Pegawai MITI Sofuan Sempat Bergambar Bersama Ibu Sebelum Berlepas

Pegawai MITI Sofuan Sempat Bergambar Bersama Ibu Sebelum Berlepas

KUALA LUMPUR – Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim, diyakini berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, menurut seorang pegawai kementerian itu.

Menurut Rashid Omar, seorang pegawai komunikasi korporat kementerian itu, Sofuan mempunyai tugasan rasmi di Beijing.

“Beliau mempunyai tugasan rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang dikhabarkan di media sosial,” katanya kepada Bernama.

“Itu sahaja maklumat yang boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan beliau selamat,” katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

– BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts