Ramai penderma pahala di internet

Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet. Ini samada dengan cara menuduh orang ataupun memaki dan mencerca orang lain. Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik keyboard mereka. Namun Allah tidak lupa.
 

Mereka mungkin merasa padam muka orang yang dimaki ataupun dicerca itu. Padahal hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'. Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak. Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa.
 

Sabda Nabi s.a.w:
Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda : “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Sumber - FB DrMaza

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts