan kurang sopan itu didedahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter miliknya pada 3 Mac lalu.

Merujuk kepada paparan skrin yang dimuat naik Khairy, seorang pemilik akaun Twitter yang namanya tidak didedahkan menganggap nama jambatan tersebut terlalu panjang.

"Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah? Serius? Sebaik sahaja saya selesai menyebut nama itu, saya sudah pun berada di hujung jambatan," ujarnya.

Pada ruangan komen entri itu, seorang pemilik akaun Twitter yang lain menyatakan nama tersebut terlalu 'buruk' bagi sebuah jambatan yang moden.

"Bukankan itu nama Sultan Kedah? Sekiranya mereka meletakkan nama Francis Light lagi cantik kan," katanya.

Khairy dalam komen ringkasnya meminta mereka menghormati nama yang diberikan kepada jambatan kedua Pulau Pinang itu.

Pemilik akaun Twitter 'SurenSahot@LOLSuren' turut mencadangkan jambatan itu dinamakan sempena Francis Light yang merintis jalan kepada penjajahan Inggeris di Pulau Pinang.

"Terbaca perbincangan tentang nama jambatan kedua. Patut letak nama Francis Light," jelasnya dalam entri pada 2 Mac lalu.

Sementara itu, pemilik akaun Twitter 'ChombiPenang / Tiqq@twt_penang' dalam entri pada 1 Mac lalu turut mempersoalkan nama jambatan berkenaan.

"Jambatan Sultan Abdul Halim katanya! Motip? Tapi xpa la kita bangga ja lah ;)," katanya.

Dia turut mencadangkan jambatan tersebut dinamakan sebagai 'Mydin', 'Koya', 'Haja' atau 'Mohideen'.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts