majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mungkin ditunda

Mungkin tunda nikah!

LEBIH kurang dua hari lagi majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berlangsung.

Namun status majlis ini menjadi tanda tanya apabila Syamsul dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles dan disahkan menghidap demam denggi.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Yusof Haslam memberitahu Syamsul kini berada dalam keadaan yang tidak konsisten.

“Buat masa ini keadaannya masih lemah dan doktor menjangkakan mungkin akan ambil masa empat hingga lima hari untuk pulih.

“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahu sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Melihatkan keadaan anak lelakinya itu, Yusof memberitahu akan bertemu dengan keluarga pihak perempuan sebagai persediaan.

“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini.

“Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya.

“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Yusof turut menafikan majlis pernikahan tersebut akan dijalankan di hospital seperti yang dinyatakan Syamsul sebagai gurauan.

“Majlis ini tidak akan dijalankan di hospital kerana saya rasa memang tidak sesuai dan hanya akan mengganggu pesakit lain, lagi pun saya rasa ia kurang manis.

“Saya juga tidak yakin kalau pihak hospital juga akan memberikan kebenaran,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts