MH370 - Kapten Norudin Abd Majid berdakwah tentang Iman dalam Siaran Lansung TV3




Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan ‪#‎MH370‬ dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah ‪#‎PilotMH370‬ (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).

Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.


Siapa itu Kapten Norudin Abd Majid?

Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan juga antara pilot pertama yang memandu Boieng 777 pertama yang di beli MAS, sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.

Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan #MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau. Inilah sebenar-benar pandangan orang beriman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts