Lagi tentang MH370 - Juga Bacaan Di Luar Kotak..!!!


Lagi maklumat tentang MH 370…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar anda semua? Semoga anda sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

1. Sampai hari ini, TV masih berkabung disebabkan kehilangan pesawat MH 370. Bacaan al-Fatihah dibacakan pada slot tertentu untuk semua stesen TV termasuk RTM dan Prima Media. Berkabung untuk kematian pemimpin negara atau kemangkatan Agong pun tidak sehebat penghormatan kepada semua anak kapal dan penumpang MH 370.

2. Baguslah tu tapi berapa orang Islam di dalam pesawat tu? Tentu ada perkara yang membuatkan mereka tu tidak boleh diabaikan oleh kerajaan. Kenapa kawasan pencarian telah berubah? Walaupun nampak beratus-ratus objek yang dicerap dari satelit, objek tersebut masih tidak dapat diambil. Allah masih tidak izinkankan pihak yang mempunyai kepakaran teknolgi tercanggih di dunia ni menemui bukti-bukti itu lagi.

3. Inilah salah satu sebab kenapa waris penumpang tidak dapat menerima kenyataan yang mengatakan MH 370 telah terkubur di Lautan Hindi. Kerajaan melarang semua pihak buat spekulasi atau melakukan perkara yang boleh memburukkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar terutamanya Negeri China. MAS meminta pihak rakan kongsinya di China supaya mengambil tanggungjawab bersama untuk menampung kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh MAS.

4. Menurut CNN, jumlah kos untuk misi menyelamat MH 370 itu bukannya sedikit jumlahnya. Berbillion-billion dollar America telah digunakan dan tidak mustahil meningkat kepada trillion dollar Amerika. Kosnya adalah yang paling mahal dalam sejarah penerbangan di dunia moden ini. Sebab itulah banyak negara telah menarik diri daripada terus mengambil bahagian dalam misi tersebut.

5. Ada orang berpendapat, di negara kita ini, kalau pihak pemerintah atau parti pemerintah menafikan sesuatu perkara, itu bermakna memang benar perkara itu berlaku. Satu lagi, jika media yang semuanya dipegang oleh BN, beria-ia melakukan sesuatu tindakan atau mengadakan kempen memburuk-burukkan sesuatu perkara atau sesuatu pihak, maknanya adalah hidden agenda atau ada udang di sebalik mee...lah tu!

6. Bagus juga sekarang ni semua rancangan hiburan dibatalkan. Itulah antara hikmah insiden itu berlaku. Rancangan hiburan dibatalkan kononnya nak menghormati kehilangan MH 370. Kalau ditiadakan rancangan hiburan waktu bulan Ramadhan, alangkah baiknya!

7. Berita terkini, sekarang Malaysia ada ura-ura untuk membina satelit sendiri. Ada bajet lagi ke? Jangan nanti jadi tukun atau muzium seperti yang berlaku kepada dua buah submarine tu sudahlah! Kalau kosnya USD 1 bilion, mesti komisyen yang diterima olehpihak tertentu tu USD 1 billion juga.

8. Tak percaya? Anda sebenarnya sudah ketinggalan zaman kerana maklumat yang anda terima itu hanya dacing yang masih laku untuk menimbang barang-barang pada zaman enam puluhan. Sebab tu baru sekarang baru sekarang kerajaan baru sedar tentang kepentingan satelit untuk negara kita yang bukan digunakan untuk komunikasi sahaj tetapi juga untuk keselamatan negara.

9. Insiden MH 370 ini bukan saja boleh menyebabkan MAS bangkrap, malahan negara kita juga boleh bangkrap. Jadi, kalau anda masih yakin yang kerajaan BN sekarang masih boleh berdiri megah di peringkat antarabangsa, fikir dulu sebelum memberi pendapat anda.

10. PERKASA kata negara dari O.I.C menyepi saja dan tidak mahu membantu Malaysia semasa tragedi ini berlaku. Agak-agaknya mengapa negara-negara tersebut tidak memberi respon yang sepatutnya? Mungkin pemimpin-pemimpin negara-negara itu terkejut  dengan berita tentang penggunaan khidmat bomoh dalam mencari pesawat yang hilang itu oleh kerajaan Malaysia.

Siapa yang mengunggulikan amalan syirik dan kurafat di nagara kita ini sekarang? Kenapa BN boleh menang di Dun Balingian, Sarawak.

11. Ada orang kata, mereka yang menyokong BN sebenarnya ada 3 kategori. Pertama, orang yang kapitalis (orang yang gilakan harta), kedua, orang yang tiada ilmu (seperti katak bawah tempurung) dan ketiganya, orang yang cacat mentalnya.

Walaupun mungkin anda mengutuk saya lagi, tetapi pada pendapat saya, kita tidak boleh menegakkan benang yang basah lagi

selama-lamanya.

Sekian dulu, wassalam.   
 
*Artikel dihantar oleh Sang Pencheritera.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts