Asingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa? Kenapa?


Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!
gambar dari medjournalwatch.blogspot.com


Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks. 

Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.

Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan,  pembuangan anak,  seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil

Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah.  Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.

Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu

I.        Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II.        Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III.        Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat

Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan  pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud

Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?

Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.

Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.

Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.

Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.

“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.

“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.

“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.

“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.

“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak…  Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”

Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”

“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.

“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi

“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.

“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.”  Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.

Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati. 

Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”

Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu  beristighfar panjang.

“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi

“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.

Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.

Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.

Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?

Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.

Jangan biarkan nasi menjadi bubur,  kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.

Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia. 

Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.

Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya

Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.

Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat.

Wallahua’lam

Ada cara untuk jimat elektrik

Asfaazam Kasbani  
Asfaazam Kasbani

PENGGUNA yang menguruskan sendiri penggunaan elektrik di rumah dan di pejabat perlu bijak menangani kenaikan tarif elektrik yang baru berkuat kuasa, 1 Januari tahun ini.

Penolong Perwakilan Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Asfaazam Kasbani berkata, rakyat perlu menerima hakikat bahawa subsidi kerajaan terhadap harga elektrik tidak boleh kekal selamanya.

Menurutnya, kenaikan tarif elektrik di Malaysia dipengaruhi keadaan global meliputi perubahan ekonomi dunia, populasi penduduk yang bertambah dan sumber alam yang terhad.

“Pengguna perlu melihat kenaikan tarif elektrik dari sudut positif dengan mengambil peluang mempraktikkan dua konsep iaitu penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik bagi mengurangkan penggunaan elektrik.

“Penjimatan tenaga boleh dilakukan dengan mematikan peralatan elektrik apabila tidak menggunakannya. Kecekapan tenaga pula ialah menggunakan produk yang menggunakan tenaga elektrik lebih rendah untuk melakukan sesuatu kerja," katanya dalam satu temu ramah, baru-baru ini.

Menurut beliau, penggunaan elektrik secara cekap dan jimat memberi faedah kepada pengguna kerana tidak lagi berlaku pembaziran tenaga elektrik dan wang.

Malaysia antara paling tinggi guna elektrik

Asfaazam berkata, dalam satu kajian perbandingan  dilakukan antara Malaysia dan dua negara Asia Tenggara iaitu Thailand dan Filipina, Malaysia menggunakan tenaga elektrik paling tinggi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia Foon Weng Lian turut bersetuju dengan konsep penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik yang dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengguna.

“Pengguna elektrik di Malaysia perlu memahami kenaikan tarif elektrik baru-baru ini adalah bagi menampung kenaikan kos penjanaan susulan peningkatan harga bahan api global.

“Penjanaan elektrik memerlukan sehingga 60 peratus gas, dan kerajaan perlu mengikut harga antarabangsa untuk mendapatkannya,” katanya.

Weng Lian berkata, pengguna di Malaysia perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mengelak daripada terpaksa membayar bil yang membebankan kesan daripada kenaikan tarif itu dengan pelbagai kaedah boleh diaplikasikan untuk melaksanakan konsep penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik.

“Pengguna boleh melakukan audit sendiri dengan menyenaraikan peralatan elektrik dan bilangannya di rumah mereka. Mereka juga boleh melakukan pengiraan sendiri bagaimana tenaga digunakan atau dibazirkan.

“Pengguna juga perlu memastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dimatikan dan dicabut kerana jika ia berada dalam keadaan sedia, tenaga elektrik tetap digunakan,” katanya.

Thailand model negara cekap tenaga


Weng Lian berkata, pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa World Resources Institute (WRI) menjadikan Thailand sebagai model kepada negara membangun kerana kecekapan penggunaan tenaga yang baik sejak 1992.

"Thailand sejak lebih 20 tahun lalu menyasarkan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20 peratus menjelang 2030.

"Melalui penyelidikan WRI, polisi dan undang-undang mengenai penjimatan tenaga dilaksanakan di seluruh Thailand berkesan dan perlu dicontohi oleh negara membangun lain," katanya.

Inilah wajah suami LINDA ONN....

2

Setelah merahsiakan wajah sebenar suami dan majlis pernikahan beliau, Linda Onn akhirnya memuatnaik foto istimewa khas untuk peminatnya di instagram.

2

Gambar tersebut adalah gambar beliau dan suaminya Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan.
Majlis perkahwinan telah berlangsung sekitar jam 5.45 petang Jumaat dan bertepat di Masjid Bukit Indah Ampang.

3

Pasangan ini pada mulanya telah berkenalan sejak bulan Ogos 2013 lalu dan kini telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2013 yang lalu.

Pulihkan buta dalam tiga hari

SERAMAI 25 pesakit telah menjalani teknik rawatan perintis memulihkan masalah penglihatan ini.

KESAKITAN yang dirasai Garry Morse ketika menjadi mangsa serangan sekumpulan 20 lelaki yang melemparkan sebotol air mengandungi cecair amonia masih terbayang dalam fikirannya.

"Amonia itu masuk ke dalam mata saya. Kesakitan yang dirasai merupakan yang paling teruk pernah saya alami," ujar pegawai tadbir berusia 28 tahun itu.

Pada saat itu, tiada apa yang difikirkan Morse melainkan merasakan dirinya telah buta.

Pandangannya menjadi kabur. Tiada apa yang mampu dilihatnya melainkan warna yang samar-samar.

Dia dikejarkan sepasukan ahli paramedik ke Hospital Queen Elizabeth di Gateshead sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Royal Victoria di Newscastle, England.

"Amonia tersebut telah merosakkan kornea saya. Saraf kelopak mata juga rosak," ceritanya seperti yang dilaporkan laman Dailymail.

Ekoran insiden tujuh tahun lalu itu, Morse telah menjalani empat pembedahan mata bagi membuang parut di matanya.

Tisu kornea

Biarpun begitu, penglihatannya tidak mampu dikembalikan.

Selepas dua tahun menderita kehilangan deria penglihatan, impiannya untuk melihat dunia kembali bersinar apabila seorang pakar bedah mata, Prof. Francisco Figueiredo memberi khabar gembira mengenai peluang untuk matanya dipulihkan.

Pada waktu itu, Morse menjadi individu kelima yang dijadikan sebagai responden untuk ujian klinikal rawatan terbaharu itu.

"Tisu daripada kornea mata saya yang sihat diambil. Proses itu tidak menyakitkan kerana saya diberi ubat pelali walaupun saya dapat melihat pisau bedah memasuki mata saya. Proses itu sekejap sahaja, kira-kira 15 minit," katanya.

Dua minggu kemudian, sel tisu yang telah diuji di makmal itu dipindahkan ke mata kirinya yang rosak. Pembedahan itu mengambil masa kira-kira tiga jam.

Selepas tiga hari pembedahan, balutan pada mata Morse dibuka.

"Semasa balutan dibuka, saya melihat ada cahaya sedikit demi sedikit cuba masuk ke dalam mata. Sebaik sahaja mata dibuka, saya dapat melihat warna, bentuk, objek, dan manusia dengan jelas.

TISU daripada mata yang elok diambil untuk memperbaiki kornea yang rosak.

"Ia sangat menakjubkan. Saya mampu melihat dengan mata kiri saya seperti dulu," ceritanya.

Menurut Figueiredo yang juga profesor oftalmologi di Universiti Newscastle, penyakit berkaitan kornea merupakan penyebab kedua kebutaan selepas katarak.

"Permukaan kornea sebenarnya meliputi sejenis lapisan tisu yang digelar epitelium yang akan diperbaharui oleh sel stem yang terletak di garisan kornea yang dikenali sebagai limbus," ujarnya.

Bagi kes Morse, tisu sepanjang 1.5 milimeter diambil dari mata kanannya.

Tisu tersebut kemudian melalui beberapa ujian klinikal di dalam makmal dengan menggunakan membran amniotik daripada penderma plasenta bayi.

Membran amniotik merupakan sel yang kaya dengan bahan yang mampu menggalakkan penghasilan sel.

"Sel stem dan membran itu direndam di dalam cecair yang mengandungi pelbagai nutrien dan bahan lain yang menggalakkan pertumbuhan sel.

"Selepas beberapa hari, tisu tersebut berkembang kepada 3 sentimeter dan sedia untuk dipindahkan ke mata pesakit yang rosak. Ia akan terus berkembang membentuk beberapa lapisan," katanya yang memberitahu, kebiasaannya mata normal memiliki lima hingga tujuh lapisan sel.

Mata baharu

Ujar beliau, dalam masa beberapa hari, penglihatan pesakit semakin baik dengan kornea yang baharu itu.

Menurut Figueiredo, pembedahan ke atas pesakit seperti Morse dianggap sebahagian daripada kajian itu.

Ini kerana rawatan kornea menerusi penghasilan sel stem tersebut belum diketahui ketahanannya untuk jangka masa panjang.

"Berdasarkan kepada keputusan positif yang diperoleh, teknologi ini mungkin bersedia untuk mendapat kelulusan bagi dilaksanakan ke atas lebih ramai pesakit," katanya.

Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Stem Cells.

Sehingga kini, seramai 25 pesakit telah berjaya melakukan pembedahan tersebut dan mampu melihat seperti sediakala.

"Sangat menakjubkan apabila memikirkan sel tersebut mampu memberikan kornea yang baharu dalam masa beberapa hari sahaja.

"Saya kini mampu menjalani kehidupan normal.

"Bulan Ogos lalu, saya mengahwini pasangan saya, Victoria. Saya jumpa dia sejam sebelum serangan itu berlaku," ujar Morse yang mengakui masih trauma dengan insiden tersebut.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2q1YYrApB
Hakcipta terpelihara

Murung akibat kurang cahaya

INDIVIDU yang mengalami SAD cenderung untuk memencilkan diri di dalam rumah berbanding terlibat dengan aktiviti luar.

SETIAP kali musim sejuk yang biasanya berlangsung dari bulan Disember hingga Februari, Susan Willis, 33, berasa tidak bermaya. Malah, Willis seperti tiada tenaga untuk pergi ke tempat kerja.

“Pada musim sejuk, saya tidak ada motivasi. Emosi saya juga tidak stabil dan mudah marah dengan rakan sekeliling,” ujarnya yang tinggal di Derbyshire, England.

Pada mulanya Willis beranggapan perubahan yang dialaminya itu perkara normal.

Namun, sangkaannya meleset apabila doktor mengesahkan dia terkena penyakit yang digelar sebagai gangguan afektif bermusim (SAD).

SAD merupakan sejenis penyakit kemurungan yang cenderung berlaku ke atas seseorang yang menjalani kehidupan siang yang lebih pendek.

Gejala

Dalam erti kata lain, SAD menyerang individu yang kurang terdedah kepada cahaya matahari terutamanya pada musim sejuk.

Ini kerana pada musim sejuk waktu siang lebih pendek berbanding waktu malam yang panjang.

“Kekurangan cahaya matahari bermaksud otak kita menghasilkan kurang hormon yang merangsang emosi dan perasaan,” ujar pakar psikiatri di Hospital Eau Claire, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), William Weggel.

Individu yang diserang SAD dikatakan mengalami beberapa gejala yang boleh dikesan oleh orang di sekeliling.

Antaranya, keletihan, kemurungan, susah fokus, sakit-sakit badan, kurang keinginan seks, kuat makan, dan kurang beraktiviti.

Bagaimanapun, menurut portal kesihatan MedicineNet.com tanda-tanda tersebut muncul pada awal musim luruh sehingga musim bunga.

Ia sekali gus menyokong kajian sebelum ini yang mendapati individu yang tinggal di negara yang terletak jauh dari garisan khatulistiwa lebih berisiko mendapat SAD.

Bagaimanapun, individu yang terlalu lama bekerja di dalam bangunan yang tertutup tanpa cahaya matahari juga berisiko mendapat sindrom SAD.

Penyelidik mendapati, sinaran matahari mampu mengubah kandungan kimia otak.

ALAT bantuan cahaya elektronik digunakan bagi menggantikan kekurangan cahaya matahari pada musim sejuk.

“Pada musim sejuk, tahap pencahayaan adalah pada kadar yang jauh lebih rendah.

“Keadaan itu menyebabkan sistem badan menghasilkan lebih banyak melatonin (hormon yang merangsang tidur) dan kurang hormon serotonin yang mencetuskan perasaan gembira,” ujar penyelidik dari Universiti Surrey di England, Dr. Victoria Revell.

Ujar beliau, salah satu peranan cahaya ialah untuk menyeragamkan kitaran jam tubuh seseorang kepada 24 jam sehari.

Maka, oleh sebab itu pesakit SAD memerlukan jumlah pancaran cahaya lebih tinggi untuk menggerakkan sistem jam tubuh bagi menghasilkan bahan kimia tertentu pada otak.

Namun, pesakit SAD kebiasaannya lebih suka menyendiri di dalam rumah daripada keluar mendedahkan diri kepada cahaya matahari.

Antara cara untuk merawat SAD adalah dengan menggunakan rawatan cahaya yang dipanggil fototerapi.

Fototerapi

Fototerapi didatangkan dalam bentuk kotak cahaya yang mampu mengeluarkan sinaran yang 25 kali lebih cerah berbanding cahaya matahari.

Sungguhpun begitu, seorang saintis Universiti Oulu di Finland, Juuso Nissila menemui kaedah terbaharu untuk merawat pesakit SAD.

“Kami menemui cara terbaharu untuk menyalurkan cahaya ke bahagian otak yang menempatkan kawasan sensitif cahaya dengan lebih banyak iaitu menerusi lubang telinga,” katanya.

Dalam ujian klinikal yang dilakukan, sebanyak 92 peratus pesakit SAD didapati sembuh selepas diberikan dos antara lapan hingga 12 minit setiap hari selama sebulan daripada gajet tersebut.

Gajet yang dipanggil Valkee itu digunakan untuk menghalang dan menyembuhkan penyakit kemurungan dan emosi yang tidak stabil,” katanya.

Pesakit SAD juga dinasihatkan meluangkan masa yang lebih lama di luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari dan kekal menjalani kehidupan yang lebih aktif.

“Jika kehidupan seharian terganggu untuk ke tempat kerja atau menjadi tidak produktif, maka lebih baik pergi berjumpa dengan doktor,” ujar pakar psikologi di Hospital Wanita dan Brigham di Boston, AS, Janis Anderson.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2q1Y5Y4rs
Hakcipta terpelihara

Pahang dilanda banjir lagi

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my

TRAK yang membawa anggota tentera meninjau kawasan yang dinaiki air di pekan Sungai Lembing, Kuantan semalam.

KUANTAN - Beberapa kawasan sekitar di pekan Sungai Lembing dekat sini mula dinaiki air sedalam satu meter selepas hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, pekan Sungai Lembing menjadi kawasan pertama yang mula dilanda banjir ekoran paras air Sungai Lembing yang berada bersebelahan dengan pekan kecil itu naik secara mendadak.

Trak yang membawa anggota tentera dari Kem Batu 8, Sungai Lembing mula memasuki kawasan ditenggelami air untuk meninjau penempatan penduduk yang memerlukan bantuan.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2q1PzgEx7
Hakcipta terpelihara

Pelakon Liza Abdullah Fail Perceraian

Liza Abdullah
KUALA LUMPUR: Pelakon Norliza Abdullah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat di sini.

Norliza atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, hadir ditemani peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah pada Rabu lalu.

mStar Online dimaklumkan Liza turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.

Dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar pada 2012, Liza menepis khabar angin berhubung gosip kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Pelakon itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

Apabila Muslimah PAS pakai Baju Pelam Puteri Umno.

http://lh5.ggpht.com/--p3mdB-qLlQ/UfG2xU8aYKI/AAAAAAAADmk/grh0HgxrRo4/935908_537831899585317_761702449_n_thumb%2525255B2%2525255D.jpg%3Fimgmax%3D800salamualaikum wbt & Selamat Sejahtera...

Isu nih sesuai utk golongan wanita2 islam....

Terutama wanita islam yg dah berumah tangga...

Suami2 pun elok jugak jenguk2 isu nih....

bukannya apa...
nih la rahsia kebahagiaan rumah tangga..

Hidup berkat... keluarga selamat...

-------------------kandis-------------------------

Mungkin ramai golongan wanita islam kat luar sana.... yg berdepan dgn dilemma semacam dlm gamba di atas... minat & teringin bila tengok baju2 cantik lagi daring... tapi syariat tak membenarkan berpakaian "pelam" di khalayak umum...

Suatu kesilapan yg teramat besar hari nih bila org pompuan kita... suka berhias, berbaju cantik & bermake-up tiap hari ke tempat kerja... padahal ALLAH swt perintahkan labuhkan sikit pakaian org pompuan bila berada di khalayak umum(rujuk al-ahzab)... 

Maksudnya org pompuan pakai la jubah penuh & tudung full sampai paras bawah dada.. bahagian belakang tudung plak hendak lah sampai paras di bawah pinggul.... ala-ala cam telekung solat pompuan melayu tu la.... time solat pandai plak ikut spec islam?.. takkan lepas je solat ngkorang karammm... kahkahkah...

Kenapa plak org pompuan kena tutup aurat sampai camtu? kefahaman aku mudah... barang berharga perlu di lindungi elok2... pada wanita semuanya berharga & menarik perhatian... 

Buktinya? kalo ada awek yg lalu depan lelaki... tak sah kalo lelaki tak mau pandang... silap hari bulan kena ngorat lagi ada... kahkahkah.... 

Org lelaki plak takde pernahnya pompuan normal nak swit2 kat org lelaki... kalo ada yg ngorat lelaki kat tepi jalan.... tu maknanya pondan la tu yg swit2... kahkahkah....

Barang berharga... perlu lah di pelihara & di simpan elok2... cincin berlian 24juta takdenya org letak kat pagar rumah.... kahkahkah...

Nota:- perbaiki perkara nih wahai para muslimah...

Ok... kita berbalik pada cerita pasal pakaian pompuan...

Di khalayak umum org pompuan mmg sentiasa di perintahkan utk tutup elok2 & labuhkan sikit pakaian mereka... 

Tapi kat rumah berbeza halnya... di sunatkan para isteri berhias utk suaminya.... jadi kalo teringin nak bermekap cantik2 elok sgt la khas utk suami sahaja kat dlm rumah..

Kalo nak pakai baju pelam puteri umno elok sgt la pakai kat rumah utk suami... bukan takat baju pelam... baju durian pun hentam saja la kalo rasa cantik... kahkahkah.... 

Kalo tak mau pakai baju pun boleh je kalo kat depan suami.... konpem keluarga anda bahagia.. tiap tahun dapat hadiah lepas 9 bulan... kahkahkah.... suami tobat tak mau lepak kat kolam pancing atau kedai kopi lagi dah... kahkahkah....

Kebanyakkan bini org melayu nih bila kat rumah..... berbatik lusuh, bert-shirt lusuh, napas bau air liur basi, kentut kuat2 depan tv... kahkahkah... tapi bila keluar rumah & pegi kerja.. dia la paling cun melaram bak bidadari..... itu pasal la ramai lelaki lepas kawin sibuk nak cabut lari zaman nih.... kahkahkah....

Cuba lepas nih ngkorang try ubah sikit... kat rumah pakai make-up, pakai kebaya, kebarung, minyak wangi & lain2 yg mengancem.. baru la suami senyum je walau bini masak tak sedap hari tu... kahkahkah... 

Bini aku kat dlm rumah hari2 siap pakai tudung shawl, bawal, jerung, beruang & ntah apa menatang lagi pesen tudung dia... sepanjang waktu kemas rumah, layan anak & memasak... tapi bila dia nak keluar rumah... kena la tutup elok2 semuanya semacam yg di perintah ALLAH swt... ok?


Sekian... salam...

-kandis-

Personaliti tv disamun, suami dipukul

samun  

KUALA LUMPUR  - Seorang pembaca berita sebuah televisyen swasta dan keluarganya berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan rumahnya di Kota Damansara, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, difahamkan personaliti televisyen dan tiga anaknya hendak keluar rumah.

Menurut sumber, ketika kejadian suami kepada pembaca berita itu berada di luar rumah bersama dua anak lelakinya yang berusia dua dan empat tahun, manakala wanita itu sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.

“Tiba-tiba empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu menyerang dan memukul lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta pertolongan.

“Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Damansara. Difahamkan suami kepada pembaca berita itu cedera di bahu dan kepala,” katanya.

Senarai Pantai berbahaya di dunia

SUATU percutian pantai pastinya sempurna apabila berada di persekitaran bersih dengan pemandangan yang mempesonakan. Namun demikian, terdapat beberapa pantai di dunia yang tidak selamat dilawati. Infiniti menyenaraikan 10 pantai yang berbahaya di dunia untuk tatapan umum.

Pulau Fraser, Australia

PULAU unik seluas 123 kilometer persegi ini terletak berhampiran pesisir pantai Queensland, Australia. Selain keindahan yang mempesonakan, pulau ini juga merupakan pulau pasir terbesar di dunia. Keunikan Pulau Fraser ialah ia mempunyai sebuah hutan hujan yang tumbuh di atas bukit pasir setinggi 200 meter dari permukaan laut, sekali gus menjadi tarikan semula jadi di situ. Selain itu, pengunjung boleh mengetahui sejarah bangkai kapal di S.S Maheno yang terdampar di pantai tersebut, di samping mendekati keindahan cenuram pasir berwarna, The Pinnacles. Namun begitu, pengunjung perlu berhati-hati apabila berada di perairan pantai ini kerana terdapat haiwan marin yang ganas seperti jerung dan obor-obor beracun, di samping anjing liar yang dikenali sebagai Dingo yang dilaporkan adakalanya menyerang manusia.

Pantai Chowpatty, India

PANTAI Chowpatty terletak di Mumbai dan menjadi salah satu pantai umum paling terkenal di India. Ratusan penduduk daripada seluruh Mumbai akan membanjiri pantai ini di antara Ogos dan September setiap tahun bagi menyambut perayaan Ganesh Chaturthi yang diadakan untuk menghormati Dewa Ganapati.

Sungguhpun menjadi tumpuan ramai, Pantai Chowpatty dicemari dengan timbunan sampah sarap dan keadaan air yang tercemar, menjadikan aktiviti mandi-manda tidak digalakkan kerana berisiko menjejaskan kesihatan.

Pantai Gansbaai, Afrika Selatan

PANTAI Gansbaai menjadi destinasi pelancongan popular di Western Cape, Afrika Selatan. Ia terkenal dengan kepadatan tinggi populasi jerung putih dan lokasi melihat paus. Antara aktiviti tarikan di sana ialah menyelam di dalam sangkar bersama jerung putih.

Jerung putih dikatakan mengganas ketika musim anjing laut membiak.Kebanyakan serangan dipercayai berlaku apabila manusia disalah anggap sebagai anjing laut.

Pantai Bolinas, California

PANTAI Bolinas menjadi syurga bagi peminat sukan luncur air. Namun begitu, peluncur harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana terdapat banyak jerung putih di pantai ini yang mencari sumber makanannya di sini.

Peluang untuk diserang pemangsa marin ini cukup tinggi kerana ia boleh dilihat dari air pantai yang jernih ini.

Selain itu, para pengunjung dinasihatkan untuk tidak turun ke pantai pada waktu malam bersendirian dan memakai sebarang perhiasan berkilat yang boleh menarik perhatian pemangsa berkenaan.


Pantai Hanakapiai, Hawaii

PANTAI Hanakapiai terletak di Hawaii, Amerika Syarikat. Pantai berkeluasan 3.2 kilometer ini menjadi tumpuan dengan kehalusan pasir dan lautnya yang membiru. Sungguhpun demikian, sekurang-kurangnya 83 individu telah dilaporkan lemas ekoran keadaan ombak dan arus karau yang kuat.

Pantai Maho, Sint Maarten

PANTAI Maho terletak di pulau Caribbean, Saint Martin. Lokasi ini terkenal kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana terletak bersebelahan pantai.

Ekoran itu, ia menjadi tumpuan pemerhati pesawat yang berkunjung untuk melihat pelbagai jenis pesawat komersial berlepas dan mendarat dari jarak dekat.

Selain masalah bising, pengunjung berdepan risiko terpelanting ke dalam air terkena tujahan enjin pesawat. Sehubungan itu, kerajaan tempatan telah meletakkan tanda amaran yang memaklumkan pesawat berlepas dan mendarat boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

Pantai Sandy, Hawaii

PANTAI Sandy yang terletak di selatan Oahu, Hawaii di Amerika Syarikat merupakan salah satu pantai yang popular dalam kalangan remaja dan dewasa. Ia dikenali sebagai lokasi menarik bagi aktiviti luncur badan kerana ombak yang pecah berhampiran dengan pantai.

Pantai yang mempunyai pasir putih menggoda ini berbahaya ketika gelombang ombak besar dengan kehadiran arus karau.

Pantai Copacabana, Brazil

KOTA Rio de Janeiro di Brazil merupakan kota yang terkenal dengan kemeriahan pelbagai acara. Kota ini juga memiliki pantai indah dengan hamparan pasir putih sepanjang empat kilometer iaitu Pantai Copacabana.

Padat dengan pengunjung, pantai terkenal itu juga dikenali dengan pencuri atau penyeluk saku. Oleh itu, pengunjung diminta untuk meninggalkan barang-barang berharga di hotel sebelum menikmati percutian mereka di pantai tersebut.

Bikini Atoll, Amerika Syarikat

BIKINI Atoll merupakan satu atol yang terdiri daripada gugusan 23 buah pulau di Kepulauan Marshall, Amerika Syarikat. Di antara tahun 1946 dan 1958, kepulauan yang kini menerima pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini menjadi lokasi lebih 20 ujian senjata nuklear. Selain risiko radioaktif yang mungkin masih wujud, pulau tersebut juga berbahaya kerana bilangan jerung yang tinggi.

Pantai Playa Zipolite, Mexico

PLAYA Zipolite merupakan komuniti pantai yang terletak di pesisir selatan Oaxaca, Mexico. Sesetengah pihak mendakwa perkataan ‘Zipolite’ datang daripada bahasa Nahutl yang bermakna ‘Pantai kematian’.

Pantai kecil sepanjang dua kilometer yang sering menjadi tumpuan ini, khususnya golongan backpacker, terkenal dengan ombak besar dan arus karau yang kuat.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_02.htm#ixzz2puuMMZ2Z
Hakcipta terpelihara

Muslimah sejati penyeri jannah

Muslimah sejati

"SUDAH ramai wanita sekarang mengenakan hijab. Kelihatan semuanya cantik dan sopan santun.
"Namun, ada sesetengahnya bergaya seakan-akan tidak kena dengan penampilan diri. Ada juga yang tidak mengikut tuntutan agama Islam sehinggakan gaya mereka menjadi buah mulut ramai orang.

"Disebabkan hal ini, saya dan rakan sepakat menubuhkan persatuan semata-mata ingin membantu mereka yang berhijab atau yang baru berhijab untuk bergaya mengikut konteks sebenar tanpa melanggar syariat Islam ketika berfesyen," kata Zaidatul Afiza Mohd.  

Beliau sebagai pengerusi persatuan berkata, penubuhan Komuniti Hijab Malaysia atau dalam bahasa Inggerisnya, Hijab Community Malaysia (HCM) bukan hanya mahukan kaum Muslimah bergaya mengikut Islam tetapi juga
berusaha mengeratkan silaturahim dan suai kenal Muslimah dari serata negeri.

HCM ditubuhkan pada awal 2012 dan hanya dianggotai 15 ahli. Pada 14 Jun 2012, keahlian mencecah 20 orang yang terdiri daripada pelbagai golongan wanita, peringkat umur dan kerjaya. Kini, jumlah ahli makin meningkat, hampir 40 ahli berdaftar manakala lebih 1000 ahli dalam Facebook.

Tambahnya, HCM pada awalnya berhadapan kesukaran untuk dijadikan sebuah persatuan, namun dek usaha gigih semua pihak, semuanya berjalan lancar.

Peluang menjadi model

"HCM mula mendapat perhatian ramai Muslimah sejak ia dijadikan sebuah group page di Facebook. Selepas itu, ia berkembang pada Twitter dan lebarkan maklumat di dalam blog HCM.
"Oleh kerana makin diterima, lahirlah idea untuk jadikan HCM sebagai badan NGO yang boleh menjalankan pelbagai aktiviti secara formal untuk ke semua ahlinya," ujar Zaidatul Afiza.
Sepanjang dua tahun penubuhan HCM ini, visi persatuan adalah mahu menjadi sebuah persatuan Muslimah yang menghargai dan memahami keindahan dunia Muslimah mengikut syariat Islam dari semua aspek terutamanya fesyen dan juga bidang lain.
Serta membentuk jati diri sebagai Muslimah yang mementingkan hubungan sesama manusia, kemasyarakatan dan kemanusiaan cemerlang pilihan generasi baru yang berteraskan Islam.

"Aktiviti dijalankan berkait rapat dengan wanita iaitu kecantikan, fesyen Muslimah dan kesihatan.

"Disebabkan ramai ahli terdiri daripada model sambilan, jadi pertunjukan fesyen Muslimah dan photoshoot menjadi antara aktiviti utama HCM ini.

"Dengan menyertai HCM, mereka berpeluang untuk memperagakan busana dari butik untuk setiap majlis yang akan dijalankan. Ini secara langsung membuka peluang bagi mereka menjadi model Muslimah yang kian
berkembang pesat di dunia fesyen Muslimah sekarang," katanya.

Tambahkan aktiviti

HCM pernah mengadakan beberapa bengkel dan kelas seperti bengkel peragaan Muslimah bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai adab yang sesuai apabila memperagakan sesuatu produk; kelas pemakaian selendang; kelas solekan dan apa saja yang berkaitan dengan fesyen Muslimah.
HCM juga bakal mengadakan pra pelancaran HCM akan datang dan pelancaran besar-besarannya pada Jun ini.       Zaidatul Afiza berkata, beberapa siri kelas agama turut dianjurkan dan kini dalam perancangan melawat rumah kebajikan, wujud kelas masakan dan kelas membuat coklat.
Dalam pada itu, HCM juga seringkali menguruskan beberapa program besar yang telah melakar kejayaan tersendiri, antaranya Festival Hijab  2012.
HCM juga bertanggungjawab menguruskan pertunjukan fesyen bermula dari pengacaraan majlis, butik, model, make up artis dan lain-lain.
Turut serta, menguruskan pertunjukan fesyen untuk butik-butik Muslimah di Malaysia.

Berkongsi harapan HCM, Zaidatul Afiza berkata, beliau mahu menjadikan HCM sasaran utama golongan Muslimah untuk berkongsi pendapat, mencari peluang dalam bidang masing- masing dan memudahkan peralihan ke taraf umum tanpa mengira kedudukan pangkat dan status.
 
INFO
- HCM bermula dengan penubuhan group page di Facebook.
- Kemudiannya beralih ke Twitter dan blog HCM.
- Mula menjadi sebuah persatuan berdaftar pada awal 2012.
- Keahlian sudah cecah 40 orang dan melebihi 1000 dalam Facebook.

- Pelbagai aktiviti diadakan seperti kelas solekan, kelas tatarias, kelas pemakaian selendang dan banyak lagi.
- Sasaran keahlian kalangan wanita berhijab dan yang berumur 18 tahun ke atas.
- Mereka yang berminat untuk menjadi ahli, boleh emelkan penyertaan ke hijabcomunitymalaysia@yahoo.com atau layari Facebook Hijab Community Malaysia.
- Makna logo HCM - Warna kuning lambang ceria kerana ahli HCM sentiasa ceria, hindari stress dan sentiasa positif. Warna Ungu lambang kekuatan HCM.
- Semoga HCM akan sentiasa memperoleh kejayaan dan kebahagiaan untuk setiap aktiviti dijalankan.

Najwa Latif maafkan penyebar fitnah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my

KES Twitter Najwa Latif yang digodam individu tidak dikenali kini masih menjadi kes polis.

KONSERT Ambang 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu bukan sahaja menjejaskan perjalanan acara tetapi tempiasnya turut dirasai oleh salah seorang penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu, Najwa Latif.

Selepas mengadakan persembahan, heboh kononnya penyanyi itu telah mengemas kini status di laman sosial Twitter miliknya menyatakan yang dia telah diraba ketika suasana hiruk-pikuk di lokasi berkenaan.

Najwa telah membuat kenyataan media sebelum ini bahawa akaun Twitter miliknya telah digodam dan menafikan telah memuat naik status berkenaan.

Sejurus kejadian itu, Najwa telah membuat laporan di Balai Polis Shah Alam dan masih menantikan hasil siasatan pihak berkuasa.

Ikuti temu bual bersama penyanyi lagu Kosong itu yang ditemui pada Konsert Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah situasi sebenar yang berlaku pada malam 31 Disember lalu sehingga mengaitkan nama Najwa sebagai salah seorang mangsa demonstrasi haram itu?

NAJWA LATIF: Malam itu (31 Disember) saya membuat persembahan sebanyak tiga buah lagu iaitu I Love You, Sahabat dan Adamu untuk dua slot (pukul 10.40 malam dan 11.10 malam).

Keadaan masih terkawal dan tenang selepas selesai membuat persembahan.

Namun, apabila keadaan menjadi semakin huru-hara pada pukul 11.30 malam, saya bersama pengurus dan kakak saya mengambil keputusan untuk pulang.

Jadi, menjelang pukul 11.40 malam kami semua sudah keluar dari Dataran Merdeka. Maka, memang tiada sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa saya dan dakwaan saya diraba tidak betul sama sekali.

Bagaimanakah boleh timbul cerita Najwa kena raba?

Saya tidak pasti, saya tidak tahu apa-apa sebab dalam perjalanan pulang. Apabila sampai di rumah, kawan saya memberitahu melalui WhatsApp bahawa ada sesuatu berlaku dalam Twitter saya.

Selepas menyemak semula ada peminat screen capture Twitter saya menyatakan saya telah diraba.

Apakah intipati yang ditulis di Twitter berkenaan?

Seingat saya, tulisan itu menjurus terhadap kekesalan saya berkenaan acara sambutan Tahun Baru dan saya berdepan insiden memalukan.

Saya boleh cakap perkara itu tidak benar sebab selepas pukul 11.30 malam saya tidak berada di tempat kejadian.

Perkara selepas itu tiada kena-mengena dengan saya. Ada individu telah mengolah semula tulisan saya di Twitter sebelum ini dan mereka ayat baharu.

Adakah Najwa mengesyaki sesiapa yang menjadi dalangnya?

Saya perasan perkara itu pukul 1 pagi. Saya tidak tahu siapa yang mulakan. Saya tidak mengesyaki sesiapa.

Selepas individu berkenaan Tweet perkara itu, screen capture kemudiannya dia padamkan. Saya maafkan dia dan harap tidak mengulangi perbuatan itu.

Apakah pengajaran yang diperoleh daripada insiden berkenaan?

Saya sudah buat laporan polis pada 3 Januari lalu di Balai Polis Shah Alam dan ia masih dalam siasatan.

Pengajarannya, saya harus berhati-hati dan ada saksi bersama saya ketika kejadian.

Tuhan tahu apa yang terjadi dan itu sudah cukup untuk saya, terpulanglah apa orang mahu cakap pun.

Adakah kejadian itu menjejaskan karier atau peribadi Najwa?

Saya percaya rezeki datang daripada Tuhan. Tidak mengapa kalau tiada rezeki dan saya percaya apa yang terjadi kuasa Allah. Kalau hari ini kita buat orang, nanti orang buat kita balik.

Adakah Najwa serik untuk mengadakan persembahan di pentas terbuka selepas ini?

Saya percaya apa yang terjadi ada hikmahnya dan saya banyak belajar. Saya ambil perkara yang berlaku sebagai satu pengalaman dan akan lebih berhati-hati. Saya tak serik dan akan tetap membuat persembahan di konsert terbuka.

Apakah perkembangan terkini Najwa?

Sekarang semester kedua saya dan sedang sibuk dengan kuliah. Selain itu, pada hujung bulan ini saya akan keluar dengan single terbaharu berjudul Hilang.

Rakaman untuk album terbaharu saya sedang berjalan lancar dan insya-Allah akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2psxZMuIP
Hakcipta terpelihara

‘Makan’ penampar 40 kali diberi oleh guru

Beijing: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menjalani pembedahan mata selepas ditampar hampir 40 kali hanya kerana gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya.

Kanak-kanak berasal dari Zhengzhou di wilayah Henan itu berkata, dia ditampar selepas gurunya menyuruh semua rakan sekelas berbuat demikian sebagai hukuman tidak menyiapkan kerjanya.

Malah, katanya, guru itu menjanjikan hadiah untuk murid yang menghasilkan bunyi menampar paling kuat.

“Selepas disepak, guru itu memaksa saya membuat tekan tubi dan melarang saya makan tengah hari,” katanya seperti dilapor media semalam.


Ketika itu mangsa menyangka masalahnya akan berakhir di situ saja sehinggalah dia berasa ada sesuatu tidak kena pada dirinya.

Menurut mangsa dia gagal melihat dengan jelas menggunakan mata kirinya beberapa jam kemudian.

Foto
IBU mangsa ditawarkan pampasan RM16,000 oleh pihak sekolah bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Difahamkan, guru berkenaan menganggap hukuman berat adalah kaedah terbaik mendorong muridnya belajar dengan lebih baik.

FotoMANGSA mungkin mengalami masalah penglihatan selepas mata kirinya cedera akibat ditampar secara melampau.

Sementara itu, ibu mangsa berkata dia terkejut apabila mengetahui betapa teruk kecederaan dialami anaknya.

“Malah doktor memaklumkan anak saya mungkin tidak lagi dapat menggunakan mata kirinya,” katanya.

Menurut wanita terbabit, keluarganya menerima pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM16,278) yang sudah pun digunakan untuk perbelanjaan pembedahan itu.

“Saya berharap anak saya tidak cacat,” katanya. - Agensi

Aduhai..!! Nak Makan Roti Canai Pun Dah Kena Beli Cara Paksa Dah..!!

Nak makan Roti Canai pun kena paksa dah zaman sekarang ni. Minimum 2 keping. Aduhh. Obes la macam ni. Tak makan membazir. Haha. Lokasi di Johor.

Bahaya minyak masak

MENURUT Pakar Pemakanan dari DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali, penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.

Katanya, semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.

Sisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul.

Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

"Apabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.

"Oleh kerana itu, sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.

"Itupun bergantung kepada perubahan struktur atau kelikatan warna minyak berkenaan," kata Siti Nurhayati.

Beliau menambah, sekiranya minyak berkenaan telah bertukar warna dan kelikatannya, kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.

Siti Nurhayati juga menjelaskan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.

Ini kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

"Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya.

"Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang," katanya.

Siti Nurhayati mengakui, disebabkan mahu mengurangkan kos, kebanyakan peniaga akan menggunakan minyak masak berulangkali.

Sekiranya peniaga perlu juga menggoreng dalam minyak yang sama, gorengan berkenaan perlu dilakukan dengan cepat dan tidak perlu direndam (di dalam minyak) terlalu lama.

"Sebagai pengguna, kita perlu lebih peka dengan makanan yang dibeli dan perlu bersikap memilih terhadap gerai atau kedai makanan. Jika berkesempatan lihat dahulu sama ada minyak yang digunakan adakah telah bertukar kehitaman.

"Ini kerana minyak yang digunakan berulangkali akan bertukar menjadi gelap akibat pembentukan karbon. Minyak ini berbahaya kerana mengandungi bahan toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang tinggi," katanya.

Siti Nurhayati menambah, bukan hanya minyak yang hangus sahaja membahayakan malah makanan yang hangus seperti contoh sate, roti bakar, charkueytiau atau apa sahaja makanan yang bewarna hitam akibat sisa hangus adalah tidak elok kerana mengandungi HNE.

Pengambilan makanan hangus untuk jangka masa panjang boleh mengundang penyakit keradangan dan kanser di dalam badan.

Siti Nurhayati menerangkan, pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.

Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikkannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.

"Minyak zaitun sebagai contoh adalah minyak mono tidak tepu. Minyak ini baik kerana ia mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

"Contoh-contoh minyak mono lain adalah minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari. Minyak-minyak ini juga mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.

"Walaubagaimanapun, minyak tidak tepu ini tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana minyak ini akan cepat hangus," katanya.

Siti Nurhayati menyarankan agar setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu.

Gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau deep fry manakala gunakan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad (salad dressing).

Namun apa pun makanan bergoreng perlu dihadkan kepada tiga kali seminggu manakala bagi hari-hari lain pilihlah cara masakan yang lebih sihat seperti sup, kukus, panggang dan gril. Apabila minyak digunakan terlalu banyak ia juga sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan badan dan kolesterol yang tinggi. รข€“ Rosmah Dain

1 gram (gm) minyak = 9 kalori

berbanding 1 gm karbohidrat = 5 kalori

1 sudu makan minyak = 15 gram sebab itu 1 sudu makan minyak = 15 gram x 9 kalori = 135 kalori

Cuba bayangkan sekiranya minyak yang digunakan dalam jumlah yang banyak.

Agaknya berapa ratus atau ribu kalori yang kita serap setiap kali makan makanan yang bergoreng?

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131224/kn_01/Bahaya-minyak-masak#ixzz2pgWsez30
© Utusan Melayu (M) Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts