Peranan masjid ringankan beban kos sara hidup

Masjid Putrajaya

TAHUN 1975 penulis di darjah 2 Sekolah St Xaviers Institution Lebuh Farquhar Pulau Pinang cuma dibekalkan dengan wang saku 30 sen untuk berada di sekolah sesi petang.

Dengan 30 sen cukup untuk membeli mi rebus sepinggan 10 sen ketika masa rehat beserta air sirap 5 sen.

Selepas waktu sekolah ramai pelajar akan berebut di luar pagar sekolah  membeli sengkuang yang disapu kuah rojak yang berharga 5 sen sekeping dan air sirap atau oren juga 5 sen segelas. Maka setiap hari penulis ada baki 5 sen sebagai simpanan.

Untuk menonton wayang filem filem ulang tayang  Allahyarham Tan Sri P Ramlee di panggung Rex Pulau Pinang tiketnya cuma 30 sen sahaja pada tahun 1975 dan harga yang sama di kenakan di panggung Empire Kangar Perlis pada tahun 1980.

Manakala sepinggan nasi kandar lauk daging dan telur rebus yang dijual mulai 6.30 pagi di pagar pejabat imigresen Pulau Pinang berhampiran Balai Polis Lebuh Pantai pada tahun 1975 cuma 30 sen dan ianya berlanjutan sehingga beberapa tahun kemudian tetap harganya tidak berubah.

Pasembor mamak ketika itu cuma 30 sen sepinggan manakala laksa penang ada yang menjual 30 sen dan ada yang menjual 50 sen.

Nasi minyak berlauk daging dan sambal lada dijual pada harga 50 sen sebungkus pada tahun 1985 di gerai belakang pejabat pos Kota Bharu Kelantan. 

Sebagai kanak kanak sekolah , membayar tambang bas MPPP atau Seri Negara untuk ke mana dalam Pulau Pinang ketika itu biasanya  antara 5 sen, 10 sen atau 15 sen.

Malah kacang sebungkus cuma 5 sen yang biasanya juga turut diberi pada monyet monyet di Taman Botanical yang lebih di kenali di Pulau Pinang sebagai ‘waterfall’.

Harga ikan mata besar atau ikan Uji Rashid cuma 10 sen sekati begitu juga ikan sardin 10 sen sekati yang dijual di pasar Chowrasta Pulau Pinang.

Ketika tinggal di Kuala Perlis pada tahun 1980 penulis berbasikal ke jeti ikan menyerahkan wang seringgit bersama beg guni bersaiz besar kepada pekerja bot nelayan di jeti ikan terus diisi penuh dengan pelbagai jenis ikan tanpa perlu di pilih. Stok ikan seringgit tahan lebih 10 hari untuk  sekeluarga ketika itu.

Setengah sen boleh membeli pelbagai barangan keperluan ketika Negeri Negeri Selat. Perubahan zaman dan inflasi bukanlah sebab tunggal kenaikan harga barang. Monopoli, orang tengah yang mengaut keuntungan berlebihan,rasuah dan peraturan peraturan yang lebih melindungi kapitalis  antara punca utama kenaikan.

Suku sen semasa Negeri Negeri Selat

Filem Ali Baba Bujang Lapok  Allahyarham Tan Sri  Dr P Ramlee secara bijak membuktikan peraturan peraturan pelik penguasa dalam perniagaan yang membolehkan ganja dijual  secara terbuka di pasar tetapi belacan  Pulau Pinang pula memerlukan permit.

Ketika itu tiada program transformasi, tiada 1Malaysia, tiada BR1M, tiada Pemandu tetapi di sekolah pelajar seronok ke sekolah dengan wang saku 30 sen.

Malah setiap kali cuti umum para pelajar diberi tiket wayang percuma untuk menonton cerita koboi dan cerita perang yang berkualiti sekalipun ditonton berulang kali seperti filem P Ramlee.

Zaman berubah, dunia makin maju, tahun 1978 TV warna diperkenalkan di negara kita yang selepas tahun 1980 barulah harga TV warna menjadi murah dan mampu di miliki oleh rakyat biasa. Sekalipun begitu ramai lagi rakyat terus menerus menggunakan TV hitam putih yang berpintu yang boleh dibuka  dan ditutup seperti almari.

Nasi lemak antara 10 sen atau 15 sen sebungkus adalah perkara biasa ketika itu cuma mungkin sekitar pertengahan 80-an nasi lemak berubah format menjadi seolah-olah nasi yang sesuai untuk makan tengah hari mungkin hasil idea peniaga untuk memastikan harga nasi lemak boleh dijual beringgit-ringgit.

Demikianlah tadi serba ringkas sedutan keadaan harga barangan ketika penulis berada di sekolah rendah dan menengah antara awal 70-an dan 80-an.

Kini tahun 2014, ikan kembong yang penulis beli sekati cuma 30 sen sekitar tahun 1975 kini ada pekedai yang menjual sehingga  RM18  sekilogram. Begitu juga dengan ikan cencaru yang dulunya 30 sen sekati kini RM8.99 sekilogram.

Tambang bas sekolah bulanan antara Kuala Perlis dan Kangar awal 80-an dulu cuma belasan ringgit sebulan, kini di Kuala Lumpur terkejut penulis mendapat tahu lebih RM100 seorang pelajar untuk jarak yang dekat.

Seluruh negara mempunyai begitu banyak masjid yang boleh diperluaskan lagi fungsinya daripada semata mata menjadi lokasi beribadah.

Fungsi masjid  sebenarnya untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan.Kedai runcit, kantin daripada sarapan hingga ke makan malam, kedai pakaian sekolah, pasar mini, pusat tuisyen, khidmat bas sekolah, menternak lembu dan ayam di lokasi berbeza disembelih dan kemudiannya dijual di pekarangan masjid dan pelbagai bidang perniagaan halal lain yang boleh diceburi masjid dengan matlamat membantu ummat meringankan beban kos sara hidup.

Jika pasar raya besar boleh menjual barangan dengan lebih murah, masjid juga boleh berbuat demikian jika masjid seluruh negara bersatu di bawah satu jenama contohnya ‘Masjid Incorporated’’. Tuisyen untuk semua subjek serta kelas al-Quran boleh diadakan secara percuma oleh pihak masjid dengan membayar elaun yang nominal pada guru-guru sekolah berdekatan.

Khidmat van/bas sekolah boleh dikendalikan pihak masjid pada kadar 50 peratus daripada harga pasaran.

Begitu juga dengan segala jenis kelengkapan persekolahan yang memungkinkan masjid-masjid menjual pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Teringat saya lewat 70-an dulu sebuah syarikat percetakan yang terletak di Kampung Melayu Aceh Pulau Pinang menjual secara runcit bukan pukal senaskah surah Yasin pada harga cuma 10 sen .

Maknanya peniaga zaman itu yang membeli secara pukal akan mendapat harga lebih rendah dari 10 sen senaskah.

Tentunya jemaah masjid akan menjadi lebih ramai daripada biasa kerana selain dapat mengerjakan solat lima waktu secara berJemaah, para kariah dapat melakukan pelbagai urusan lain di persekitaran masjid dengan selesa, cepat dan amat berpatutan harganya.

Ada beberapa masjid di Kuala Lumpur dan Selangor yang melabur untuk mendapat pulangan namun cara begitu tidak dirasai oleh jemaah yang majoritinya rakyat biasa. Peluang pekerjaan juga lebih dibuka luas bila pihak masjid mula aktif agenda berniaga untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

Segala formaliti mengenai perniagaan boleh dibincangkan di peringkat pentadbiran masjid dan seterusnya mengikut formaliti biasa menubuhkan perniagaan serta mendapatkan segala kelulusan berkaitan, permit dan sebagainya.

Pihak pentadbiran boleh memaklumkan pihak Majlis Agama di peringkat negeri masing masing untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dan sebagainya.

Namun terdapat beberapa masjid sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang aktif berniaga tanpa halangan malah ada yang dapat membuka hotel dalam bangunan masjid beserta dewan seminar, bilik mesyuarat dan kafe yang beroperasi dari pagi hingga ke malam.

Pihak pengurusan masjid perlu berusaha sendiri mencari jalan untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga jauh lebih murah dan dijual semula juga dengan harga lebih murah dari pasaran. Manakala sayuran serta ternakan boleh diusahakan sendiri oleh pihak masjid di lokasi berbeza untuk dijual di pekarangan masjid.

Dengan menumpukan sebahagian besar aktiviti harian di persekitaran masjid juga boleh sekurang-kurangnya menjadikan bilangan saf yang lebih banyak ketika solat dan secara tak langsung mengembalikan zaman kegemilangan Islam di mana pelbagai urusan diselesaikan di masjid.

Tentunya isu mahram, isu aurat dan lain-lain akan secara tidak langsung terjaga bila berurusan di persekitaran masjid. Cuba kita lihat di zaman ini pusat pusat perniagaan yang maju di Makkah  Al Mukarrammah dan Madinah Al Munnawarrah berpusat di luar kawasan yang amat hampir dengan Masjidil Haram yang tentunya memudahkan penjagaan solat fardu.

Malaysia boleh maju ke hadapan dengan mempelopori aktiviti perniagaan yang pelbagai yang ditadbir sendiri oleh pengurusan dan kakitangan masjid yang boleh lengkap dengan para professional seperti Ketua Pegawai Ekekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang melapor dan bertanggungjawap kepada Lembaga Pengarah (BOD).

Pusat perniagaan  yang pesat berkembang dan Hotel Dar Al Hijra yang terletak 800 kaki dari Masjid Nabawi Madinah Al Munawarrah

Jika dilakukan dengan betul maka isu untuk mengelakkan kenaikan harga barang tanpa asas yang kukuh untuk kenaikan mendadak boleh dikawal dengan lebih mudah dan memberikan persaingan sihat untuk para peniaga konvensional agar lebih bertimbang rasa dan beretika dalam isu isu membabitkan harga barangan dan perkhidmatan yang melibatkan rakyat sebagai pengguna.

Pelbagai persatuan juga boleh ditubuhkan oleh pihak masjid seperti persatuan pengguna contohnya sebagai langkah tambahan kepada persatuan pengguna yang sedia ada dalam menambahkan pelbagai program kesedaran pengguna terhadap pelbagai isu kepengunaan yang melibatkan majoriti rakyat biasa terutamanya penindasan golongan kapitalis dalam pelbagai bentuk yang adakalanya menjelma di bawah label Islam lengkap dengan Penasihat Syariah yang mengeluarkan pelbagai fatwa seperti kata propaganda iklan mi segera yang cepat dimasak dan dicanangkan sedap dimakan,  untuk pelbagai imbuhan diri yang lumayan kiri kanan atas dan bawah.

Wallahualam
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur

16 kerjaya dengan pendapatan tinggi tanpa perlu ijazah Universiti di Malaysia

Setelah melihat kerjaya dengan pendapatan tinggi yang ditawarkan di Amerika Syarikat (dan mungkin juga ada ditawarkan di negara-negara lain) kini kita beralih pula ke negara kita sendiri, Malaysia.

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.



1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai 'wealth advisor' merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.



(gambar oleh  Trevor_Page)

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang 'oil and gas' seperti di Petronas, MMHE , Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa & bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia). Di sini antara program pensijilan yang ditawarkan ialah;

12. Safety & Health Officer 
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan & kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.



(gambar oleh tommyimages_com)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian yang berdekatan.

14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
ROHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu  arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Tangan dipotong kerana beri sedekah

DIKISAHKAN bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana ALLAH S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya.

Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka ALLAH S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah.

Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut.

Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.

Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya.

Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut.

Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan ALLAH S.W.T.

Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka ALLAH S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."


Dipetik daripada blog Detik Islam.com

Kemantapan wanita usia 40-an

MUHAMAD MAT YAKIM

 
Gambar Hiasan 
 
BEBERAPA hari lalu, saya tengok Buletin Utama di kedai kopi - berita seorang guru penolong kanan wanita terkantoi aksi bertukar-tukar ‘cenderamata’ dengan kekasihnya, warga Pakistan.

Lelaki itu 27 tahun manakala si cikgu, 49. Khabarnya, penolong kanan sebuah sekolah di Melaka itu sudah punya anak enam dan suaminya pula sedang sakit.

Ini bukan kes khalwat biasa tetapi ada kaitan dengan rakaman video. Wah! Sungguh terlampau nampaknya.

Tidak! Saya bukan hendak bercerita panjang mengenai pasangan itu tetapi yang menarik perhatian saya adalah komen seorang kawan – Li – yang ada bersama tonton berita itu.

Li, 48, tiba-tiba berkata, wanita umur 40-an hingga 50an memang makin 'hot'.

“Ini pengalaman...,” katanya untuk lebih meyakinkan saya.

Ya, saya tahu Li tidak pernah buat kajian saintifik mengenai perkara itu. Dan saya juga sedar bahawa apa yang dikatakannya, boleh jadi betul, mungkin juga tidak.

Walau apa pun, apabila dia menyebut ‘ini pengalaman...’ saya tahu dia cuba bercakap benar, sekurang-kurangnya dari pengalamannya sendiri.

Li orang baik, bukan pengatur tangga rumah tumpangan di Belakang Mati. Itu saya pasti!

Untuk perkasakan lagi hujahnya, Li berkata, pada usia itu, wanita tidak lagi sibuk dengan anak kecil dan juga hal-hal lain yang menjadikan mereka begitu sibuk setiap hari.

“(Pada) tahap itu, depa sudah relax, sudah boleh fikir untuk diri sendiri, termasuk juga hal-hal seks,” katanya.

Bab itu, saya setuju dan saya semakin yakin bahawa apa yang Li katakan, ada benarnya.

Saya sendiri pernah beberapa kali menulis topik ini, termasuk daripada pengakuan wanita sendiri.

Ada yang mengaku pada usia 40-an, mereka bersedia untuk jatuh cinta kali kedua.

Tidak! Bukan bercinta dengan lelaki lain atau cari ‘anak ikan’ tetapi jatuh cinta dengan diri sendiri.

Maksudnya kalau sebelum itu katanya, terlalu banyak hal yang nak dikisahkan setiap hari tetapi dalam usia 40-an, mereka ada ruang yang lebih untuk membelai diri dengan sebaik mungkin.

Dalam soal bajet juga sudah stabil dan boleh dibuat bajet khusus untuk penjagaan diri. Bukan untuk beli beg tangan atau losen penggebu sahaja tetapi juga untuk spa dan aerobik.

Pendek kata, dalam dalam usia 40-an, wanita sudah benar-benar bersedia untuk tampil dengan lebih ‘mantop’.

Bukan hanya mahu memuji orang lain, pada isteri sendiri pun saya nampak berbeza banding dahulu.

Tetapi masalahnya isteri, apabila kita puji “awak makin tua makin cantik,” dia akan tanya balik, “ooo... dulu tak cantiklah ye?”
Ke situ pulak!

Kalau diambil kira pandangan sendiri, memang sejak remaja dahulu lagi pun, saya suka ‘ushar’ wanita yang lebih berusia, lewat 30an hingga 40-an.

Bagi saya, wanita pada usia itu sedang berada di kemuncak keanggunan. Justeru, mereka amat indah lagi harmoni untuk dipandang. Macam gunung. Tidak ada orang yang suka pandang busut, jarang ada yang suka pandang bukit tetapi ramai yang suka pandang gunung.

Ini kerana berbanding yang lain, gunung adalah lebih anggun.

Maksud anggun bagi saya ialah kombinasi rupa paras fizikal yang cantik dengan kematangan. Itulah anggun dan keanggunan itu kemuncaknya adalah pada usia lewat 30-an atau awal 40-an.

Bagi wanita yang lebih muda, mereka mungkin cantik tetapi apakah mereka matang?

Jawapannya sudah tentu tidak dan walaupun mereka cuba tampilkan kematangan ataupun dilihat matang namun dalam situasi tertentu, sifat keremajaan atau keanak-anakan mereka pasti terdedah jua.

Itu bukanlah masalah, cuma bagi lelaki, tarikan dalam diri seseorang wanita pada mata mereka sesetengahnya lebih memberatkan penampilan yang matang secara semula jadi.

Ini kerana semacho mana pun seorang lelaki, ada ketika tertentu dia masih mengharapkan kematangan pasangan sebagai pelengkap. Malah jangan tidak percaya atau mencebik jika dikatakan lelaki juga ada kemanjaan yang diselindungkan.

Kerana itu, wanita yang matang tidak akan menolak apabila suami minta dibelai dan dimanjakan dan wanita yang tidak matang, mungkin hanya mahu dia sendiri dibelai oleh suami pada setiap masa.

Info - Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (0-12 minggu)


Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.

Minggu pertama:
Haid terakhir sebelum hamil. Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama, organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)

Jangan sombong dengan isteri

MUHAMAD MAT YAKIM

SELEPAS enam tahun, saya kembali menulis untuk Mingguan Wanita (MW) dengan judul kolum yang sama - Sembang Lelaki. Topik sulung bermula keluaran 24 Januari 2014 hal belahan jiwa (soulmate).

Oleh kerana MW khusus untuk wanita, saya bertanya kepada isteri-isteri yang membaca, "apakah anda pasti bahawa anda sebenarnya belahan jiwa suami masing-masing?"

Ya, saya yakin soalan seperti ini amat menggusarkan. Bagi saya, nilai dan makna belahan jiwa bukan semudah disebut. Isteri yang kegusaran selepas membaca tulisan saya dalam MW, mungkin akan bertanya kepada suami masing-masing sama ada dirinya belahan jiwa si suami ataupun tidak.

Saya berani jamin, jawapannya sudah tentu 'ya'!

Kalau mahu tahu apakah ciri-ciri belahan jiwa yang saya maksudkan, bagaimana tanda-tandanya, bacalah MW edisi 24 Januari 2014.

Ada pun dalam tulisan ini, saya akan sentuh hal yang berbeza tetapi masih ada kaitan dengan belahan jiwa. Belahan jiwa mengikut tafsiran saya adalah pasangan yang kita berkongsi perasaan dengannya, dengan penuh jujur lagi ikhlas. Keyakinan kita kepadanya juga amat kuat dan sentiasa penuh.

Memahami hal ini, sudah tentu pasangan yang mencapai taraf belahan jiwa sanggup untuk berkongsi segala-galanya dengan pemahaman dan penghayatan cinta yang mantap.

Ertinya, pada diri pasangannya itulah terhimpun segala makna bagi seseorang sama ada yang kurang atau yang lebih, yang gembira atau yang sedih. Segala-galanya!

Inilah makna perkongsian yang sebenarnya. Kadang kala untuk mencapai tahap ini, kita tidak semestinya terlalu mengatur diri dalam pergaulan. Maksud saya tidak perlu terlalu 'skema' mengikut istilah orang sekarang. Ini kerana ada sesetengah orang yang terlalu berkira waima dalam pergaulan suami isteri.

Misalnya sebagai suami, nada suara mestilah sentiasa dijaga. Bercakap dengan isteri sendiri pun macam suara iklan Volkswagen (semasa sebutan Das Auto). Kata Ustaz Kazim Elias, itu suara 'bass'.

Tetapi pada saya, tidak kenalah jika bersuara 'bass' ketika bercakap dengan isteri sepanjang masa. Takut isteri pula tatkala berdepan dengan suami, dirasanya bukan macam suami tetapi seperti pelajar Kolej Gurukul berdepan dengan pengetua mereka dalam filem Mohabattein!

Bagi hubungan yang sepenuh hati, ikhlas, jujur dan tiada rahsia, ia akan jadi berwarna-warni. Ada masa merajuk, memujuk, bergurau senda dan bermesra. Meskipun ketika marah atau merajuk, asas ikatan tidak terjejas.

Keyakinan masih utuh dan mantap. Bermasam muka setengah jam sudah dikira terlalu lama dan akan berlakulah adegan jeling menjeling untuk melihat siapa yang akan dahulu memulakan aksi memujuk.

Baru-baru ini saya terbaca petikan kenyataan yang dikatakan daripada Tun Dr Siti Hasmah. Tun menceritakan bahawa rumah tangga atau hubungannya dengan Tun Dr Mahathir pun sama macam suami isteri lain, ada juga ketikanya mereka yang sentiasa dilihat hebat oleh orang lain itu merajuk atau berselisih hati antara satu sama lain.

"Apa yang saya biasa lakukan apabila terjadi hal macam itu, semasa duduk di meja makan, saya akan kira, 1,2,3, dan dia (Tun Dr M) akan sambung ... 4,5,6. Kemudian kami sama-sama ketawa dan berakhirlah selisih faham itu."
Demikian Tun Dr Siti dilaporkan bercerita.

Manakala Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz pula yang saya baca dalam bukunya, Bicara Ini Demi Ilahi, pula menceritakan tempat yang paling aman baginya ialah apabila meletak kepala di ribaan isterinya setiap kali pulang ke rumah selepas berpenat seharian bekerja.

"Sebaik meletakkan kepala di ribanya, saya dapat rasakan segala serabut hilang begitu saja. Dia tak pernah merungut walaupun saya balik ke rumah pukul 3 pagi. Tidak terluah rasa syukur dianugerahkan isteri sepertinya (Datin Tuan Sabariah) sejak perkahwinan kami pada 20 November 1962," tulis Tok Guru Nik Aziz di halaman 18 buku itu.

Kalaulah kisah tokoh-tokoh itu masih belum cukup bagi kita untuk menurunkan ego dalam hubungan suami isteri, kita tengoklah pula sunnah Nabi. Bukankah terlalu banyak kisah Rasulullah SAW yang begitu santun, mesra dengan isteri-isterinya. Misalnya dengan Saidatina A'isyah, Rasulullah malah berlumba lari tanpa rasa segan silu semata-mata untuk memanjakan dan memesrakan dirinya dengan isteri.

Rasulullah manusia teragung, kekasih ALLAH, pemimpin umat sepanjang zaman. Sebut sahaja apa kebesaran di atas muka dunia ini, tidak ada satu pun yang dapat menandinginya. Itupun baginda tidak sombong dengan isteri.

Perlis - Sambut Maulidur Rasul dengan Joget Lambak & Mak Nyah

Kemaruk goyang pondan
Oleh Shamsul Munir Safini


Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak.
Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah penduduk.
Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali sebagai Amir 30-an berkata, dia difahamkan pesta joget lambak itu dianjurkan seorang penduduk dan turut menjemput sekumpulan 10 hingga 15 mak nyah.

“Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas dari Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional yang mengalunkan muzik latar,” katanya.
SEORANG mak nyah asyik berjoget dalam sebuah pesta.
Menurutnya, kumpulan mak nyah itu seperti pelayan pelanggan (GRO) yang menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia 50-an dan 60-an.

Scha Alyahya dan Awal bersemangat menanti baby pertama..


Bahana judi online, hampir bunuh diri


Bahana judi online, hampir bunuh diri

KUALA LUMPUR - “Saya fikir nak bunuh diri saja,” kata Zaidi, 54 , (bukan nama sebenar) bekas ahli perniagaan yang kini mengalami tekanan hidup selepas berhutang hampir mencecah hampir RM 300,000 termasuk dengan along selepas ketagih bermain judi online sejak lima tahun lalu.

Zaidi ketika ditemui berkata, dia mula ketagih dengan aktiviti itu selepas mengikut beberapa rakannya menghabiskan masa di pusat perjudian haram di sekitar Kuala Lumpur.

Malah, bapa kepada empat anak anak ini pernah menghabiskan RM 10,000 sehari dengan bermain judi berkenaan.

“Judi ini memang ‘berhantu’. Kita akan terus main selagi tak menang. Bila kalah nak menang, bila menang nak menang lagi banyak,” katanya ketika ditemubual Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya Zaidi, dia kini terpaksa hidup dalam ketakutan selepas lebih dari 10 ah long mencarinya kerana gagal melangsaikan hutang yang kebanyakannya digunakan untuk bermain judi.

“Saya kini terpaksa menyewa bilik, anak dan isterinya terpaksa dihantar pulang kampung kerana bimbang perkara buruk terjadi sekiranya bertembung dengan ah long terbabit,”katanya.

Malah lima kad pengeluaran wang automatik termasuk kad kreditnya dirampas oleh ah long terbabit berikutan kegagalan melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Zaidi berkata dahulu kehidupannya agak mewah hasil dari perniagaan beberapa buah restoran yang dimilikinya sekitar Lembah Klang namun keadaan itu berubah sekelip mata selepas dia mula mengenali permainan judi berkenaan.

“Memang jadi gelap mata bila komputer permainan tu boleh bagi beribu-ribu wang dalam sekelip mata namun kemenangan itu tak bertahan lama, esok atau lusa bila saya main sekali lagi pasti duit itu akan habis,”katanya.

Menurutnya, ketika ini dia hanya bekerja pelbagai kerja separuh masa di sekitar ibu kota untuk menampung kehidupannya yang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi yang mengatur kehidupan saya jadi begini di atas kesilapan sendiri, setiap kali bersujud kepadanya,saya insaf dan menangis kerana kelalaian sendiri terlalu taksub dengan mesin judi menjadi kehidupan ini hilang sekelip mata,”katanya.

Pelakon minum air kencing syaitan sewaktu penggambaran filem di negara jiran

Minum arak macam air masak

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/07/beer_toast-912-300x225.jpg
Ketika minum petang dengan rakan setugas beberapa hari lalu, terbuka cerita pelakon mabuk teruk ketika menjayakan penggambaran filem di negara jiran. Terkejut Sha, maklumlah selama ini pelakon itu nampak ‘bersih’ meskipun orangnya panas baran.

Cerita ini didedahkan mereka yang menjayakan penggambaran itu. Pada satu malam, sumber nampak pelakon bertubuh kekar itu rakus menogok air kencing syaitan di tepi pantai. Tempat itu memang ramai pelancong luar dan menjadi tempat berhibur sambil minum. Yang mengejutkan, pelakon itu minum arak yang dibeli macam togok air masak. 

Dari situ sudah tahu dia sudah biasa. Sudahnya apabila mabuk, dia terlentang tidur di situ juga. Tak peduli bahaya atau tidak, dia tersadai macam dugong tercekik batu karang. Dalam keadaan begitu, kalau dihanyutkan air pun tak akan sedar.

Mujur tak ada tsunami, kalau tidak pasti jadi kisah muka depan akhbar paling hangat tahun ini. Sudahnya, pagi esoknya dia datang lewat ke lokasi. Penampilannya bukan saja kusut masai tapi ada bau hamis yang buat orang sekeliling loya, tetapi masing-masing kunci mulut.

Malas nak panjangkan cerita, yang penting penggambaran hari itu mesti diselesaikan kerana banyak lagi lokasi yang mahu dikunjungi. Itulah penangan arak. Mana yang ‘sekapal’ dengan pelakon ini memang tak kisah tetapi bagi yang masih ada iman di dada, masing-masing hanya mampu geleng kepala. Kalau ditegur pun pelakon ini tak makan saman, apatah lagi dia jenis tak boleh terima nasihat. Silap hari bulan ada meja kerusi melayang. 

Jalan terbaik, masing-masing buat hal sendiri. Setahu Sha pelakon ini ada penyakit walaupun usianya masih muda. Tidakkah arak memburukkan lagi keadaan kesihatannya? Kalau itu jalan dipilih untuk kurangkan tekanan, jelas apa dilakukannya salah. Sha harap dia hentikan tabiat buruk yang sudah terang lagi bersuluh ditegah agama.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Shalat Fardhu

Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.Allah SWT akan mempersulit rezekinya. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya shaleh dari raut wajahnya. Orang yang meninggalkan shalat tidak mempunyai tempat di dalam islam.Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
Siksa Meninggalkan Shalat Fardhu

Siksa Meninggalkan Shalat Fardhu

3 Siksa Orang yangMeninggalkan Shalat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
Orang yang meninggalkan shalat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang MeninggalkanShalat Fardhu di Dalam Kubur :
Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya. Orang yang meninggalkan shalat kuburannya akan sangat gelap. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Shalat Fardhu KetikaBertemu Allah :
Orang yang meninggalkan shalat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka. Dosa Meninggalkan Shalat Fardhu :
Shalat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
Shalat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
Shalat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
Shalat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
Shalat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di ridhoi Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

BOLA SEPAK: Malaysia kekal di tangga ke-154 dunia

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara membuka kalendar 2014 dengan mengekalkan kedudukan ke-154 dalam ranking dunia, mengikut senarai Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), hari ini.

Kedudukan terbaru itu menyaksikan Malaysia setaraf beberapa negara lain seperti Guyana (151); Belize (152); Liechtenstein, Puerto Rico dan India (kesemuanya pada tangga 156) selain Nicaragua pada kedudukan ke-159 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turut kekal pada kedudukanketujuh di belakang Filipina (127), Myanmar (129), Vietnam (143), Thailand(148), Singapura (149) dan Laos (153).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-30 daripada 46 negara.

Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkanstatus selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,507 mata manakala Jermandan Argentina masing-masing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga terbaikdunia.

Jerman dan Agentina masing-masing mengumpul 1,318 mata dan 1,251 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 negara. - Bernama

Rasuah punca maksiat

http://www.klxpress.com.my/wp-content/uploads/pix-rasuah.jpg
Kita sering disajikan dengan pelbagai masalah sosial yang semakin hari kian meruncing dan membimbangkan. Bukan saja masalah sosial, tetapi juga pelbagai gejala kurang sihat yang semakin membelenggu masyarakat.

Jika dibelek kebanyakan akhbar setiap hari, pasti ada saja berita kurang enak yang dilaporkan.

Akhir ini kita disajikan dengan berita serbuan demi serbuan terhadap premis urut atau pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menjadikan tempat mereka sebagai sarang maksiat.

Peliknya, semakin giat penguat-kuasaan dilakukan, semakin banyak rumah urut dibuka. Malah, rumah urut lebih banyak dibuka berbanding kedai runcit di sesetengah tempat.

Selain itu, penjualan cakera padat (CD) haram semakin meningkat walaupun pihak berkuasa sering mengadakan operasi membanteras penjualan CD cetak rompak dan lucah.

Ketika bersama kenalan makan di sebuah restoran baru-baru ini, meja kami dihampiri seorang lelaki membawa bakul penuh CD pelbagai cerita.

Saya sempat perasan ada tali yang diikat berbentuk riben di penjuru bakul CD yang dibawa. Namun tidaklah saya menyangka sebenarnya tali itu membawa isyarat tertentu.

Rakan saya menjelaskan, riben yang diikat di bakul itu sebenarnya sebagai isyarat kepada pihak berkaitan bahawa tauke CD haram itu membayar ‘yuran’ kepada pihak berkenaan untuk menjual CD haram.

Sekali gus ia menjelaskan tauke itu kebal daripada operasi membanteras CD haram dilakukan pihak berkaitan.

Sejauh mana kebenarannya saya kurang pasti. Namun jika benar, tentu ia menyedihkan kerana ketika kerajaan sibuk melancarkan pelbagai kempen anti rasuah, masih ada pihak tidak bertanggungjawab menyemai benih kerosakan ini dalam masyarakat.

Jadi mungkin ada kebenarannya mengapa gejala tidak sihat ini makin dibanteras, semakin banyak pula ia bercambah. Malah, jika pergi ke sesetengah pasar malam, kita melihat peniaga CD haram dilengkapi ‘walkie talkie’ bagi memudahkan mereka berhubung dengan ‘orang dalam’ jika sesuatu operasi dijalankan.

Akhir zaman ini, ramai kurang sabar diuji dengan godaan harta benda. Lapisan iman dalam diri semakin menipis kerana kerap tergoda dengan wang yang ditawarkan depan mata. Kenaikan pelbagai harga barang dan kos sara hidup kini menjadi alasan popular untuk merasionalkan dosa besar ini.

Rasuah adalah dosa besar

Rasuah adalah satu daripada dosa besar yang diharamkan oleh Allah SWT. Antara dosa besar lain adalah zina, minum arak dan sihir yang mendapat kebencian daripada Allah. (Az Zahabi, al Kaba’ir, Muhammad bin Uthman az Zahabi, Darun Nadwah al Jadidah Beirut, muka surat 131). Pengharaman rasuah dijelaskan dalam banyak dalil yang boleh dilihat daripada pelbagai sumber seperti contoh di bawah:

  • Firman Allah dalam Surah al Maidah, ayat 42: “Mereka sangat suka mendengar berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” Al Hassan dan Sa’id bin Jubair RA berkata, ‘segala yang haram’ yang disebut di dalam ayat ini bermaksud rasuah.
  • Firman Allah dalam surah al Baqarah, ayat 188: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Dr Wahbah Zuhaili berkata, maksud ‘makan harta dengan jalan yang salah’ ialah melalui apa cara sekalipun. Antaranya riba, rasuah dan menipu dalam perniagaan.
  • Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah, dan penerima rasuah. Justeru, pengisian rohani dan kekuatan iman perlu dipupuk oleh diri sendiri setiap waktu dan ketika supaya tidak mudah kendur dengan godaan daripada dosa besar ini. Setiap wang yang berhasil daripada sumber haram pasti akan menatijahkan kerosakan dalam diri, bangsa dan seterusnya negara.

Aidil Zafuan akui tak bayar duit sewa rumah

PETALING JAYA - Pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, mengaku di mahkamah rendah syariah di sini hari ini bahawa dia tidak menjelaskan bayaran rumah sewa RM3,000 sejak keluar dari rumah kelaminnya bersama pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 38, pada Januari, dua tahun lalu.

Menurutnya, bayaran rumah sewa di Kota Damansara tersebut yang diduduki Rita Rudaini bersama dua anaknya dijelaskan oleh isterinya ketika itu selama 18 bulan sehingga mereka sah bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.

Berdasarkan keterangan itu, Aidil Zafuan menarik balik keterangannya sebelum ini bahawa dia tidak pernah culas membayar nafkah untuk Rita Rudaini dan anak-anaknya.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam sesi soal balas terhadap pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu.

“Sepanjang tempoh anak-anak tinggal dengan plaintif (Rita Rudaini), saya memang tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada mereka, tetapi, cuma tak bayar sewa rumah.

“Saya tidak berbohong kepada mahkamah, cuma keterangan pada 4 Disember 2013 itu tidak tepat,” katanya.

Aidil Zafuan berkata, beliau ada memaklumkan dan mengajak plaintif tinggal bersamanya di rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1, Subang Jaya, namun mendakwa Rita Rudaini enggan.

“Plaintif memberi alasan bahawa rumah itu bukan rumah kelamin kami,”katanya.

Aidil Zafuan berkata, berkenaan dengan peruntukan perbelanjaan anak-anaknya, dia tidak pernah menetapkan jumlahnya namun menganggarkan sekitar RM700 sebulan mengikut keperluan.

“Biasanya, saya hanya beli satu pek lampin pakai buang anak jika habis. Begitu juga dengan susu,”katanya yang juga memperuntukkan RM500 untuk pakaian anak-anaknya.

Ketika ditanya Mohd Zaidi mengenai perbelanjaan lain selain keperluan anak-anaknya, Aidil Zafuan berkata:

“Saya membayar RM2,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan RM1,000 bagi motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducati Monster,”katanya.

Berkenaan dengan gaji yang diperoleh, Aidil Zafuan menyatakan dia menerima pendapatan bersih RM12,000 ketika berkhidmat bersama pasukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012.

“Ketika berkhidmat dengan pasukan Negeri Sembilan pada 2011, saya menerima pendapatan RM8,000 sahaja,”katanya.

Beliau berkata, sebagai pemain bola sepak, dia tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Adakalanya lebih daripada itu kerana bonus akan diberikan jika memenangi perlawanan,” katanya.

Prosiding tersebut dijalankan di hadapan Hakim, Abd Halim Abu Samah dan ditangguhkan sehingga 31 Mac depan.

Rita Rudaini, 38, menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Aidil Zafuan hadir bersama keluarganya manakala Rita Rudaini ditemani rakan-rakannya.

Ukhuwah biar ikhlas, tiada muslihat

Nik Salida Suhaila

Membina silaturahim bukan sekadar mengucap salam kepada sesiapa yang ditemui dan tidak semudah berkirim salam melalui teman. Kemanisan ukhuwah hanya dapat dirasai mereka yang ikhlas melengkapkan kehidupan sesama manusia setelah menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Tidak salah membina ukhuwah dengan sesiapa saja untuk memperteguhkan hubungan dengan Yang Maha Mencipta. Pilihlah sahabat yang mengingatkan kita sewaktu lupa, menjauhkan daripada leka serta mengikat kita kuat pada tali-Nya, kerana itulah sebenarnya hikmah bersaudara.

Hari ini, jalinan ukhuwah menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai medium untuk meneguhkan ikatan silaturahim. Hubungan yang jauh boleh didekatkan dan ini memudahkan kita membina persahabatan. 

Firman Allah SWT; “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Tanpa memerlukan masa yang panjang dan modal banyak, kita boleh bertanya khabar serta tahu perkembangan taulan yang jauh hanya di hujung jari. Malah, hubungan jauh boleh didekatkan dengan kemudahan teknologi yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan itu.

Lebih daripada itu, ukhuwah berasaskan takwa dan berlandaskan syariat adalah tunjang kekuatan ummah malah, silaturahim menjauhkan manusia daripada hasad dengki serta fitnah. Ukhuwah juga boleh menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa seorang Muslim itu menjadi saudara seorang Muslim lainnya, kerana itu tidak dibolehkan seorang Muslim itu menganiaya saudara Muslim yang lainnya. Juga tidak boleh seorang Muslim itu menghina saudara Muslim lainnya. Dan barang siapa memberikan pertolongan yakni memenuhi hajat keperluan saudaranya, maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya dan barang siapa yang memberikan kemudahan atau memberikan kelapangan bagi kesusahan seorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya pada hari kiamat.”

Perintah membina silaturahim bertujuan melancarkan urusan kehidupan kerana manusia tidak boleh hidup sendirian, sebaliknya saling bergantungan dan melengkapkan keperluan masing-masing.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin terhadap orang Mukmin yang lainnya, tidak ubah bagaikan sebuah bangunan yang bahagian-bahagian menguatkan satu sama lain.”

Oleh kerana ukhuwah melengkapkan keperluan manusia, ia boleh menjadi asas pembinaan sebuah unit masyarakat harmoni. Alangkah indahnya keluarga yang sarat rasa hormat dan kasih sayang, menjadi tunjang perpaduan yang akhirnya menguatkan kesatuan ummah.

Ukhuwah kerana agama tidak mengenal bangsa dan keturunan. Ia juga tidak terbatas kepada hubungan kerabat semata.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Justeru, menjalin hubungan silaturahim haruslah ikhlas kerana Allah SWT. Kita tidak akan merasa cukup dengan nikmat Allah jika sentiasa menyandarkan asbab setiap hubungan persahabatan untuk mendapatkan sesuatu.

Ditakdirkan apa yang diingini itu tidak diperoleh, kita akan berasa marah, menyesal dan berdendam. Sedangkan, jika ia dijalinkan kerana Allah SWT, kita akan sentiasa reda dengan setiap apa yang berlaku.

Ukhuwah yang erat tunjang kekuatan ummah. Ia jugalah yang menguatkan perjuangan Rasulullah SAW di peringkat awal menyebarkan dakwah kepada setiap penduduk Makkah. Kehadiran sahabat yang turut mewakafkan diri kepada Allah SWT dan Rasul-Nya memudahkan urusan dakwah baginda.

Sayang sahabat kepada sahabat yang lain juga tiada taranya. Itulah perbezaan yang nyata dalam persahabatan ikhlas kerana Allah SWT berbanding persahabatan kerana sebab yang lain.

Penulis merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysi

Media Sosial: Sembang Internet haram?

oleh SUHAIMI EMBONG

Ketika melihat dari jauh muka depah BH khamis, 9 Januari, 2014 saya menjadi terkejut bila melihat tajuk utama “Sembeng Internet haram” dengan tajuk kecil bukan mahram ‘chatting’ di media sosial disamping dua quote; pemimpin Iran, Ayotollah Ali Khamenei keluar fatwa di laman web dan Mufti Pahang, Pulau Pinang mahu fatwa diwarta cegah penularan kegiatan bertentangan Islam.

Apabila dibaca berita berkenaan pada mukasurat 10, apa yang difatwakan oleh pemimpin Iran tersebut, perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.

Fatwa tersebut disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat adalah haram.

Pada saya beginilah cara media mensensasikan sesuatu isu kerana kerana umumnya media sosial atau media baru hukumnya adalah harus. Tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan facebook, twitter dan lain-lain media sosial kerana ia mesti dimanfaatkan untuk menyampaikan mesej Islam yang interaktif secara kreatif dan inovatif secara tepat dan ringkas.

Media Sosial atau Media Baru?
Media Baru merupakan perkembangan baru daripada media-media yang telah digunakan manusia. Internet telah menghubungkan komputer dan berbagai akses ke data yang ada di komputer masing-masing seluruh dunia untuk saling berkomunikasi secara atas talian secara online. Pertemuan antara media cetak dengan komputer dan jaringan internet membuat kita mengenal apa yang dinamakan dengan media on-line atau media baru.

Media baru merupakan sebuah terminologi untuk menjelaskan gabungan antara pengkomputeran dan teknologi komunikasi elektronik/digital serta terhubung ke dalam jaringan (network, khususnya internet dan World Wide Web (WWW).

Media Baru adalah media yang memiliki tiga sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia kerana ia adalah 'teknologi informasi tanpa sempadan'.

Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. Media Baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia terutama dikalangan Gen X (dilahirkan antara 1965-1976), Gen Y (dilahirkan antara 1977-1997) dan Gen Z (dilahirkan mulai 1998).

Sementara itu, media baru ini kerap kali juga dirujuk sebagai media sosial, yakni sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual.

Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.

Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Jaringan sosial terbesar antara lain Myspace, Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit.

Ungku Aziz nafi tulis puisi 'kangkung'


Kuala Lumpur: Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid (gambar) semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ungku Aziz berkata, beliau tiada masa untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu.

“Itu satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu... saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam itu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan Perdana Menteri dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya.

Tidur dan kafein untuk tubuh cergas

KANDUNGAN kafein dalam kopi dapat mengatasi keletihan.


KOMBINASI tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat meningkatkan keupayaan tubuh ke tahap yang lebih optimum.

Pakar Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Australia Selatan, Dr. Jill Dorian berkata, strategi itu dapat mengatasi keletihan dan tekanan akibat waktu kerja yang panjang.

“Sekiranya anda minum secawan kopi dan tidur selama 20 minit selepas itu, kesan kafein akan dirasai ketika bangun. Anda akan berasa lebih segar,” katanya.

Menurut Dorian, kecergasan tubuh juga dipengaruhi oleh pola tidur yang baik.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya orang ramai memanfaatkan waktu tidur dengan tidak menonton televisyen, membaca atau melakukan kerja-kerja pejabat.

“Membaca hanya dibenarkan jika anda sukar untuk tidur tetapi bukan sebagai rutin sebelum tidur,” katanya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2qV8wLn1T
Hakcipta terpelihara

Diet madu bantu jadi langsing


CAMPURAN lemon dan madu meningkatkan daya tahan tubuh.

MADU bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Malah, pengambilan air suam dengan lemon dan madu mampu membantu wanita mengurangkan berat badan.

Rutin pengambilan minuman ini selama seminggu boleh mengurangkan lemak tubuh sebanyak 1.4 kilogram.

Pengambilan diet madu seperti ini pernah dijelaskan dalam buku The Honey Diet karya Mike Mclnnes.

"Madu dalam diet ini akan menggantikan keperluan gula dalam aktiviti harian. 

"Selain itu, ia dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat sederhana dan menggantikannya dengan karbohidrat kompleks," ujarnya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_03.htm#ixzz2qV8NEcpB
Hakcipta terpelihara

Kad debit bantu urus kewangan

KAD Debit Visa BSN ini merupakan kad debit pertama di Malaysia menggunakan teknologi tanpa sentuh payWave.

DUA kad kredit kepunyaan Aida Suraya Daud menjadi teman akrab tatkala berbelanja. Apatah lagi saat membeli-belah, barangan pujaan seperti pakaian berjenama dan aksesori mewah dapat dimiliki dengan mudah.

Keasyikan menggunakan instrumen pengganti tunai itu bagaimanapun tidak berpanjangan. Ekoran kegagalan melunaskan pembayaran semula bil-bil kredit untuk tempoh beberapa bulan, Aida Suraya, 27, terpaksa melayan panggilan 'pengutip hutang' hampir saban hari.

Paling menakutkan apabila pemungut pembayaran bertindak mahu mengeluarkan surat amaran. Detik itu, segenap keterujaan berbelanja lenyap dimamah kesal. Mengenangkan beban hutang bersama amaun bunga yang perlu dilunaskan, Aida Suraya mula tawar hati dengan khidmat kad kredit.

"Pada asalnya saya guna kad kredit untuk memudahkan urusan harian sepanjang belajar di luar negara. Namun lepas kembali ke Malaysia dan bekerja, baru saya rasai keperitan akibat menangguh bayaran kredit.

"Waktu berbelanja, memang niat hendak bayar bil kad kredit selepas gaji masuk. Tetapi akibat suka bertangguh, jumlah hutang bertambah dan bila diberi surat amaran, saya jadi tertekan," imbas Aida Suraya yang pernah membeli sebuah beg tangan bernilai RM5,000 menggunakan kad kredit.

Tidak sedar kewujudan bunga akibat pembayaran lewat, penulis bagi sebuah laman portal itu lantas menamatkan khidmat salah satu kad kreditnya. Dia juga memberitahu akan menghentikan penggunaan kad kredit keduanya kerana enggan hidup dikelilingi hutang.

Kad debit menjadi pengganti kad kredit yang efektif kepada Aida Suraya. Malah sejak menggunakan alternatif fungsional itu lima tahun lalu, Aida Suraya mula menyedari kelebihannya sebagai pencegah amalan berhutang.

Ujarnya, kad debit membolehkan pengguna menetapkan had penggunaan dan hanya boleh dipakai mengikut baki wang dalam akaun simpanan. Dengan cara ini, Aida Suraya dapat mengawal perbelanjaan dan mudah menjejak rekod keluar masuk wang di dalam akaunnya.

Begitupun, tambah Aida Suraya, sama ada kad kredit atau debit, kedua-duanya adalah instrumen yang memudahkan urusan individu jika diguna secara bijak.

"Paling penting, bila kita dapat duit, selesaikan hutang wajib dulu seperti pembiayaan kereta, sewa rumah dan pelbagai bil. Bahagikan wang bulanan kepada tiga iaitu untuk membayar hutang, belanja dan simpanan," saran Aida Suraya.

Rancang perbelanjaan

Sementara itu, pada usia 18 tahun, Megat Amir Danish Amir Noor Rashid telah melatih diri menggunakan kad debit. Sebagai seorang anak muda yang kerap berbelanja membeli pakaian, Megat cuba menegah diri daripada berhutang jika dia tidak mempunyai wang lebih bagi memenuhi kehendak peribadinya.

"Kalau tak ada duit dalam akaun, tak payah beli," begitu prinsip pegangan remaja yang digelar selebriti laman sosial Twitter itu yang kini mempunyai pengikut mencecah 74,000 orang.

Penuntut Diploma Komunikasi Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka itu juga beranggapan, kad debit memudahkan dia merancang perbelanjaan harian dan mengelak perbelanjaan tidak penting.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) mendapati sebanyak 47 peratus belia Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun di bandar berdepan masalah hutang serius.

Situasi tersebut terjadi apabila nilai pembayaran hutang individu mencecah atau melebihi 30 peratus daripada pendapatan kasar. Kelompok berusia 24 hingga 29 tahun dengan tangga gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 pula mengalami krisis hutang kritikal akibat beban pembiayaan meliputi kenderaan, rumah, insurans dan tanggungjawab keluarga.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2qV7Qxv9A
Hakcipta terpelihara

Trend jenayah yang berlaku di kawasan kampung

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

EMPAT ekor lembu disumbat di dalam sebuah kereta Proton Wira dalam kejadian di Kampung Siam, Kulim, Kedah, Isnin lalu.

ISNIN lalu, akhbar melaporkan dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Kulim, Kedah.

Kesemua lembu itu ditemui semula kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Tindakan itu disedari oleh penternak di Sungai Lembu selepas mendapati empat ekor haiwan ternakannya hilang pada pukul 5 pagi sebelum dia membuat laporan polis dan meminta bantuan rakan-rakannya supaya melancarkan gerakan mencari.

Rakan-rakan mangsa yang keluar mencari lembu tersebut kemudian berjaya mengesan kereta Proton Wira tersebut berdekatan Plaza Tol Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE) tidak lama selepas itu.

Menyedari diekori, dua suspek berusia 20-an terus memecut laju kenderaan itu memasuki jalan mini tar di Kampung Siam sebelum kenderaan yang memuatkan empat ekor lembu itu mengalami kerosakan.

Dua suspek itu kemudian meninggalkan kereta dan lembu-lembu yang dicuri itu di tepi jalan dan pemeriksaan pada kereta tersebut menemui empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang.

Lembu-lembu tersebut dipercayai disuntik dengan ubat pelali sehingga pengsan sebelum haiwan itu ditemui masih berada di dalam kereta tersebut.

Polis percaya dua suspek itu pernah melakukan kegiatan sama berdasarkan kepakaran mereka mencuri dan melarikan keempat-empat ekor lembu tersebut kerana pada kebiasaannya, hanya dua ekor lembu sahaja boleh dimuatkan di dalam sebuah kereta, tetapi dalam kes itu, suspek bertindak menyumbat empat ekor lembu sekali gus.

Curi pisang

Dalam kes berasingan pada Selasa lalu, seorang lelaki berumur 30 tahun patah tulang rusuk selepas dipercayai dibelasah sekumpulan penduduk di Kampung Lepah, Pasir Puteh, Kelantan.

Lelaki itu dikesan penduduk di kawasan kebun tersebut kira-kira pukul 1.30 pagi bersama sebuah motosikal dan ketika disoal kira-kira 20 penduduk, lelaki itu memaklumkan yang kenderaannya kehabisan minyak.

Tetapi helahnya terbongkar apabila dia tiba-tiba menghidupkan enjin motosikal dan melarikan diri sebaik sahaja penduduk beredar.

Lima minit kemudian dia ditangkap oleh penduduk yang sedang membuat rondaan, kira-kira 100 meter dari kebun itu.

Lelaki terbabit cedera pada mata kiri dan kanan, bawah bibir, belakang badan, lutut kiri, kepala dan patah tulang rusuk selepas mengaku mencantas beberapa tandan pisang dalam kebun berdekatan tetapi tidak sempat membawa lari.

Mudah dijual

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim memberitahu, haiwan ternakan dan hasil tanaman menjadi sasaran pencuri kerana ia mudah dijual berdasarkan permintaan pasaran.

“Sebelum ini, perkara sama terjadi tetapi pencuri menggunakan van atau lori untuk memudahkan jenayah mereka tetapi berbeza pula kes kali ini apabila mereka bertindak menggunakan kenderaan persendirian untuk melakukan jenayah.

“Mereka akan menggunakan apa juga kaedah untuk melarikan diri,” jelasnya ketika diminta mengulas mengenai tindakan mencuri lembu milik penduduk menggunakan sebuah kereta Proton Wira.

Tambahnya, apa yang dibimbangkan ialah sekiranya individu yang melakukan jenayah itu juga menjadi penjual hasil ternakan dan tanaman yang dicuri.

“Jika perkara ini berlaku, kita pasti tidak dapat mengesan barangan yang dijual itu diperoleh dari mana.

“Oleh sebab itu, pihak berwajib perlu melakukan pemeriksaan rambang bagi mengesan sumber mereka mendapatkan barangan yang dijual,” katanya sambil memberitahu pencuri akan mengambil kesempatan apabila mempunyai peluang untuk jenayah itu berlaku.

Ujarnya, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dengan melaporkan sebarang aktiviti jual beli yang dicurigai kepada pihak berkuasa.

“Sekiranya masyarakat mendapati terdapat mana-mana pihak yang menjual hasil ternakan dan tanaman secara tiba-tiba, ia merupakan sesuatu yang patut dilaporkan kerana kita tidak mahu mereka membantu menggalakkan lagi jenayah,” beritahu beliau.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2qV6lZbSz
Hakcipta terpelihara

RM5 juta tidak dikira pendapatan - Shila

Oleh IZWAN MOHD. ISA

FIGURA ini tetap tabah walaupun dilanda pelbagai kontroversi.

BARU-BARU ini, nama penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, Shila Amzah, 24, telah disenaraikan oleh sebuah akhbar sebagai antara lima selebriti wanita Malaysia yang menerima pendapatan melebihi RM1 juta sepanjang tahun 2013.

Menurut laporan tersebut, Shila dikatakan menerima pendapatan berjumlah RM2.5 juta hasil daripada perjanjian kontrak syarikat rakamannya di Shanghai, China, royalti daripada penjualan album dan lagu, serta bayaran sebagai duta produk kecantikan.

Bagaimanapun, ketika ditemui di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya, Selangor semalam, Shila yang ditemani ibunya, Fauziah Sarman berkata, jumlah tersebut ternyata terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

“Saya akui, selepas memenangi pertandingan nyanyi Asian Wave dua tahun lalu, saya telah diberikan dana sebanyak RM5 juta oleh Shanghai Media Group (SMG) bagi memulakan karier nyanyian di sana.

“Bagaimanapun, dana tersebut tidak dikira sebagai pendapatan ataupun aset kerana ia digunakan untuk membiayai setiap kos yang diperlukan untuk penghasilan album dan lagu saya,” kata Shila yang menerima bayaran di Shanghai bukan secara kontrak tetapi mengikut jumlah projek yang dijayakannya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini turut berkongsi, dia ada menerima tawaran untuk berlakon drama dan filem oleh pihak SMG tetapi terpaksa ditolak atas sebab ingin mengukuhkan jajahan muziknya di sana terlebih dulu.

“Saya ada menerima beberapa tawaran tetapi biarlah orang di sana mengenali saya sebagai penyanyi. Lagipun, saya harus memantapkan penguasaan bahasa Cina sebelum merancang sesuatu yang lebih besar,” katanya yang baru-baru ini terlibat dalam sebuah lagi pertandingan nyanyian Sing for China yang berlangsung di Beijing bulan lalu.

Facebook palsu

Selepas berjaya menempa nama di China, anak gadis kepada penyanyi N.D Lala ini dilihat begitu sibuk memburu impiannya di peringkat antarabangsa. Namun, sebagai seorang penyanyi yang sedang meningkat naik, tuan empunya diri tidak pernah terlepas dihambat kisah-kisah negatif dan kontroversi.

Terkini, Shila yang baru sahaja pulang menjayakan konsert tahun baharu di China terpaksa berhadapan dengan individu yang menyamar sebagai dirinya dan memuat naik kemas kini palsu di laman sosial Facebook.

Individu itu bertindak menggunakan gambarnya yang sedang berpakaian pengantin dengan kapsyen: “I’m married”. Tidak mahu namanya terus dipergunakan, Shila meminta agar pemilik akaun tersebut berhenti daripada mengemaskini status terkini tentangnya dengan menggunakan gambar-gambar daripada Instagram dan Twitter.

“Saya mengetahui tentang profil palsu yang menggunakan nama saya beberapa bulan yang lalu. Tetapi, kesabaran saya sampai ke kemuncak apabila dia menggunakan gambar saya berpakaian pengantin sambil mengaku bahawa saya sudah berkahwin.

“Padahal, saya menyarungkan pakaian itu sewaktu menjayakan segmen duet dengan James Morris-Cotterill menerusi konsert tahun baharu yang berlangsung bulan lepas.

“Bukan itu sahaja, pemilik akaun itu turut memuat naik berita-berita gosip artis lain yang tidak ada kena mengena dengan saya. Justeru, saya berharap agar individu itu tidak terus menggunakan nama saya untuk kepentingan diri sendiri,” katanya yang menyerahkan segalanya kepada pihak pengurusan dan peguam untuk tindakan selanjutnya.

Elak cinta

Hubungan cinta penyanyi ini sering menjadi bahan bualan para peminatnya. Selepas beberapa kali terkandas dalam memadu kasih, Shila sekali lagi dikaitkan dengan seorang pelakon baharu yang dikenali sebagai Aman Nassim.

Ternyata terkejut dengan dakwaan itu, Shila berkata, dia langsung tidak mengetahui tentang cerita itu dan hanya menganggap Aman sebagai kawan biasa sahaja.

“Saya mengganggap dia sebagai kawan biasa sahaja. Saya juga turut berkawan dengan pelakon-pelakon lain seperti Azhan Rani, Beto Khusyairi dan Zahiril Adzim. Saya pun kurang pasti bagaimana gosip ini boleh tercetus,” katanya.

Shila menegaskan, dia kini mahu memberi sepenuh perhatian terhadap kerjaya nyanyiannya sebelum memikirkan tentang cinta.

“Biarlah saya mengembangkan kerjaya saya sebelum memikirkan soal jodoh. Tetapi, jika ditakdirkan Tuhan dan ditemukan dengan seseorang pada masa akan datang, saya berharap agar lelaki itu mampu menjadi teman hidup yang terbaik untuk saya,” katanya lagi.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2qV5yDTK5
Hakcipta terpelihara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts