Wajah sebenar pengguling Mursi terserlah

Wajah sebenar pemimpin tentera Abdel-Fattah al-Sissi akhirnya terbongkar dengan pengumumannya mahu bertanding jawatan presiden Mesir, kata Kumpulan Islamis pro-Mohammed Mursi yang digulingkan.

“Wajah sebenar individu yang melancarkan kudeta telah terserlah selepas bersubahat dengan musuh-musuh Mesir,” kata Gabungan Kebangsaan Mempertahankan Legitimasi dalam kenyataannya pada Khamis.

“Kini dia memasuki pilihan raya dengan tangan masih menetes darah ribuan rakyat Mesir yang tidak bersalah,” kata gabungan yang turut disertai gerakan Islam Ikhwanul Muslimin itu.

Al-Sissi, dipercayai jurutera di sebalik penggulingan Mursi pada Rabu meletakkan jawatan sebagai menteri pertahanan.

Beliau turut mengumumkan akan bertanding sebagai presiden dalam pilihan raya yang dijangka pada Mei.

Pilihan raya itu itu pertama kali diadakan selepas penggulingan Mursi pada Julai tahun lalu selepas demonstrasi besar menentang pentadbirannya.

Mursi adalah presiden Mesir pertama dipilih secara demokratik.

Satu-satunya pesaingnya Al-Sissi setakat ini, pemimpin kiri Hamdeen Sabahy, menyambut penyertaan itu dengan menulis di Twitter:

“Kita bergelut untuk kejujuran, ketelusan, pilihan raya demokratik yang menjamin sikap neutral negara dan kebebasan rakyat untuk memilih presiden yang mereka mahu.”

Pesaing hanya disokong 1%

Masoum Marzouk, jurucakap kempen Sabahy mengkritik siaran televisyen pengumuman al-Sissi.

Beliau memberitahu media Dubai, Al-Arabiya , bahawa setiap calon mesti diberikan peluang ke udara yang sama.

Al-Sissi dijangka menang.

Tinjauan pusat kajian bebas di Kaherah Baseera mendapati al-Sissi disokong 51 peratus manakala 45 peratus lagi belum membuat keputusan.

Sabahy, yang berada di tempat ketiga dalam pilihan raya yang ditewaskan Mursi, kini hanya mendapat 1 peratus sokongan, menurut tinjauan itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts