Pasport palsu timbul dakwaan rampasan

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: March 9, 2014

SHAH ALAM - Portal berita CNN melaporkan dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut menimbulkan spekulasi bahawa berlaku aktiviti rampasan.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Menurut pegawai polis di Casena, Itali, pihaknya telah menemui ibu bapa Luigi semalam bagi memaklumkan tentang kehilangan pesawat itu.

Namun, bapanya, Walter memaklumkan baru saja bercakap dengan anak lelakinya itu yang kini sedang bercuti di Thailand serta menafikan anaknya menaiki pesawat tersebut.

Pihak polis berkata pasport Luigi dicuri di Malaysia Ogos lalu dan telah mendapat pasport yang baru.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Kementerian Luar Austria dalam kenyataan kepada media semalam juga mengesahkan lelaki tersebut di mana namanya tidak didedahkan kini berada di Austria.

Hanya ada seorang warganegara Austria dalam senarai penumpang bernama Christian Kozel .

Namun, sumber pihak berkuasa Amerika Syarikat memberitahu CNN, kedua-dua dokumen itu dicuri di Thailand.

Soal pasport yang hilang mengukuhkan dakwaan tentang kemungkinan berlakunya rampasan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts