MH370 : Bomoh tahyul dibidas Dr Asri

Kata bomoh tersohor VIP pesawat MH370 yang hilang kini tergantung di alam ghaib. Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sakit telinga mendengar perkara tersebut dan membidas golongan terbabit.

Melalui FB hari ini, Dr Asri menulis  bomoh yang mengamalkan amalan khurafat ini boleh mengelirukan golongan bukan Islam mengenai agama itu.

“Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam,” Mohd Asri berkata.

Dr Asri bertegas penggunaan ayat suci al-Quran oleh golongan ini tidak bermakna mereka melakukan perkara yang betul.

“Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam,” tambahnya lagi.

Semalam, seorang bomoh bernama Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa pesawat MH370 tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam kerana disembunyikan orang bunian. Berita tersebut di sini

MH370_Bomoh_tahyul_DrAsri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts