TV3 cabar integriti hakim dalam kes Nizar

TV3 memfailkan usul untuk mengetepikan penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memihak kepada bekas menteri besar Perak yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana mendakwa hakim "berat sebelah".

Menurut usul itu yang difailkan pagi ini dan dilihat oleh Malaysiakini, stesen penyiar itu berkata ini kerana Hakim Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof yang mempengerusikan panel hakim "sepatutnya hilang kelayakan" kerana penglibatan beliau dengan PAS.

Pihak responden berhujah bahawa Hakim Mohamad Ariff bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket PAS dan terus aktif dalam parti itu walaupun selepas dia kalah dalam pilihan raya tersebut.

Malah, menurut usul tersebut, Hakim Mohamad Ariff telah terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS untuk sesi 2007-2009.

Tambahnya, antara penglibatan Hakim Mohammad Ariff dalam PAS ialah bertindak sebagai penasihat undang-undang dan peguam dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Ia menambah bahawa oleh kerana panel Mahkamah Rayuan mesti mempunyai sekurang- kurangnya tiga orang ahli, maka kehilangan kelayakan Hakim Ariff, bermakna tidak akan ada kuorum tersebut.

Usul itu difailkan oleh TV3 dan penerbit Buletin Utama TV3, Rohani Ngah melalui peguam mereka di Messr TH Liew & Partners.

Nizar telah menyaman TV3 kerana dakwaan fitnah berhubung laporannya mengenai tweet nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang telah berjaya dibida oleh Sultan Johor.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan oleh Hakim Mohamad Ariff, sebulat suara membenarkan rayuan Nizar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM50 juta terhadap TV3.

TV3 telah diarahkan membayar kepasdsa Nizar RM30,000 untuk kos undang-undang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts