Trajedi MH370 : Malaysia hargai negara luar bantu operasi mencari

Malaysia hargai negara luar bantu operasi mencari dan menyelamat MH370

KUALA LUMPUR 9 Mac - Kerajaan Malaysia menyambut baik kerjasama lima negara luar yang mengerahkan aset masing-masing untuk memberi sokongan dan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia juga menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina dalam usaha itu.

Katanya beliau telah berhubung dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Vietnam dan Filipina, dalam kerangka Asean, bagi memohon membantu Malaysia dalm operasi itu.

Kerajaan Malaysia turut menyambut baik bantuan dan kerjasama serupa daripada negara-negara lain dan badan antarabangsa dalam operasi mencari dan menyelamat, katanya dalam kenyataan di sini, awal pagi ini.

“Kerajaan Malaysia berkongsi kesedihan dan kebimbangan sanak saudara terdekat dan ahli keluarga penumpang pesawat MH370. Segala ingatan dan doa adalah bersama mereka terutamanya kepada semua penumpang dan anak kapal. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts