Hati-Hati ! Jangan Beli Taugeh Yang Berwarna Putih !


Mesti ramai suka makan taugeh, kan?

Nak pulak campur dalam char kuey teow....

hurmm...rangup.

Tapi nak beli taugeh tu kena la buat eksperimen dulu...

Beli sikit taugeh tu, jangan makan dulu sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari.

Pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane.

Dan kalau boleh jangan beli taugeh yang kaler putih berseri tu.

Keputusan yang mungkin boleh didapati, lepas 3 hari bau taugeh tu hancing semacam.

Bermakna taugeh tu disiram dengan urine a.k.a air kencing!!

Dan air urine tu la jugak menyebabkan taugeh kaler putih berseri.

Kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera (Melayu) senang aje.

Kaler dia macam kekuningan sikit dan cepat layu serta kurang rangup,

Sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

Ini info dari pegawai yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh cha ya nun alip.

Siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok-pokok taugeh tu.

Dan kenapa taugeh jadi mangsa?

Sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat-bulat terus dalam batangnya.

Tak seperti sayuran lain iaitu sayuran-sayuran berdaun hijau yang mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau degan erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat-zat dari baja.

Tak macam taugeh dia serap terus ape yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis.

Tu sebabnya kalau simpan dalam masa 3 hari bau dia wangi semacam ..

So bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh taugeh hancing dengan taugeh-taugeh bumiputera.

Awas!! Jangan termakan air kencing.

Betulkanlah dulu akhlak POLIS, baru laksanakan Unit Polis Syarie


Sebelum nak tubuhkan polis syarie saya nak bg pandangan agar betuikan dulu akhlak polis dahulu...bukan nak kata polis ni x berakhlak cuma x nak lah lepas ni ada polis yg ambil rasuah...ade yg kene tangkap khalwat...tembak org sesuka hati dan paling terbaru minum arak semasa bertugas sehingga memalukan polis malaysia. ...

ini pendapat saya...

Angin sejuk hingga hujung Februari


Angin sejuk hingga hujung Februari  
Pegawai di Pejabat Meteorologi Pahang, Noora Rosli, 26, memantau keadaan suhu pada setiap jam di Malaysia.

KUANTAN – Penurunan suhu di beberapa daerah di Pahang secara relatifnya disebabkan beberapa faktor termasuk bulan Januari dan Februari yang merupakan tempoh di mana suhu minimum agak rendah berbanding bulan-bulan lain.

Pengarah Pejabat Meteorologi Negeri Pahang, Azmi Daud berkata, suhu udara sejuk daripada biasa yang dirasai di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan tiupan angin Timur Laut yang agak kencang.

“Tiupan angin ini datangnya dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.

“Disebabkan tiupan angin ini sangat kuat dan mengenai keseluruhan negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia jadi kerana ini negeri-negeri ini berkeadaan lebih sejuk berbanding negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” katanya, semalam.

Jelas Azmi, dalam keadaan kedinginan ini keadaan cuaca masih berada di tahap yang baik.

“Keadaan yang tidak berawan di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di Pahang, Terengganu dan Kelantan sepanjang minggu ini turut menjadi faktor membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.

“Keadaan atmosfera tanpa awan boleh disamakan dengan keadaan di mana tiadanya selimut untuk memanaskan badan kita, di mana selimut adalah awan dan badan kita adalah Bumi.

“Oleh kerana itu, keadaan kita lebih sejuk berikutan terdedah kepada keadaan angin Timur Laut yang bertiup kencang dan diramalkan ia berlaku sehingga penghujung Februari ini sahaja,” katanya.

Jabatan Meteorologi semalam, mencatatkan suhu di Cameron Highlands antara 12.3 darjah Celsius hingga 22 darjah Celsius.

Suhu di Kuantan pula turun kepada 20.8 darjah Celsius berbanding kelmarin, iaitu 21 darjah Celsius, manakala suhu maksimum ialah 28 darjah Celsius.

Stesen Temerloh merekodkan 20 darjah Celsius hingga 28.1 darjah Celsius.

Tuntutan fasakh: Nurul Izzah dan suami tidak hadir ke mahkamah

Post Pic
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersama suami tidak muncul selepas media menunggu kehadiran mereka hampir 10 jam di Mahkamah Syariah Jalan Duta.
 
Seperti yang difahamkan, hari ini Nurul Izzah akan menarik semula permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
 
Penarikan itu dikatakan ekoran kedua-dua mereka berbincang semula dan mahu menyelamatkan alam rumah tangga yang sudah dibina sejak 10 tahun lalu.
 
Terdahulu, semakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
 
Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu hujung Disember tahun lalu.
    
Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
    
Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
    
Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas.
 
Mahkamah menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes itu.
    
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.
 
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Bandaraya.

Gangguan seksual di tempat kerja

Gangguan seksual di tempat kerja
Ramai mangsa tidak yakin buat laporan terutama kepada majikan

Natasya, 27, (bukan nama sebenar), setiausaha kepada seorang pengurus kanan sebuah syarikat. Wajah cantik dan personaliti menarik.

Natasya kerap diganggu rakan sekerja lelaki yang suka datang mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya.


Bukan setakat itu, pekerja lelaki itu sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bercerita mengenai hubungan seksual dan tidak pernah jemu mengajaknya keluar makan.

Kejadian itu berlarutan, akhirnya Natasya tidak tahan dan mengadu kepada pihak atasan. Malangnya aduan itu tidak dipedulikan menyebabkan dia membuat laporan polis. Kini, kesnya sedang disiasat.

Kunci mulut

Gangguan seksual di tempat kerja adalah, isu lama tetapi sering kali menjadi ‘hangat’ apabila pelaku terlepas manakala mangsa pula ‘mengunci mulut’. 

Keadaan itu berlaku kerana mangsa tidak yakin untuk membuat aduan, malah, mangsa sering dipersalahkan kerana tiada bukti kukuh hingga menyebabkan mereka tidak mahu memanjangkan kes. Apatah lagi, rata-rata kejadian dilakukan rakan sekerja.

Tambahan pula bagi kebanyakan aduan diterima, pelaku dalam kalangan bos yang memiliki pengaruh di pejabat berbanding mangsa yang rata-rata terdiri daripada pekerja biasa.

Kod amalan

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata isu gangguan seksual berlaku dalam pelbagai cara.

Katanya, selepas ‘Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja’ dilaksanakan pada 1999, semakin ramai mangsa membuat laporan dan merasai mereka dilindungi.

“Kes gangguan seksual diterima akan diselesaikan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Kementerian Sumber Manusia mengikut kod amalan berkenaan. Berdasarkan statistik, sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 2010, sebanyak 297 kes diterima.

Renungan Jumaat - Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

UJUB

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).” - (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)...

@perkongsian dari ust hadi.

Muslim berpengaruh di dunia

Susunan HASHNAN ABDULLAH

DILAPORKAN jumlah penduduk Islam di dunia kini adalah 1.7 billion atau 23 peratus daripada jumlah populasi dunia. Maka, sudah tentulah akan ada dalam kalangan mereka itu memiliki pengaruh yang besar terhadap komuniti masing-masing atau dunia Islam secara amnya.

Pengaruh yang mereka bawa (sama ada dari segi budaya, ideologi, politik, kewangan dan sebagainya) itu mampu membawa perubahan yang signifikan kepada dunia Islam. Tidak kiralah, sama ada perubahan itu membawa kepada kesan negatif atau positif.

Golongan terpilih itu, sudah pasti, bukan hanya daripada kalangan ahli agama atau sarjana Islam, tetapi juga pemimpin organisasi tertentu dan ketua pemerintah sesebuah negara.

Di dalam buku berjudul 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia edisi 2013/2014 terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre, Jordan, telah membahagikan pengaruh mereka itu kepada13 kategori.
Ia berdasarkan kajian ilimiah, politik, pentadbiran agama, pendakwah, pembangunan dan dermawan/amal, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya, pembaca al-Quran, media, selebriti dan olahraga serta pemikiran radikal.

Dr. Zakir Abdul Karim Naik

Pendakwah dan Pengasas Yayasan Penyelidikan Islam

SEORANG pendakwah keturunan India yang disenaraikan paling berpengaruh dan berkuasa pada 2010. Ini berikutan semangat dan keazamannya yang tidak pernah padam untuk menyebarkan ajaran serta nilai Islam sebenar kepada dunia.

Beliau sering menyertai forum yang menampilkan subjek berkenaan salah faham dan pemahaman tentang konsep iman. Sering juga mengadakan diskusi dengan pemimpin agama lain secara langsung menerusi saluran satelit yang diasaskannya iaitu - Peace TV.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140122/ba_04/Muslim-berpengaruh-di-dunia#ixzz2rFQzkoML
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jangan ingat makan babi saja haram.....

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal...

Mari fikir-fikirkan..teguran atas diri sendiri dan kawan2 semua..

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu... pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna internet ofis berjam-jam utk kepentingan diri sendiri,melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa... bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi
puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri." 

Tazkirah paling baik yang perlu disebarkan dan diingatkan selalu kepada mereka yang bekerja...      

KEBERKATAN YANG DICARI

Pekerja Malaysia bercita-cita tinggi

 Pekerja Malaysia bercita-cita tinggi

HAMPIR tujuh daripada 10 (66 peratus) pekerja di Malaysia merancang berhenti daripada pekerjaan sekarang dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memajukan kerjaya masing-masing, menurut tinjauan Laporan Dunia Pekerjaan Randstad 2013/2014 dikeluarkan, semalam.

Pengarah Randstad Malaysia Jasmin Kaur berkata, hasil tinjauan itu memberikan petunjuk kepada majikan untuk membaiki cara mereka menarik bakat, strategi melayan dan mengekalkan pekerja dan paling penting ialah menangani kadar pemberhentian kerja yang tinggi.

Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan memajukan kerjaya, perkara penting, namun hanya seorang dalam empat pekerja (39 peratus) menerima latihan dan peluang memajukan diri dalam pekerjaan semasa.

“Berdasarkan kedudukan ini, pemilik perniagaan di Malaysia harus melabur dalam strategi pengurusan bakat yang menyediakan program pembelajaran dan latihan memajukan diri pekerja,” kata beliau.

Laporan itu juga mendapati penggerak paling utama bagi pekerja untuk bekerja cemerlang dan kekal ialah jika mereka mempunyai pemahaman terhadap peranan dan sumbangan mereka untuk mencapai matlamat organisasi (30 peratus) dan perasaan dihargai dan diiktiraf (16 peratus).

“Majikan perlu mengimbangi pelbagai bentuk motivasi pekerja mereka, bukan semua pekerja mahu dipuji secara terbuka, gaji dan bonus yang tinggi. Sesetengah pekerja mungkin mahukan pilihan kerja yang fleksibel atau peluang mengetuai sesuatu projek baharu,” katanya. - Bernama

Dua anggota polis didenda selepas mengaku salah berkhalwat


Kuala Selangor: Dua anggota polis masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah berkhalwat, tahun lalu.

Hakim syarie, Shukran Yusof menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Rogol kekasih bawah umur


Rogol kekasih bawah umur  
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah untuk ditahan di penjara jika gagal jelas wang jaminan.

KOTA BHARU - Seorang pelayan kedai makan dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol kekasihnya, tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Johari Razmi, 25, turut dikenakan dua sebatan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun sebulan itu di sebuah pondok di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini, pada jam 10 pagi, awal Januari 2012.

Pada prosiding semalam, peguam, Ilyas Mohd Noor memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh berikutan anak guamnya itu sudah insaf dan memberi kerjasama yang baik sepanjang kes dibicarakan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat, mengambil kira kepentingan awam melebihi diri tertuduh.

“Jarak umur tertuduh dengan mangsa juga terlalu jauh. Tertuduh sepatutnya melindungi mangsa dan bukan mengambil kesempatan di atas kedaifannya,” katanya.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, Mohd Yusoff membenarkan penguatkuasaannya ditangguhkan seperti dimohon tertuduh melalui Ilyas dengan syarat rayuan difailkan semalam dan jamin berjumlah RM20,000 dijelaskan.

Surat terbuka untuk PM


http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/04/nurul-izzah-putrajaya1.jpg
SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.

Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.

Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.

Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.

Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Pelajar lebih cemerlang jika kuasai banyak bahasa

OLEH: Tarikh: January 21, 2014

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebolehan menguasai lebih banyak bahasa boleh membantu seseorang pelajar menjadi lebih cemerlang.

"Semakin banyak bahasa yang kita kuasai, semakin luas pandangan kita. Kebolehan ini mampu membantu pelajar jadi cemerlang," kata beliau dalam laman Twitter hari ini.

Dalam entri yang sama, Najib turut memuat naik pautan berita Bernama semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh bahawa pelajar yang hebat dan ingin terus maju mestilah menguasai lebih daripada dua bahasa termasuk bahasa Inggeris.

Idris berkata selain menguasai bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing, pelajar perlu mahir pelbagai bahasa yang dituturkan oleh bangsa yang maju di dunia bagi menguasai ilmu sama ada melalui pembacaan atau pertuturan. - Bernama

Lelaki paling ramai terbeban hutang

OLEH: NOOR AZURA SAHRIL & NORAZWANI YUSOF
Tarikh: January 21, 2014


SHAH ALAM – Wanita sering dianggap lebih boros dan tidak berfikir panjang untuk berbelanja berbanding lelaki terutama untuk membeli kosmetik, pakaian, kasut, aksesori dan sebagainya, yang tidak termasuk dalam kategori keperluan.

Malah bagi memenuhi kehendak terhadap perkara-perkara itu, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.

Persoalannya, benarkah wanita lebih suka berbelanja berbanding lelaki ataupun dalam kata lain, lebih boros?

Mengikut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), berdasarkan kes yang diterima, ramai lelaki berusia 40 tahun ke atas yang datang ke pusat khidmat pelanggan AKPK untuk mendapatkan kaunseling mengurus wang termasuk nasihat untuk menyelesaikan hutang.

Lazimnya, lelaki pada peringkat usia ini dianggap mempunyai kehidupan yang lebih stabil serta kewangan yang kukuh.

Namun statistik AKPK sebaliknya menunjukkan sepanjang 2013, lelaki berusia lebih 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 42.4 peratus atau 39,220 orang mendapatkan khidmat agensi itu untuk membantu mereka menguruskan hutang masing-masing.

Ini diikuti golongan berusia 30 hingga 40 tahun berjumlah 36,916 (39.9) peratus dan 16,336 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (17.7 peratus).

Sepanjang 2013 juga, seramai 60,359 atau 65.3 peratus daripada sejumlah 92,472 pelanggan Program Pengurusan Kredit di agensi itu adalah lelaki berbanding wanita sebanyak 29,725 atau 32.1 peratus.

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat AKPK iaitu 68,550 orang (74.1 peratus), diikuti bujang seramai 14,069 orang (15.2 peratus) dan bercerai seramai 4,144 orang (4.5 peratus) sementara kematian pasangan seramai 1,727 orang (1.9 peratus).

Dari segi purata gaji, individu berpendapatan kurang RM24,000 setahun adalah yang paling tinggi berdepan masalah hutang iaitu seramai 48,647 (52.6 peratus).

Ini diikuti 17,389 mereka yang berpendapatan antara RM24,000 hingga RM36,000.

Sementara mereka berpendapatan lebih RM40,000 mencatat jumlah lebih tinggi iaitu 14,428 berbanding mereka yang berpendapatan RM30,000 hingga RM40,000, 12,008 (13.0 peratus).

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin, antara faktor utama masalah kewangan dihadapi mereka kerana perancangan kewangan lemah iaitu 22.8 peratus, kos perubatan tinggi (18.1), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1).

Justeru, rakyat di negara ini disaran mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak membuat pinjaman baru.

"Sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan antara cara berkesan yang boleh membantu orang ramai bersiap sedia menghadapi masalah peningkatan kos sara hidup," katanya.

Menurutnya, cara paling mudah, mengadakan bajet dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan tidak perlu.

Katanya, orang ramai lazimnya sedar akan masalah dihadapi akibat situasi itu, namun jika mereka tidak melakukan apa-apa tindakan, boleh menjejaskan kehidupan.

Dalam usaha meningkatkan pengetahuan terhadap pengurusan kewangan, AKPK menyediakan beberapa program bagi menggalakkan golongan muda terhadap budaya terbabit.

Antaranya, agensi itu menggiatkan usaha kempen dan kaunseling untuk orang ramai mengurangkan perbelanjaan dan ubah cara hidup selain meningkatkan pendapatan sama ada membuat kerja lebih masa atau sebagainya bagi menampung kehidupan.

Beliau turut menyarankan orang ramai memanfaatkan perkhidmatan percuma ditawarkan AKPK seperti Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.

Pihaknya akan bantu sediakan pelan pembayaran balik bagi setiap hutang dihadapi termasuk berunding dengan pihak bank untuk tempoh bayaran tertentu iaitu memanjangkan tempoh bayaran balik.

Katanya, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan AKPK melalui talian bebas tol 1800-88-2575 atau mengunjungi cawangan terdekat di seluruh negara.

Cerita lain disebalik isu keluarga Malaysia yang di tahan di Sweden

Assalammualaikum Tuan,


Saya rasa kemungkinan besar Tuan dah baca maklumat di bawah ini di FB..

Saya dengan rendah diri amat berharap Tuan dapat memberi maklumbalas akan hal ini kerana saya dan ramai lagi yang tertanya tanya cerita yang sebenarnya. Saya amat yakin Tuan saja yang mampu dan ada akses kpd Kementerian Luar...

Mohon jasa baik pihak Tuan..

Terima kasih.. Wasalam

Salam,
Sekarang sudah heboh satu Malaysia kisah Pn Shalwati dan suami ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anaknya kerana tak solat.

Kebetulannya Pn Shalwati yg kami panggil Shal adalah rakan satu Univ saya dan isteri sewaktu kami sama-sama menuntut di University of the Pacific, Stockton California, Amerika Syarikat dulu.

Benda ini kecik aje sebenarnya, pukul sedikit kat tangan tak solat budak2 biasa lah.

Yg jadi masalahnya ini di negara Sweden. Org mungkin kata ini isu org Kapiaq Kristian org Barat anti Islam, tapi tak ada kena mengena sebenarnya.
Shal dan keluarga terperangkap dalam sistem social enterprise di Sweden yg menjadikan foster parents (keluarga angkat) dan orphanage home (rumah anak yatim) sebagai bisness dlm sabuah kisah perniagaan enterprise yg besar.

Rantaian "bisness" mereka ini begitu besar dan melebar dari atas ke bawah yg mewujudkan beribu2 peluang pekerjaan dan subsidy kerajaan yg lumayan.

Dlm keadaan rakyat Sweden yg hanya punyai anak sekitar dua orang satu keluarga, adalah sukar mencari anak2 yatim utk di "feed" ataupun disuapkan kpd bisness social enterprise ini.

Tanpa anak2 angkat ini, maka beribu2 peluang pekerjaan untuk pekerja kebajikan dan sistem subsidy sosial ini akan ranap dan pupus; lantas mereka mensasarkan keluarga2 asing/immigrant dari luar yg datang menetap di Sweden seperti dlm satu kes keluarga dari Afrika yg anaknya ditoreh sedikit wajahnya kerana adat. Tak pasti mcm mana kes sebenar, tapi menurut sumber akhir sekali mak ayah boleh balik ke negara asal, tapi anak2 diambil.

Mcm tu juga dgn satu kes yg melibatkan keluarga Russia, diberitakan anak2 juga diambil.

Menyedari tentang perkara ini dan khuatir anak2 Shal juga berakhir dengan nasib yg serupa, saya atas kapasiti sebagai seorang individu yg punyai anak-anak sebaya anak2 Shal memohon campur tangan semua pihak2 yg prihatin, agar dapat berbuat sesuatu dan membawa pulang anak-anak mereka ke bumi Malaysia ini seberapa segera.

Akidah anak-anak ini sedang berada dalam taruhan.

Terima Kasih

Mohd Monier Bin Mat Din
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia.

University of the Pacific,
Stockton. California. USA.

-copy paste from Zaharin Mohd Yasin

Lima lelaki ditahan kes tembak premis

KOTA KINABALU - Polis Sabah telah menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian menembak dan merosakkan 46 premis di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu pada malam 10 dan 11 Januari lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata kesemua lelaki berumur dalam lingkungan 30an itu ditahan pasukan khas yang menjalankan 'Ops Cermin' bagi menyiasat insiden itu.

Katanya dua daripada lima lelaki itu telah dibebaskan manakala tiga lagi masih ditahan reman.

"Kita juga telah merampas satu 'airgun' (senapang angin)...Pihak polis memandang berat kes seumpama ini. Ekoran kejadian ini, kita telah tubuh pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hamza pada mulanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, namun berdasarkan siasatan, pihaknya mengklasifikasikan semula kes itu di bawah Seksyen 32 (2) Akta Senjata Api 1960.

"Saya amat tertarik dengan kes ini kerana jika kita lihat, dia macam mempunyai satu cara nak datangkan kegusaran kepada masyarakat. Dia bermula (menembak premis) di Inanam, masuk ke Gaya Street, masuk ke kawasan Wawasan Plaza dan Times Square, kemudian dia masuk ke Luyang, ke Damai dan masuk ke Penampang," katanya. 

Hamza berkata polis akan menyiasat kes berkenaan dari semua sudut termasuk kemungkinan-kemungkinan lain dan tidak akan menghadkan skop siasatan kepada kanak-kanak nakal seperti andaian kebanyakan orang selama ini.

"Kita akan lihat sama ada ia dilakukan budak-budak nakal, sama ada dilakukan kumpulan-kumpulan tertentu dan individu tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu," katanya.

Hamza juga menegur pihak media kerana tidak merujuk kepada pihak polis sebelum menyiarkan gambar-gambar yang kononnya adalah imej suspek yang terlibat dalam insiden tembak premis berkenaan.

Katanya pihaknya telah memeriksa gambar-gambar berkenaan dan mendapati imej dan kejadian itu dirakam di luar Sabah dan telah dimuat turun pihak yang mempunyai motif tertentu.

"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu untuk membuka siasatan dan kita akan mendakwa mereka yang 'upload' gambar-gambar berkenaan dalam whatsApp ataupun mana-mana laman sosial. Kita telah mulakan siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia," katanya. - Bernama

Malu saiz payudara kecil

Saya berumur 24 tahun dan pada tahun hadapan saya akan berkahwin. Berat saya 51kg dan ketinggian 158 sentimeter. Walaupun saya berumur 24 tahun, saya berasa sangat malu kerana payudara saya sangat kecil.

Saya tahu kebanyakan lelaki tertarik dengan rupa paras dan bentuk badan seseorang perempuan. Saya segan selepas berkahwin nanti suami akan mengkritik mengenai saiz payudara saya yang sangat kecil.

Apakah cadangan atau nasihat puan? Adakah cara untuk membesarkan sedikit saiz payudara secara semula jadi tanpa mengambil sebarang pil? Ini kerana saya takut ubat-ubatan boleh mendatangkan kesan negatif seperti kanser payudara.

Stella,

Kuala Lumpur.



Berhati-hati dengan ubat mahupun produk membesarkan payudara kerana ia mungkin mengandungi hormon yang boleh merangsang kanser payudara. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan saringan doktor terlebih dulu.

Adakah anda mengalami kitaran haid yang teratur? Bagaimanakah dengan jumlah pendarahan haid anda? Ini mungkin dapat memberi maklumat tambahan punca payudara anda kecil.

Dalam kebanyakan kes, tiada keabnormalan didapati, saiz payudara lebih berkait dengan keturunan. Apa pun, perkembangan sepenuhnya payudara dapat diketahui atau dilihat apabila anda hamil kelak akibat rangsangan hormon kehamilan.

Pengeluaran susu badan juga tidak bergantung kepada saiz payudara. Ini diharap dapat melegakan sedikit kebimbangan anda.

Ada cara hapuskan premis judi online

Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor
Oleh: NORUTUL ILHAM MAD JARI
Tarikh: January 20, 2014

SHAH ALAM - Kaedah penyusupan atau penyamaran merupakan cara terbaik untuk polis menghapuskan premis judi haram online daripada terus tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor berkata, hanya dengan kaedah itu polis akan mendapat maklumat yang cukup untuk membuat serbuan.

"Pokok pangkalnya kaedah dengan menyamar bagi mendapatkan maklumat adalah sangat penting kerana dengan itu dapat pastikan bagaimana judi online terus berkembang.

"Kalau zaman dulu kita ada guna sumber-sumber dalam sindiket perjudian untuk mendapatkan maklumat, jadi daripada situ kita akan kawal dan ada juga polis akan membuat penyamaran," katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, meskipun dikatakan judi haram online susah dikawal berbanding judi konvensional, namun dengan kecanggihan teknologi yang ada pada pihak berkuasa, beliau yakin tidak timbul masalah untuk membanteras gejala ini.

"Saya yakin polis sentiasa bersedia membanteras, mereka juga mengikuti peredaran zaman jadi kalau judi online ini, mungkin mereka sudah ada peralatan untuk membantu siasatan.

"Masa saya dulu, judi konvensional ini kerja biasa polis untuk buat serbuan dan tangkapan jika tidak mempunyai lesen. Judinya pula pelbagai bentuk contohnya bola sepak sehingga boleh menentukan perlawanan," katanya.

Mengulas lanjut, katanya beliau yakin dengan keupayaan polis untuk menghapuskan  pusat judi haram sama ada online atau konvensional.

"Dulu kita tidak ada lagi judi online, tapi sekarang bermacam-macam jenis yang dimuat naik melalui online untuk menarik minat orang untuk berjudi.

"Sejak dulu lagi kita guna pelbagai kaedah untuk banteras judi, tapi mungkin dengan judi onlline ini caranya boleh dipelbagaikan," katanya.

Duit cabutan bertuah RM3,000 lesap

Duit RM3,000 lesap
Duit RM3,000 lesap Resit bayaran RM3,000 diterima mangsa.

SIMPANG EMPAT - Seorang kakitangan kerajaan terpaksa berputih mata apabila kerugian wang RM3,000 akibat terpedaya tipu helah cabutan bertuah pada 5 Disember lalu.

Difahamkan, wanita berusia 53 tahun itu terpengaruh dengan habuan cabutan bertuah yang ditawarkan kepada dirinya sewaktu berkunjung ke sebuah pasar raya besar di Mergong, dekat sini.

Wanita enggan dikenali itu memaklumkan dia didatangi seorang lelaki dan perempuan secara tiba-tiba di kawasan parkir kereta kira-kira jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.

"Wanita berusia 29 tahun berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai As'. Kemudiannya, mereka menyerahkan dua keping sampul surat dengan cabutan bertuah Mega Sale kepada saya.

"Apabila membuka sampul berkenaan, satu tulisan 'menang' kelihatan. Lantas, wanita itu menyuruh saya ke sebuah hotel di Jalan Putra, Alor Setar di sini, untuk tebusan hadiah," katanya.

Katanya, dia menemui seorang lelaki dikenali sebagai Darren Chua sebaik tiba di hotel, malah suspek meminta dirinya membayar sebanyak RM3,000 untuk menebus kad cabutan bertuah itu.

Menurutnya, selepas membayar sejumlah wang dikehendaki kepada suspek, mangsa menerima kad cabutan bertuah bernombor '5' dengan tawaran hadiah tilam.

Dalam pada itu, katanya, dia memberitahu suspek bahawa dirinya ingin menukarkan hadiah cabutan bertuah tilam itu dengan barangan lain.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang hadiah diterimanya sehingga kini.

"Saya rasa mungkin ditipu. Lantas, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 21 Disember baru-baru ini," katanya.

Dia juga difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab terbabit tidak tetap pada satu tempat semata-mata, sebaliknya sering menukar kawasan sasaran mereka.

Ulama, ilmuan perlu tampil bela rakyat

Dr Maszlee Malik 
Dr Maszlee Malik Dr Maszlee Malik

SEJAK berlaku pengurangan subsidi kepada barangan keperluan utama, rakyat terpaksa berdepan dengan pelbagai siri kenaikan harga barangan lain.

Bantahan demi bantahan dibuat namun sehingga kini belum ada sebarang solusi yang disuarakan pihak pembuat dasar untuk mengatasi bebanan hidup rakyat itu selain menyarankan rakyat berjimat.

Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama penganalisis politik, Dr Maszlee Malik bagi mengupas isu tersebut dengan lebih lanjut.

SINAR HARIAN ONLINE: Bercakap soal kenaikan harga barang yang berlaku satu demi satu, bagaimana Dr melihat perkara ini?

DR MASZLEE MALIK: Kalau kita lihat pada fenomena harga barang naik seperti yang kita tahu ialah bagi pihak kerajaan menjustifikasikan kenaikan ini dengan penyelarasan subsidi. Seperti kata Datuk Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan tak boleh subsidi semata-mata.

Rakyat perlu bersiap untuk negara menjadi sebuah negara maju. Tapi isunya, adakah isu subsidi yang menjadi bebanan atau soal perbelanjaan yang sepatutnya boleh dikurangkan untuk mengekalkan subsidi tapi tidak berlaku.

Kalau kita lihat isu yang ditimbulkan beberapa pihak terutamanya PR, tentang kos penjana tenaga bebas (IPP) yang tinggi sehingga menyebabkan kos bahan tenaga melambung yang antara kesan berantainya ialah kenaikan tarif elektrik, peningkatan kos pengeluaran, harga barang meningkat, jadi, rakyat terpaksa menanggungnya.

Isu di sebalik itu berkaitan kos IPP yang beroperasi sepatutnya mereka menanggung bebanan tapi tidak berlaku, bebanan itu diletakkan pada rakyat. Saya rasa, bagi rakyat pun, realiti harga barang telah naik.

Pepatah kata 'the jinns has come out from the bottle'. Dia dah keluar tak boleh masuk balik. Ataupun 'Pandora's box has been open'. Perkara itu sudah berlaku.

Tapi, yang mungkin rakyat agak sensitif ialah dalam keadaan sebegini, rakyat yang disuruh untuk mengikat perut, mengubah cara hidup dan sebagainya tetapi pada masa sama, kerajaan, pemimpin-pemimpin, menteri-menteri dan sebagainya masih mengamalkan gaya hidup yang mewah, perbelanjaan yang banyak dan juga sambutan-sambutan yang memakan perbelanjaan yang besar. kalau nak ikutkan, nak suruh rakyat ikat perut, ubah gaya hidup dan sebagainya, di pihak kerajaan, menteri-menteri perlu melakukan perkara sama.

Ada lah Perdana Menteri mengumumkan 11 perkara (11 langkah penjimatan perbelanjaan sektor awam) tapi kalau kita lihat perkara pertama itu, hanya satu saja yang melibatkan menteri dan timbalan menteri. Itu pun berkaitan elaun keraian (mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus) sedangkan elaun keraian itu milik rakyat.

Kalau nak dipotong itu, gaji atau elaun langsung kegunaan mereka. itu mungkin rakyat akan nampak pengorbanan mereka di situ. Setakat ini yang kita nampak 11 langkah itu lebih berkaitan dengan pegawai-pegawai kerajaan tapi di pihak yang lebih tinggi, tidak berlaku.

SINAR HARIAN ONLINE: Pada himpunan Turun di Dataran Merdeka, boleh dikatakan bahawa majoriti peserta adalah golongan muda. Apa pandangan Dr terhadap penglibatan mereka?

DR MASZLEE MALIK: Ia agak menarik ya kerana melalui dunia media sosial, kita boleh fahami pemikiran dan juga trend dalam kalangan anak muda. Kalau kita lihat, mood mereka ketika turun untuk protes atau suarakan tidak puas hati terhadap kenaikan harga barang yang mendadak dan bertingkat-tingkat ini dalam keadaan... kalau kita lihat dalam Belanjawan, manifesto Pilihan raya digambarkan seolah-olah ekonomi kita pada tahap yang hebat, peringkat yang tinggi tapi realitinya, itu tidak berlaku.

Bagi orang-orang muda yang turun itu mereka risaukan realiti yang berlaku ini menjejaskan kualiti hidup mereka dan masa depan. Apa yang akan berlaku? Kos yang meningkat tapi gaji yang tidak meningkat, ia memberikan suatu kesengsaraan kepada orang-orang muda. Mungkin orang kata, orang muda boleh berusaha lebih dan sebagainya, betul.

Orang boleh bekerja lebih daripada satu pekerjaan untuk mendapatkan pendapatan lebih tapi mereka akan hilang fokus. Apabila hilang fokus, apa nilai kepada profesionalisme yang sepatutnya kita nak lahirkan, biar orang Malaysia yang bekerja ini jadi pakar dan profesional dalam apa yang mereka lakukan.

Jadi, dalam proses Turun ini, anak muda lebih menyuarakan isi hati mereka. kalau mereka tak turut pada himpunan Turun itu kita tahu mereka akan turun untuk konsert tapi kita lihat di satu tahap, kita boleh banggakan ialah anak muda kita mula peka terhadap nasib mereka dan juga masa depan rakyat. Mereka tidak fikirkan nasib mereka saja tapi nasib rakyat secara majoriti itu.

Berkaitan ada pihak yang mengaitkan dengan guling kerajaan  dan sebagainya, saya tak pasti cuma, ia timbul apabila adanya pihak tidak bertanggungjawab menyebar luas poster himpunan guling kerajaan di laman sosial. Kalau kita lihat penganjur himpunan Turun yang ditangkap itu berkata himpunan guling itu tiada dalam agenda mereka dan katanya ia sebahagian daripada provokasi. Kalau tengok gambar-gambar anak muda pada himpunan itu mereka memakai baju bukan guling tapi Turun. Turunkan harga.

Saya rasa kalau Malaysia ingin meningkat menjadi negara maju, kita kata kita naikkan harga barang supaya kita biasa menjadi negara maju, kita kena bersikap holistik. Antara ciri negara maju adalah kena bersikap responsif, telus dan mempunyai nilai akauntabiliti yang tinggi.

Untuk tujuan tersebut, mereka perlu bersedia untuk mendengar daripada rakyat. Antara mediumnya ialah melalui demo aman, piket, program-program terbuka yang dianjurkan ataupun wacana umum seperti yang dianjurkan Sinar Harian dan badan-badan lain.

Begitu juga media. Media perlu menjadi suara rakyat. Petugas-petugas media juga adalah rakyat. Mereka juga turut menghadapi kenaikan harga barang. Jadi, dalam kes ini, mereka perlu benar-benar menjadi lidah rakyat kepada pihak berkuasa, syarikat-syarikat perniagaan dan golongan yang terlibat dalam proses kenaikan harga ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Sebut tentang guling kerajaan, adakah mereka ini benar-benar mahu menggulingkan kerajaan ataupun sekadar mahu kerajaan mengambil perhatian lebih serius terhadap isu kenaikan harga ini?

DR MASZLEE MALIK: Melalui demonstrasi pada waktu malam ini bukan cara orang kita. Saya tak fikir pun anak-anak muda atau pihak yang ingin menyuarakan bantahan mereka terfikir ke arah itu. Kita lihat rakyat Malaysia mempunyai amalan demokrasi yang amat tinggi walau dalam PRU lepas, suara majoriti lebih berpihak kepada pembangkang.

Tapi sistem yang ada membenarkan pihak yang dapat undi popular rendah tetapi dengan kerusi Parlimen tertinggi, itu memerintah... di tahap itu pun rakyat kita boleh terima. Jadi, tahap kesabaran dan kematangan rakyat kita tak boleh dipandang remeh atau diperlekehkan.

Jadi, sebarang tuduhan bahawa golongan yang tidak berpuas hati turun untuk guling dan sebagainya, saya rasa tidak selari dengan realiti. Begitu juga dengan pihak yang begitu mudah menuding jari. Mereka kata, budak-budak ini nak guling dan sebagainya, sepatutnya, pihak-pihak ini berkomunikasi terus dengan mereka.

Sama ada di pihak kerajaan, agama, atau media dengar dulu apa kata budak-budak ini. Mereka nak guling ke atau nak suarakan keluh kesah terhadap kenaikan harga barang. Kenapa tidak dipanggil penganjur-penganjur itu untuk muncul di media? Tanya mereka nak guling ke nak turun?

Mereka tak boleh selamanya diletak di kandang pesalah, dipersalahkan tanpa ada ruang untuk membela diri. Ini amat bertentangan dengan konsep kedaulatan undang-undang yang menyatakan bahawa seseorang itu perlu didengari sebelum dijatuhkan hukuman.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, desakan dengan cara himpunan ini berkesan?

DR MASZLEE MALIK: Cara ini tidak cukup. Perlu lebih daripada itu. Sebab itu kita lihat perlunya badan-badan bukan kerajaan bersikap lebih proaktif. Dalam kenaikan harga barang ini tidak banyak kita dengar daripada persatuan pengguna. Begitu juga koperasi-koperasi yang wujud yang mewakili kelompok masyarakat, perlu tampil perjuangkan nasib mereka.

Begitu juga golongan cerdik pandai. Mereka perlu tampil untuk menjadi suara rakyat dalam media bukan hanya risaukan pangkat dan kenaikan jawatan dan sebagainya. Mereka kena lihat amanah sebagai ilmuan, cendekiawan itu adalah membela nasib rakyat untuk menghadapi pihak-pihak terlibat dalam menaikkan harga barang.

Dalam sejarah Islam sekalipun, para ulama selalu menjadi suara kepada rakyat kepada khalifah, sultan, pembesar. Begitu juga saya lihat, ulama kena tampil ke hadapan bukan sekadar... sekarang ini mereka sekadar menjadi pendidik kepada masyarakat. Kena keluar juga menjadi pembela kepada masyarakat.

Chong Wei bakal gantung raket?

Chong Wei bakal gantung raket?
Chong Wei bakal gantung raket? Datuk Lee Chong Wei ketika menentang Tommy Sugiarto dari Indonesia pada final kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014, di Stadium Putra Bukit Jalil. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan untuk bersara pada penghujung tahun ini jika prestasi beliau tidak berada pada tahap terbaik.

Menurut pemain nombor satu dunia itu, faktor kepenatan dan mempunyai masalah peribadi juga antara punca mendorong beliau untuk  menamatkan kerjaya sebagai pemain badminton tahun ini.

"Sebenarnya saya ada banyak masalah peribadi. Selain itu, saya juga sudah berkeluarga dan sering meninggalkan mereka dalam beberapa bulan untuk memberikan tumpuan kepada kejohanan... jadi saya rasa sudah tiba masa untuk saya memberi perhatian kepada mereka.

"Tetapi saya akan buat yang terbaik pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel sebab tahun ini banyak kejohanan penting. Saya juga akan cuba untuk beraksi sehingga Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil jika keadaan mengizinkan.

"Apa pun saya yakin, Liew Daren dan Chong Wei Feng (pemain perseorangan lelaki negara) mampu menggantikan saya, tapi mereka perlu memberikan prestasi yang terbaik pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas meraih kejuaraan kesepuluh pada Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini.

Bagaimanapun menurut Chong Wei, jika prestasi beliau masih berada dalam tahap memuaskan, beliau kemungkinan akan memikirkan semula hasrat tersebut.

"Selepas Sukan Asia di Incheon (19 September–4 Oktober) dan Sukan Komanwel di Scotland (23 Julai-3 Ogos) saya masih tidak tahu sama ada mahu meneruskan karier dalam badminton, kalau kondisi saya tidak baik mungkin saya mahu bersara pada Disember.

"Sekiranya prestasi bagus dan 'bebas daripada kecederaan', mungkin saya akan terus bermain lagi, jika tidak, saya mahu bersara dalam karier badminton tahun ini," katanya.

Saya Bukan Mat Rempit tapi Hina sangat ke MAT REMPIT?


saya bukan MAT REMPIT, tapi kenderaan yang saya ada adalah MOTOR, kenapa panggil saya sebagai MAT REMPIT? Hina sangat ke MAT REMPIT? 

Saya ada satu CERITA benar yang berlaku di depan mata saya, ketika saya ontheway balik ke kampong halaman di waktu hujan saya terserempak dengan seorang pakcik dan makcik, tersandai di tepi jalan dalam keadaan basah lencun, tiba2 hati terbayang wajah ayah dan mak saya, saya berhenti dekat pakcik tu dan bertanya kenapa pakcik? 

Pakcik tu menjawab dalam keadaan kesejukan, pakcik cakap dekat saya (nak tayar motor pakcik bocor,pakcik nak pergi changloon UUM tgk anak pakcik takdak apa yang pakcik buleh buat hanya sekadar berdoa pakcik takdak handfone ) bila saya mendengar kata2 pakcik tadi saya betul2 tersentuh dengan pergorban seorang ayah kepada anak nya,

Ketika itu saya tiada apa yang buleh saya tolong, tiba2 datang sekumpulan MAT REMPIT dalam keadaan basah lencun berhenti dan bagi salam. Tanya kenapa BERHENTI tengah2 hujan, saya memberitahu kepada MAT REMPIT2 tu tayar motor pakcik bocor, terus seorang daripada mereka turun pada MOTOR berjabat tangan SALAM dengan pakcik tu, lalu MEMBERI bantuan kepada pakcik tu sewaktu hujan makin lebat.

Dalam keadaan semua yang ada di situ kesejukan, salah seorang daripada mereka bersungguh2 membuka tayar MOTOR pakcik tu, kereta lalu hanya sekadar tekan HON, bas lalu sekadar bagi lampu, bila semua da setle saya menghulurkan duit kepada MAT REMPIT2 tu, dengan slamber mereka bercakap tak payah bagi duit kami TOLONG ikHLAS.

Saya terkejut dengan kata2 daripada mereka, mulia sungguh hati MEREKA memberi bantuan dalam keadaan hujan tanpa mengharap balasan.

SOALANNYA SIAPAKAH MATREMPIT? HiNA KAH MEREKA? Selepas berberapa minit mereka berjabat tangan salam dengan saya dan pak cik tadi, pakcik tu tadah tangan berdoa syukur kepada yang maha esa kerana memberi seribu satu kenangan bersama MATREMPIT yang berhati MULIA,memberi bantuan di waktu susah,

Apa perasaan anda jika pakcik tadi ayah dan ibu anda?

Van curi terbabas masuk longkang bila dikejar orang ramai

Oleh ARIFIN SALLEH

Alor Gajah: “Lelaki yang memandu van panik selepas beberapa kereta di depan menghalang laluannya dan apabila dia cuba mengelak, kenderaan dipandu berpusing sebelum terbabas masuk ke dalam longkang.”

Begitu kata Khairol Salam Mohd Solaam, 34, menceritakan detik cemas apabila dua pelatih sebuah pusat pemulihan dadah di Tampin, Negeri Sembilan yang meloloskan diri bertindak nekad melarikan van syarikat telekomunikasi tempat dia bekerja yang diletakkan berhampiran sebuah masjid di Taboh Naning, Simpang Empat, di sini, kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian jam 5.30 petang, dia yang melakukan tugas penyelenggaraan berhampiran lokasi terkejut apabila dimaklumkan rakan sekerja bahawa van itu hilang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki kereta.

“Kebetulan ketika itu saya mahu membuat pusingan U di lampu isyarat Simpang Ampat, saya terlihat van berkenaan sebelum mengekori kenderaan itu yang dipandu laju dari arah Simpang Ampat ke Taboh Naning.

Foto
VAN yang dilarikan suspek terbabas di Taboh Naning, Alor Gajah.

“Saya kemudian menghubungi beberapa rakan meminta mereka bersedia di setiap simpang untuk menghalang laluan van supaya penjenayah tidak dapat melarikannya lebih jauh,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Van itu kemudian membelok ke arah sebuah resort percutian di situ sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Tampin, Negeri Sembilan.

“Penjenayah kemudian memasuki Jalan Tampin-Seremban sebelum masuk ke Kampung Taboh Naning sejauh 10 kilometer.

Mee Segera sangat beracun lebih dari syabu

Kesan Makan Mee Segera Pada Kesihatan. Mee Segera sangat beracun lebih dari syabu


Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?





Sumber:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=392257

Kalau tak mahu mengandung, jangan kahwin!

Kucing Jantan

BRO tabik kepada seorang artis wanita yang mengandung dalam usia 42 tahun. Baguslah, selagi ada rezeki dan boleh mengandung apa salahnya menambah zuriat.

Yang Bro tak faham ni ada pula dalam kalangan perempuan yang dah berkahwin tak mahu mengandung. Macam-macam alasan yang diberikan antaranya sibuk dengan kerjaya dan ada pula sebab sudah ada anak melalui perkahwinan terdahulu maka dalam perkahwinan terbaru tak mahu anak lagi.

Dia tak apalah, tetapi bagaimana kalau dia kahwin dengan lelaki bujang, sudah tentulah lelaki tu mahu zuriat wujud di bumi Allah ini.

Sepatutnya sikap tidak mahu mengandung tidak harus ada kepada mana-mana wanita sebab memang menjadi tanggungjawab mereka untuk melahirkan anak.

Kalau tak mahu anak baik jangan berkahwin, tak kanlah berkahwin sekadar hendak memenuhi tuntutan batin dengan lelaki yang mereka cintai sahaja.

Anak adalah anugerah Allah dan setiap anak itu sudah ditentukan rezekinya. Jadi tak payahlah takut untuk mengandung dengan memberi seribu satu alasan.

Apa yang Bro hairan ada pula perempuan yang belum berkahwin, terlanjur dengan kekasih mereka sehingga mengandung, bila anak tu keluar mereka campak merata-rata tempat.

Masa nak berseronok tak fikir pula kesannya tetapi bila dah terlanjur baru nak kelam-kabut. Kesudahannya yang menjadi mangsa adalah anak yang tidak berdosa.

Satu lagi Bro nak ingatkan perempuan yang baru berkahwin tak payah nak merancang bila nak mengandung, kalau dah diberikan rezeki untuk mengandung terima sahajalah.

Ini tidak, ada antara mereka siap bagi tempoh lagi bila paling sesuai nak mengandung. Bro nak tanya, mereka tahu ke apa nak terjadi pada masa depan? Bagaimana kalau selepas itu tidak dapat anak, dah pasti menyesal seumur hidup.

Bro membangkitkan soal mengandung dalam ruangan ini kerana Bro dah bosan baca dan dengar kisah sesetengah perempuan yang dilihat keberatan untuk mengandung.

Sepatutnya mereka bersyukur kerana ada keupayaan dan diberikan anugerah oleh Allah SWT untuk melahirkan anak. Cuba mereka tanya perempuan yang teringin anak tetapi sampai sekarang tidak dianugerahkan zuriat tersebut.

Sebab itulah, Bro katakan kalau tak mahu mengandung jangan berkahwin. Dulu ada seorang ustaz pesan kepada kawan Bro, "kalau hang tak mahu beranak (mengandung) tok sah (tak payah) jadi perempuan.''

Memanglah bukan kita tentukan nak jadi perempuan atau lelaki tetapi apa yang dimaksudkan oleh ustaz tersebut ialah terimalah fitrah yang ditentukan oleh Allah SWT.

Bagi Bro, perempuan yang tak mahu anak kerana terlalu mahu mengejar soal-soal duniawi ni adalah kelompok perempuan yang tidak ada sifat keibuan.

Kalau dia ada sifat tersebut, selagi dia boleh mengandung, dia akan mengandung, ini tidak kerana nak jaga karier punya fasal, tak dapat anak pun tak apa.

Itu belum cakap lagi bagaimana ada perempuan yang terlalu hendak jaga badan sehingga tak mahu beranak. Dan atas alasan yang sama, nak memenuhi tuntutan batin suami pun siap ada hari-hari tertentu.

Bro bukanlah nak suruh si isteri melayan batin suaminya 24 jam tetapi cukuplah sekadar apabila suami memerlukan si isteri 'bersedia berkhidmat'.

Bagi Bro, perangai pelik-pelik seperti nak jaga badan ni tidak ada faedahnya. Sebaliknya hanya akan menyebabkan sesebuah rumah tangga menjadi muram dan silap hari bulan boleh bercerai berai.

Oleh itu, Bro nak nasihatkan kepada semua perempuan selagi boleh mengandung dan melahirkan anak, maka laksanakan tanggungjawab tersebut, tak rugi apa-apa pun.

Kita bukannya akan muda sentiasa, apabila sampai masanya kita akan menjadi warga emas. Pakailah mekap setebal mana pun tetapi ingatlah kulit tetap akan kedut apabila diri sudah dimamah usia.

Jadi jangan pula menyesal, bila dah tua baru teringin nak mengandung, masa tu dah terlambat.

Cubalah tanya perempuan-perempuan mengandung memanglah rasa perit sikit sebab sembilan bulan terpaksa membawa anak dalam kandungan tetapi mereka gembira kerana anak itu lambang kasih sayang dan cinta mereka dengan orang yang mereka cintai.

Kehadiran anak tidak kira yang ke berapa pun tetap akan menceriakan sebuah rumah tangga. Insya-Allah, mereka inilah yang akan membela nasib kita apabila kita tua kelak.

Jadi kepada perempuan-perempuan yang masih tidak sedar diri tak mahu mengandung kerana dok fikir nak utamakan soal karier serta bentuk badan, insaflah sebelum terlambat.- JUMPA LAGI!

- Bro Tompok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts